Dr. Ismail, Senator OKU pertama
[img]http://www.utusan.com.my/pix/2007/1219/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_03_big.jpg[/img]
Ismail Md. Salleh.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 18 Dis. ?Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT), Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh mengangkat sumpah sebagai Senator pertama di negara ini daripada golongan orang kurang upaya (OKU).
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh dalam satu upacara ringkas di Dewan Negara hari ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil yang terlibat secara langsung dalam mencalonkan nama Ismail untuk menjadi Ahli Dewan Negara turut hadir menyaksikan upacara itu.
Ismail, 60, yang juga Presiden Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) berkata, pelantikannya sebagai seorang Ahli Dewan Negara membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan OKU.
憫Saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Datuk Seri Shahrizat kerana memberi kepercayaan ini kepada saya.
揚eluang yang diberikan akan digunakan dengan sebaik-baiknya oleh saya untuk memartabatkan lagi golongan OKU supaya masa depan kami lebih terbela,?katanya yang cacat penglihatan sejak dilahirkan pada sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.
Menurut Ismail, beliau bercadang mewujudkan satu kongres bagi membincangkan secara menyeluruh mengenai masalah yang dihadapi oleh golongan OKU.
揇alam kongres ini, kami tidak akan membincangkan mengenai bagaimana masalah itu boleh berlaku tetapi kami akan mencari jalan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan OKU itu,?ujarnya.
Dalam pada itu, Shahrizat berkata, pelantikan Ismail sebagai Senator diharap dapat membawa suara golongan OKU ke peringkat yang lebih tinggi.
揗elalui beliau kita boleh membincangkan dan mendengar pendapat golongan OKU yang sebelum ini sukar untuk kita perolehi,'' katanya.
Syd Hantar pada 24-12-2007 09:46
OKU cipta kerusi roda bermotor pertama buatan tempatan
KUALA LUMPUR 21 Dis. ?Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini membuktikan keupayaan mereka dengan mencipta kerusi roda bermotor untuk golongan itu.
Kerusi roda yang dinamakan DD1 itu adalah rekaan syarikat D to D Services (Disabled to Disabled) dan merupakan ciptaan pertama anak tempatan.
Pengerusi Yayasan S P Setia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ini sekali gus membuktikan golongan tersebut mampu memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan negara.
憫Rekaan ini membuktikan golongan OKU mampu menghasilkan produk berinovasi dan mereka mampu berdikari.
憫Ini juga tanda OKU tidak hanya pandai meminta sedekah,拻 katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran dan Sumbangan DD1 kepada lima penerima di sini hari ini.
Majlis tersebut menyaksikan penyampaian cek daripada Yayasan S P Setia bernilai RM49,500, kepada D to D Services di atas pembelian lima unit kerusi roda bermotor itu.
Sementara itu, Pengarah D to D Services, Steve Chin berkata, rekaan DD1 merupakan tanggungjawab dan kejayaan tujuh orang pekerja syarikat berkenaan yang kesemuanya terdiri daripada golongan OKU.
憫Antara keistimewaan lainnya adalah harga yang berpatutan iaitu hampir separuh daripada kadar ditawarkan oleh syarikat luar seperti dari Amerika Syarikat,拻 katanya.
Sementara itu, salah seorang penerima kerusi roda berkenaan, Saf- wan Mokhalil Kamal, 34, berkata, DD1 yang bakal diterimanya membuatkan tugas beliau sebagai Koordinator Reka Cipta di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Permatang Guntung, Teluk Intan, Perak menjadi lebih mudah.
憫Ia juga sangat bermakna kerana keupayaan saya untuk menolak kerusi roda manual adalah terhad berikutan keadaan tangan yang lemah,拻 jelas beliau.
Seorang lagi penerima, Mohd. Shaffuan Al Farouqi Mohd. Ali, 22, berkata, sumbangan itu akan membuatkannya lebih bersemangat untuk meneruskan pekerjaan sebagai tutor.
憫Sebelum ini saya terpaksa bergantung kepada seseorang untuk menolak kerusi roda manual tetapi selepas ini saya mampu berdikari,拻 katanya yang mengajar subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik peringkat sekolah rendah di sekitar Setapak Jaya.
Tiga lagi penerima DD1 ialah Lai Sze Seng, 28, M. Balakrishnan, 30, dan Fong Kwai Fah, 37.
Syd Hantar pada 28-12-2007 11:16
Pelajar OKU dapat 8A
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
[img]http://www.bharian.com.my/Friday/Nasional/20071227224240/mainpix[/img]
ISTIMEWA: Nor Umairah memperoleh 8A dalam PMR menunjukkan demonstrasi bagaimana beliau menjawab soalan peperiksaan kepada Hussain selepas majlis penyampaian anugerah cemerlang PMR, di Ipoh, semalam.
Nor Umairah jawab peperiksaan guna kaki, bercita-cita jadi peguam
IPOH: Sebaik mula mengenal huruf, dia terpaksa menggunakan kaki untuk menulis atau menyelak buku untuk membaca kerana kecacatan kedua-dua tangannya sejak lahir.
Namun, ia tidak menghalang Nor Umairah Ahmad Jamhari mencatat kejayaan cemerlang dalam pelajaran apabila memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.
Ketika Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di Teluk Intan ini yang gemar berbahas dan bercita-cita menjadi peguam memperoleh 5A.
Biarpun terpaksa menyelitkan pen di ibu jari kaki kirinya ketika menulis, beliau tidak memerlukan masa tambahan ketika menjawab kertas peperiksaan PMR.
"Ketika peperiksaan, guru pengawas ada bertanya sama ada memerlukan tambahan masa bagi menjawab soalan kerana kecacatan saya ni, tapi saya menjawab tak perlu... guna masa biasa je," katanya ketika ditemui selepas menerima sijil penghargaan Pelajar Istimewa Cemerlang PMR Perak daripada Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Harun, di sini, semalam.
Nor Umairah adalah seorang daripada lima calon PMR Orang Kurang Upaya (OKU) seluruh negara yang mencatat kejayaan semua A dalam mata pelajaran yang diduduki.
Ketika belajar, beliau menggunakan meja khas yang dipotong kakinya agar berada dalam kedudukan sama paras dengan kerusi bagi membolehkannya selesa menulis atau melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran menggunakan kaki.
Anak sulung daripada dua beradik itu juga tidak belajar dalam kelas khas OKU yang ada di sekolahnya, tetapi di dalam kelas biasa bersama pelajar normal lain yang turut memberikan sokongan dan bantuan kepadanya.
"Saya sendiri tidak menyangka memperoleh 8A kerana ketika peperiksaan percubaan hanya mendapat 6A.
"Berkat pertolongan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan, saya mencapai kejayaan ini.... rasa gembira sangat," katanya.
Sementara itu, ibunya, Sanisah Mohamed, 37, berkata beliau sendiri tidak menyangka Nor Umairah mampu menjadi pelajar cemerlang dalam PMR.
"Sejak kecil dia sudah belajar menggunakan kakinya. Apabila kami memberikan barang, dia akan menyambutnya dengan kaki.
"Walaupun memegang pen menggunakan kaki kiri, dia mampu menulis dengan baik, lancar dan cantik sama seperti tulisan pelajar normal," katanya yang menetap di Taman Desa Mulia, Batak Rabit, dekat Teluk Intan.
Turut hadir pada majlis itu, bapa Nor Umairah, Ahmad Jamhari Daud, 40, seorang guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Laksamana Raja Mahkota Teluk Intan.
No comments:
Post a Comment