Tahniah kepada dua orang lagi rakan sekerja yang telah mendapat tawaran jawatan di Kementerian Pendidikan beberapa hari lalu...kini PDK kehilangan lagi seorang guru/pekerja berdedikasi....
Terimbas aku kata-kata daripada seorang jururawat yang datang sebulan sekali kepDk untuk memberi rawatan pemulihan...Katanya" You kerja di PDk tiada masa depan...!"
Terusik juga aku dengan kata-kata tersebut tetapi sebagai seorang yang berfikiran analitik betul juga kata-kata beliau...kerana bekerja di PDK hanyalah sukarela , mendapat upah berbentuk elaun RM 455 bersih sedangkan barang harian dan keperluan semakin meningkat, kemudian jawatan tidak tetap bila-bila masa sahaja boleh berhenti atau diberhentikan....
terfikir jugalah wang kerajaan terpaksa dikeluarkan dalam usaha untuk memberi kami kursus dan pengetahuan dalam penjagaan / pengajaran / alias apa sahaja tentang OKU DAN RUGI SEKIRANYA MEREKA YANG BERPENGALAMAN INI PERGI BEGITU SAHAJA KERANA HENDAK MENCARI POHON BERTEDUH YANG LEBIH MENJAMIN MASA HADAPAN.....
Oleh itu, wahai semua pihak yang bertanggungjawab dalam PDK di seluruh Malaysia tidak kira siapa sahaja berfikirlah dengan rasional ...jangan biarkan mereka yang berpengalaman ini pergi begitu sahaja....rugi sekali.....
Pandang-pandanglah mereka dan jangan hanya pandang sebelah mata sahaja ......
No comments:
Post a Comment