Monday, January 10, 2011

tahun baru azam baru 2011

Selamat tahun baru 2011 dan sudah pasti masing-masing mempunyai azam baru ataupun azam yang dikemaskini.

Tahniah buat penyelia pdk yang semakin melonjak ke hadapan dan dinaikkan pangkat kepada ketua penyelia dan diberi elaun tambahan. juga buat penyelia baru teruskan usaha anda.....

pdk semakin bertumbuh apabila ada pdk baru akan dibuka dan ini merupakan peluang baru bagi petugas yang berkaliber. Tahniah buat sesiapa yang dipandang dan diberi kenaikan baru . Buat yang tak dipandang teruskan usaha anda kerana Allah sentiasa memandang dan berada di sisi anda.... walaupun manusia tidak memandang usaha anda namun Allah tetap akan membalasnya kelak.

Ok apapun hala tuju anda ...teruskan ...bagi yang ingin mencari pohon rimbun teruskan dan bagi yang masih ingin berpaut pada ranting pokok ...teruskan juga .....apapun usaha baik dibalas baik...bukankah begitu....

semoga anda mendapat apa dicitakan..... Aamin...Allah ada di sisi anda selalu......

Harapan saya anda anda anda yang berkaitan dengan pdk akan berubah demi kebaikan semua pihak dan janganlah hanya berbangga dengan apa yang ada ..... janganlah terlalu mendongak ke langit dan tidak lagi memandang ke tanah tempat anda berpijak kerana satu hari nanti kita pasti akan kembali ke tanah juga..... ok fikir-fikirkanlah ye.....

No comments: