Wednesday, August 20, 2008
contoh kertas kerja
TAJUK KERTAS KERJA Nyatakan tajuk kertas kerja yang bersesuaian.Contoh:SEMINAR MENCEGAH, MEMBASMI DAN MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA.TUJUANNyatakan tujuan projek/program.Contoh:Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan serta mencadangkan pelaksanaan seminar bagi tujuan Mencegah, Membasmi Dan Menangani Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. LATAR BELAKANG Nyatakan sedikit latar belakang pertubuhan dan hubungkait serta kepentingannya dengan program yang dicadangkan.Contoh:Isu-isu gangguan seksual sering diperkatakan dan semakin mendapat liputan media-media cetak dan elektronik. Kes-kes gangguan seksual juga telah menular dikalangan warga pekerja di tempat kerja. Kebanyakannya kes gangguan seksual di tempat kerja melibatkan kaum wanita maka satu program ini perlulah dipanjangkan kepada golongan ini. OBJEKTIF Senaraikan objektif-objektif utama program ini.Contoh:Untuk meningkatkan kesedaran dikalangan pekerja-pekerja wanita di sektor swasta tentang gangguan seksual dan cara menangani gangguan seksual. KOMPONEN PROJEK Cadangan tarikh dan tempat perlaksanaanNyatakan cadangan tarikh-tarikh dan tempat-tempat program ini akan dilaksanakan. Contoh:Bil Tarikh Butiran Latihan/Seminar Lokasi 1. JANUARI SEMINAR KESEDARAN MELAKA 2. FEBRUARI SEMINAR KESEDARAN W.PERSEKUTUAN 3. MAC SEMINAR KESEDARAN SEREMBAN Peserta (KUMPULAN SASAR)Nyatakan jumlah dan kumpulan pesertaContoh:300 orang pekerja wanita dari sektor swasta bagi setiap kali kursus. Kaedah PerlaksanaanNyatakan kaedah perlaksanaan program sama ada dalam bentuk seminar, ceramah, bengkel, kempen dan sebagainya.Aturcara (sebagai maklumat tambahan)Kepilkan cadangan aturcara program.Contoh:HARI PERTAMAPagi: Pendaftaran Pembukaan/ Perasmian Taklimat Pentadbiran Oleh Jabatan Buruh Pembentangan Kertas Kerja/Panel Perbincangan 'Definisi, Skop Dan Kesan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja' Tayangan Video Makan tengah hari Petang: Bengkel Pembentangan Hasil Bengkel Jamuan Dan Bersurai ANGGARAN PERBELANJAANNyatakan anggaran perbelanjaan bagi setiap program beserta pecahan-pecahan perbelanjaan. Nyatakan juga jumlah peruntukan yang dipohon daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
No comments:
Post a Comment