Saya meminta kebenaran untuk memberikan CADANGAN untuk PDK net:
TERPULANGLAH SAMA ADA INGIN DITERIMA ATAU DITOLAK...SEKIRANYA BAIK APA SALAHNYA DITERIMA DEMI KEBAIKAN BERSAMA ....
1 Setiap pdk diberi latihan untuk membina laman web sendiri
2 Seorang petugas bukan penyelia kerana penyelia sudah ada banyak tugas perlu diuruskan jadi jangan bebankan mereka. Petugas diberi tanggungjawab memasukkan segala aktiviti berkaitan pdk masing-masing di laman web itu
3 Seorang petugas yang mahir berbahasa Inggeris dan berpengetahuan tentang pemulihan diberi tanggungjawab memasukkan bahan pemulihan yang boleh diambil dari laman web setelah diterjemahkan secara langsung.
4 Petugas yang dilantik diberi elaun oleh pihak Intergrated dalam menjalankan tugss tambahan mereka
5 Petugas diberi bahan sampingan misalnya kamera dsb dalam menjalnkan tugas... mereka bolehlah dikatakan sebagai pemberita laman web
6 Petugas tersebut diberi kursus dalam memahirkan lagi kemahiran dalam bidang IT mereka
7 Setelah pdk net di Melaka berjaya portal ini perlulah diperluaskan kepada semua pdk di Malaysia ini
8 Petugas yang ingin mendapatkan bahan untuk laman web itu diberi kebenaran pelepasan oleh pihak JKM dan Pengerusi dalam menjalankan tugas mereka
9 petugas itu diberi elaun minyak atau elaun perjalanan oleh syarikat Integrated dalam menjalankan tugas mereka
10 sekiranya artikel itu melibatkan temuramah, pihak pengerusi memberi kebenaran kepada mereka untuk menjalankan tugasan itu
11 Petugas diberi pengetahuan dalam penyampaian penggunaan IT kepada pelatih OKU
12 Petugas diberi kebenaran dalam menggunakan komputer Intergrated yang ada di PDk untuk memberi pengajaran pengetahuan komputer kepada keluarga pelatih PDK yang lain misalnya ibu, adik dan abang mereka yang normal supaya mereka boleh turut menggunakan komputer dan mengajar anak OKu mereka semasa di rumah
13 Petugas diberi kebenaran menggenakan yuran pembelajarn komputer minama kepada keluarga OKU yang normal demi menanggung kos pengajaran misalnya kertas dsbh...
No comments:
Post a Comment