Monday, February 11, 2013

Kadar Caruman 2012





Kadar Caruman
Berkuatkuasa 1 Januari 2012, caruman syer majikan bagi pekerja yang menerima upah bulanan RM5,000 dan ke bawah dinaikkan 1% daripada 12% kepada 13%. Kadar caruman syer pekerja kekal pada kadar 11%.

Kadar baru caruman KWSP syer majikan ini melibatkan dua kategori pekerja seperti berikut:

a. Pekerja yang berumur kurang dari 55 tahun

Kadar baru caruman syer majikan adalah 13% (kenaikan 1%); tertakluk kepada jumlah upah dalam Bahagian A, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991

b. Pekerja yang berumur 55 tahun dan ke atas sehingga 75 tahun

Kadar baru caruman syer majikan adalah 6.5% (kenaikan 0.5%); tertakluk kepada jumlah upah dalam Bahagian C, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

Kenaikan kadar caruman syer majikan ini berkuat kuasa mulai upah bulan Januari 2012 bagi caruman bulan Februari 2012.

Kadar caruman bahagian pekerja dan majikan adalah tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Bagi memudahkan pembayaran caruman, jumlah yang perlu dibayar boleh dirujuk di dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

Kadar caruman pekerja dan majikan sejak 1952 adalah seperti berikut:

Tahun
Caruman Syer Majikan
Caruman Syer Pekerja
Jumlah
1952 - Jun 1975
5%
5%
10%
Jul 1975 - Nov 1980
7%
6%
13%
Dis 1980 - Dis 1992
11%
9%
20%
Jan 1993 - Dis 1995
12%
10%
22%
Jan 1996 - Mac 2001
12%
11%
23%
April 2001- Mac 2002
12%
9%
21%
April 2002 - Mei 2003
12%
11%
23%
Jun 2003 - Mei 2004
12%
9%
21%
Jun 2004 - Dis 2008
12%
11%
23%
Jan 2009 - Dis 2010
12%
8%
20%
Jan 2011 - Dis 2011
12%
11%
23%

Caruman KWSP hendaklah dibayar dalam nilai Ringgit penuh dan tiada nilai sen dibenarkan.

Caruman Syer Pekerja

Majikan hendaklah memotong upah pekerja bagi caruman syer pekerja pada masa upah dibayar.

Caruman Syer Majikan

Caruman syer majikan adalah bayaran daripada majikan dan tidak boleh dipotong daripada upah pekerja.

Bila Caruman Mesti Dibayar

Caruman syer majikan dan pekerja hendaklah dibayar sebelum atau pada 15 haribulan selepas bulan upah kena dibayar.

Contoh:

Caruman bulan Februari (potongan upah Januari) dan Borang KWSP 6 (Borang A) Bulan Februari hendaklah dibayar kepada KWSP sebelum atau pada 15 Februari.