Wednesday, July 11, 2007

JAWATAN KOSONG DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

JKMM(S)/200/12/4Jld.6(1)
8 Jun 2007
SEPERTI EDARAN
Tuan/Puan,
IKLAN JAWATAN KOSONG DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA
Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia:

1. Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN KP11
(a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Keselamatan Dan
Pertahanan Awam
(c) Taraf Jawatan : Tetap
(d) Jadual Gaji Gred KP11 : P1T1 RM548.61 P1T21 RM1269.77
P2T1 RM580.07 P1T21 RM1335.11
P3T1 RM612.74 P1T21 RM1401.66
(e) Elaun : (i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam
RM95.00 sebulan; dan
ii. Imbuhan Tetap Perumahan RM180.00 sebulan.
iii. Cola RM150.00 sebulan.

(f) Kemudahan : (i) Cuti Rehat (20 hari) setahun;
ii. Faedah Rawatan Perubatan (diri, isteri, suami, anak-anak dan ibu, bapa);
iii. Pinjaman Perumahan;
iv. Pinjaman Kenderaan; dan
v. Faedah Persaraan.

(g) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. (a) Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(b) Bekas Konstabel Polis Di Raja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod yang baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan,
iv. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57meter bagi lelaki dan 1.53meter bagi wanita tanpa bersepatu;
b. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
c. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79cm dan semasa menarik nafas 84cm (lelaki sahaja);
d. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
e. pengecaman warna dan dengaran yang tidak cacat.
f. calon-calon yang memiliki kelayakan Penilaian di para g (iii) (a) hendaklah lulus Bahasa Malaysia pada peringkat Penilaian Menegah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(h) Syarat Kenaikan Pangkat : Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah, Ateden Kesihatan dan Atenden Haiwan adalah layak dipertimbangkan oleh pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan pengkat secara lantikan ke jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila disahkan dalam perkhidmatan dan;
(i) (a) mempunyai kelayakan di para g (iii) di atas, atau
(b) lulus peperiksaan khas; dan
(ii) berumur kurang 54 tahun pada tarikh lantikan.
(i) Penetapan Gaji Permulaan : Gaji pemulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred KP11 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
(j) Tempoh Percubaan : Pengawal Keselamatan Gred KP11 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun dan dikehendaki lulus Kursus Induksi Khusus dan Umum dengan jayanya.
(k) Penaklukan dibawah syarat skim: pegawai-pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim Perkhidmatan berkenaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
(l) Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab ke atas Keselamatan semua harta benda jabatan, membuat rondaan bagi stesen-stesen yang ditetapkan untuk tujuan pemeriksaan dan mengawal pelawat yang keluar masuk, menyimpan rekod-rekod pegawai / kakitangan juga kenderaan yang keluar masuk dan membuat laporan jika terdapat kerosakan / kehilangan harta benda jabatan.
____________________________________________________________________________
2. Jawatan : ATENDAN KESIHATAN GRED U3
(a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Perubatan dan Kesihatan
(c) Taraf Jawatan : Tetap

(d) Jadual Gaji Gred U3 : P1T1 RM 525.62 - P1T18 RM 1076.17
P2T1 RM 557.08 - P2T18 RM 1134.25
P3T1 RM 589.75 - P3T18 RM 1193.54
(e) Elaun : (i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam
RM95.00 sebulan;
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan; dan
RM180.00 sebulan.
(iii) Cola RM150.00 sebulan.
(f) Kemudahan : (i) Cuti Rehat (20 hari setahun);
(ii) Faedah Rawatan Perubatan (diri,
suami, isteri, anak-anak dan
ibu bapa);
(iii) Pinjaman Perumahan;
(iv) Pinjaman Komputer;
(v) Pinjaman Kenderaan (motosikal); dan
(vi) Faedah Persaraan.
(g) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
kelayakan seperti berikut:
(i) warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. tamat Tingkatan Tiga sekolah menengah bantuan penuh kerajaan; dan

iv. boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

(h) Penaklukan Di Bawah : Anggota yang memasuki Perkhidmatan
Syarat-syarat Skim Atendan Kesihatan adalah tertakluk kepada Perkhidmatan syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan
yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
(i) Fungsi Bidang Tugas : Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas pembersihan dan membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan berkaitan, mengambil dan merekod data pesakit dan sebagainya di unit-unit tertentu.


3. Jawatan : PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR GRED R3

(a) Kumpulan Perkhidmatan : Perkhidmatan Mahir/ Separuh Mahir/
Tidak Mahir
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Sokongan
(c) Taraf Jawatan : Tetap
(d) Jadual Gaji Gred R3 : P1T1 RM519.57 P1T17 RM1003.57
P2T1 RM551.03 P2T17 RM1054.39
P3T1 RM583.70 P3T17 RM1106.42
(e) Elaun : (i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM95.00 Sebulan; dan
ii. Imbuhan Tetap Perumahan RM180.00 sebulan;

(iii) Cola RM150.00 sebulan.
(f) Kemudahan : (i) Cuti Rehat (20 hari) setahun;
(ii) Faedah Rawatan Perubatan (diri, isteri, suami, anak-anak dan ibu bapa);
iii. Pinjaman Perumahan;
iv. Pinjaman Komputer ;
v. Pinjaman Kenderaan; dan
vi. Faedah Persaraan.

(g) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah
memiliki Kelayakan seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. (a) tamat darjah enam Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan;
b. memiliki lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I mana berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)[ kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P) ] ; dan
c. berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan
d. berkebolehan bertutur dan membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
- Lesen D P1T3
- Lesen E/E1/E2 P1T4
- Lesen F/H P1T5
- Lesen G/I P1T6
(h) Penetapan Gaji Permulaan : Gaji Permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred R3 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
(i) Tempoh Percubaan : Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3 yang dilantik adalah diekhendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
(j) Kursus Induksi/Peperiksaan : Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3 dalam percubaan adalah dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(k) Latihan : Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3 boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(l) Pengesahan Dalam Perkhidmatan : Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
i. memenuhi tempoh percubaan;
ii. hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan; dan
iii. diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan.

(m) Pergerakan Gaji Tahunan : Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.


4. Jawatan : JAGA GRED R1
(a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Mahir/ Separuh Mahir/ Tidak Mahir
(c) Taraf Jawatan : Tetap
(d) Jadual Gaji Gred R1 : P1T1 RM479.64 – P1T14 RM872.89
P2T1 RM511.10 – P2T14 RM920.08
P3T1 RM543.77 - P3T14 RM968.48
(e) Elaun : (i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM95.00 sebulan;
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan RM 180.00 sebulan;
(iii) Cola RM150.00 sebulan.
(f) Kemudahan : (i) Cuti Rehat (20 hari) setahun;
(ii) Faedah Rawatan Perubatan diri, isteri, suami, anak-anak dan ibu bapa);
iii. Pinjaman Perumahan;
iv. Pinjaman Komputer;
v. Pinjaman Kenderaan; dan
vi. Faedah Persaraan.

(g) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memilki kelayakan seperti berikut:
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(iii) Bekas anggota Angkatan Tentera atau Polis yang menamatkan perkhidmatan dengan baik
(vi) Berkebolehan menjalankan bidang kerja seperti yang ditetapkan, dan
(vii) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

(h) Penetapan Gaji Permulaan: Gaji Permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred R1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
(i) Tempoh Percubaan : Jaga Gred R1 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
(j) Kursus Induksi/Peperiksaan: Jaga Gred R1 dalam Percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan oelh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(k) Latihan : Jaga Gred R1 boleh mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(l) Pengesahan Dalam : Jaga Gred R1 yang dilantik adalah layak
Perkhidmatan Perkhidmatan disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
i. Memenuhi Tempoh Percubaan ;
ii. Hadir dengan Jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan; dan
iii. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan.

(m) Pergerakan Gaji Tahunan : Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.
(n) Penilaian Tahap Kecekapan : Jaga Gred R1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jaga Gred R4 yang kosong apabila telah:
(i) disahkan dalam perkhidmatan;
(ii) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(iii) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(iv) diperkukan oleh Ketua Perkhidmatan.



5.
Jawatan : Pembantu Am pejabat Gred N1
(a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
(c) Taraf Jawatan : Tetap
(d) Jadual Gaji Gred N1 :

P1T1 RM480.85 - P1T22 RM1116.10
P2T1 RM512.31 - P2T22 RM1172.97
P3T1 RM544.98 - P3T22 RM1231.05
(e) Elaun-elaun : i. Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 95.00;
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan RM 135.00;
(iii) Cola RM150.00 sebulan.
(f) Kemudahan : ii. Cuti Rehat (20 hari setahun);
iii. Faedah Rawatan Perubatan di Hospital dan Klinik Kerajaan diri / isteri / suami / anak / dan ibubapa);
iv. Pinjaman Perumahan;
v. Pinjaman Komputer;
vi. Pinjaman Kenderaan; dan
vii. Faedah Persaraan.
(g) Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
viii. Warganegara Malaysia;
ix. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. (a) Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
b. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2 – RM511.10)
(h) Penetapan Gaji Permulaan : Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred N1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
(i) Tempoh Percubaan : Pembantu Am Rendah Gred N1 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
(j) Latihan : Pembantu Am Rendah boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(k) Kursus Induksi/ Peperiksaan :



Pembantu Am Rendah Gred N1 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.

(l) Pengesahan Dalam Perkhidmatan: Pembantu Am Rendah Gred N1 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-
x. Memenuhi tempoh percubaan;
xi. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan; dan
xii. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan.

(m) Pergerakan Gaji Tahunan : dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:- Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

__________________________________________________________________________

6. Jawatan : PEKERJA RENDAH AWAM GRED R1

(a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Mahir/ Separuh Mahir/ Tidak Mahir
(c) Taraf Jawatan : Tetap
(d) Jadual Gaji Gred R1 : P1T1 RM479.64 – P1T14 RM872.89
P2T1 RM511.10 – P2T14 RM920.08
P3T1 RM543.77 - P3T14 RM968.48
(e) Elaun : (i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM95.00 sebulan; dan
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan RM 180.00 sebulan.
(iii) Cola RM150.00 sebulan.
(f) Kemudahan : (i) Cuti Rehat (20 hari) setahun ;
(ii) Faedah Rawatan Perubatan diri, isteri, suami, anak-anak dan ibu bapa);
iii. Pinjaman Perumahan;
iv. Pinjaman Komputer;
v. Pinjaman Kenderaan; dan
vi. Faedah Persaraan.
(g) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memilki kelayakan seperti berikut:-
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(iii) (a) Tamat Darjah 6 Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan;
(b) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitanyang dilitupi oleh skim perkhidmatan ini dan,
(c) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(Gaji Permulaan ialah pada Gred R1 P1T3).
(h) Penetapan Gaji Permulaan : Gaji Permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred R1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
(i) Tempoh Percubaan : Pekerja Rendah Awam Gred R1 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
(j) Kursus Induksi/Peperiksaan : Pekerja Rendah Awam Gred R1 dalam Percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(k) Latihan : Pekerja Rendah Awam Gred R1 boleh mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(l) Pengesahan Dalam Perkhidmatan: Pekerja Rendah Awam Gred R1 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
i. Memenuhi Tempoh Percubaan;
ii. Hadir dengan Jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan; dan
iii. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan.

(m) Pergerakan Gaji Tahunan : Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oelh Ketua Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.
(n) Penilaian Tahap Kecekapan : Pekerja Rendah Awan Gred R1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pekerja Rendah Awam Gred R4 yang kosong apabila telah :
(i) disahkan dalam perkhidmatan;
(ii) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(iii) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
iv. diperkukan oleh Ketua Perkhidmatan.


7. Jawatan : TUKANG MASAK GRED N1

(a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
(c) Taraf Jawatan : Tetap
(d) Jadual Gaji Gred N1 : P1T1 RM480.85 - P1T22 RM1116.10
P2T1 RM512.31 - P2T22 RM1172.97
P3T1 RM544.98 - P3T22 RM1231.05
(e) Elaun : (i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM95.00 sebulan dan ;
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan RM 180.00 sebulan.
(iii) Cola RM150.00 sebulan.
(f) Kemudahan : (i) Cuti Rehat (20 hari) setahun;
(ii) Faedah Rawatan Perubatan diri, isteri, suami, anak-anak dan ibu bapa);
iii. Pinjaman Perumahan;
iv. Pinjaman Komputer;
v. Pinjaman Kenderaan; dan
vi. Faedah Persaraan.

(g) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memilki kelayakan seperti berikut :-
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(iii) Tamat Darjah 6 Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan; dan
(vi) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(h) Penetapan Gaji Permulaan : Gaji Permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred N1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
(i) Tempoh Percubaan : Tukang Masak Gred N1 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
(j) Kursus Induksi/Peperiksaa : Tukang Masak Gred N1 dalam Percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(k) Latihan : Tukang Masak Gred N1 boleh mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(l) Pengesahan Dalam Perkhidmatan: Tukang Masak Gred N1 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
i. Memenuhi Tempoh Percubaan;
ii. Hadir dengan Jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan; dan
iii. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan.

(m) Pergerakan Gaji Tahunan : Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.
(n) Penilaian Tahap Kecekapan : Tukang Masak Gred N1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Tukang Masak Gred R4 yang kosong apabila telah:
(i) disahkan dalam perkhidmatan .
(ii) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(iii) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(iv) diperkukan oleh Ketua Perkhidmatan.
CARA MEMOHON :
1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang JKMM.PSM 1/2007 yang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau di Cawangan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri yang berhampiran. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
KETUA PENGARAH
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA
TINGKAT 21-24, MENARA TUN ISMAIL MOHAMED ALI
JALAN RAJA LAUT,50562 KUALA LUMPUR
( u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia )

sebelum atau pada 15 Julai 2007. Permohonan yang lewat dan tidak mengikut peraturan tidak akan dilayan.
2. Permohonan dari kakitangan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing sesuai dengan P.U. (A) 176/2005.

3. Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32 cm x 22 cm. Di sudut sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN.

4. Semua permohonan hendaklah di sertakan dengan SALINAN SIJIL-SIJIL yang berkaitan.

5. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan lebih daripada 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah di anggap tidak berjaya.

6. Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temuduga jawatan ini.

7. Satu borang boleh digunakan bagi 3 jawatan sahaja mengikut keutamaan.



Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,



( CHEONG BENG SENG A.M.K. )
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
b.p. Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
Malaysia.

SK:
- Semua Ketua Setiausaha Kementerian
- Semua Pengarah Negeri
- Semua Ketua Institusi

1 comment:

Ann Anata said...

Ada lagi x jawatan kosong?