dalam perbualan yang dikutip bersama seorang profesional di jabatan kesihatan...kawan sekampunglah katakan.....
Perbualannya.....
dah banyak jawatan yang dipamerkan baik dalam iklan media cetak ataupun radio... jangan marah ye... katanya...
kenapa?
dalam banyak2 jawatan...aku rasa jawatan kau yang paling pelik...
apa yang peliknya. Biasa je bagi aku.
Jangan marah ye kalau aku cakap....
Apa dia? Aku tak marahlah. Cakaplah sekurang2nya aku tahu juga.
Ni jawatan kau ni ...aku rasa jawatan yang paling peliklah.
Apa pulanya. Kan ke aku dapat duit tiap bulan. sama kan macam orang lain.
Nak aku terangkan satu persatu ke.
ye. itu pun jika kau sudi.
Baiklah. tapi kau jangan marah ye.
Ok baiklah. Aku tak marah.
Oklah.
1. orang lain semua dapat gaji, kau tu hah dapat elaun. Kau dapat tak bezakan antara gaji dan elaun tu???
2. orang lain ada 1 je majikan tapi kau tu ..... mana satu majikan kau? dengan JKM, pengerusi, wakil rakyat le....
3. kau ni cikgu ke atau apa. pelatih kau panggil kau cikgu, mak bapa panggil kau cikgu tapi dalam surat tawaran kau tu petugas. jadinya.....
4. orang lain apabila masuk hospital boleh dapat potongan dan tak perlu bayar. tapi kau ni apabila dah ada LO hinggakan pihak kaunter hospital pun tak nak terima. aku kasihanlah kau ni..... hingga menyebabkan kau sendiri kena bayar masuk wad. dah le kau dimalukan, kena marah lagi sebab mereka sendiri tak tahu majikan kau.
5. orang yang tiada pengetahuan tentang permasalahan orang kurang upaya dapat diserapkan jawatan tapi kau ni tak dapat2. misalannyalah Pembantu Pengurusan Murid dapat je serap tapi kau sukarela..... apa yang sukarelanya pada zaman ni.
6. kau ni dah le bekerja dengan kebajikan dan OKU tetapi apa akan jadi kalau kau sendiri jadi OKU kena langgar ke atau kena baling dgn benda tajam oleh budak2 kau tu dan sebagainya sebab kau tu tak ada perlindungan pun . sosco tak ada. insuran pun tak ada. kan?
7. Kau kata juga kau buat lawatan ke rumah budak2 OKU ni setiap hari jumaat. dan boss kau tu bising apa kau buat hari tu? kau juga cakap yang budak2 lawatan hari jumaat tu ramai yang terlantar..keras dan pesakit kritikal. Aku nak tanya kau ...jangan marah ye..kau ni profesional ke dalam bidang fisioterapi dan pemulihan kanak2 OKU.
Bukan..???
Ah kalau bukan macam mana kau nak pulihkan budak2 OKU tu sedangkan doktor sendiri kata sukar?????
8. Kau juga cakap sekarang ni kekurangan pakar fisioterapi...pakar terapi macam2 la...kenapa kau tak minta je jabatan kau tu suruh sambung belajar...... minta sponsor la... tu pun kau tak nak cakap...
9. Kau kata kau ada penyelia tapi apa sumbangan penyelia kau dalam mempertingkatkan status dan perjawatan kau...ada ke atau tak ada mereka mengajukan permohonan agar jawatan kamu tu diserapkan.... ????? atau ada ke mereka memberi tunjuk ajar kaedah untuk meningkatkan taraf hidup dan juga produktiviti??? aku rasa kau tahu .... dan kau jawablah sendiri......
terdiam aku dibuatnya ...tarik nafas panjang sebab difikir2kan ada gak betulnya...
untuk cover kerja serta pdk ...
macam ni la , kau tahulah kan aku kerja ni di pdk di dalam komuniti sebab tu le jadi komuniti..... jadi sukarela.....
apapun aku hanya sebagai mentimun ...majikan aku tu durian.......manalah aku ada kuasa.... yang penting aku dapat berbakti untuk OKU dan dapat duit untuk menyara hidup aku... selebihnya aku serahkan kepada Allah. selagi aku ada umur ni....
penyelia aku baik je dan mereka juga seperti aku tak ada kuasa malahan......... mereka juga hanya mengharungi hidup setiap hari je......
kau tu lainlah ..... ada jawatan tetap..aku ni lain.... aku sukarela.... aku NGO....
apapun syukurlah sebab ni memang rezeki aku ...... dan Allah letakkan aku di sini .... untuk membantu OKU .....
kemudian aku beredar dan meninggalkan meja perbualan tersebut dengan hati sendu......menangis dalam hati .... tak ada siapa boleh bantu ....hanya menangis dalam hati aje lah.....
No comments:
Post a Comment