ada beberapa saranan yang boleh dibuat demi mempertingkatkan keefisienan pdk dari beberapa sudut
a. pentadbiran...
dua nakhoda dalam satu kapal semestinyalah akan tenggelam tetapi jika ada satu nakhoda dan satu lagi juragan sudah tentulah akan tiba ke destinasi diingini.
begitu juga dgn pdk...ada jkm dan pengerusi...jadi sudah tentulah berserabut terutama daripada surat tawaran berjumlah 2 hinggalah kepada perkara lain seperti:
1. pembayaran elaun pekerja pdk - elaun pekerja lambat kadangkala hingga bulan 3 baru dapat... dapat tidak sampai setahun hanya hingga bulan 6 sahaja
..bukankah lebih baik jika bayaran dibuatoleh kerani akaun jkm dan pembayaran paling mudah dimasukkan ke bank....
2. setiap kali berjumpa bendahari diingatkan minta wang dpd jkm...itu tugas pegawai jkm jadi takkanlah itu perlu diingatkan...
malahan buat pekerja baru lagi buruk apabila higga 3-4 bulan mereka tidak mendapat upah...
3. pekerja pdk juga tidak diberikan elaun minyak dan elaun makan terutama dalam lawatan ke rumah atau ketika menjadi babu menghantar wang ke rumah pelatih pdk...sebab lama tidak datang...sakit....
cadangan memperuntukkan elaun tambahan kepada pekerja dalam membuat lawatan ke rumah ...pemandu dan pegawai layak mendapat milleage tetapi kami hanya bermimpi sahajalah kerana semua berpunca daripada perkataan sukarela.....
4. pekerja pdk juga tidak mempunyai slip gaji ...akibatnya apabila hendak membeli barang secara hutang tidak boleh...malahan untuk membuat pinjaman pembelian kereta, rumah dsb tidak layak hanya kerana kami tidak mempunyai slip gaji dan elaun sedikit...
5. pegawai sering mengingatkan kami hanyalah sukarela tetapi pegawai atasan sering bertanya kepada kami KAMU BEKERJA DGN SIAPA?
KERANA SUKARELALAH...HAK KAMI SEBAGAI ORANG YANG BEKERJA DIKETEPIKAN...MALAHAN SOSCO JUGA TIADA...TIADA CUTI... (CUTI YANG DIBERI 14 HARI ITU HANYALAH KERANA KASIHAN...
JIKA KAMI BEKERJA DGN JKM SEHARUSNYA JKM MEMBUKA MATA...MEMANDANG KEPERLUAN ASAS KAMI SEBAGAI PEKERJA...TERUTAMA DARI SEGI
i. TARAF JAWATAN DITETAPKAN...SUPAYA KAMI MENDAPAT PENCEN...DAN APABILA SUDAH TUA NANTI ADALAH SUMBER KEWANGAN DAN TIDAK PERLULAH MEMINTA BANTUAN DGN JKM DEMI MENDAPAT SESUAP NASI.... FIKIRKANLAH.....
ii. kebajikan kami dari segi perubatan dsb... jangan hanya kerana sepatah perkataan hak kami diketepikan...
iii. berhak mendapat cuti cth cuti bergaji, cuti bersalin dsb
iv. elaun dinaikkan bukan setakat Rm 445 sahaja.... nak makan pun tidak cukup
b. pelatih
i. pelatih yang telah boleh berdikari perlulah dilepaskan supaya tidak berlaku perebutan pelajar di antara lementerian pendidikan dan pdk.
ii. pelatih yang kehadirannya buruk malahan ada kes yang setahun tidak pernah datang hanya nama sahaja perlu diambil tindakan disiplin dipotong nama atau tindakan sewajarnya diambil ....
iii. ibu bapa perlulah memberi komitmen kerana apa yang telah dibuat di pdk diteruskan di rumah spy ada kesinambungan ... ibu bapa penjaga yang tidak memberi kerjasama perlu diambil tindakan...
c. kursus kepada pekerja
i. ada di antara pekerja pdk telah dihantar berkursus hingga ke Jepun tetapi apabila pulang taraf mereka adalah sama malahan elaun pun sama RM 445 saja. Ini membantutkan semangat pekerja itu sendiri dalam memberi perkhidmatan terbaik....
ii. kursus dalam cuti (KDC) jika pihak kementerian pendidikan boleh memberikan pekerja alias guro kursus dalam cuti tetapi di jkm tidak.... bukankah lebih baik jika kementerian pendidkan memberi peluang kepada pekerja pdk kursus KDC dan seterusnya menyerapkan mereka dalam perkhidmatan tetap seperti yang telah dibuat oleh KEMAS dan JAIM (sekolah agama ).
teringat kata pengerusi...." sijil yang kamu dapat itu bolehkah digunakan?" kata saya walalhuallam...
d. peralatan dalam pdk
i. sememangnya telah usang dan perlu diganti baru
masalahnya alatan tersbut bukanlah murah malah berpuluh ribu ...untuk yang bertekad menggantikan ..pengerusi dan pekerja terpaksalah bermuka tebal meminta sumbangan daripada orang ramai.... sampai bila hendak jadi begini? jangan hanya kerana nama dalam komuniti tugas itu diserahkan bulat-bulat kepada komuniti dan adakah jkm hanya memandang dan lepas tangan....
Ini terbukti setiap kali ada aktiviti misalhnya Hari OKU peringkat negeri, Hari sukan... pekerja pdk terpaksa bermuka tebal meminta sumbangan malahan apabila pekedai / alias penderma tidak ingin memberi sumbangan kami yang dibahasakan .....
terusik hati dibuatnya
e. pegawai merangkap alias penyelia pdk....
sememangnya pegawai dibebani dengan tugas kajian kes dan sebagainya kemudian dibebani pula dgn tugas pdk...
akibatnya mereka sukar buat pemantauan dan memberi tunjuk ajar...malahan sukar juga turun padang... bukankah lebih baik jika dibuat perubahan jawatan penyelia pdk itu diberikan kepada pekerja pdk itu sendiri yang layak dan berpengalaman kerana hanya pekerja itu sendiri mengetahui maslah dan kesusahan yang dialami oleh pekerja pdk dan pdk itu sendiri....
INI SEMUA HANYAKAH CADANGAN UNTUK DIARI DI SEBALIK PDK....
UNTUK KEGUNAAN SAYA DAN JIKA PIHAK ATASAN SUDI MEMBUKA HATI MEMBUKA MINDA BOLEH PERTIMBANGKAN SARANAN SAYA INI ....
WALAUPUN PERKATAAN SAYA KASAR TETAPI INI UNTUK MEMBERI KIESEDARAN HANYA KEPADA DIRI SAYA...DAN AKHIRNYA YANG TERLUKA ADALAH SAYA.....
....bersambung.....
No comments:
Post a Comment