hari Jumaat 31 hb Julai 2008 menghantar surat kepada Pengerusi tempat aku bertugas.....
betapa terperanjatnya Pengerusi apabila aku menyerahkan kepadanya surat perlantikan jawatan sebagai Penyelia di PDK lain....
katanya kenapa aku menyerahkan surat ini kepadanya . Sebab katanya dia telahpun memaklumkan kepada Pegawai JKM bahawa dia hanya inginkan aku sahaja untuk bertugas sebagai Penyelia di sini... katanya lagi Penyelia yang ada sekarang ini dia tidak berpuas hati dengan cara dia bekerja...dia tahu cara aku bekerja dan memberitahu bahawa dia berpuas hati cara aku bekerja.
Tapi katanya lagi apa hendak buat sebab aku telah menerima tawaran itu.
dan apabila aku serahkan wang selenggaraan yang aku pegang...aku perhatikan mukanya sedih sekali.... tapi apa aku hendak buat aku tak mahu lagi bertegang dengan penyelia sekarang..... kata aku lagi biarlah aku tarik diri sahaja....
pengerusi juga memberitahu aku ...dia memberi tempoh selama 3 bulan sahaja kepada penyelia sekarang dan jika masih tidak berpuas hati dengan kerjanya maka pengerusi akan memanggil aku bertugas semula di sini ...
BUKAN INI YANG AKU HARAPKAN....TIDAK SAMA SEKALI .... AKU HARAPKAN SUASANA BEKERJA YANG TENTERAM DAN AKU AKAN LEBIH PRODUKTIF BEKERJA.... WALAUPUN AKU SUKA BEKERJA DI TEMPAT LAMA TAPI AKU TERPAKSA MENGALAH SUPAYA HUBUNGAN AKU DAN PENYELIA TIDAK TEGANG....
FIKIR-FIKIRKANLAH
No comments:
Post a Comment