Sunday, January 17, 2010

nilai tambah daripada apa dicadangkan pada asalnya dan ditambah oleh JKM

Di sini di nyatakan nilai tambah yang telah ditokok tambah daripada apa yang asas dicadangkan dalam blog ini.

a. mewujudkan jawatan penyelia - diluluskan

b. cadangan mewujudkan ujian penilaian --------- ditambah lagi dengan borang nilaian prestasi oleh JKM - berjaya apabila dilaksanakan oleh JKM

c. cadangan mewujudkan cuti tahunan pada hujung tahun - ditolak kerana OKU perlukan latihan sepanjang tahun namun demikian kehadiran tidak juga seratus peratus kerana OKU perlu ke hospital ataupun sakit. bukankah baik diterima kerana memang petugas PDK dan juga OKU memerlukan masa bersama keluarga.

d. cadangan menaikkan elaun petugas dan penyelia daripada RM 455 berjaya dan diterima kerana sekarang mendapat RM 700 sebulan

--- ditokok tambah pula dengan kontrak selama setahun dan boleh diturunkan pangkat mengikut sesuka hati pengerusi

e. mengintergrasikan PDK di sekolah ---tiada makluman. Baik jika dapat diteruskan dan dilaksanakan

bagus jika dapat diterima kerana ada banyak faedahnya

f. menambahkan nilai ilmu kepada penyelia dan petugas supaya dapat diupgradekan ilmu mereka dan kelulusan darpada SPM kepada diploma.

DICADANGKAN PIHAK UNIVERSITI ATAUPUN MAKTAB MENGAMBIL INISIATIF DAN PELUANG UNTUK MEMBERI ILMU DAN UPGRADE ILMU KEPADA MEREKA

g. disarankan tidak mendengar hasutan orang dan bersifat profesional kepada tenaga penggerak pdk iaitu penyelia dan petugas pdk .

i. DISARANKAN SUPAYA PENGURUSAN KEWANGAN DAN TERAJU UTAMA PDK DIBERIKAN KEPADA JKM SUPAYA PDK LEBIH BERSIFAT PROFESIONAL .... DALAM MEMULIH.

j. DISARANKAN SUPAYA PENGERUSI DAN AJK KOMUNITI DAN AJK IBUBAPA YANG ADA SEKARANG JUGA DIBERIKAN BORANG NILAIAN PRESTASI DEMI BERLAKU ADIL KEPADA SEMUA. INI ADALAH KERANA DIDAPATI ADA DI ANTARA PENGERUSI, AJK IBUBAPA , AJK KOMUNITI TIDAK MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN KEPADA MEREKA.
Jika mereka sesuka hati memberi markah rendah kepada orang lain, maka mereka juga berhak untuk dinilaikan tahap prestasi mereka. Janganlah hanya kerana mereka pegawai kerajaan mereka diberi perlindungan dan tidak perlu dinilaikan.



k. Disarabnkan supaya petugas juga diberikan borang nilaian prestasi dan jangan hanya penyelia sahaja yang dinilaikan sedangkan petugas terlepas pandang --- ini supaya berlaku adil dan tidak berat sebelah



Oklah ini hanya sebahagiaan cadangan sahaja dan jika baik gerakkan dan jika tidak baik bakul sampahkan...tidak dipaksa....

No comments: