Wednesday, January 19, 2011

Guru KAFA Perlu Diserap – Cuepacs

Guru KAFA Perlu Diserap – Cuepacs

June 5th, 2009 | Malay Section, by Zul


Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) telah menggesa kerajaan Malaysia untuk menyerap lebih 30,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke jawatan tetap untuk menjamin masa depan dan kerjaya yang lebih baik kepada guru guru terbabit.

Menerusi penyerapan ke jawatan tetap, kebajikan mereka juga akan lebih terbela dan mereka akan lebih fokus untuk meneruskan khidmat membimbing murid murid tanpa memikirkan tentang kontrak yang mungkin tidak disambung. Apabila kontrak tidak disambung, pelbagai masalah akan timbul termasuklah kesukaran untuk membayar ansuran pinjaman atau kemudahan pinjaman daripada institusi kewangan.

Lebih mengejutkan, badan itu juga mendakwa sebilangan daripada guru KAFA telah berkhidmat secara kontrak selama lebih dari 20 tahun.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, menegaskan bahawa usaha dan titik peluh guru guru KAFA tidak harus diperlecehkan kerana mereka banyak memberi sumbangan dalam membentuk dan membimbing kanak kanak sekolah ke arah jalan yang betul.

Buat masa ini, guru guru KAFA di seluruh Negara berkhidmat menerusi ikatan kontrak yang menyebabkan mereka tidak layak untuk menerima faedah faedah yang diterima oleh pemegang jawatan kerajaan yang tetap yang lain. Antara faedah faedah yang terpaksa dilupakan adalah kemudahan perubatan, pinjaman perumahan, cuti ibadah haji dan sebagainya.

No comments: