Tuesday, August 28, 2007

kemasukan ke PDK

Apakah syarat-syarat kemasukan ke PDK?

J. Bagi ibubapa/penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran. Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal kanak-kanak kurang upaya. Kemasukan ke PDK tiada had umur. Walaubagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya ini yang dipilih selalunya bersikap kebudak-budakan, walaupun telah berumur melebihi 18 tahun dan terencat akal. Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran boleh terus mendaftar dengan Kementerian Pendidikan.

IBu bapa yang berminat untuk memasukkan anak mereka ke PDk perlulah menghubungi pengerusi atau naib pengerusi, berjumpa dengan pekerja/ guru PDK dan memenuhikan borang kemasukan yang berkaitan...
Selepas itu, kemasukan ke PDk akan diuruskan pada keesokkan harinya sekiranya layak dan mendapat persetujuan daripada pengerusi PDk terbabit....

No comments: