Friday, October 10, 2008

draf akta OKU

View Full Version: Bila boleh diluluskan?
persugo >>Draf Akta OKU >>Bila boleh diluluskan?




persugo- 02-25-2007
Bila boleh diluluskan?
PENGENALAN BAB 1 PENDAHULUAN BAB II PENYAMAAN PELUANG DAN PENYERTAAN PENUH BAHAGIAN I. PENCEGAHAN DAN PENGENALPASTIAN AWAL KECACATAN BAHAGIAN 2. PENDIDIKAN BAHAGIAN 3. PEKERJAAN BAHAGIAN 4. PEMULIHAN BAHAGIAN 5. AKSESIBILITI BAHAGIAN 6. PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN 7. KESELAMATAN SOSIAL BAB III PERUNTUKAN BERKAITAN DISKRIMINASI BERDASARKAN KECACATAN BAHAGIAN 1. INTEPRETASI DISKRIMINASI BERDASARKAN KECACATAN BAHAGIAN 2. LARANGAN DISKRIMINASI BERDASARKAN KECACATAN BAHAGIAN 3. DISKRIMINASI YANG MELIBATKAN GANGGUAN BAHAGIAN 4. PENGECUALIAN BAB IV SURUHANJAYA ORANG KURANG UPAYA. BAB V KESALAHAN. AKTA ORANG CACAT 2002 Akta Bagi Orang Kurang Upaya, 2002 PENGENALAN Suatu akta untuk dijadikan asas bagi penyamaan peluang kepada orang kurang upaya dan untuk mengelakkan diskriminasi serta gangguan. Matlamat Akta ini adalah: (i)untuk memastikan bahawa orang kurang upaya di Malaysia mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain ii) untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap seorang atas sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek hidup (iii) Untuk menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa orang kurang upaya diberi peluang yang sama dan penyertaan sepenuh di kalangan masyarakat untuk membolehkan mereka hidup sebagai rakyat yang berkhak di negara ini. BAB 1 PENDAHULUAN 1. Judul ringkas dan pendahuluan Akta ini boleh dirujuk sebagai Akta Bagi Orang Kurang Upaya, 2002. 2. Definisi "Kurang upaya" bererti penghalangan atau kekurangan upaya , disebabkan kecacatan , untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan cara yang dianggap normal bagi orang biasa. "Penyamaan peluang" bererti proses di mana sistem masyarakat dan persekitaran , umpamanya perkhidmatan, aktiviti, maklumat dan dokumentasi, disediakan kepada semua, terutama sekali kepada mereka yang kurang upaya. "Kecacatan" bererti sebarang kehilangan atau abnormaliti yang bersifat psikologi, fisiologi atau bentuk atau fungsi badan. "Kecacatan" (handicap) bererti kesulitan bagi seorang individu, disebabkan kerosakan atau kecacacatan, yang menyekat atau menghalang menjalankan peranan yang dianggap normal, bergantung kepada umur, jantina, dan faktor sosial dan kebudayaan bagi individu tersebut. "Menteri" bererti Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. "Pemulihan" adalah proses yang bertujuan membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan tahap optima fungsi fizikal, kederiaan, intektual, kejiwaan dan/atau sosia1 mereka, dan dengan itu melengkapkan mereka dengan peralatan untuk meningkatkan kehidupan mereka kepada tahap berdikari yang lebih tinggi. Pemulihan juga boleh merangkumi langkah untuk memberi dan/atau memulihkan fungsi, atau menampung kehilangan atau ketiadaan sesuatu fungsi atau pembatasan fungsi. "Pihak berkuasa berkenaan" bermakna mana-mana Kementerian, atau Jabatan kerajaan persekutuan Malaysia, sebuah badan berkuasa di bawah kerajaan negeri atau tempatan yang bertanggungjawab atas pekara tersebut pada waktu berkenaan. BAB II PENYAMAAN PELUANG DAN PENYERTAAN PENUH BAHAGIAN I. PENCEGAHAN DAN PENGENALPASTIAN AWAL KECACATAN 1. Berdasarkan kemampuan ekonomi dan pembangunan, pihak berkuasa berkenaan, dengan tujuan mencegah berlakunya kecacatan, akan : (a) melaksanakan atau menyebabkan terlaksananya banci, penyiasatan dan penyelidikan mengenai punca berlakunya kecacatan; (b) menggalakkan beberapa cara untuk mengelakkan kecacatan; (c) memastikan bahawa kesemua kakitangan kesihatan di pusat rawatan utama mempunyai latihan serta kelangkapan yang secukupnya untuk memberi rawatan kesihatan kepada orang kurang upaya dan memastikan bahwa mereka ada akses kepada kaedah ratan dan teknolgi yang bersesuaian; (d) mengambil langkah yang diperlukan bagi rawatan dan penjagaan bagi ibu dan anak sebelum serta selepas kelahiran anak. (e) mewujudkan kesedaran mengenai punca kecacatan serta langkah pencegahan yang perlu diambil, melalui media massa televisyen, radio dan massa media lain. 2. Berdasarkan had lingkungan ekonomi dan pembangunan, pihak berkuasa berkenaan harus memasatikan bahawa orang kurang upaya menerima rawatan berkala serta ubatan yang diperlukan untuk mengekalkan atau meningkatkan tahap fungsi mereka. BAHAGIAN 2. PENDIDIKAN 1. Setiap kanak-kanak yang mempunyai apa jua jenis atau tahap kecacatan harus menerima pendidikan percuma dalam suasana yang bersesuaian sehingga umur lapan belas tahun. 2. Pendidikan bagi orang kurang upaya harus termasuk ke dalam perancangan pendidikan kebangsaan, perkembangan kurikulum serta organisasi sekolah. 3. Pihak berkenaan harus berusaha mengalakkan mengintegrasikan pelajar kurang upaya ke dalam sekolah biasa. Untuk memasukkan kemudahan pendidikan bagi pelajar kurang upaya ke dalam sekolah biasa, pihak berkenaan harus - (a) mengadakan polisi yang jelas, dihayati dan diterima di peringkaat sekolah dan masyarakat umum; (b) membenarkan kelonggaran kurikulum, serta tambahan dan adaptasi; (c) menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti dan mudah didapati, latihan perguruan yang berterusan dan guru penyokong. 4. Pendidikan khas boleh dipertimbangkan di mana sekolah biasa belum mempunyai kemudahan yang diperlukan atau bila mana pendidikan khas dianggap paling sesuai bagi pelajar kurang upaya berkenaan. Ia harus bertujuan menyediakan pelajar untuk dididik sekolah biasa. Kualiti pendidikan harus menggambarkan piawaian serta aspirasi sama seperti pendidikan biasa dan harus berkaitan dengannya. Secara minimum, pelajar kurang upaya harus diberi pengagihan sumber pendidikan sama seperti yang diberi kepada mereka yang bukan cacat. 5. Untuk memastikan pendidikan berkualiti dapaat dinikmati semua, tumpuan khas harus diberikan kepada bidang seperti kurikulum, program pendidikan, kaedah pengajaran dan perkhidmatan sokongan. (1) Bagi mereka yang cacat penglihatan, di peringkat tadika dan sekolah rendah, kurikulum yang diubahsuai yang merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada, latihan sensori, kemahiran hidup seharian, cara khas membaca dan menulis brel, orientasi dan pergerakan, pengetahuan asas dalam bidang komputer yang mempunyai perisian pembaca skrin, matematik, muzik dan sukan. Persediaan untuk 'mainstreaming' harus diuruskan pada tahap awal persekolahan di peringkat sekolah rendah untuk memastikan kanak-kanak cacat penglihatan seperti kanak-kanak kurang upaya yang lain, kecuali mungkin mereka yang terencat akal, diberi pendidikan bersama rakan sebaya yang tidak cacat ke tahap yang setinggi-tingginya. Di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, mereka akan diintegrasikan bersaama pelajar lain dan mengikuti kurikulum yang sama. Pelajar yang cacat penglihatan di peringkat ini akan diberi perkhidmatan sokongan seperti bahan bacaan dalm bentuk brel atau audio, kelengkapan brel, alat pembaca, komputer yang dilengkapkan dengan kemudahan khas, alat kelengkapan bagi mereka yang kurang penglihatan, orientasi dan pergerakan, kaunseling, dan guru sumber (di sekolah menengah) (2) Bagi mereka yang cacat pendengaran, kurikulum yang diubahsuai akan menitiberatkan kepada perkembangan komunikasi dan bahasa yang sesuai dengan keperluan pelajar. Kurikulum akan merangkumi cara khas untuk mengajar pertuturan, memahami pertuturan, latihan pendengaran dan rentak menggunakan komunikasi keseluruhan, pelbagai sensori serta pendekatan yang lain. Mereka akan diirujukan kepada staf sokongan seperti jurubahasa isyarat, otologist, audiologist, pakar pemulihan pertuturan, jurulatih auditori dan yang lain seperti diperlukan. Berdasarkan keperluan khas bagi mereka yang pekak atau pekak-buta, pendidikan bersesuaian boleh dikendalikan di sekolah khas atau pun di kelas atau unit khas di sekolah biasa. (3) Bagi mereka yang mengalami kecacatan otopedik, pendidikan berkualiti akan diberi sama seperti untuk mereka di sekolah biasa, dan mereka akan dibenarkan menghadiri kelas di tingkat bawah bangunan sekolah di mana boleh. Penjadualan kelas serta pertimbangan lain akan dibuat bersesuaian dengan keperluan pendidikan mereka. Usaha akan dibuat supaya bangunan sekolah dan maktab tidak mempunyai sebarang halangan bersifat pembinaan. (4) Bagi mereka yang terencat akal, kurikulum yang diubahsuai akan menitikberatkan latihan megurus diri, sosialisasi, kemahiran hidup seharian yang berdasarkan pergerkan, pra-vokesyenal dan vokesyenal. Bagi mereka yang terencat akal yang teruk, tumpuan akan diberi kepada peningkatan kemahiran penjagaan diri. (5) Bagi mereka yang mempunyai masalah perlakuan seperti autisma, mereka yang bermasalah pembelajaran dan mereka yang mempunyai kecacatan pelbagai, kurikulum yang diubahsuai akan merangkumi aktiviti serta teknik penyampaian bagi menormalisasikan perlakuan dan juga kemahiran berdasarkan fungsi serta akademik untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat. 6. Pihak berkuasa berkenaan akan memulakan atau menyebabkan bermulanya penyelidikan yang bertujuan mereka bentuk dan menyediakan alat bantuan, alat bantuan pengajaran, kelengkapan khas pengajaran atau apa sahaja peralatan yang diperlukan untuk memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada kanak-kanak kurang upaya. 7. Pihak berkuasa berkenaan akan menubuhkan insitusi latihan perguruan yang secukupnya di samping memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan untuk mengadakan rancangan pendidikan perguruan dengan pengkhususan dalam bidang mengajar pelajar kurang upaya supaya tenaga pengajar yang terlatih dapat disalurkan ke sekolah khas dan sekolah berintergrasi bagi kanak-kanak kurang upaya. 8. Dengan tidak prejudis kepada peruntukan di atas, pihak berkuasa berkenaan akan menyediakan skim pendidikan yang komprehensif yang merangkumi: pelaksanaan rancangan pendidikan individu bagi setiap kanak-kanak kurang upaya di sekolah; · kemudahan pengangkutan bagi kanak-kank kurang upaya atau bantuan kewangan kepada ibu bapa atau penjaga utnuk membolehkan anak kurang upaya mereka menghadiri sekolah; · memberikan secara percuma buku serta alat kelengkapan khas yang diperlukan bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya; · biasiswa bagi pelajar kurang upaya; · mengadakan saluran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dalam menempatkan kanak-kanak mereka dalam sekolah. BAHAGIAN 3. PEKERJAAN 1. Pihak berkuasa berkenaan akan mengendalikan pjoect untuk menggalakkan penggajian orang kurang upaya, dengan: · mewujudkan peluang pekerjaan dan mengadakan kerja yang bersesuaian untuk orang kurang upaya · langkah untuk mereka bentuk serta mengubahsuai tempat kerja supaya memberi kemudahan akses kepada mereka yang mempunyai kecacatan yang berbeza. · menyokong kegunaan teknologi baru serta mengeluarkan alat bantuan, dan peralatan serta mengambil langkah untuk memberi kemudahan kepada orang kurang upaya menggunakan peralatan tersebut untuk mencari kerja · menyediakan latihan dan penempatan dalam pekerjaan yang bersesuaian serta sokongan berterusan seperti kemudahan bantuan peribadi dan jurubahasa isyarat; · kempen kesedaran awam bertujuan menghapuskan sikap negatif serta kecurigaan terhadap orang kurang upaya · langkah untuk meningkatkan keadaan persekitaran kerja untuk mengelakkan kecederaan semasa bekerja dan juga menyediakan kemudahan pemulihan bagi mereka yang mengalami kecederaan sewaktu bekerja. 2. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal dasar-dasar berikut untuk memastikan peluang pekjaan bagi orang kurang upaya: · sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor awam dikhaskan bagi orang kurang upaya · sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor swasta dikhaskan bagi orang kurang upaya · insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji tidak kurang daripada 5 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan, serta insentif khas bagi majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan; · Insentif cukai bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja kurang upaya mereka atau untuk membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagi mereka. 3. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal skim berikut bagi mengalakkan keusahawanan dan pekerjaan sendiri di kalangan orang kurang upaya: · bantuan kewangan bagi perniagaan kecil yang dimiliki sendiri oleh orang kurang upaya; · pinjaman bagi modal; · tapak perniagaan yang sesuai bagi orang kurang upaya; · kontrak serta hak pengeluaran yang dikhaskan bagi orang kurang upaya; · agensi yang khas untuk memasarkan hasil keluaran orang kurang upaya. BAHAGIAN 4. PEMULIHAN 1. Pihak berkuasa berkenaan akan mengadakan atau menyokong penubuhan program pemulihan di peringkat kebangsaan bagi orang kurang upaya yang mengalami berbagai jenis kecacatan. Program tersebut harus berdasarkan keperluan sebenar orang kurang upaya dan atas prinsip penyertaan penuh dan penyamaan peluang. 2. Program pemulihan akan merangkumi, tetapi tidak dihadkan kepada, latihan kemahiran asas bagi meningkatkan atau menampung sesuatu fungsi yang terjejas, perkhidmatan kaunseling kepada orang kurang upaya serta keluarga mereka, menggalakkan sifat berdikari, serta perkhidmatan tidak berkala seperti penilaian dan bimbingan. 3. Perkhidmatan pemulihan tersebut akan dibka kepada semua orang kurang upaya, termasuk mereka yang mengalami kecacatan yang teruk atau pelbagai. BAHAGIAN 5. AKSESIBILITI 1. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal polisi untuk menyediakan kemudahan akses di persekitaran serta memberi akses kepada maklumat dan komunikasi bagi orang kurang upaya. 2. Kerajaan tempatan akan memastikan bahawa pencapaian persekitaran tanpa halangan, melalui pelaksanaan undang-Undang Kecil Bangunan, akan memberi orang kurang upaya kemudahan bergerak di tempat awam dan bangunan kepunyaan pihak swasta. 3. Pihak berkuasa berkenaan akan menyediakan peruntukan kewangan untuk menyediakan kemudahan bagi orang kurang upaya di bangunan kerajaan serta temapat lain yang berkaitan. 4. Pihak berkuasa akan mengadakan program komprehensif untuk membantu orang kurang upaya menggunakan kemudahan pengangkutan. 5. Pihak berkuasa akan mengadakan rancangan untuk memastikan maklumat serta dokumentasi mudah diakses oleh semua golongan orang kurang upaya. Brel, perkhidmatan rakaman, cetakan besar serta teknologi bersesuaian yang lain harus digunakan untuk memberi akses kepada maklumat bersifat peruturan bagi mereka yang cacat pendengaran. 6. Sebagai langkah untuk memudahkan komunkasi antara orang pekak dan yang lain, perkhidmatan alih bahasa isyarat akan disediakan di tempat-tempat utama seperti institusi pendidikan dan pusat perubatan manakala perkhidmatan telekomunkasi terkini seperti kamera web, persidangan video dan perkhidmatan telekomunikasi penyiaran harus diadakan. 7. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal garis panduan bagi media terutamanya televisyen, radio dan akhbar, dan pembekal perkhidmatan telekomunikasi harus memastikan perkhidmatan itu boleh diakses oleh oran kurang upaya. 8. Persatuan orang kurang upaya akan dihubungi apabila, (a) menggubal piawaian serta amalan bagi kemudahan akses kepada alam persekitaran; (b) mengambil langkah untuk memastikan perkhidmatan maklumat mudah diakses; BAHAGIAN 6. PERKHIDMATAN SOKONGAN 1. Pihak bekuasa berkenaan akan mengadakan perhubungan berkala dengan persatuan orang kurang upaya untuk memastikan penyertaan mereka dalam pembangunan dasar kerajaan. Persatuan orang kurag upaya akan mempunyai peranan mengenalpasti keperluan serta keutamaan, menyertai dalam perancangan, implimentasi dan pematauan perkhidmatan tindakan berkenaan khidupan orang kurang upaya, dan menyumbang tehadap kesedaran awam dan untuk menggalakkan perubahan. 2. Pihak berkuasa bekenaan harus menjemput persatuan orang kurang upaya memberi pandangan mereka dan mengambil keputusan dalam perancangan program yang berkaitan dengan orang kurang upaya atau yang melibatkan kedudukan sosial dan eonomi mereka. 3. Pihak berkuasa berkenaan akan, dalam jangka masa tertentu, mengumpul statistik berdasarkan jantina atau maklumat lain mengenai keadaan kehidupan orang kurang upaya. Pengumpulan statistik sedemikian boleh dilakukan semasa banci penduduk dan banci seisi rumah, dan dikendalikan dengan kerjasama, antara lain, universiti, institusi penyelidikan dan persatuan orang kurang upaya. 4. Pihak berkuasa berkenaan harus menyokong dari segi kewangan atau dengan cara lain, perkembangan, pengeluaran, penyibaran dan penyelenggaraan alat bantuan serta alat kelengkapan serta penyibaran maklumat mengenainya. 5. Pihak berkuasa harus menyokong, dengan bantuan kewangan atau selainnya, perkembangan dan penyediaan program pembantu peribadi dan perkhidmatan alih bahasa, terutamanya bagi mereka yang mengalami kecacatan teruk atau pelbagai. BAHAGIAN 7. KESELAMATAN SOSIAL 1. Pihak berkuasa berkenaan akan memastikan bahawa pemberian bantuan pendapatan kepada orang kurang upaya yang, oleh kerana kecacatannya atau faktor yang berkaitan dengan kecacatannya, telah kehilangan pendapatan untuk sementara waktu atau menerima pendapatan yang berkurangan atau tidak diberi peluang pekerjaan. 2. Rancangan keselamatan sosial juga harus memberi insentif kepada orang kurang upaya untuk mencari pekerjaan supaya mereka boleh memperolehi pendapatan. 3. Orang kurang upaya dan keluarga mereka harus dimaklumkan tentang langkah pencegahan terhadap penderaan seksual dan juga penderaan yang lain. Orang kurang upaya mudah jadi mangsa kepada penderaan oleh keluarga, komuniti atau institusi dan mereka harus dimaklumkan bagaimana mengelakkan berlakunya penderaan, menyedari apabila berlakunya penderaan dan melaporkan perkara sedemikian. BAB III PERUNTUKAN BERKAITAN DISKRIMINASI BERDASARKAN KECACATAN BAHAGIAN 1. INTEPRETASI DISKRIMINASI BERDASARKAN KECATATAN 1. Bagi tujan akta ini, seorang ("pendiskriminasi") mendiskriminasikan terhadap seseorang lain ("pihak yang terkilan") atas sebab kecacatan yang terkilan tersebut, sekiranya, oleh sebab kecacatan yang terkilan itu layanan atau bakal layanan yang diberi oleh pendiskriminasi dalam keadaan yang sama atau yang sekan sama adalah kurang memuaskan berbanding dengan layanan yang diberi kepadasesorang yang tidak cacat. 2. Diskriminasi Secara Tidak Langsung Bagi tujuan akta ini, seorang (pendiskriminasi") mendiskriminasikan terhadap seseorang ("pihak yang terkilan") atas sebab kecacatan pihak yang terkilan tersebut, sekiranya pendiskrimasi menghendaki pihak yang terkilan itu memenuhi kehendak atau syarat seperti berikut: (a) dengan mana sebahagian besar orang yang tidak mempunyai kecacatan mematuhi atau boleh mematuhi; (b) yang tidak menasabah berdasarkan keadaan kes tersebut atau, (c) dengan mana pihak yang terkilan tersebut itu tidak atau tidak boleh mengikut. 3. Mereka yang menggunakan alat pemulihan atau alat bantuan. Bagi tujan akta ini, seorang ("pendiskriminasi") mendiskriminasikan terhadap seseorang lain ("pihak yang terkilan") atas sebab kecacatan pihak yang terkilan sekiranya, oleh sebab kecacatan yang terkilan tersebut, layanan atau bakal layanan yng diberi oleh pendiskriminasi adalah kurang memuaskan atas sebab yang terkilan itu diiringi oleh sesorang atau mempunyai: (a) alat pemulihan atau alat bantuan atau, (b) alat tambahan, yang digunakan oleh yang terkilan, atau kerana apa sahaja perkara yang berkaitan dengan fakta tersebut. 4. Mereka yang diiringi oleh jurubahasa isyarat, pembantu dsb. Bagi tujan akta ini, seorang ("pendiskriminasi") yang mendiskriminasikan seorang kurang upaya ("pihak yang terkilan") sekiranya layanan atau bakal layanan yang diberi oleh pendiskriminasi kepada pihak yang terkilan adalah kurang memuaskan atas sebab pihak yang terkilan tersebut diiringi oleh: (a) seorang jurubahasa, (b) seorang pembaca (c) seorang penjaga (d) seorang pembantu yang memberi perkhidmatan alih bahasa, membaca atau perkhidmatan lain kepada pihak yang terkilan oleh kerana kecacatannya, atau apa jua perkara yang berkaitan dengan fakta tersebut. BAHAGIAN 2. LARANGAN DISKRIMINASI BERDASARKAN KECACATAN 1. Diskriminasi dalam pekerjaan. (1) Majikan atau seorang yang mewakili majikan tidak boleh mendiskriminasikan seseorang atas sebab kecacatannya: (a) dalam urusan yang dilakukan untuk menentukan siapa yang boleh ditawarkan pekerjaan; (b) dalam menentukan siapa yang boleh ditawrkan pekerjaan atau, (c) dalam syarat atau peraturan yang dijadikan dasar bagi penawaran sesuatu pekerjaan. (2) Majikan atau seorang yang mewakili majikan tidak boleh mendiskriminasikan seorang pekerja ats sebab kecacatannya: (a) dalam syarat atau peraturan pekerjaan yang majikan tawarkan kepadanya; (b) dengan tidak memberikan atau menghadkan peluang pekerja terhadap kenaikan pangkat, pertukaran tempat kerja atau latihan, atau sebarang ganjaran yang berkaitan pekerjaan; (c) melalui pembuangan kerja atau, (d) mendedahkan pekerja kepada kerugian lain. 2. Diskriminasi terhadap agen yang berkomisyen (1) seorang prisipal atau orang yang mewakili prisipal tidak boleh mendiskriminasi seseorang atas sebab kecacatan orang tersebut: (a) dalam peraturan yang dibuat untuk menentukan siapa yang boleh diambil sebagai agen berkomisyen; (b) dalam menentukan siapa yang boleh diambil sebagai agen berkomisyen atau, (c) dalam syarat dan peraturan yang mengawasi perlantikan agen berkomisyen. (2) Seorang principal atau seorang yang mewakili principal tidak boleh mendiskriminasi seorang agen berkomisyen atas sebab kecacatan agen tersebut: (a) dalam syarat dan peraturan yang prinsipal memberi kepada agen sebagai agen berkomisyen; (b) dengan tidak memberikan atau menghadkan peluang agen dalam kenaikan pangkat, pertukaran tempat kerja atau latihan, atau apa sahaja keunutngan berkaitan dengan kedudukannya sebagai agen berkomisyen; (c) dengan menamatkan perlantikannya atau, (d) dengan menyebabkan berlakunya kerugian yang lain kepada agen. 3. Perkongsian (1) Mereka yang bercadang menubuhkan perkongsian tidak boleh mendiskriminasikan seseorang lain atas sebab kecacatannya ; (a) dalam menentukan siapa yang harus dijemput menjadi rakan kongsi dalm perkongsian tersebut atau, (b) di bawah syarat dan peraturan yang seseorang itu dijemput menjadi rakan kongsi dalam perkongsian tersebut. (2) Seorang atau lebih dari seorang rakan kongsi dalam perkongsian tidak boleh mendiskriminasikan seorang lain atas sebab kecacatannya: (a) dalam menentukan siapa yang harus dijemput menjadi rakan kongsi dalm perkongsian tersebut atau, (b) di bawah syarat dan peraturan yang seseorang itu dijemput menjadi rakan kongsi dalam perkongsian tersebut. (3) Seorang atau lebih dari seorang rakan kongsi dalm perkongsian tidak boleh mendiskriminasikan seorang lain atas sebab kecacatan rakan kongsi lain itu: (a) dengan tidak memberi aatu menghadkan peluang rakan kongsi tersebut mendapatkan keuntungan dari menjadi rakan kongsi dalam perkongsian itu; (b) dengan membuang rakan kongsi yang lain itu dari perkongsian, atau (c) dengan menyebabkan berlakunya kerugian lain pada rakan kongsi tersebut. 4. Badan-Badan Kelayakan (1) Sesebuah badan berkuasa yang diberi kuasa untuk memberi, membaharui, melanjutkan tempoh atau menarik balik kuasa atau kelayakan yang diperlukan, atau yang membantu pengamalan sesuatu profesyen, menjalankan sesuatu perniagaan atau menceburi sesuatu pekerjaan, tidak boleh mendiskriminasikan seseorang atas sebab kecacatannya: (a) dengan tidak memberi atau gagal memberi, membaharui, atau melanjutkan tempoh kuasa atau kelayakan (b) dalam syarat dan peraturan yang mengawal pemberian kuasa atau kelayakan atau untuk membaharui atau melanjutkan tempoh kuasa atau kelayakan atau, (c) dengan menarik balik kuasa yang diberikan atau kelayakan atau mengubah syarat dan peraturan yang mengawalnya. 5. Persatuan Berdaftar (1) Sebuah persatuan berdaftar, jawatankuasa yang menguruskan persatuan berdaftar atau ahli jawatankuasa yang menguruskan persatuan berdaftar tidak boleh mendiskriminasikan seseorang atasa sebab kecacatannya: (a) dengan tidak mahu menerima atau tidak menerima permohonan keahliannya atau, (b) dalam syarat dan peraturan yang mengawal kemasukan ahli ke dalam persatuan tersebut. (2) Sebuah persatuan berdaftar, atau jawatankuasa yang menguruskan persatuan berdaftar atau ahli jawatankuasa pengurusan persatuan berdaftar tidak boleh mendiskriminasikan seorang ahli persatuan berdaftar atas sebab kecacatan ahli tersebut. (a) dengan tidak memberikan atau menghadkan akses ahli kepada sebarang (b) dengan tidak menawarkan keahlian atau mengubah syarat keahlian atau, (c) dengan menyebabkan berlakunya kerugian kepada ahli tersebut. 6. Pendidikan (1) Pihak berkuasa pendidikan tidak boleh mendiskriminasi seseorang atas sebab kecacatannya: (a) dengan menolak atau tidak menerima permohonan kemasukannya sebagai pelajar, atau (b) di bawah syarat dan peraturan yang mengawal pengambilan pelajar. (2) Sesebuah badan pendidikan tidak boleh mendiskriminasikan seorang pelajar atas sebab kecacatannya: (a) dengan tidak memberi atau menghadkan akses pelajar kepada sebarang manfaat yang disediakan oleh badan berkuasa pendidikan; (b) dengan dibuang sekolah atau, (c) menyebabkab berlakunya sebarang kerugian kepada pelajar (3) Bahagian ini tidak menganggap salah di sisi undang-undang mendiskriminasikan seseorang atas sebab kecacatannya di mana sekolah yang ingin dimasuki itu ditubuhkan khusus bagi pelajar yang mempunyai kecacatan tertentu dan ia tidak mempunyai kecacatan tersebut. 7. Akses ke bangunan awam (1) tiada sesiapa harus mendiskriminasi seorang lain atas sebab kecacatannya : (a) dengan tidak membenarkan seorang lain masuk, mengguna mana-mana bangunan atau sebahagian daripada bangunan, di mana orang awam atau sebahagian daripada orang awam berhak atau dibenarkan masuk dan meggunakannya ( sama ada dengan atau tanpa bayaran); (b) di bawah syarat dan peraturan orang yang tersebut dahulu membenarkan seorang lain itu masuk atau mengguna bangunan-bangunan tersebut; (c) berkaitan penyediaan kemudahan akses ke bangunan-bangunan berkenaan; (d) dengan tidak memberi kebenaran kepada seorang lain menggunakan sebarang kemudahan di bangunan-bangunan yang orang awam atau sebahagian daaripada orang awam berhak atau dibenarkan mengguna (dengan atau tanpa bayaran); (e) dalam syarat dan peraturan orang yang tersebut dahulu membenarkan seorang lain itu menggunakan sebarang kemudahan atau, (f) dengan meminta seorang lain itu meninggalkan bangunan atau berhenti menggunakan kemudahan berkenaan. 8. Barangan, perkhidmatan dan kemudahan (1) Seseorang, sama ada dengan bayaran atau tanpa bayaran menyediakan barangan atau perkhidmatan atau kemudahan, tidak boleh mendiskriminasikan seorang lain atas sebab kecacatannya: (a) dengan tidak memberi kepada seorang lain itu barangan atau perkhidmatan berkenaan atau tidak menyediakan kemudahan berkenaan bagi seorang lain itu; (b) dalam syarat dan peraturan orang yang tersebut dahulu memberi barangan atau perkhidmatan berkenaan kepada seorang lain itu atau menyediakan kemudahan berkenaan bagi seorang lain itu atau, (c) dalam cara orang yang tersebut dahulu memberi barangan atau perkhidmatan berkenaan atau menyediakan kemudahan bagi seorang lain itu. 9. Penginapan (1) Seseorang tidak boleh mendiskriminasikan seorang yang lain atas sebab kecacatannya: (a) dengan menolak permohonanaya bagi penginapan; (b) dalam syarat atau peraturan tempat penginapan itu ditawarkan kepada seseorang itu atau, (c) dengan menangguhkan permohonan untuk penginapan oleh seseorang itu atau tidak memberi keutamaan dalam senarai permohonan bagi penginapan. (2) Seseorang tidak boleh mendiskriminasikan seorang yang lain atas sebab kecacatannya: (a) dengan tidak memberi atau menghadkan akses seseorang itu kepada sebarang manfaat berkaitan dengan tempat penginapan yang diduduki oleh seorang yang lain itu; (b) dengan mengusir keluar seorang lain itu dari tempat penginapan yang diduduki oleh seorang lain tersebut (c) menyebabkan berlakunya kerugian kepada seorang lain itu berkaitan dengan tempat penginapan yang diduduki oleh seorang yang lain itu. 10.Tanah dan harta (1) Seseorang tidak boleh mendiskriminasikan seorang yang lain disebabkan kecacatannya: (a) dengan tidak membenarkan atau gagal menjual tanah atu harta atau kepentingan berkaitan tanah atau harta kepad sorang yang lain atau, (b) dalam syarat atau peraturan berkenaan tanah atau harta atau kepentingan berkaitan tanah atu harta yang ditawarkan kepad orang yang lain. 11. Aktiviti sukan dan rekreasi (1) Seseorang tidak boleh mendskriminasikan seorang lain atas sebab kecacatan dengan tidak membenarkan orang tersebut itu menyetai aktiviti sukan atau rekreasi. (2) Di bawah bahagian ini diskriminasi tidaklah salah di sisi undang-undang sekiranya: (a) Seseorang itu tidak memenuhi tahap prestasi yang diperlukan bagi sukan atau rekreasi atau, (b) sesuatu sukan diadakan hanya bagi mereka yang mengalami sesuatu kecacatan khusus, dan orang yang disebut terdahulu itu tidak mempunyai kecacatan tersebut. BAHAGIAN 3. DISKRIMINASI YANG MELIBATKAN GANGGUAN 1. Gangguan dalam pekerjaan. (1) Berkaitan dengan kecacatan, seseorang tidak boleh mengganggu seorang lain yang: (a) berupa pekerja di bawahnya dan, (b) mempuyai kecacatan. (2) Berkaitan dengan kecacatan, seseorang tidak boleh mengganggu seorang lain yang; (a) merupakan pekerja di bawah seseorang yang juga menjadi majikan orang yang disebut terdahulu (b) mempunyai kecacatan. (3) Berkaitan dengan kecacatan, seseorang tidak boleh mengganggu seorang lain yang; (a) memohon bekerja di bawah orang yang disebut terdahulu atau di bawah majikan orang yang disebut terdahulu itu dan, (b) mempunyai kecacatan. 2. Gangguan dalam pendidikan Seseorang ahli tenaga pengajar institusi pendidikan tidak boleh mengganggu seorang yang lain, berkaitan dengan kecacatan, di mana orang itu: (a) adalah pelajar institusi pendidikan terssebut atau ingin masuk sebagai pealjar si institusi pendidikan tersebut dan (b) mempunyai kecacatan. BAHAGIAN 4. PENGECUALIAN 1. Perlakuan yang dilakukan di bawah kuasa badan berkanun Di bawah Bahagian ini tidaklah salah di sisi undang-undang sekiranya perlakuan seseorang itu mematuhi: (a) kuasa badan berkanun (b) perintah daripada mahkamah atau tribunal atau, (c) sebarang undang-undang atau peraturan 2. Penyakit berjangkit Di bawah Bahagian ini tidaklah salah disisi undang-undang mendiskriminasikan seseorang atas sebab kecacatannya sekiranya : (a) kecacatan seseorang itu merupakan penyakit berjangkit dan, (b) diskriminasi dilakukan demi menjaga kesihatan awam. 3. Suruhanjaya boleh memberi pengecualian. Suruhanjaya boleh, atas permohonan orang yang terlibat, dengan makluman secaar nota bertulis mengecualiakan pengamalan mana-mana bahagian Bab iii Bahagian 2 berdasarkan syaat dan peraturan yang terkandung dalam notis tersebut. BAB IV SURUHANJAYA ORANG KURANG UPAYA. 1. Penubuhan Suruhanjaya Sebuah badan dikenali sebagai Suruhanjaya Bagi Orang Kurang Upaya (disebut di tempat lain akta ini sebagai Suruhanjaya) akan ditibuhkan bagi tujuan akta ini. 2. Keahlian Suruhanjaya akan terdiri daripada ahli berikut yang dilantik oleh Menteri: (a) seorang Pengerusi yang juga akan menjadi Pengeruisi Eksekutif Suruhanjaya; (b) Empat orang yang mewakili kerajaan dan, (c) empat orang individu yang kurang upaya atau yang mewakili persatuan orang kurang upaya. Untuk melayakkan diri dilantik sebagai ahli Suruhanjaya, seseorang seharusnya mempunyai pengetahuan yang mendalam atau pengalaman praktikal berkenaan perkara berkaitan pemulihan atau aspek lain kecacatan. 3. Tempoh memegang jawatan. Berdasarkan syarat dan peraturan yang terkandung dalam surat perlantikan, seorang ahli Suruhanjaya akan memegang jawatan tidak melebihi taiga tahun dan adalah layak dipilih semula. 4. Pembayaran dan perbelanjaan lain. Parlimen boleh memperuntukkan dana yang secukup untuk pembayaran kepada ahli Suruhanjaya dan untuk perbelanjaan lain. Suruhanjaya boleh mengadakan peraturan sendiri berkenaan pengurusan Suruhanjaya. 5. Fungsi Suruhanjaya. · Untuk menguatkuasa kuasa yang diberi di bawah Akta ini. · Untuk menasihatkan Menteri berkenaan diskriminasi berdasarkan kecacatan. · Menghantar laporan kepada Parlimen mengenai penguatkuasaan Akta · Mengambil langkah unatuk memelihara hak dan kemudahan yang diberi kepada orang kurang upaya. · Menggalakkan kefahaman dan pengakuran serta kepatuhan Akta tersebut · Menjalankan penyelidikan dan mengadakan program bertujuan mempromosikan objektif Akta ini. · Menyediakan serta menerbitkan garis panduan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Suruhanjaya untuk mengelakkan diskriminasi berdasarkan kecacatan. Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya akan mengendalikan kerja Suruhanjaya dan bertanggungjawab atas perjalanan seharian Suruhanjaya. Ahli lain akan menjalankan tugas mereka di bawah pengawasan Pengerusi Eksekutif. 6. Suruhanjaya untuk mengendalikan aduan Tanpa prejudis kepada yang terdahulu, Suruhanjaya boleh, secara sendiri atau melalui permohonan pihak yang terkilan menyiasat aduan berkenaan perkara berkaiatan : · pelucutan hak orang kurang upaya; · ketidakimplimentasian undang-undag; undang-undag kecil, peraturan, perintah eksekutif, garis panduan, atau arahan yang dikeluarkan oleh badan berkuasa yang berkenaan, insatitusi, badan berkanun dan badan bukan kerajaan demi kebajikan serta perlindungan hak orang kurang upaya; · dan membawa perkara-perkara tersebut kepada badan-badan berkuasa yang berkenaan. 7. Suruhanjaya untuk menyiasat. Bagi tujuan menjalankan fungsi pertanyaan dan penyiasatan di bawah Akta ini, Suaruhanjaya akan mempunyai kuasa yang sama seperti yang diberi kepada mahkamah di bawah Akta Mahkamah Pengadilan bagi perkara-perkara berikut : · Saman dan penguatkuasaan kehadiran saksi-saksi; · Memerlukan pencarian dan penyerahan dokumen; · Permintaan rekod awam atau salinanya daripada mahkamah atau pejabat; · Menerima bukti bagi afidavit. 8. Pendakwaan. Selepas penyiasatan, sekiranya mengikut pendapat Suruhanjaya, terdapat keingkaran mana-mana bahagian Akta ini, Suruhanjaya boleh membawa perkara tersebut kepada pihak berkuasa berkenaan bagi tujuan pendakwaan. BAB V KESALAHAN (akan digubalkan secara rundingan bersama pejabat Peguam Negara) DISEDIAKAN OLEH (Mah Hassan Haji Omar) Pengerusi Jawatankuasa Kerja Teknik Perundangan, Majlis Penasihat dan Perundangan bagi Orang Kurang Upaya Presiden, Pertubuhan Orang Buta Malaysia Tarikh: 16 September 2002

No comments: