Friday, May 11, 2007

ISTILAH MANA YANG SESUAI?

apa ertinya kerja?

secara harafiah, kerja atau bekerja adalah konotasi bagi suatu perbuatan yang mendatangkan faedah atau hasil.
(petikan daripada Perempuan ms 67 bulan Mei Komentar oleh Cik Sham)

Namun dalam mesyuarat kelab pekerja pdk pada hari ini 11.5.2007 , pegawai atasan tercari-cari istilah yang sesuai untuk kami... padahal dia boleh bertanya dengan Dewan Bahasa dan Pustaka bahagian Peristilahan... Mengapa dia tidak berbuat begitu?

Berkecamuk salah menggunakan istilah:
a. gaji
b. elaun
c. pekerja
d. sukarela
e. pekerja sukarela

Aku yang tidak pandai ini pun buka juga kamus untuk mengetahui maksud...bertanya dgn pegawai Jabatan Tenaga kerja untuk mengetahui maksud gaji, pekerja dsb.

Mengapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak berinisitif bertanya...
bak pepatah malu bertanya sesat jalan...


Dalam mesyuarat , Pegawai PDK bertanya apakah istilah yang sering digunakan untuk kami. katanya beliau lebih gemar memanggil kami gelaran GURU tetapi mengapa dalam surat tawaran anda ditawarkan jawatan PEKERJA PDK? Apakah tidak dapat membezakan antar istilah guru dan pekerja, ...istilah pekerja dan sukarela.... istilah gaji dan elaun...istilah empati dan simpati....
Mengapa sukar untuk membuka kamus? Jika tidak faham tanyalah pada DBP..ini tidak sesuka hati sahaja menggunakan istilah yang tidak tepat....

Akhirnya kami PEKERJA PDK yang menanggung akibat... jawatan ibarat gantung tidak bertali...?

FIKIRKANLAH....

No comments: