Sunday, January 10, 2010

nasib di pdk

cadangan yang diperah daripada otak saya ini hanyalah untuk kepentingan pelatih pdk dan juga untuk petugas pdk yang masih ada di pdk.

Saya disebabkan kontrak tersebut ... nasib tak tahu lagi ke mana hendak dibawa kerana kontrak saya akan tamat pada bulan 3 ini dan PENGERUSI yang sememangnya berkuasa di PDK dan jarang menjengku pdk tetapi diberi kuasa penuh oleh JKM berkuasa untuk menterminate sesiapa sahaja yang dia suka dan mengambil sesiapa sahaja yang dia suka....

Inilah nasib kami di PDK. selagi jawatan kami tetap sukarela dan bertaraf kontrak dan kuasa diberi sepenuhnya kepada AJK dan komuniti maka selama itulah kami ibarat kambing hitam dan nasib akan menjadi terumabang ambing.


Walaupun begitu sasaran saya pada tahun 2009 iaitu:

a. menghantar semua pelatih yang telah dewasa untuk berdikari dan bekerja TELAH BERJAYA apabila 6 orang telah mendapat EPC

b. menceriakan PDK dengan bunga dan lanskap TELAH BERJAYA apabila dibantu oleh Jabatan Pertanian.

c. mewujudkan sistem fail teratur TELAH BERJAYA

d. menghantar pelatih PDK yang berupaya ke sekolah TELAH BERJAYA kerana 2 orang pelatih PDK telah ke sekolah Pendidikan Khas

e. mengajar membaca dan 3M kepada pelatih PDK TELAH BERJAYA

malahan pegawai Jabatan Pendidikan mengatakan awak ini berpandangan jauh tak sama macam PDK lain yang suka peram pelatihnya di PDK

TAK BERJAYA :

a. mengubah sikap AJK PDK dan ibubapa untuk memberi kerjasama kepada PDK

b. mengubah sikap AJK komuniti untuk memberi kerjasama kepada PDK

c. mengubah sikap ibubapa yang suka mencucuk dan memfitnah orang

d. mengubah sikap petugas pdk yang cemburu dan ingin cepat naik dengan cara memburukkan nama orang lain


APAPUN SAYA REDHA DENGAN APA YANG BERLAKU DAN SAYA TELAH DAPAT MENYUMBANG APA YANG SEPATUTNYA SAYA BUAT...

Jika pihak AJK mengatakan saya tak layak untuk bekerja di PDK terpulanglah kepada mereka kerana hampir 80 peratus matlamat saya mula datang ke PDK TELAH TERCAPAI.


APA PANDANGAN KALIAN ???????

No comments: