Monday, August 24, 2009

kenapa perlu diwujudkan sistem kiosk di PDK

KENAPA PERLU DIWUJUDKAN SISTEM KIOSK DI PDK????? KENAPA???

Jawapannya setiap pelatih di PDK mempunyai tahap IQ dan permasalahan yang berbeza. Malahan dengan adanya sistem kiosk ini pelatih tidak akan berasa bosan kerana di bawa dari 1 tempat ke tempat yang lain dan bukannya pengajaran pembelajaran dan pemulihan dibuat di 1 tempat sahaja.bayangkan dari jam 800 pagi hingga jam 1200 duduk di situ sahaja. Jika saya di tempat mereka , saya pun akan berasa bosan apatah lagi jika cikgu hanya memandang muka saya dan membiarkan saya bermain dengan permainan yang tah apa-apapun ......

Di samping itu juga bagi PDK yang mempunyai ruangan yang sempit iaitu 2 bilik sahaja sebab 1 bilik sudah dijadikan pejabat maka inilah alternatifnya. Ini bukannya untuk membodek tidak tetapi ini adalah hasil kajian yang dibuat oleh pakar.....

Jadi anda sebagai Pengerusi, Penyelia PDK, Petugas PDK bukalah minda itu sedikit untuk mencari kaedah yang terbaik untuk anak murid anda . Jika mereka berjaya maka berjayalah anda sebagai pendidik dan pemulihan anda tetapi jika anda hanya datang dan membiarkan mereka sesungguhnya ANDA BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MEREKA DAN BERHUTANG DENGAN MEREKA KERANA ELAUN YANG ANDA DAPAT ITU TELAH MENJADI DARAH ANDA

BAGI PENGERUSI, SETIAUSAHA, BENDAHARI, IBU BAPA, AJK

JANGANLAH BANYAK MENENTANG KERANA BIDANG KITA TIDAK SAMA....
LAGIPUN YANG BANYAK BERURUSAN DENGAN BUDAK PDK INILAH IALAH PENYELIA DAN PETUGAS DAN BERIKANLAH KEBEBASAN KEPADA MEREKA UNTUK LEBIH BERINOVASI DAN BERKREATIF DALAM MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA SUPAYA NANTI DI AKHIRAT KELAK TIDAK DITANYA..... APA YANG ANDA TELAH BUAT?????


HAH FIKIR-FIKIRKANLAH SENDIRI YE .......

No comments: