by
on March 26, 2013
Berdasarkan sejarah pasca Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008, Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) gagal hanya mendapatkan 2/3 majoriti pun dipaksa undur daripada menjawat jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) sekaligus melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Itu baru hilang 2/3 majoriti. Inikan pula…..
Inikan pula andaikata Barisan Nasional (BN) kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13. Walaupun, pelbagai program sudah pun diumumkan dan diagihkan termausklah KR1M, LR1M, BR1M, DR1M dan pelbagai lagi produk 1Malaysia adan agenda Transformasi sepanjang Datuk Najib Razak memimpin kerajaan Malaysia sepanjang tempoh 5 tahun lamanya. Ya…. pertama kali dalam sejarah politik Malaysia….
Terbaru Datuk Seri Najib merayu anda semua, rakyat Malaysia supaya memilih parti Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak :
“Beri kita mandat lima tahun lagi untuk lakukan yang lebih hebat. Kita janji akan bekerja bersungguh-sungguh. Insya-ALLAH, lima tahun lagi Malaysia akan bersinar sebagai negara yang berjaya dan keunggulan Malaysia akan terserlah,” katanya.
Jikalau kerja dengan syarikat swasta contohnya di syarikat yang pernah antara kami bertugas bertugas sebelum ini, cukup 3 bulan tidak menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi, siap sedia untuk dibuang kerja.
Dalam kes ini, ia melibatkan adalah tempoh selang masa 5 tahun yang mana berkisar mengenai landskap politik Malaysia sekarang ini bagi memilih kepimpinan yang boleh mencorakkan Malaysia untuk tempoh 5 tahun seterusnya, samada daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
“Pilihan di tangan anda”
Anda, anda semua di sini ibarat seperti adalah lembaga pengarah syarikat bagi syarikat yang bernama “Malaysia Tercinta” dan pemimpin politik yang ada sekarang ini hanya seorang pengarah syarikat sahaja. Jadi tempat dan kedudukan rakyat Malaysia sebenarnya sangat tinggi menjelang Pilihanraya Umum ke 13 untuk menentukan nasib anda dan halatuju syarikat anda selepas ini. Samada pengarah yang sedia ada dikekalkan atau disingkirkan…..
Undi ditangan anda….
Cuma harapan kami, dan mungkin juga harapan sebahagian rakyat Malaysia sebenarnya. Tindakan berdiam diri mengenai tarikh pembubaran parlimen yang sehingga kini masih lagi tidak diumumkan sejak “semboyan” Pilihanraya Umum ke 13 sudah mula dipukul sejak pertengahan tahun 2012 lagi telah menyebabkan segala perancangan rakyat Malaysia tergendala & tidak lupa juga kepada sektor perniagaan. Pelabur-pelabur luar pula terpaksa tunggu dan lihat apabila suasana politik Malaysia yang tidak menentu dek kerana Pilihanraya Umum ke 13 terus menjadi tanda-tanya.
Apatah lagi “mood” rakyat Malaysia untuk mengundi kali ini, cukup-cukup tinggi. Tetapi malangnya tarikh pilihanraya Umum ke 13 masih tidak kunjung tiba”
Samada mandat dan undi adalah perkara kedua, yang penting sekarang ini diharap Datuk Seri Najib Razak umumkan sesegera mungkin tarikh Pilihanraya Umum ke 13
Bagi menghangatkan suasana pilihanraya Umum ke 13, Berita Semasa membuka ruang dan peluang kepada, adakah anda akan memberikan mandat 5 tahun lagi kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihanraya Umum ke 13? Mengapa pilihan anda sebegitu rupa?