Saya memohon kebenaran untuk mengemukakan cadangan ini.
cadangan ini khas untuk JKM dan PENGERUSI PDK dan jabatan lain yang berkaitan dengan cadangan ini. PERTIMBANGKANLAH DENGAN BIJAKSANA.... YANG BAIK PERLU DIAMBIL DAN DILAKSANAKAN DEMI KEBAIKAN PDK DAN OKU .....
Cadangan saya ialah:
1. ******Setiap DUN WAJIB mempunyai pdk masing-masing....cadangan terdahulu iaitu penubuhan PDk disegerakan
2. ******Petugas PDK diberi kemahiran atau kursus semasa cuti oleh maktab perguruan ataupun universiti dan dianugerahi sijil yang bertauliah.
3. ******Penyelia PDk yang telah dilantik sebelum ini perlulah dibuat pemantauan selalu demi mengelakkan mereka menyalahguna kuasa yang telah diberi kepada mereka dan semoga elaun yang diberi kepada mereka itu berbaloi dengan kualiti tugasan mereka.
4. ******Jawatan sebagai petugas PDK ini perlulah segera diserapkan.... sekiranya masalah in menjadi kendala iaitu
a) masa bekerja selama 4 jam tidak mencukupi maka jam masa bekerja mereka boleh ditambah kepada 8 jam
b) sekiranya taraf jawatan mereka kendala maka boleh diubah setelah diserapkan
c) mereka majoriti mempunyai sijil SPM jadi tidak menjadi masalah dalam meletakkan mereka dalam tanggagaji yang sesuai... bukankah begitu?
5. ******Mereka perlulah diberi elaun minyak setelah membuat lawatan ke rumah...alasan mengatakan elaun telah naik tidaklah manasabah kerana harga minyak terlalu tinggi dan ini melibatkan kos perjalanan ke rumah dan ke PDK
6. ******Petugas PDK perlulah diberi medical coverage ataupun dikenali sebagai insuran demi kebajikan mereka
7. *****Ahli jawatankuasa yang dilantik BERTARAF RENDAH dalam menguruskan PDk perlulah diberi imbuhan atau saguhati kerana mereka menjalankan tugasan MELAINKAN MEREKA BERGAJI TINGGI MISALNYA RM 3000 DAN KE ATAS...
8. *****MEREKA YANG BERKELULUSAN TINGGI MISALNYA IJAZAH DAN DIPLOMA DIBERI PELUANG UNTUK MEMEGANG JAWATAN BERSESUAIAN DENGAN KELULUSAN MEREKA.
9 *****PENYELIA YANG TELAH DILANTIK PERLULAH DIBERIKAN UJIAN TEORI DAN PRAKTIKAL PADA PENGHUJUNG AKHIR KONTRAK MEREKA SEKIRANYA INGIN DISAMBUNG KONTRAK TERSEBUT....
SEKIRANYA PENYELIA ITU MEMPUNYAI REKOD DISIPLIN YANG BURUK DAN ADA BANYAK ADUAN TENTANG PRESTASI DIA MAKA SECARA OTOMATIK DIA TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENYAMBUNG KONTRAK.....
10 *******PENYELIA YANG MEMPUNYAI MASALAH DISIPLIN PERLULAH DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN MISALNYA DILUCUTKAN JAWATAN SEKIRANYA SUDAH JELAS TERBUKTI DIA MENCURI BARANG PDK.....
11. SEORANG PETUGAS PDK DI SETIAP PDK DILANTIK SEBAGAI PEMBERITA ALIAS PEMASUKAN MAKLUMAT KE DALAM PDK NET.... MEREKA YANG DILANTIK PERLULAH DARI KALANGAN PETUGAS KERANA PENYELIA ADA BANYAK TUGASAN JANGAN BEBANKAN MEREKA.... PETUGAS ITU PERLULAH DIBERI KURSUS IT MULTIMEDIA DAN DIBERI ELAUN TAMBAHAN IT KEPADA MEREKA.
SUDAH JAM 1.30 PAGI ...... JUMPA LAGI DI KELUARAN AKAN DATANG
No comments:
Post a Comment