Wednesday, May 23, 2007

PERANCANGAN ... NILAIAN ANDA????

Beberapa perancangan telah dibuat berkaitan PDK. Antaranya:

Kategori telah berjaya
1. Peranan Pusat PDk diperluaskan
a. Pusat rujukan
b. Pusat Pendaftaran OKU
c. Pusat pengesanan awal OKU
d. Pusat Pengendalian isu OKu

2. PDK Net diperluaskan ...Apapun cubalah kemaskinikan PDk net 2 sbb kurang menyerlahlah.....

3. Rumah kelompok

4. Program latihan dan pekerjaan

5. Persatuan Pekerja PDK telah diwujudkan di Negeri Sembilan walaupun mendapat tentangan daripada JKM tetapi alhamdulillah dapat juga didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ...


Kenapa ya JKM menghalang...cuba-cubalah fikirkan.....


Kategori kurang berjaya:

1. Elaun Pekerja PDK
** telah dimohon kepada Bendahari tetapi ditolak dan sekarang masih lagi diteruskan perjuangan kenaikan elaun dan taraf jawatan pekerja itu sendiri

2. Kebajikan pekerja PDk yang menjadi tunjang belakang kelicinan PDK itu sendiri masih lagi dalam pertimbangan....

3. Hubungan baik antara pekerja PDK di satu daerah dengan pekerja PDk di daerah lain atau di negeri lain masih perlu dieratkan ukhwah lagi .....

4. Hubungan baik antara pengerusi satu PDK dengan pengerusi di PDk lain masih lagi longgar...perlu dieratkan ukhwah...

5. kursus yang diberikan kepada pekerja PDK perlu diperdalamkan lagi jangan hanya atas air sahaja.....

6. Buku Panduan untuk pentadbir perlu dikemaskini kerana ada bahagian yang telah lapuk perlu dikaji semula...yang kurang baik dikemaskini...

7. satu lagi yang telah dihantar ke Jepun 2 takkanlah nak simpan ilmu 2 hanya untuk PDk sendiri dan diri sendiri...KONGSI-KONGSILAH ILMU 2 DGN PEKERJA PDK LAIN...BOLEH TAK?????

APA-APA PUN INI HANYALAH PERINGATAN UNTUK SAYA SAHAJA...KALAU SESIAPA TERUTAMA PIHAK YANG ADA HUBUNGAN DGN PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI ATAU PENTADBIR PDK SUDI NAK GUNAKAN ATAU NAK AMBIL BERAT SARANAN SAYA NI DIPERSILAKAN.....

INI HANYALAH UNTUK BERKONGSI IDEA ITU SAHAJA
YANG BAIK DARIPADA ALLAH ....DAN YANG BURUK DARIPADA SAYA.....

No comments: