Sunday, January 17, 2010

Perancangan dan sasaran yang dituju telah berjaya pada tahun 2009 dan akan datang 2010

Perancangan dan sasaran yang ingin dituju walaupun tidak 100 peratus tercapai tetapi sekurang-kurangnya 70 peratus tercapai.

misalannya :

a. mengubah lanskap pdk .... sudah tercapai pada tahun 2009

b. mengubah supaya kedudukan kasut yang lintang pukang diletakkan di hadapan pdk kerana tidak mempunyai rak pdk telah tercapai pada awal tahun 2010

c. mengubah supaya ruangan luar dari tidak ceria dihiasi dgn lukisan telah tercapai pada akhir tahun 2009 apabila semua petugas bekerjasama dan membuat mural

semua ada tugas cth petugas A dan penyelia - melukis
petugas B dan C , A dan penyelia - mengecat
penyelia dan petugas B - membeli cat mural di kedai buku

d. mengubah kedudukan ruang dalaman daripada tiada kerusi meja belajar - telah berjaya apabila mendapat kerjasama daripada sek agama jaim untuk memperuntukkan kerusi dan meja

e. mewujudkan taman permainan - berjaya apabila dah ada taman permainan

f. mewujudkan ruangan permainan - berjaya apabila mendapat kerjasama semua penyelia memberi idea

g. mewujudkan jadual pembelajaran, tugasan penyelia petugas kebersihan. menu makanan, dan lain2 berjaya pada awal tahun 2010 apabila mendapat kerjasama semua petugas memberi idea

h. membawa kesedaran kepada OKU dan ibubapa supaya anak berdikari berjaya pada tahun 2009 apabila 6 orang pelatih telah mendapat EPC

i. mewujudkan identiti buat petugas PDK telah berjaya apabila masing2 telah memakai pakaian seragam PDK



kurang berjaya

a mengubah minda dan paradigma daripada ibubapa oku tentang anak oku dan tidak membezakannya

b. mengubah sikap supaya berubah

c. memahami kaedah untuk mempromosikan pdk dan mengkomersilkan pdk

d. memahami kaedah untuk mempromosikan pemasaran produk pdk

e. mengintergrasikan pdk di sekolah

f. mewujudkan jawatan tetap buat semua penyelia dan petugas pdk

g. menambahbaikan barangan yang ada di pdk kerana buat masa ini walaupun diberi RM 50,000 tetapi masih lagi berkurangan kerana ada peralatan lagi yang diperlukan oleh OKU tidak dapat dibeli oleh PDK.

DICADANGKAN PDK DIPERUNTUKKAN SETIAP TAHUN WANG UNTUK MEMBELI BARANGAN OKU

h. Bangunan khas buat PDK


dan banyak lagilah nak dibuat tetapi semuanya memerlukan kerjasama daripada AJk , petugas, pengerusi , ibubapa dan sekiranya jika mereka hanya tahu menghentam sahaja dan menuding jari jadi sukarlah untuk dilaksanakan

No comments: