Saturday, November 19, 2011

pengenalan kepada advokasi diri




PENGENALAN ADVOKASI DIRI?


APAKAH ADVOKASI DIRI?

Setiap petugas di pdk sudah pasti tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan advokasi diri sedangkan golongan inilah majoriti menghabiskan masa dengan pelatih OKU daripada jam 8:30 pagi hinggalah ke jam 12:30 atau 1:00 tengah hari. Dari mula mereka masuk , kencing berak hinggalah ke makan, bermain dan seterusnya hinggalah menghantar mereka ke pintu dan disambut oleh ibubapa atau penjaga mereka.

Jangan risau sekarang saya terangkan apakah dia advokasi diri.

APAKAH ADVOKASI DIRI?

Istilah baru dan anda tidak pernah mendengarnya?
anda pernah mendengarnya terapi tidak faham
Anda faham sedikit dan berminat untuk memahami dengan lebih mendalam.

Yang mana satu sila jawab dengan jujur k?

OKU BERMASALAH PEMBELAJARAN ?

OKU bermasalah pembelajaran merupakan golongan yang paling terpinggir saya tekan sekali lagi terpinggir dalam masyarakat.

Jarang sekali mereka diberikan peluang:
1. menyuarakan pendapat, fikiran dan kehendak sendiri
2. membuat keputusan tentang kehidupan mereka sendiri
3. mengambil bahagian di dalam aktiviti komuniti secara aktif

TUJUAN ADVOKASI DIRI?


Advokasi diri memberi keyakinan kepada OKU bermasalah pembelajaran.
1. memahami dan menerima keadaan diri
2. menghadapi cabaran kehidupan diri
3. membuat keputusan dan pilihan sendiri
4. mengetahui hak diri
5. menyuarakan pendapat diri sendiri kepada orang lain
6. diperkasakan untuk kehiduoan berdikari dan berintegrasi

SEJARAH GERAKAN ADVOKASI DIRI?


Gerakan advokasi diri ini bermula di Sweden pada awal tahun 60 an. Dalam 1968 di Sweden satu kumpulan orang bermasalah pembelajaran mengembangkan satu senarai permintaan tentang kehidupan yang harus disediakan untuk mereka. senarai ini dilampirkan kepada kumpulan ibubapa yang menyokong mereka.

2. Dari situ mereka menubuhkan satu kelab bagi orang bermasalah untuk memutuskan kegiatan mereka sendiri

3. seterusnya penubuhan kelab2 yang sama telah merebak ke United Kindom bukan UK Ulu kelang k dan Kanda.

4. Pada 1973 satu kumpulan orang bermasalah pembelajaran dari Oregon Amerika Syarikat menubuhkan 1 kumpulan advokasi diri untuk memperjuangkan hak mereka.

5. Dalam 5 tahun Oregon mempunyai 1000 ahli dari pelbagai kumpulan advokasi diri yang ditubuhkan


GERAKAN ANTARABANGSA

Gerakan Advokasi diri kini telah ditubuhkan tidak kurang daripada 45 negara.

Dianggarkan terdapat 800 kumpulan advokasi diri di Amerika Syarikat. 1200 di United Kingdom, 200 di Jepun dan 20 kuumpulan advokasi diri di Malaysia...... jauh da kecil bilangan berbanding negara di Eropahkan?





KEPENTINGAN ADVOKASI DIRI?

1. Insan saksama


kemahiran advokasi diri adalah satu komponen kemahiran berdikari yang penting sebab sebab kemahiran advokasi diri mengutamakan OKU sebagai indovidu


2. dihormati dan dihargai
membantu OKU bermaslah pembelajaran
a. mencapai hasrat untuk dihormati dan dihargai
b. diberi peluang adil dan saksama
c. diterima dalam komuniti insklusif
d. meningkatkan kemahiran berdikari

Advokasi diri ialah menyuarakan untuk diri kami,


memberitahu orang lain tentang diri kita
memberitahu orang lain apa yang kami fikir dan rasa
orang lain akan lebih faham tentang kami jika kami bersuara untuk diri kami
kami menyuarakan diri melalui buku dan surat berita
kami juga menerbitkan lukisan ahli yang suka melukis


advokasi diri ialah belajar berdikari





pengalaman tinggal bersama rakan rakan




belajar menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja dan melancung bersama kawan
kami belajar bersosial dengan pemuda pemudi lain



advokasi diri ialah belajar membuat pilihan

kami belajar merancang aktiviti kami sendiri





kami belajar menjadi pemimpin




aktiviti kami termasuklah aktiviti pelancongan, bersosial, dan sukan


kami belajar bercakap




terhadap diri kami sendiri , ibuapa ,kawan2 dan orang lain.
kami belajar bertanggungjawab dengan bekerja . kami mesti bertanggungjawab dan bercita cita untuk berdikari .

cuma jangan pula menjadi seperti ini ok......






oklah nanti kita sambung lagi ye.....salam

No comments: