Monday, August 3, 2009

perancangan akan datang demi memantapkan PDK

ini adalah cadangan yang boleh dibuat oleh JKM demi menaikkan nama pdk:

1. mewujudkan bangunan sendiri pdk
2. mewujudkan kenderaan khas buat pdk. lebih baik bagi setiap pdk ada kenderaan masing-masing
3. mewujudkan jawatan tetap buat penyelia dan petugas pdk dan bukan bertsraf sukarela ataupun kontrak
4. dari segi pengajaran pemulihan perlulah disediakan sukatan pelajaran yang perlu diikuti oleh semua petugas pdk
5. petugas yang bermasalah dan mengingkari arahan penyelia ataupun JKM perlulah diambil tindakan disiplin
5. penyelia dan petugas perlulah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pemulihan dengan ditaja
6. setiap pdk perlulah ada pakar dalam bidang fisioterapi, speech terapi , pemulihan cara kerja dan sebagainya
7. apa sahaja peralatan yang ada di sekolah pendidikan khas perlulah ada di pdk.
8. pakaian pelatih pdk perlulah ditukar daripada berwarna biru kepada berwarna putih dan seluar/kain biru tua sama seperti sekolah .
9. PDK perlulah ditempat di sekolah dan bukannya menyewa rumah orang.
10. penyelia PDK perlulah diberi pelepasan untuk tidak mengajar pelatih tetapi yang perlu mengajar dan membuat pemulihan ialah petugas pdk
11. semasa pemilihan petugas pdk, perlulah dibuat ujian personaliti, menulis satu perenggan dengan tangan, ujian IQ, memastikan ada kenderaan sekurang-kurangnya motosikal untuk membuat lawatan ke rumah. Ini untuk memastikan pemilihan petugas yang berkualiti dan bukan tangkap muat sahaja.
12. petugas yang tidak berwibawa dan tiada komitmen perlulah diambil tindakan disiplin.
13. PDK perlulah dirombak struktur pengurusan
14. PDK juga perlulah diubah persepsi minda daripada terlalu bergantung kepada komuniti dan diserahkan semula kepada yang haknya
15. Ibu bapa yang bermasalah pihak JKM perlulah memberi amaran keras. Ini adalah kerana PDK adalah tempat pemulihan dan bukannya kantung untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan daripada elaun anak OKU mereka.
16. Ibu bapa yang tidak menghantar / pelatih yang tidak hadir ke PDK melebihi 3 hari perlulah diberi amaran darida JKM melainkan ada surat bertulis ataupun surat daripada doktor.


ok lah ini hanyalah sebahagiaan sahaja cadangan saya.
yang baik datang dari Allah dan buruk dari saya

jika baik cadangan ini ambillah dan buktikan supaya berjaya.
jika tak baik cadangan ini buangkan sahaja ke dalam tong sampah

No comments: