Friday, May 11, 2007

PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS PEMULIHAN OKU MELALUI PROGRAM PDK: JAYALETCHUMY

This is the html version of the file http://asiacommunityservice.org/NECIC/CD/Plenary%20Session%204/PS%204B%20-%20Jayalatchumy.pdf.

JAYALETCHUMY adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk bahagian OKU dan PDK



--------------------------------------------------------------------------------
Page 1
18th– 20thNovember 2006, Copthorne Orchid Hotel, Penang“Parents, Practitioners & Policy Makers in Positive Partnership”PS 4B PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS PEMULIHAN ORANG KURANG UPAYA MELALUI PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) Jayalatchumy A/P Cumaraswamy Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Orang Kurang Upaya Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia JOINTLY ORGANISED BY A NATION-WIDE COALITION OF NGOS Asia Community Service (Penang)Association for Children with Special Needs (Sibu) Association for the Network for the Needs of Children with Disabilities (Perak) Association of Resource & Education for Autistic Children (Penang) Autistic Support Association of Penang Bethany Home (Teluk Intan) Bureau on Learning Difficulties (Penang) Calvary Victory Centre (Johor) CBM Christoffel-Blindenmission Malaysian Association of Speech-Language & Hearing (MASH) Malaysian Care (KL) Malaysian Paediatric Association (MPA) Methodist Care Centre (Sibu) National Autistic Society of Malaysia (NASOM) New Horizons Society (Ipoh) Penang Down Syndrome Association Persatuan CHILD Sabah Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang (Selangor)Spices Early Intervention Centre (KL) Streams of Joy(Penang) Wings Melaka IN COLLABORATION WITH Division of FamilyHealth Development, Ministry of HealthSpecial Education Department, Ministry of Education Department of Social Welfare, Ministry of Women, Family & Social Development
--------------------------------------------------------------------------------
Page 2
PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKSPEMULIHAN ORANG KURANG UPAYA MELALUI PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab sebagai ‘focal point’ dalam pembangunan orang kurang upaya (OKU). Komitmen terhadap pembangunan dan peningkatan kualiti kehidupan OKU dipertingkatkan apabila Malaysia menandatangani beberapa komitmen antarabangsa yang berkaitan dengan OKU iaitu:- (i) Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatupada 1989 yang mana antara lain telah mengiktiraf kanak-kanak kurang upaya samada mental atau fizikal diberi peluanguntuk menikmati hidup sepenuhnya dan dihormati, menggalakkan sikap tidak bergantung dan memudahkanpenglibatan aktif kanak-kanak dalam komuniti. (ii) Proklamasi Penyertaan Penuh Penyamaan Peluang di Rantau Asia dan Pasifik pada tahun 1994 yang menyediakan agenda tindakan yang perlu dilaksanakan dalam 12 bidang utama bagi tempuh 1993 – 2002 (Dekad Orang Kurang Upaya). (iii) “Biwako Millenium Framework for Action” yang juga telah menyediakan dasar pelaksanaan ke arah “inclusive, barrier-free and rights-based society for people with disabilities in the Asia and Pacific“ bagi tempoh 2003 – 2012. 1.2 JKMM telah memperkenalkan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sejak tahun 1984. Program ini menyediakan kemudahanpembelajaran dan pemulihan kepada golongan kurang upaya. Memandangkan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa golongan kurang upaya maka program ini telah diperluaskan dari tahun ke tahun. Sehingga kini terdapat 364 buah PDK di mana seramai 9260 golongan kurang upaya mendapat manfaat daripada program ini. 1.3 Program PDK kini telah mengorak langkah sebagai alternatif pendidikan khas selaras dengan Akta Pendidikan Wajib (2002) yangmana menuntut kepada perubahan progam PDK yang lebih mantap dan berkualiti ke arah memenuhi keperluan penempatan kanak-kanak kurang upaya ‘moderate’ dan ‘severe’ yang dicadangkan olehJabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk ditempatkan ke program PDK atau pusat-pusat NGO yangbersesuaian. Seterusnya kanak-kanak kurang upaya ini yang mana 1
--------------------------------------------------------------------------------
Page 3
telah menunjukkan peningkatan dalam pengurusan diri boleh ditempatkan semula ke program Kementerian Pelajaran Malaysia. 2.0 KONSEP DAN FALSAFAH PDK 2.1 Pengenalan 2.1.1 Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau ‘Community Based Rehabilitation’ (CBR) telah dipelopori oleh tiga orang pakar perubatan dan Jurupulih Anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan penghasilan sebuah draf manual mengenai program ini. JKMM telah terlibat secara langsungdalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Akhirnyapada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu yang melibatkan 55 orang kurang upaya. Program PDK ini berkonsepkan penglibatan secara aktif ibu bapa, ahli keluarga dan komuniti setempat untuk sama-sama memulihkan golongan kurang upaya. 2.2 Definisi dan Falsafah PDK 2.2.1 Program PDK boleh didefinisikan sebagai satu kaedah pembangunan komuniti untuk golongan kurang upaya di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat sendiri supaya dapat mengecapi peluang samarata serta diintegrasikan dalam masyarakat. Program PDK ini ditumpukan kepada golongan kurang upaya yang memerlukan pemulihan dan latihan asas dari segi pergerakan, pertuturan, pendidikan khas atau kemahiran dalam aktiviti kehidupan harian. Program ini dibuka kepada OKU dari semua jenis kecacatan dalam semua peringkat umur. Pendekatan yang diamalkan adalah melalui kerjasama bersepadu pelbagai sektor dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan. 2.3 Objektif 2.3.1 Program PDK dilaksanakan dengan objektif seperti berikut:- a. Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk orang kurang upaya di peringkat komuniti tempatan. 2
--------------------------------------------------------------------------------
Page 4
b. Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial orang kurang upaya dalam keluarga dan komuniti tempatan. c Mengurangkan penempatan jangka panjang di institusi pemulihan yang menyebabkan orang kurang upaya disisihkan dari keluarga dan komuniti sendiri. d Menyediakan peluang untuk orang kurang upaya membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikutpotensi yang ada dalam diri mereka. e Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan orang kurang upaya. 2.4 Konsep PDK Program PDK ini berteraskan kepada tiga model iaitu :- i) ‘home-based‘ ii) ‘centre-based‘ iii)Kombinasi ‘centre-home-based’ 2.5 Pelaksanaan Program PDK 2.5.1 Kebanyakan PDK yang ada mengamalkan model kombinasi “centre-home-based” iaitu menjalani pemulihan Pusat PDK selama 4 hari dan 1 hari lawatan ke rumah orang kurang upaya untuk melihat perkembangan di rumah serta memberi panduan serta bimbingan kepada ibu bapa dan ahli keluargaorang kurang upaya. Model ini menyatukan pendekatan model ‘home based‘ dan ‘centre-based‘. Model ini menentukanbahawa OKU yang tidak dapat datang ke pusat akan dilawati oleh pekerja PDK dan dilatih menjalankan pemulihan di rumah. Melalui model ini lebih ramai OKU dapat dilibatkan dalam program PDK. 2.5.2 Pengendalian sesebuah PDK menjadi tanggungjawab Jawatankuasa PDK yang dibentuk di peringkat awal penubuhan PDK. Ahli Jawatankuasa PDK seharusnya terdiri daripada ibu bapa atau ahli keluarga orang kurang upaya,pemimpin setempat, komuniti, pakar perubatan serta pegawai daripada agensi berkaitan. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah merupakan penasihat bagi sesebuah PDK untuk memastikan perjalanan PDK mengikut garis panduan yangditetapkan oleh JKMM. 2.5.3 Program PDK dilaksanakan melalui kerjasama bersepadu (multisectoral collaboration) antara orang kurang upaya sendiri,3
--------------------------------------------------------------------------------
Page 5
keluarga mereka, komuniti, pihak swasta, Pertubuhan Sukarela Kebajikan serta agensi kerajaan yang berkaitan untukmelaksanakan program pencegahan,pemulihan dan pembangunan orang kurang upaya. Dalam melaksanakanprogram PDK, penglibatan aktif ibu bapa dan ahli keluarga orang kurang upaya serta komuniti setempat adalah amat penting kerana mereka sebagai nadi dalam melaksanakanprogram PDK ke arah memenuhi agenda penyertaan penuhdan penyamaan peluang orang kurang upaya. Selain daripada itu, masyarakat secara tidak langsung bertanggungjawabmerencanakan program pemulihan orang kurang upaya berdasarkan keperluan dan keadaan tempatan agar hasrat kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup orang kurang upaya tercapai. 3.0 PENCAPAIAN PDK 3.1 Sejak pelaksanaannya, keberkesanan program PDK telah terbukti dalam menyampaikan perkhidmatan pemulihan dan latihan kepadagolongan kurang upaya. Ianya telah berjaya memberi impak dari segi peningkatan positif kebolehan OKU di dalam aktiviti latihan pemulihan yang dijalankan seperti berikut: i) Aktiviti Kehidupan Harian (ADL) seperti mengemas diri, makan, menyikat rambut, penggunaan tandas dan pengurusan diri lainnya. ii) Kemahiran motor kasar yang melibatkan kemahiran dalam pergerakan anggota badan seperti berjalan, berlari, merangkak, melompat dan sebagainya. iii) Kemahiran motor halus yang melibatkan pemikiran, penglibatanserta pergerakan jari seperti membuat bentuk kuih dari tanah liat, menggunting kertas, melekat gambar, menyusun dan mewarna. iv) Aktiviti pra-sekolah seperti kemahiran membaca, mengira danmenulis abjad yang mudah. v) Perkembangan sosial seperti belajar berinteraksi dengan orang lain dengan memperkenalkan nama sendiri, umur, tempat tinggal dan sebagainya. vi) Latihan kemahiran vokasional untuk melatih OKU kearah hiduplebih berdikari. 3.2 Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, Program PDK telah membuktikan keberkesanannya dalam membantu OKU dan keluargamereka untuk sama-sama berusaha kearah kualiti hidup yang lebihsempurna dengan sokongan komuniti tempatan. Program ini telah dapat memupuk sikap berdikari dikalangan OKU dan mereka dapat mengikuti program latihan dan pemulihan bersesuaian dengankeperluan dan jenis kecacatan tanpa perlu dipisahkan dari keluarga, rakan dan masyarakat tempatan. Melalui program PDK juga, insidenkecacatan dapat dikurangkan dan kecacatan yang lebih teruk dapat dicegah melalui intervensi awal dan sokongan keluarga yang dilatih. 4
--------------------------------------------------------------------------------
Page 6
3.3 Bagi keluarga yang terlibat pula, mereka memperolehi pengetahuan dan kemahiran untuk menjalankan pemulihan dan pembelajaran kepada anak mereka di rumah melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, hubungan kekeluargaan dan sokonganantara OKU dan ahli keluarga dapat dipupuk dan diperkukuhkan.Manfaat yang lebih penting adalah program ini dapat meningkatkan kesedaran ibubapa akan potensi dan keupayaan anak mereka untuk membangun dengan latihan dan bimbingan yang dijalankan. 4.0 Peranan Kerajaan 4.1 Perluasan Program PDK Program ini telah dikembangkan secara meluas terutamanya di setiap daerah/jajahan/bahagian yang mempunyai taburan kes melebihi 10 orang kurang upaya. Selaras dengan peningkatan bilangan Pusat PDK dari 52 pada tahun 1992 kepada 364 pada tahun 2006, peruntukan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat telah juga meningkat dari RM 1.13 juta kepada RM 13.63 juta. Peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan adalah bertujuan membiayai kos pengurusan dan perlaksanaan PDK seperti berikut: i) Elaun Pekerja PDK = RM 500.00 sebulanii) KWSP Pekerja PDK = RM 60.00 sebulan iii)Sewa Premis = RM 500.00 sebulaniv) Peralatan/Alat Kelengkapan = RM 3,600.00 sekaligus v) Penganjuran Program /Aktiviti = RM 5,000 setahun vi) Elaun Khas OKU = RM 25.00 seorang/bulan Peningkatan ini menunjukkan bahawa program PDK semakin mendapat tempat diperingkat akar umbi sebagai satu program yang dapat membantu golongan kurang upaya mengecapi kehidupan yanglebih bermakna dan sejahtera. Menyedari hakikat ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia sentiasa merancang penubuhan PDK baru setiap tahun untuk memenuhi keperluan yang ada. 4.2 Pemantapan Program PDK Dengan pertambahan Pusat PDK dan Pekerja PDK pada setiap tahun menuntut satu sukatan pembelajaran dan program pemulihan orang kurang upaya yang komprehensif serta sesuai dengan keperluan orang kurang upaya masa kini. JKMM dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelarasan PDK Kebangsaan - Majlis PemulihanMalaysia dan sumbangan dari Syarikat Procter & Gamble (P&G) dan Open Minds telah menerbitkan Garis Panduan Latihan Pemulihan Orang Kurang Upaya Dalam Komuniti. Garis panduan ini dijadikanManual Rujukan kepada pekerja PDK, ibu bapa OKU serta komuniti5
--------------------------------------------------------------------------------
Page 7
untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam mengendalikan orang kurang upaya. JKMM juga ada menyediakan Garis Panduan Pengurusan PDK untukmembantu Pegawai dan Kakitangan JKMM dalam memantau PDK bagi memastikan pelaksanaannya menepati objektif penubuhannya. Garis Panduan ini juga menjadi manual rujukan kepada Ahli Jawatankuasa PDK dalam mentadbir dan menguruskan Pusat PDK serta memberi panduan secara menyeluruh dalam pelaksanaan program PDK. Garis Panduan ini mencakupi aspek pengurusan PDK, perkhidmatan pekerja PDK serta peranan dan tanggungjawabJawatankuasa PDK. Garis Panduan Pengurusan ini dijangka dapat meningkatkan kualiti pengurusan program PDK secara keseluruhan 4.3 Latihan Bagi Pekerja PDKUntuk memastikan kualiti pembelajaran dan program pemulihan di PDK menepati keperluan semasa dan berada ditahap yang tinggi,JKMM telah menjalinkan kerjasama dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) dimana sukarelawan JOCV (Japan Overseas Cooperation Volunteers) ditugaskan di negara ini untukmembantu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di PDK khususnya dalam bidang Jurupulih Anggota, Jurupulih Cara Kerja dan Guru Pendidikan Khas. Para sukarelawan JOCV membantu menganjurkan pelbagai kursus, latihan dan bengkel untuk pekerja PDK, ibubapa dan masyarakat tempatan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan OKU. Kursusdan latihan bukan hanya di peringkat negeri dan daerah malah pihak JICA turut membiayai kos bagi pekerja PDK untuk mengikuti kursus di Jepun. Latihan untuk pekerja PDK ada dijalankan oleh pihak JKMM dan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) bagi melahirkan pekerja PDK yang terlatihseterusnya mampu membantu pekerja PDK baru, ibu bapa dan ahli keluarga orang kurang upaya serta komuniti dalam menyediakan perkhidmatan pemulihan yang berkualiti. Di samping latihan yang dijalankan oleh JKMM, MAKPEM dan JICA, pekerja PDK juga diberi pendedahan dan kemahiran dalammengendalikan pemulihan bagi OKU oleh Yayasan Sultan Idris Shah, Kementerian Kesihatan dan lain-lain yang mampu menyumbang ke arah pemulihan yang berkesan kepada OKU di PDK. 4.4 Pertambahan pekerja PDKSelain dari usaha-usaha yang telah dijelaskan, kualiti perkhidmatanprogram PDK terus dipertingkatkan melalui pertambahan tenagapekerja selaras dengan kadar nisbah pekerja dan OKU yang baruiaitu 1 pekerja : 5 OKU berbanding 1 pekerja : 10 OKU sebelum ini. 6
--------------------------------------------------------------------------------
Page 8
Langkah ini, dipercayai akan menjana peningkatan kualiti program latihan pemulihan dan perkhidmatan yang disediakan untuk manfaat OKU di PDK. 4.5 Perluasan PDK NetSelain daripada memantapkan pengurusan dan pentadbiran PDK,adalah juga penting bagi sesuatu program itu sentiasa berkembang supaya dapat menghadapi cabaran dan keperluan yang baru mengikut keperluan semasa. Seiring dengan perkembangan ICT, PDK Net juga akan diperluaskan sebagai sumber informasi, saluran komunikasi, pendaftaran OKU, khidmat nasihat dan bimbingan, kaedah pembelajaran dan pemulihan serta promosi dan publisiti bagi PDK. Ini seterusnya akan mewujudkan saluran rangkaian yangberkesan yang membolehkan ibubapa, pekerja PDK dan komuniti untuk berkongsi maklumat dalam pemulihan dan pembangunan OKU.4.6 Perluasan Rumah KelompokDalam menentukan golongan OKU dapat mengecapi peluang yang sama dan menyertai dalam berbagai aspek kehidupan sepenuhnya maka usaha untuk memperluaskan program Rumah Kelompok (Group Home) akan juga diberikan perhatian sewajarnya. Rumah Kelompok merupakan “extension” kepada program PDK dimana OKU yang telah mendapat latihan di PDK, dapat menguruskan diri dan boleh bekerja boleh ditempatkan di Rumah Kelompok untuk menjalani kehidupan yang lebih berdikari dan kehidupan bermasyarakat kearah pengintegrasian yang bermakna. 5.0 CABARAN DAN PERANCANGAN MASA DEPAN 5.1 Hampir lebih 22 tahun telah berlalu semenjak PDK diperkenalkan,pelbagai perubahan telah dilalui dan pelbagai pencapaian dikecapi.Samada PDK sekarang telah sepenuhnya menepati kepada prinsip kerjasama bersepadu (multisectoral collaboration) yang dipersetuju oleh ILO, UNESCO dan WHO dalam tahun 1994 di mana diterima bahawa pendekatan PDK adalah “a strategy within communitydevelopment for rehabilitation, equalization of opportunities and social integration of all people with disabilities CBR is implemented throughthe combined efforts of the disabled people themselves, their familiesand communities and the appropriate health, education, vocational and social services” boleh kita nilaikan. Melihat kepada faedah dan pencapaian yang telah diperolehi, adalah dirasakan kita telah dapatmemenuhi sebahagian besar kehendak prinsip yang tersebut di atas. Walau bagaimanapun, bagi memantapkan program PDK kearah kematangan yang dapat dibanggakan, kita seharusnya sentiasa berusaha untuk memenuhi beberapa kriteria-kriteria yang menjadi asas kepada program PDK ini iaitu:- 7
--------------------------------------------------------------------------------
Page 9
OKU mesti dilibatkan di semua peringkat dalam program PDK termasuk peringkat perancangan dan pelaksanaan program Objektif utama program PDK adalah untuk meningkatkan kualiti hidup golongan OKU Salah satu usaha/fokus aktiviti PDK adalah bekerja dengan komuniti untuk mewujudkan sikap positif terhadap OKU dan juga menggalakkan ahli-ahli masyarakat menyokong dan menyertai program PDK Program PDK juga perlu menyediakan bantuan perkhidmatan untuk semua OKU dan di semua peringkat umur Semua aktiviti PDK juga harus mengambilkira keperluan wanita dan gadis yang kurang upaya Program PDK mestilah fleksibel supaya ianya boleh dilaksanakan di peringkat komuniti tempatan Program PDK mestilah menyelaras penyampaian perkhidmatan di peringkat tempatan 5.2 Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan program PDK bagi manfaat OKU, perancangan telah dibuat untuk memperluaskan peranan Pusat PDK sebagai satu Pusat Khidmat Setempat (One Stop Centre) bagi perkhidmatan OKU.Perancangan Pusat Khidmat Setempat membolehkan penyelarasan dan penyediaan perkhidmatan secara bersepadu melalui sistem rangkaian perkhidmatan (network inteprating system) yang melibatkan agensi Kerajaan berkaitan seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan danKementerian Sumber Manusia. Perkhidmatan yang akan disediakan akan meliputi pendaftaran, ‘screening” dan pengesanan kecacatan, penilaian dan pemantauan, rawatan dan pemulihan, pencegahan,latihan vokasional, pekerjaan dan program advokasi. Dengan cara ini, OKU di PDK akan mendapat bantuan kemudahan yang bersesuaian untuk membangunkan diri mereka. 5.3 Sehubungan dengan perancangan Pusat Khidmat Setempat ini,JKMM berhasrat supaya PDK dapat juga dijadikan pusat bagi mengendali pelbagai isu OKU. Ini adalah kerana taburan PDK yang meluas dan diperingkat komuniti akan memudahkan masyarakatuntuk mendapat khidmat nasihat, maklumat, khidmat rujukan memohon bantuan dan beroleh berbagai perkhidmatan dan kemudahan berkaitan OKU. Peranan PDK bukan hanya sekadar pusat untuk pemulihan dan pembelajaran OKU tetapi juga sebagai Pusat Sumber Maklumat, Pusat Rujukan, Pusat Pendaftaran dan Pusat Advokasi. Dijangkakan PDK akan memainkan peranan penting dalam memperjuangkan hak dan kepentingan golongan kurangupaya. 5.4 JKMM akan juga terus memberi perhatian serius kepada aspekpeningkatan program latihan vokasional dan peluang pekerjaan supaya matlamat untuk OKU berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat akan tercapai. Sehubungan ini, penekanan akan diberi untuk menentukan latihan vokasional yang disediakan dapat dikaitkan 8
--------------------------------------------------------------------------------
Page 10
dengan peluang-peluang pekerjaan. Usaha ini akan melibatkanperancangan untuk meningkatkan keberkesanan Bengkel Terlindung supaya dapat memainkan peranan untuk menyediakan program latihan dan pekerjaan bagi golongan OKU yang telah mengikuti program PDK. Perancangan sedang diusahakan untuk menentukan hubungan antara program PDK dan Bengkel Terlindung dapatdiperkukuhkan untuk menjamin masa hadapan golongan kurang upaya. 6.0 PENUTUP 6.1 Program PDK merupakan alternatif terbaik bagi golongan kurang upaya menjalani program pemulihan kerana ianya satu program yangbermula di pusat dan berterusan hingga ke rumah. Prosespembelajaran kanak-kanak kurang upaya berlaku setiap hari denganbimbingan pekerja-pekerja PDK ataupun ibu bapa dan ahli keluarga kanak-kanak kurang upaya. Manakala komuniti setempat dapat membantu kanak-kanak ini dengan menyediakan program-program yang berbentuk kemasyarakatan. JKMM sentiasa bersedia untuk membantu mana-mana komuniti atau NGO yang berminat untukmenubuhkan PDK demi kesejahteraan orang kurang upaya. 6.2 Program PDK mempunyai potensi untuk dijadikan satu program pembangunan yang berkesan, bukan sahaja untuk OKU itu sendiri,bahkan untuk masyarakat secara keseluruhannya. Oleh itu pihakkerajaan melalui JKMM akan terus memberi penekanan kepadausaha untuk membangunkan program PDK ke tahap yang boleh dibanggakan, sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. RI/kertaskerjaROLEofGOV/2011069
--------------------------------------------------------------------------------
Page 11
1MEETING MEETING EDUCATIONAL EDUCATIONAL NEEDS: THE ROLE NEEDS: THE ROLE OF GOVERNMENT OF GOVERNMENT IN PROVIDING CBRIN PROVIDING CBRDEPARTMENT OF SOCIALWELFARE MALAYSIABACKGROUND TO THEBACKGROUND TO THEDEVELOPMENT OF CBR• DEPARTMENT OF SOCIALWELFARE IS THE FOCULPOINT ON DISABILITYISSUES• INTRODUCED IN MALAYSIAIN THE YEAR 1984 IN BATURAKIT, KUALA TERENGGANU WITH THECOOPERATION OF WHO• ALTERNATIVE APPROACHTO SPECIALEDUCATION(COMPULSORYEDUCATION ACT 2002)• ALTERNATIVE TOINSTITUTIONAL CAREINTEGRATED APPROACH• COMMUNITY BASED REHABILITATIONIS ASTRATEGY WITHIN GENERAL COMMUNITYDEVELOPMENT FOR THE REHABILITATION, EQUALISATION OF OPPORTUNITIES AND SOCIAL INCLUSION OF ALL PEOPLE WITH DISABILITIES. CBR IS IMPLEMENTEDTHROUGH THE COMBINEDEFFORTS OF PEOPLE WITH DISABILITIES THEMSELVES, THEIR FAMILIES, ORGANISATIONS AND COMMUNITIES, AND THE RELEVANT GOVERNMENTAL AND NON-GOVERNMENTAL HEALTH, EDUCATION, VOCATION, SOCIAL ANDOTHER SERVICES. (INTERNATIONAL LABOUR ORGANISATION et al.2004)ROLE OF SOCIAL WELFARE ROLE OF SOCIAL WELFARE DEPARTMENTDEPARTMENT• ANNUAL GRANTS FOR ADMINISTRATIVE COST, for eg.- RENT (MAX-RM500.00 PER MONTH)- CBR WORKERS’ ALLOWANCE(RM500.00 PER MONTH PER PERSON & EPF RM60.00 PER PERSON)- RM3,600.00 FOR EQUIPMENT-RM5,000.00 FOR ACTIVITIES- RM 25.00 SPECIAL ALLOWANCE FOR OKU ATTENDING CBR PROGRAMMESCONT• CONDUCT TRAINING PROGRAMMES FORCOMMUNITY MEMBERS WHO ARE SELECTED AS MANAGEMENT COMMITTEE OF CBR PROGRAMMES AND CBR WORKERS• COOPERATION OF NGO’S TO RUN TRAINING PROGRAMMES• TRAINING MODULE AND GUIDE FOR SOCIAL WELFARE OFFICERS• AN EVUALATION TEAM COMPRISING OF HEALTH, EDUCATION, LABOUR AND SOCIAL WELFARE• PDK ONE STOP CENTERSTATISTIC STATENO. OF CBRNO. OFPARTICIPANTSNO. CBR WORKERSPerlis3899012918739946395336193560160152262262324Kedah2212109471251561211953172108989480935Pulau Pinang15Perak31Selangor33W.P. Kuala Lumpur4Negeri Sembilan30Melaka15Johor47Pahang28Terengganu29Kelantan24Sabah18Sarawak13W.P.Labuan1
--------------------------------------------------------------------------------
Page 12
2CLOSING REMARKS• CBR HAS OPENED OUR MINDS TO THE POTENTIAL OF THESE CHILDREN• SOCIAL AND PHYSICAL ENVIRONMENT HAS TO BE CHANGED TO RECEIVE THEM TERIMA KASIH

No comments: