Sunday, April 7, 2013

MANIFESTO RAKYAT

MANIFESTO RAKYAT

3

MANIFESTO RAKYAT

PAKATAN HARAPAN RAKYAT


Malaysia adalah negara berpotensi besar. Rakyatnya yang bersaudara gigih berusaha. Negara dibina atas landasan agama dan akar budaya diikat oleh muafakat Perlembagaan.

Namun, cita-cita kita direncat oleh elit kekuasaan. Rasuah dan ketamakan membarah. Rakyat dibiarkan dengan kepayahan hidup.

Setiap daripada kita berhak mendapat yang terbaik. Pendidikan berkualiti, negara berkebajikan, peluang saksama dan pentadbiran beramanah menanti kita.

Demi kita, demi rakyat, bersama-sama ubah sekarang untuk melakar masa depan Malaysia.


MANIFESTO RAKYAT

4


PAKATAN HARAPAN RAKYAT



Tawaran Pakatan Rakyat demi menjamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat jelas pendekatannya dan kukuh pelaksanaannya.

Kita adalah sebuah kerajaan yang amanah. Tunjang pentadbiran kita adalah tata kelola yang baik berteraskan prinsip moral dan nilai sejagat. Hasilnya limpahan kekayaan negara dapat diagih dengan lebih adil dan berkesan. Mutu dan taraf hidup rakyat terbanyak akan dipertingkat.

Malaysia yang ditadbir secara amanah dan rakyat yang makmur kehidupannya akan melahirkan sebuah masyarakat yang bermaruah. Masyarakat bermaruah adalah sebuah masyarakat yang yakin dengan asal-usulnya, berpegang dengan prinsip agama dan nilai sejagat yang membela yang benar dan menentang yang zalim, saling percaya akan hubungan persaudaraan setiap insan, gigih berusaha memperbaiki diri, yang kuat membantu yang lemah tiada yang terpinggir, berlumba-lumba mengagungkan budaya ilmu dan istiqamah pada usaha amar ma’aruf nahi munkar.

Rekod pentadbiran kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat menjadi bukti iltizam kita terus membina kerajaan yang amanah demi memakmurkan rakyat.

Pakatan Rakyat telah merakyatkan ekonomi. Jutaan penduduk Malaysia menikmati agihan kekayaan negara pada kala kekuatan kewangan negeri-negeri yang ditadbir terus digandakan.

Pakatan Rakyat telah membudayakan amanah di dalam pentadbiran. Amalan rasuah dicegah dan laba dari pentadbiran beramanah ini disalurkan kembali untuk menjana kemakmuran rakyat.

Pakatan Rakyat telah mendepankan rakyat. Dasar-dasar yang diperjuangkan menjunjung aspirasi rakyat terbanyak dan menentang kepentingan penguasa elit dan kroni mereka.

Pakatan Rakyat telah menobatkan rakyat sebagai tuan tanah air pusaka ini. Ruang kebebasan dan suara rakyat dihormati. Hak rakyat tidak kira latar belakang dan miskin kaya diambil kira dalam setiap pertimbangan. Penghapusan undang-undang zalim yang memijak ketuanan rakyat menjadi darah daging perjuangan.


MANIFESTO RAKYAT



Tawaran Pakatan Rakyat demi menjamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat adalah mudah.

Manifesto Rakyat digubal berdasarkan empat tonggak utama –

Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

Manifesto Rakyat menggariskan program dan dasar khusus yang akan dilaksanakan Pakatan Rakyat di tampuk pemerintahan Putrajaya kelak. Manifesto Rakyat melakarkan masa depan yang lebih cerah, penuh dengan harapan dan aspirasi rakyat. Manifesto Rakyat adalah cernaan dan hasil rundingan dengan segenap lapisan masyarakat.

Kita yakin Malaysia berhak melakar masa depan yang lebih baik. Kita yakin rakyat Malaysia mampu pergi lebih jauh dari imaginasi sekarang. Kita yakin rakyat Malaysia wajib mendapat yang terbaik dari kerajaannya.


DATO’ SERI DATO’ SERI SAUDARA

ANWAR IBRAHIM ABDUL HADI AWANG LIM KIT SIANG

KETUA UMUM, PRESIDEN, KETUA PARLIMEN,

PARTI KEADILAN RAKYAT PARTI ISLAM SE-MALAYSIA PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK
5

MANIFESTO RAKYAT

KANDUNGAN


RAKYAT BERSAUDARA



Menghapus diskriminasi 8

Mengiktiraf sumbangan wanita dan warga emas 8

Merangkum semua aliran pendidikan 9

Mengembalikan hak Sabah Sarawak seperti Perjanjian 1963 10

Hak tanah dan kebajikan Orang Asli dipelihara 11

Kehormatan amalan beragama 12


EKONOMI RAKYAT



1 juta peluang pekerjaan untuk rakyat 15

Perkongsian produktiviti yang adil melalui gaji minima 15

1 juta tenaga kemahiran terlatih dari kalangan lepasan sekolah 15

Reformasi pendidikan merangsang ekonomi 16

Membudayakan perkongsian bijak kesatuan sekerja, majikan dan kerajaan 16

IKS dan inovasi teras ekonomi negara 17

Pelarasan percukaian rakyat demi kesaksamaan 17

Ekonomi lestari 17

Membela ekonomi dan kebajikan perajurit 17

Memberdayakan usahawan teksi 18

Pelaburan R&D mencecah 5% dari KDNK 19

Pengangkutan awam nadi ekonomi negara 19

Memecah monopoli merancakkan persaingan 20


KESEJAHTERAAN RAKYAT



Mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga

dan menghapuskan monopoli 23

Merombak dasar automotif untuk mengurangkan bebanan rakyat 24

Perumahan selesa dan mampu milik untuk semua 25

Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN 26

Hapus AES, batal saman AES 26

Keadilan untuk warga Felda 27

Keselamatan rakyat 27

Kemudahan kesihatan asas percuma dijamin 28

Membina jaringan keselamatan sosial rakyat 28


KERAJAAN RAKYAT



Reformasi institusi Islam dan keagamaan 31

Pakej penggajian dan perkhidmatan baru penjawat awam 31

Pilihanraya yang bersih, adil dan telus 31

Reformasi institusi kehakiman, Kamar Peguam Negara, SPRM dan PDRM 31

Reformasi Parlimen 32

Kebebasan media dan mengembalikan amanah kepada pengamal media 32

Memansuhkan AUKU dan menjamin kebebasan akademik 32

Memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat 32

Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) 33


HARAPAN RAKYAT



Malaysia 2023: Sedekad Pentadbiran Pakatan Rakyat 34
6

MANIFESTO RAKYAT
RAKYAT BERSAUDARA7

MANIFESTO RAKYAT

RAKYAT BERSAUDARA

MENGIKTIRAF SUMBANGAN WANITA

KEBERDAYAAN DAN KEPIMPINAN WANITA DALAM MASYARAKAT


Dasar Keberdayaan Wanita untuk memenuhi sasaran nasional 30% penglibatan wanita di peringkat pengurusan, kepimpinan dan pentadbiran sektor awam dan swasta menjelang 2017. Pelaksanaan sepenuhnya Agenda Wanita Malaysia untuk terus memartabatkan kedudukan wanita dalam masyarakat.


CARUMAN WANITA MALAYSIA


Setiap isteri akan layak menerima Caruman Wanita Malaysia sebagai jaringan keselamatan sosial bagi menjamin kebajikan mereka.

Suami wajib disisi undang-undang mencarum mengikut kadar pendapatan (diantara RM10 sebulan hingga RM100 sebulan) ke dalam satu tabung caruman. Wang caruman boleh dikeluarkan oleh isteri dalam keadaan tertentu yang cukup syarat seperti perceraian, musibah, kemalangan dan genap umur 50 tahun.

Kerajaan akan menyumbang RM50 sebulan bagi setiap isteri dan caruman akan diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO), sebagai sebahagian dari jaringan keselamatan sosial.

Malaysia dibina atas kekuatan persaudaraan. Rakyat berbilang kaum sama-sama membanting tulang membina negara ini. Kekayaan seluruh negara diagih agar yang miskin dibantu, yang lemah dibela. Sistem pendidikan haruslah bertunjangkan matlamat persaudaraan rakyat untuk melahirkan insan yang berilmu, berkebolehan, beramal, berkesedaran dan saling menghormati.

Kaum wanita Malaysia telah berbakti sepanjang zaman. Di alaf baru, kaum wanita menjadi tonggak masyarakat. Pengorbanan membina keluarga diganda pula dengan buah fikiran menjana ekonomi.

Malaysia yang makmur diikat oleh tali persaudaraan rakyat yang utuh.

Pakatan Rakyat menggariskan janji khusus untuk membulatkan lagi persaudaraan rakyat yang sedia terjalin.


MENGHAPUSKAN DISKRIMINASI KAUM DAN ADU DOMBA MELAGA-LAGAKAN KUMPULAN MASYARAKAT DEMI MENJAMIN KEHARMONIAN DAN PERPADUAN RAKYAT 8

MANIFESTO RAKYAT

MEMBANTU WARGA EMAS DI HARI TUA


Kenaikan harga barang yang mencanak mengurangkan kuasa beli warga emas. Kesempitan hidup di hari tua menjadi igauan ramai rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara. Setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan bebanan hidup mereka.


BAHASA KEBANGSAAN DIMARTABATKAN, HAK BAHASA IBUNDA DIJAMIN DAN BAHASA INGGERIS DIPERTINGKATKAN DI DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA YANG MENJAMIN PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA ANAK MALAYSIA

MENGIKTIRAF PERANAN SEKOLAH JANAAN RAKYAT DAN MEMPERUNTUKKAN SUMBER YANG BERPADANAN DENGAN SUMBANGAN SEKOLAH-SEKOLAH INI


Pakatan Rakyat menghargai sumbangan sekolah agama rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJK), sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan sekolah mubaligh yang sama-sama membangunkan sistem pendidikan nasional.


Sekolah Janaan Rakyat seperti ini diseluruh negara akan menerima bantuan tambahan (selain sumbangan kos operasi sedia ada) mengikut jumlah murid sebanyak RM300 setiap murid setiap tahun, melibatkan peruntukan berjumlah RM220 juta.

Bantuan tambahan ini adalah pelaburan Pakatan Rakyat untuk menambahbaik mutu pendidikan di sekolah-sekolah ini, termasuk bagi perbelanjaan membesarkan bangunan dan menambah kemudahan prasarana.

1,854

SEKOLAH JANAAN RAKYAT


Pakatan Rakyat akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Gabungan Sekolah Menengah Cina) atau UEC bagi tujuan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi dan menerimapakai kelayakan bagi tujuan permohonan kerja.


UEC
9

MANIFESTO RAKYAT

MENGHORMATI KEDUDUKAN SABAH DAN SARAWAK DI DALAM PERSEKUTUAN


Pakatan Rakyat mengulangi iltizam untuk mempertahankan hak Sabah dan Sarawak di dalam rangka Perlembagaan Persekutuan seperti yang terkandung di dalam Deklarasi Kuching, seperti berikut:


Kerjasama bersekutu


Memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sabah dan Sarawak setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sabah dan Sarawak mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan


Perwakilan yang adil


Mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia


Kewarganegaraan


Melaksanakan pembersihan senarai kerakyatan dan daftar pengundi di seluruh negara khususnya di Sabah dan Sarawak, dengan mengiktiraf hak penduduk yang mencukupi syarat untuk menerima kerakyatan dan membanteras gejala pemberian kad pengenalan/kerakyatan palsu yang bermotif politik sempit


Pengiktirafan hak ke atas Tanah Adat


Menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sabah dan Sarawak dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat


Kecekapan dan kemandirian Sarawak dan Sabah


Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.


Keadilan dalam isu minyak


Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.


Pembangunan sekata


Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.

10

MANIFESTO RAKYAT

Makanya, program berikut akan dilaksanakan segera untuk mengotakan iltizam Deklarasi Kuching kepada rakyat Sabah dan Sarawak:
• Menghapuskan sistem kabotaj yang menyebabkan harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak lebih tinggi dan membebankan rakyat
• Mewujudkan insentif pelaburan yang bersyaratkan pengwujudan peluang pekerjaan di Sabah dan Sarawak bagi tujuan memastikan kesaksamaan pembangunan ekonomi

• Menubuhkan dua buah syarikat minyak tahap dua milik Kerajaan Sabah dan Sarawak untuk menyertai industri minyak dan gas negara sebagai pelaburan masa depan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak
• Memulakan pembinaan lebuhraya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat
• Menghentikan serta merta pembinaan empangan-empangan yang memusnahkan alam sekitar dan mensesarkan penduduk dari kampung halaman mereka.

HAK TANAH DAN KEBAJIKAN ORANG ASLI DIPELIHARA


Pakatan Rakyat akan menitikberatkan hak tanah dan kebajikan Orang Asli. Kebebasan akan dipulangkan kepada Orang Asli untuk mencorakkan kehidupan masyarakat dengan memberi mereka kuasa ke atas tanah mereka.

Jaminan Pakatan Rakyat untuk membela kebajikan Orang Asli:


141,000


141,000 hektar tanah Orang Asli dipelihara dan dipulangkan keputusannya kepada Orang Asli


HEKTAR TANAH

AIR & ELEKTRIK


Bekalan air bersih dan elektrik akan disempurnakan di kesemua 852 penempatan Orang Asli


5,000


5,000 biasiswa pendidikan setiap tahun diberikan kepada anak-anak Orang Asli dari peringkat sekolah hingga universiti


BIASISWA

PENDIDIKAN
11

MANIFESTO RAKYAT

MENGHAYATI KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN, MENJAMIN HAK KEBEBASAN BERAGAMA


Pakatan Rakyat menghayati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan mempunyai peranan besar ke arah mengekalkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia pelbagai kaum, melalui semangat saling hormat menghormati dan faham memahami. Masyarakat Malaysia yang berasaskan penghayatan Islam dan amalan beragama bakal melahirkan rakyat yang berakhlak, berintegriti dan tekun berusaha.


MENGANGKAT BUDAYA SEBAGAI TERAS POSITIF HIDUP BERMASYARAKAT


Kebudayaan adalah tali ikat yang mengukuhkan jati diri bangsa, membina harmoni dan mencambahkan masyarakat yang yakin dengan identitinya.

Pakatan Rakyat mengangkat kegiatan budaya yang berteraskan nilai sejagat dan kehidupan beragama, memperkukuhkan organisasi dan tali kemasyarakatan, menjulang kemuliaan ilmu, mendokong perkembangan bahasa dan menggalakkan pertumbuhan pelbagai cabang kesenian.

Kebudayaan yang meraikan kepelbagaian dan menerima perbezaan sebagai kekuatan akan menjadi teras positif hidup bermasyarakat rakyat Malaysia.


20%


Menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.


ROYALTI MINYAK
12

MANIFESTO RAKYAT

13

MANIFESTO RAKYAT

EKONOMI RAKYAT


Ekonomi yang mampan dijana oleh rakyat. Rakyat yang makmur dan berkemahiran menyumbang kepakaran dan melonjakkan produktiviti. Kuasa ekonomi yang berpusat di tangan rakyat dilaburkan kembali ke dalam ekonomi negara.

Pakatan Rakyat yakin potensi ekonomi negara dihadang oleh kepentingan elit kekuasaan dan kroni mereka. Kumpulan ini mengaut sejumlah besar kekayaan negara melalui konsesi dan monopoli yang dianugerahkan sedang rakyat terbanyak menanggung bebanan hutang negara.

Kenaikan gaji terbantut. Kos sara hidup dan harga rumah naik mencanak. Yang kaya semakin kaya yang miskin terus miskin. Menjelang tahun 2020, golongan miskin di Malaysia akan mencecah 8 juta orang walaupun ekonomi negara kononnya berkembang sihat. Di bawah pengurusan ekonomi yang sama, setiap generasi Malaysia akan menjadi lebih miskin berbanding generasi ibu bapa mereka.

Makanya, cara kekayaan negara ditadbir memerlukan reformasi radikal. Kembalikan kuasa ekonomi kepada rakyat, tumpukan usaha menaiktaraf ekonomi di peringkat rakyat terbanyak, bukannya menyelamatkan kroni dan syarikat korporat.

Pendekatan ekonomi rakyat yang dibawa oleh Pakatan Rakyat berteraskan satu sasaran yang paling penting:

setiap keluarga di Malaysia akan membawa pulang pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas penggal pertama pemerintahan Pakatan Rakyat di Putrajaya.

Ini dapat dicapai dengan dasar-dasar yang memfokuskan kepada usaha menguatkan tapak ekonomi rakyat.

Gaji minima diperkenalkan agar tiada rakyat Malaysia yang dibayar upah di bawah keperluan kos hidup. Lebih ramai rakyat Malaysia yang bekerja bermakna lebih tinggi pendapatan setiap isi rumah.

Peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan diutamakan dengan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing. Tumpuan membina kemahiran berganda kepada lepasan sekolah akan membolehkan mereka menyertai sektor pekerjaan dan membawa pulang gaji minima.

Reformasi pendidikan wajib menggandingkan tanggungjawab mendidik dan mengembangkan ilmu dengan keperluan ekonomi negara.

Kekayaan dan dana bantuan ditumpukan kepada golongan rakyat terbanyak – baik dari kalangan pesara tentera, usahawan muda dan kecil sehinggalah kepada industri kecil dan sederhana – kerana laba ekonomi yang dijana mereka membawa kesan terus kepada kesejahteraan rakyat terbanyak.

Pakatan Rakyat percaya apabila rakyat kaya, negara pun kaya. Apabila rakyat kukuh ekonominya, ekonomi negara pun berganda.

Pendekatan ekonomi rakyat akan mengembalikan kuasa ekonomi ke tangan rakyat bukannya di tangan kroni.

14

MANIFESTO RAKYAT

1 JUTA

PELUANG

PEKERJAAN BARU UNTUK RAKYAT


Lambakan buruh asing dalam pasaran tenaga kerja tempatan menyebabkan sejumlah 2 juta pekerjaan kini dikuasai oleh buruh asing.

Kesannya, rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk bekerja di dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan khususnya.

Pakatan Rakyat akan memperkenalkan program bersepadu untuk memastikan 1 juta peluang pekerjaan baru dibuka untuk rakyat Malaysia dalam sektor-sektor ini dengan

mengurangkan 1 juta buruh asing secara berperingkat menjelang tahun kelima memegang tampuk kuasa.

PERKONGSIAN PRODUKTIVITI YANG ADIL MELALUI GAJI MINIMA


Pakatan Rakyat memperjuangkan gaji minima atas prinsip setiap pekerja berhak dibayar gaji yang berpadanan dengan kos kehidupan yang minima, agar rakyat tidak hidup dalam kemiskinan.

Pakatan Rakyat juga percaya laba produktiviti yang memberi untung kepada majikan perlu dikongsi secara adil dengan pekerja.

Mekanisme gaji minima adalah cara terbaik untuk menyelaraskan perkongsian produktiviti ini dan memastikan setiap sektor mempunyai daya saing.

Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dengan pengenalan gaji minima,

setiap pekerja akan dibayar sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan.

TABUNG RM2 BILION PERMUDAH PELAKSANAAN GAJI MINIMA


Pakatan Rakyat percaya perkongsian produktivi yang adil memerlukan komitmen tiga pihak: majikan, pekerja dan kerajaan. Beban kewangan awal yang ditanggung oleh majikan pada peringkat awal pelaksanaan gaji minima perlulah turut sama ditanggung oleh kerajaan.

Tabung Permudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM2 bilion akan diwujudkan bertujuan memberi insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima kepada syarikat-syarikat yang layak bagi memjamin jumlah pekerjaan tidak terjejas dengan pelaksanan gaji minima.

Insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima memberi keutamaan kepada Industri Kecil dan Serdehana (IKS) bagi tempoh yang ditetapkan


1 JUTA TENAGA KEMAHIRAN TERLATIH DARI KALANGAN LEPASAN SEKOLAH


Sistem persekolahan dan latihan sedia ada mengabaikan golongan lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Akibatnya, Malaysia mempunyai 3 juta tenaga kerja muda tidak terlatih yang tidak digunapakai di dalam ekonomi negara.

Fokus Pakatan Rakyat akan beralih kepada mengangkat peranan tenaga kerja lepasan sekolah dalam memacu ekonomi negara, dengan memastikan:


BILION PERMUDAH

GAJI MINIMA
15

MANIFESTO RAKYAT


1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dilatih melalui Skim Perintis Rakyat yang menggabungkan peluang pekerjaan tetap dengan persijilan kemahiran berkala hingga ke peringkat Diploma Kemahiran


1

JUTA

DILATIH


5 Universiti Teknikal akan ditubuhkan dalam tempoh 10 tahun untuk memberi tumpuan kepada kursus-kursus berbentuk kemahiran dan teknikal. Pelajar yang cemerlang dari Skim Perintis Rakyat berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di universiti-universiti teknikal


5

UNIVERSITI

TEKNIKAL

25


25 sekolah vokasional baru akan dibina di seluruh negara dan dilengkapkan dengan kurikulum baru mengikut kehendak ekonomi semasa


SEKOLAH

VOKASIONAL

REFORMASI PENDIDIKAN MERANGSANG EKONOMI


Sistem pendidikan yang terlalu berasaskan peperiksaan akan dirombak.

Teras reformasi pendidikan adalah memberdayakan setiap murid bersesuaian dengan minat, kelebihan dan keunikan individunya. Kreativiti, inovasi, kekentalan mental, kebebasan minda dan pengukuhan akhlak akan dijadikan matlamat utama kurikulum.

Sasaran ekonomi sistem pendidikan adalah untuk melahirkan modal insan yang mendahului keperluan ekonomi negara. Mereka mencipta, merekayasa dan menambah nilai. Mereka memimpin kemakmuran ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya diRaja untuk mengkaji secara keseluruhan penambahbaikan sistem pendidikan negara agar selari dengan teras reformasi pendidikan yang digagaskan.


MEMBUDAYAKAN PERKONGSIAN BIJAK KESATUAN SEKERJA, MAJIKAN DAN KERAJAAN


Hubungan kesatuan sekerja dan majikan seringkali disukarkan oleh kecenderongan kerajaan berpihak kepada majikan.

Pakatan Rakyat percaya bahawa kemakmuran ekonomi negara ditentukan bersama oleh golongan pekerja dan majikan.

Suasana yang adil dan telus kepada golongan pekerja dan majikan akan meningkatkan produktiviti.

Pakatan Rakyat akan menghapuskan semua undang-undang dan peraturan yang berat sebelah dan menindas golongan pekerja.

Pakatan Rakyat akan menyediakan dana untuk membudayakan perkongsian bijak kesatuan sekerja, majikan dan majikan dan merintis era baru pasaran buruh negara.

16

MANIFESTO RAKYAT

IKS DAN INOVASI TERAS EKONOMI NEGARA


Inovasi adalah sasaran negara. Inovasi akan menaiktaraf nilai ekonomi negara dan membantu negara mencapai status negara maju.

Pakatan Rakyat yakin bahawa gabungan di antara inovasi sebagai enjin pertumbuhan dan industri kecil sederhana (IKS) sebagai pemandu ekonomi negara akan meledakkan potensi ekonomi negara.


TABUNG INOVASI KEBANGSAAN BERJUMLAH RM500 JUTA:


Menguatkan industri hakcipta dan bank idea. Menggalakkan pengkomersilan idea dan rekacipta


ROMBAKAN PEMBIAYAAN DAN INSENTIF IKS:


Dasar IKS bertujuan menyelaraskan dan menggalakkan pembiayaan IKS oleh institusi kewangan.

Rombakan insentif percukaian dengan tumpuan bantuan dialihkan kepada IKS dari industri-industri besar.


PELARASAN PERCUKAIAN RAKYAT DEMI KESAKSAMAAN


Kadar cukai pendapatan sedia ada tidak menggambarkan kedudukan ekonomi rakyat yang sebenarnya. Golongan mahakaya yang hartanya beratus ribu juta membayar cukai yang sama dengan seorang eksekutif syarikat swasta.


JALUR PENDAPATAN LEBIH SEKATA


Jalur pendapatan (income band) yang digunakan bagi tujuan cukai peribadi akan dirombak untuk menggambarkan kedudukan ekonomi semasa rakyat.

Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26% kini hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas, berbanding RM250,000 sekarang.

Ini bertujuan menggambarkan realiti kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat.


EKONOMI LESTARI


Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta operasi Lynas di Gebeng, Pahang.

Dasar ekonomi Pakatan Rakyat mensyaratkan kesinambungan lestari alam sekitar dan menitikberatkan kemaslahatan rakyat sebelum kelulusan diberikan.

Makanya, secara prinsipnya sebarang aktiviti ekonomi yang melibatkan radiasi yang membahayakan orang ramai atau apa-apa kegiatan yang dikira merosakkan alam sekitar tidak akan diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat baik di peringkat negeri atau persekutuan. Khususnya, Pakatan Rakyat:
1. Mengkaji semula fasa-fasa pelaksanaan projek RAPID di Pengerang demi menjamin kemaslahatan rakyat dan memelihara alam sekitar
2. Mereformasi semua undang-undang sedia ada berkait dengan pembalakan dan kawal selia aktiviti pembalakan


MEMBELA EKONOMI DAN KEBAJIKAN PERAJURIT


RM500 juta akan diperuntukkan kepada Tabung Usahawan Kecil Perajurit bagi membantu bekas perajurit terlibat di dalam aktiviti ekonomi selepas tamat berkhidmat.

Selain bantuan modal, Tabung Usahawan Kecil Perajurit akan dipertanggungjawabkan untuk melatih dan menjadi mentor kepada bekas perajurit yang menceburkan diri di dalam bidang perniagaan.

17

MANIFESTO RAKYAT

Pakatan Rakyat akan menaikkan caruman kerajaan ke dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dari 15% kepada 20% untuk menjamin simpanan masa depan perajurit.

Caruman tambahan 5% tersebut akan ditadbir di dalam satu tabung khas dan diasingkan dari sumbangan ke tabung pencen, untuk digunakan bagi membiayai dana dan bantuan terus kepada perajurit berpencen dan tidak berpencen.

Pakatan Rakyat akan memperkenalkan Dividen Perajurit iaitu imbuhan kepada bekas perajurit yang tidak berpencen sebanyak RM2,000 setiap tahun, daripada peruntukan tambahan kerajaan dan laba keuntungan LTAT. Anggaran peruntukan bagi membiayai Dividen Perajurit adalah RM400 juta setahun.

MEMBERDAYAKAN USAHAWAN TEKSI

Pakatan Rakyat akan menghapuskan sistem permit teksi yang diberikan kepada syarikat tertentu untuk mengaut keuntungan dari keringat pemandu teksi.

Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.

Agensi kerajaan bertanggungjawab melatih usahawan-usahawan teksi dengan kemahiran khidmat pelanggan dan perniagaan. Kemahiran berbahasa usahawan teksi juga akan ditingkatkan agar mereka menjadi duta negara yang baik.

Subsidi bahan api kepada usahawan teksi akan dikemaskini untuk memastikan penjimatan bahan api menguntungkan usahawan teksi dan penumpang.

Skim bantuan untuk usahawan teksi:

• Skim perlindungan takaful

• Skim latihan keusahawanan

• Galakan penubuhan koperasi

• Skim pembiayaan teksi baru

18

MANIFESTO RAKYAT

PELABURAN R&D MENCECAH 5% DARI KDNK


Langkah-langkah khusus untuk melonjakkan pelaburan di dalam R&D agar mencecah kadar 5% dari KDNK:
1. Meluaskan skop pelaburan dan geran yang dibenarkan di bawah Tabung Petroleum sedia ada;
2. Pelepasan cukai bagi barangan atau perkhidmatan yang dikomersilkan hasil dari pelaburan R&D yang dibuat di universiti atau pusat kajian awam;
3. Pelepasan cukai dalam bentuk insentif pelaburan dan pelepasan cukai pendapatan bagi pusat penyelidikan dan pakar penyelidik yang dibawa masuk; dan
4. Insentif pelaburan bagi kajian R&D yang dibuat di Malaysia yang berjaya dikomersilkan.


PENGANGKUTAN AWAM NADI EKONOMI NEGARA


Pakatan Rakyat komited untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang dan bandar-bandar besar dalam tempoh 10 tahun berkuasa, dengan sasaran mengurangkan kadar kesesakan sebanyak 50% dalam penggal pertama.

Masalah kesesakan yang semakin meruncing berpunca dari dasar-dasar yang mengenepikan sistem pengangkutan awam dalam bandar dan antara bandar. Buat sekian lama, pelaburan di dalam sistem pengangkutan awam diabaikan hingga rakyat tidak ada pilihan kecuali menggunakan kenderaan persendirian.

Pergantungan kepada kenderaan persendirian mempunyai kesan buruk kepada ekonomi negara. Ia meningkatkan kos subsidi, membebankan ekonomi keluarga, mencemar alam sekitar disamping menyebabkan kesesakan.

Pelaburan bijaksana yang berhemah dalam sistem pengangkutan awam di bawah Pakatan Rakyat akan menjadikan pengangkutan awam sebagai nadi ekonomi negara.


SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DALAM BANDAR
• Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya

• Merombak pelan sistem pengangkutan awam Lembah Klang dari berlandaskan sepenuhnya kepada sistem MRT, kepada pelan bersepadu melibatkan MRT dan bas supaya jaringan dan capaian pengangkutan awam lebih baik dari sekarang
• Menilai kembali setiap kontrak yang telah dianugerahkan di dalam pakej MRT mengikut undang-undang sedia ada dan mutakhir, untuk memastikan tidak ada unsur rasuah dan mengawal kos yang bakal ditanggung rakyat
• Pelaburan tambahan RM2 bilion pada tahun pertama untuk menambah bilangan bas dan jajaran laluan bas di Lembah Klang sehingga meningkat satu kali ganda.


SISTEM PENGANGKUTAN AWAM ANTARA BANDAR


Memulakan langkah ke arah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara

19

MANIFESTO RAKYAT

MEMECAH MONOPOLI MERANCAKKAN PERSAINGAN


Monopoli merencatkan ekonomi dan membunuh persaingan. Monopoli dalam sektor perkhidmatan dan barangan yang dikawal oleh beberapa syarikat besar berkepentingan memberi mereka kuasa menentukan harga tinggi yang menekan rakyat. Monopoli menyukarkan persaingan lalu menyempitkan ruang pertumbuhan niagawan dan usahawan baru.

Pendekatan ekonomi Pakatan Rakyat memberi fokus utama untuk memecah monopoli ini dan merancakkan persaingan. Ini akan berjaya menurunkan harga yang membebankan rakyat dan membina daya tahan dalam ekonomi negara dengan melahirkan lebih ramai usahawan berjaya.


MEMECAH MONOPOLI
• Menubuhkan Suruhanjaya Anti-Monopoli dan merombak undang-undang sedia ada berkaitan persaingan untuk memberi lebih kuasa menghentikan amalan perniagaan yang tidak adil
• Menubuhkan Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai dan menjadi timbang tara bagi memastikan semua perjanjian di antara kerajaan dan swasta tidak berat sebelah dan merugikan rakyat
• Memecah monopoli dalam bidang komunikasi, makanan ruji, farmaseutikal, penerbangan awam dan sektor utama yang lain
• Merombak perjanjian penjana bebas (IPP) yang berat sebelah untuk mengelakkan wang rakyat terus mengkayakan kroni.

MERANCAKKAN PERSAINGAN
• Membubarkan 1MDB agar Khazanah kekal satu-satunya badan pelaburan negara
• Melupuskan pegangan kerajaan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit dalam perniagaan bukan berkepentingan nasional kepada pengurusan GLC melalui kaedah ambil alih oleh pengurusan (management buy-out atau MBO), bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputra yang berdaya maju
• Merombak peranan Ekuinas agar agensi itu membantu merancakkan pengambil alihan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) oleh pengurusan dan usahawan yang layak.
• Memastikan perolehan secara tender terbuka dilaksanakan secara menyeluruh dalam urusan badan-badan awam

20

MANIFESTO RAKYAT

21

MANIFESTO RAKYAT

KESEJAHTERAAN RAKYAT


Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah tidak meningkat. Generasi kini adalah lebih miskin dari generasi sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini.

Perbelanjaan asas setiap isi rumah dibebankan dek struktur harga yang berpihak kepada kroni dan syarikat besar. Ekonomi negara dikuasai oleh beberapa monopoli yang dimiliki kroni dan syarikat besar ini.

Mereka menguasai sektor kuasa, telekomunikasi, pengangkutan, bekalan air dan barangan asas. Akibat tiada saingan hasil dari monopoli yang dianugerahkan kepada mereka, harga barang dinaikkan sesuka hati demi keuntungan singkat.

Kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya.

Konsesi yang menguntungkan sebelah pihak dan membebankan rakyat wajib dibatalkan.

Sektor asas yang dilanggani rakyat wajib dibuka supaya lebih ramai pengusaha boleh terlibat untuk merendahkan harga.

Kerajaan wajib lebih proaktif dan prihatin campur tangan dalam sektor-sektor asas seperti perumahan untuk membela kelas rakyat yang tiada kemampuan membayar harga rumah yang melampau tingginya.

Bayaran pinjaman bulanan yang banyak memakan gaji rakyat, seperti pinjaman kereta dan PTPTN, wajib direndahkan dengan mengubah struktur percukaian kereta dan menghapuskan PTPTN.

Rakyat desa termasuk warga Felda perlu diberdayakan dengan menjamin penguasaan mereka kepada tanah mereka dan memperkenalkan kegiatan ekonomi yang menambah hasil pendapatan bulanan.

Perkihdmatan keselamatan dan kesihatan rakyat wajib dipertingkatkan. Kecekapan perkhidmatan sedia ada memerlukan reformasi untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pasukan keselamatan.

Pakatan Rakyat sepakat dengan aspirasi rakyat bahawa

enam langkah ini wajib dilaksanakan segera demi membela kebajikan rakyat:22

MANIFESTO RAKYAT

MENGURANGKAN BEBANAN KOS SARA HIDUP RAKYAT DENGAN MENGHAPUSKAN MONOPOLI DAN MENURUNKAN HARGA

HARGA PETROL DAN DIESEL

AKAN DITURUNKAN.


Harga minyak mentah yang tinggi sehingga mencecah purata RM300 setong melonjakkan pendapatan negara dari hasil minyak.

Pakatan Rakyat percaya laba dari pendapatan minyak ini wajar dikongsi dengan rakyat untuk mengurangkan bebanan.

Oleh itu, Pakatan Rakyat akan menyalurkan laba dari pendapatan minyak ini untuk menurunkan harga petrol dan diesel.


HARGA

MINYAK

TURUN

CAJ

ELEKTRIK LEBIH

RENDAH

CAJ ELEKTRIK AKAN DITURUNKAN.


Setiap tahun, negara kehilangan wang berjumlah RM25 bilion dalam bentuk subsidi gas yang diberikan kepada syarikat besar yang mengendalikan penjana bebas dan subsidi gas kepada industri.

Walaupun mendapat subsidi negara, mereka menjual elektrik kepada TNB pada harga yang tinggi. Untung penjana bebas mencecah ribuan juta ringgit setiap tahun, sedang caj elektrik kian naik.

Pakatan Rakyat akan menyalurkan subsidi berjumlah RM25 bilion ini terus kepada rakyat dengan menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat.


KONSESI AIR KENDALIAN SYARIKAT SWASTA YANG MENGAKIBATKAN CAJ AIR TINGGI AKAN DIHENTIKAN.


Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan.

Kawalselia ke atas caj air yang rendah akan meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.


CAJ

AIR LEBIH

RENDAH
23

MANIFESTO RAKYAT

KERAJAAN AKAN AMBIL ALIH LEBUHRAYA SECARA BERPERINGKAT BAGI TUJUAN MENGHAPUSKAN TOL.


Seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat akan mengambil alih lebuhraya secara berperingkat bagi tujuan menghapuskan tol.

Pembiayaan operasi lebuhraya mampu ditampung menggunakan dana RM5 bilion yang selama ini dibayar sebagai pampasan kepada pemegang konsesi.

Penghapusan tol akan membantu menurunkan harga barang.


HAPUS

TOL

HARGA BARANG AKAN TURUN BILA MONOPOLI DIHAPUSKAN.


Monopoli yang dipegang oleh beberapa orang kroni yang rapat dengan penguasa menyebabkan harga barang-barang dikawal mereka. Oleh sebab itu, monopoli merupakan faktor utama yang menyebabkan harga barang naik di negara ini.

Monopoli wujud dalam kebanyakan sektor utama negara – dari telekomunikasi sehingga ASTRO, dari harga beras kepada harga gula.

Pakatan Rakyat akan menghapuskan monopoli untuk meningkatkan persaingan di dalam ekonomi yang seterusnya boleh menurunkan harga barang. menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat.


HAPUS

MONOPOLI

MEROMBAK DASAR AUTOMOTIF UNTUK MENGURANGKAN BEBANAN RAKYAT


Harga kereta di Malaysia berbanding pendapatan purata isi rumah rakyatnya boleh disifatkan antara tertinggi di dunia. Ketiadaan kemudahan pengangkutan awam yang berkesan menyebabkan rakyat tidak ada pilihan lain kecuali membeli kereta persendirian.

Akibatnya, hutang kereta menjadi bebanan kewangan utama yang ditanggung setiap keluarga. Setiap bulan, sejumlah besar pendapatan dihabiskan untuk membayar hutang kereta.

Untuk mengurangkan bebanan rakyat dan meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat, Pakatan Rakyat akan merombak dasar automotif seperti berikut:

24

MANIFESTO RAKYAT

HAPUS

CUKAI

EKSAIS


Cukai eksais kereta yang dikenakan secara melampau iaitu pada kadar 70% ke atas melonjakkan harga kereta.


Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.


Liberalisasi industri automotif negara untuk memastikan daya saing dan nilai tambah kepada rakyat.


Pakatan Rakyat percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

HARGA SERENDAH RM25,000

PERUMAHAN SELESA DAN MAMPU MILIK UNTUK SEMUA


Harga rumah yang melambung terutamanya di kawasan bandar-bandar utama menyebabkan semakin ramai rakyat dari pelbagai golongan tidak lagi mampu memiliki rumah.

Ini disebabkan manipulasi pasaran hartanah akibat undang-undang yang berpihak kepada pihak pemaju.

Pakatan Rakyat akan menggerakkan program perumahan selesa dan mampu milik secara besar-besaran untuk mencapai matlamat satu rumah setiap satu keluarga.

150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.


150,000


Perbadanan Perumahan Negara akan ditubuhkan sebagai badan induk yang membina, mengawalselia dan mengusahakan rumah mampu milik rakyat. PPN akan memikul tanggungjawab membina rumah rakyat bertujuan mengimbangi harga rumah sektor swasta yang melonjak tinggi .

Ia juga akan berfungsi memastikan kemampanan industri perumahan negara dengan menjamin keadilan kepada pembeli dan pengusaha, termasuk melaksanakan konsep "bina dan jual" dengan lebih meluas.

Pakatan Rakyat akan melabur RM5 bilion dalam tahun pertama untuk membina rumah mampu milik, diikuti dengan peruntukan RM2 bilion setiap tahun dari tahun kedua hingga kelima.


PERBADANAN PERUMAHAN NEGARA
25

MANIFESTO RAKYAT

PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA, HAPUS PTPTN


Pendidikan adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan.

Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan.


Yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam akan ditanggung kerajaan.

Pelajar di institusi swasta akan diberikan subsidi yuran yang setara dengan kos tanggungan kerajaan di institusi awam.

YURAN

DITANGGUNG

ELAUN

SARA HIDUP


Semua pelajar di institusi milik awam akan diberikan elaun sara hidup untuk menampung kos kediaman, makan dan minum, buku dan pengangkutan kecuali bagi mereka yang benar-benar kaya.


Pelajar di institusi swasta boleh meminjam dari satu dana khas untuk menampung kos sara hidup sepanjang kursus pengajian.

PTPTN akan dihapuskan kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam.

PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat. Mekanisme khusus untuk menangani masalah keberhutangan pelajar akibat PTPTN akan diperkenalkan agar kebajikan setiap pelajar dijaga.

HAPUS

PTPTN

HAPUS AES, BATAL SAMAN AES


Pakatan Rakyat akan menghentikan serta merta konsesi dan pelaksanaan AES yang mempertaruhkan keselamatan rakyat di jalan raya sebagai sumber kekayaan kroni. Sebarang saman yang telah dikeluarkan sebelum ini akan dibatalkan.

Langkah keselamatan jalan raya akan menitikberatkan infrastruktur jalan yang lebih selamat, pendekatan pendidikan dan amaran, bukannya pendekatan menghukum seperti sedia ada.

26

MANIFESTO RAKYAT


Sumbangan warga FELDA kepada kemakmuran negara tidak ternilai. Hasil kelapa sawit digunakan untuk membiayai pembangunan lain.

Oleh itu, warga FELDA berhak mendapat perkongsian hasil yang lebih tinggi dan adil.


KEADILAN

UNTUK WARGA

FELDA

WIBAWA, PRESTASI & REPUTASI FELDA


Pakatan Rakyat akan mempertahankan wibawa, prestasi dan reputasi Felda demi menjamin kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka.

Ini termasuk merombak semula pegangan di dalam FGV dengan matlamat mengembalikan operasi dan pemilikan tanah FELDA ke tangan peneroka dan kakitangan.


KADAR PERAHAN YANG ADIL


Warga peneroka tidak dibayar pendapatan yang sebenar melalui manipulasi Kadar Perahan Gred (KPG) oleh FELDA.

Pakatan Rakyat akan menyemak kembali semua tuntutan pampasan akibat dari manipulasi KPG dan membayar pampasan yang sewajarnya kepada warga FELDA.


KESELAMATAN RAKYAT


Peningkatan mendadak kes-kes jenayah di seluruh negara, tanpa mengenal bandar atau desa, tua atau muda, melambangkan kegagalan sistem kepolisian yang ada sekarang.

Pakatan Rakyat nekad untuk mengembalikan fokus dan tanggungjawab anggota polis menjaga keselamatan rakyat dan membanteras jenayah. Ini mengangkat kedudukan dan kehormatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mata rakyat.

Langkah mengembalikan fokus dan tanggungjawab anggota polis menjaga keselamatan rakyat akan disusuli dengan pelaksanaan segera:
• Matlamat menaikkan gaji anggota polis sebanyak 15% secara berperingkat melalui rasionalisasi tenaga kerja dan alihan sumber dari tugasan bukan teras kepada tugasan teras membanteras jenayah dan melindungi keselamatan rakyat
• Rasionalisasi tenaga kerja dan alihan sumber akan membabitkan pertukaran dan latihan semula anggota keselamatan untuk menambah bilangan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, termasuklah mengurangkan saiz ketumbukan Pasukan Gerak Am (PGA) dan lain-lain pasukan bukan teras
• Peruntukan tambahan RM50 juta setiap tahun untuk membina pos-pos polis di tempat-tempat tumpuan orang ramai
• Peruntukan tambahan RM200 juta setiap tahun untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan siasatan forensik PDRM

27

MANIFESTO RAKYAT

KEMUDAHAN KESIHATAN ASAS PERCUMA DIJAMIN


Kemudahan kesihatan asas adalah hak rakyat. Setiap rakyat Malaysia berhak untuk pergi ke mana-mana hospital kerajaan untuk mendapatkan khidmat kesihatan yang cekap dan percuma.

Pendirian Pakatan Rakyat berhubung kemudahan kesihatan:
1. Menolak sebarang usaha untuk mengenakan cukai kesihatan seperti yang dicadangkan melalui 1Care
2. Menjamin kemudahan kesihatan percuma kepada semua rakyat Malaysia melalui hospital kerajaan, sementara memberi galakan sepenuhnya kepada sektor swasta menawarkan khidmat kesihatan pada kadar yang berpatutan
3. Menawarkan perkhidmatan wad percuma kepada semua rakyat di semua hospital kerajaan dengan menghapuskan bayaran wad Kelas 2 dan Kelas 3
4. Menghapuskan monopoli pembekalan ubat, pembinaan hospital dan kelengkapan hospital oleh beberapa syarikat yang berkait rapat dengan elit kekuasaan yang mengaut keuntungan melampau
5. Penjimatan dari penghapusan monopoli akan digunakan untuk menawarkan rawatan pakar percuma kepada golongan berpendapatan rendah termasuklah pembedahan jantung, pembedahan ganti dan lain-lain
6. Memenuhi sasaran seorang doktor bagi setiap 550 rakyat dalam tempoh penggal pertama pentadbiran, berbanding nisbah sekarang seorang doktor bagi setiap 800 rakyat


MEMBINA JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL RAKYAT


Bantuan Kebajikan yang dibayar melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan ditingkatkan dari RM300 sebulan kepada RM550 sebulan. Semua keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM500 sebulan layak mendapat Bantuan Kebajikan untuk menghapuskan kemiskinan tegar.

Tabung Komoditi Kebangsaan dengan tabungan awal sebanyak RM100 juta bertujuan membantu keluarga-keluarga yang terkesan dengan kejatuhan mendadak harga komoditi di bawah paras tertentu, melalui pembayaran Bantuan Komoditi Kebangsaan berjumlah RM500 sebulan kepada setiap keluarga yang terkesan.

Mewujudkan sistem pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan. Sistem pengkalan data nasional ini bakal menjadi sistem maklumat jaringan keselamatan sosial rakyat yang pertama di negara ini.

28

MANIFESTO RAKYAT

29

MANIFESTO RAKYAT

KERAJAAN RAKYAT


Rakyat adalah

tuan kerajaan.

Pentadbiran kerajaan adalah

amanah rakyat kepada wakil yang dipilih.

Kuasa kerajaan terbit dari

mandat rakyat yang ditentukan secara telus, adil, bebas dan penuh integriti.

Mensejahterakan rakyat adalah

tanggungjawab kerajaan.

Makanya, kerajaan yang tawaddu’ dan insaf dengan kuasa rakyat menjunjung prinsip keadilan sesama rakyat.


Kerajaan yang adil bisa dihormat, kerajaan yang zalim wajib disanggah.
Pakatan Rakyat insaf dengan segala kerosakan yang telah berlaku di dalam sistem kerajaan Malaysia.
Institusi-institusi tonggak negara dimusnahkan, maruah penjawat awam pendinding salahguna kuasa diperlekehkan. Pembohongan jadi mainan kekuasaan, saluran maklumat disalahguna demi keuntungan berjuta. Pilihanraya dimanipulasi menjadi punahraya, undi rakyat dihina mereka.

Reformasi politik yang dibawa Pakatan Rakyat bakal mengembalikan kerajaan yang bertuankan rakyat, memikul amanah rakyat, hormat mandat rakyat, bertanggungjawab kepada rakyat dan menjamin keadilan kepada semua rakyat.

30

MANIFESTO RAKYAT

REFORMASI INSTITUSI

ISLAM DAN KEAGAAMAN


Pengurusan institusi Islam dikuatkan dengan peruntukan yang lebih tinggi (seperti meningkatnya peruntukan untuk Jabatan Agama Islam di negeri-negeri Pakatan Rakyat)

Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat

Meningkatkan imej institusi Islam di mata rakyat terbanyak dengan membebaskannya dari manipulasi politik

Sasaran meningkatkan jumlah dana Tabung Haji menjadi dua kali ganda dari dana sekarang dalam tempoh sepuluh tahun pentadbiran Pakatan Rakyat

Menjamin hak kebebasan beragama dan mengamalkan istiadat keagamaan kepada penganut agama lain seperti yang dijamin Perlembagaan


PAKEJ PENGGAJIAN DAN PERKHIDMATAN BARU PENJAWAT AWAM


Mengembalikan prestij dan kemuliaan penjawat awam

Membebaskan penjawat awam dari campur tangan politik

Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip daya kerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan.


PILIHANRAYA YANG BERSIH, ADIL DAN TELUS


Melaksanakan 8 tuntutan BERSIH sebagai reformasi pilihanraya

Melaksanakan pendaftaran undi secara automatik apabila mencecah umur layak mengundi

Membersihkan daftar pengundi dalam masa 100 hari berkuasa.


REFORMASI INSTITUSI KEHAKIMAN, KAMAR PEGUAM NEGARA, SPRM DAN PDRM


Membebaskan institusi-institusi utama negara iaitu institusi kehakiman, Kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis diRaja Malaysia (PDRM) dari cengkaman politik

Mengembalikan kuasa melantik pimpinan institusi-institusi ini kepada suruhanjaya bebas seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan

Pengesahan perlantikan pimpinan institusi-institusi ini melalui proses runding cara oleh Jawatankuasa Parlimen mengikut amalan demokrasi berparlimen

Pelaksanaan penambahbaikan demi menjamin integriti dan kebebasan di kesemua institusi ini dalam tempoh enam bulan pentadbiran Pakatan Rakyat, mengambil kira cadangan yang pernah dibuat oleh suruhanjaya bebas atau melalui penubuhan suruhanjaya bebas yang baru.

31

MANIFESTO RAKYAT

REFORMASI PARLIMEN


Mengembalikan kebebasan institusi Parlimen sebagai suara rakyat yang mengimbangi kuasa eksekutif

Memperkenalkan sistem Jawatankuasa Terpilih Parlimen dalam bidang-bidang penting seperti kewangan, keselamatan, pendidikan, pertahanan, PETRONAS dan lain-lain untuk meningkatkan keberkesanan fungsi timbangtara yang dimainkan Parlimen

Menyediakan sumber dan kepakaran sewajarnya untuk membolehkan ahli Parlimen menjalankan tugas dengan penuh intelek, lengkap dan berkesan


KEBEBASAN MEDIA DAN MENGEMBALIKAN AMANAH KEPADA PENGAMAL MEDIA


Menghapuskan semua undang-undang yang menyekat kebebasan media dan mewujudkan suasana media yang berat sebelah, termasuk Akta Percetakan dan Penerbitan, prosuder perlesenan media dan lain-lain

Memperbadankan institusi penyiaran milik kerajaan termasuklah RTM dan stesen-stesen di bawah milikan Kumpulan Media Prima demi menjamin kebebasan media dan kemajuan institusi penyiaran tersebut

Menghormati kematangan pengamal media untuk menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.


MEMANSUHKAN AUKU DAN MENJAMIN KEBEBASAN AKADEMIK


Memansuhkan AUKU dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat

Pemilihan naib canselor dan rektor institusi pengajian tinggi awam akan dibuat berdasarkan kebolehan dan bakat oleh sebuah jawatankuasa penilai bebas dan senat

Menjamin kebebasan akademik cendekiawan, pemikir, kakitangan dan pelajar di semua institusi pengajian di seluruh negara


MEMANSUHKAN SEMUA UNDANG-UNDANG ANTI-RAKYAT


Semakan menyeluruh ke atas semua undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan dan kebebasan rakyat atau bersifat anti-rakyat

Memansuhkan semua undang-undang dan peraturan ini dalam tempoh tahun pertama pentadbiran Pakatan Rakyat

Menguatkuasakan Akta Pemulihan Demokrasi untuk mengukuhkan lagi hak rakyat

Kerajaan Persekutuan membebaskan dan memohon maaf kepada kesemua tahanan ISA dari dulu hingga sekarang.

32

MANIFESTO RAKYAT

DASAR BANTERAS RASUAH NEGARA (DEBARAN)


Pakatan Rakyat telah meletakkan perang terhadap rasuah sebagai tonggak dasar dan perjuangannya. Amalan rasuah dan kronisme menjadi barah yang membawa kesan buruk kepada setiap lapisan masyarakat.

Pentadbiran Pakatan Rakyat akan memperkenalkan Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) yang mengandungi pendekatan bersepadu yang lebih jitu dan khusus untuk membanteras rasuah.

DEBARAN adalah berteraskan dua prinsip utama, iaitu memberdayakan sepenuhnya SPRM melalui reformasi kepimpinan dan pentadbiran agar ia dipandang mulia di mata rakyat dan merubah undang-undang sedia ada untuk meningkatkan lagi keberkesanan pencegahan rasuah.

Untuk itu, melalui DEBARAN pentadbiran Pakatan Rakyat akan:
• Merombak sepenuhnya kuasa dan kepimpinan SPRM untuk membina integritinya di mata rakyat, termasuk mempertimbangkan memberikan kuasa pendakwaan kepada SPRM
• Merombak amalan dan proses SPRM agar tumpuan diberikan sepenuhnya kepada siasatan dan pendakwaan terhadap kes-kes rasuah besar yang melibatkan kepentingan awam untuk membuang persepsi bahawa SPRM hanya menumpukan kes-kes kecil sedangkan rasuah pembesar negara dipadamkan
• Mengetatkan undang-undang rasuah dan undang-undang berkaitan (termasuk Akta Perlindungan Pemberi Maklumat) untuk melaksanakan sekeras-kerasnya undang-undang membanteras rasuah, terutamanya bersabit kes-kes rasuah besar yang melibatkan kepentingan awam

33

MANIFESTO RAKYAT

HARAPAN RAKYAT


14 September 2023



Saya bangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

Tahun lalu, saya berpindah ke rumah baru di Damansara. Kata ibu, pada suatu ketika hanya orang kaya-kaya sahaja yang mampu tinggal di Damansara kerana rumahnya mewah dan harganya jutaan ringgit. Alhamdulillah, selepas kerajaan melaksanakan program rumah mampu milik rakyat secara besar-besaran, golongan muda seperti saya juga mampu membeli kediaman di sini.

Saya bekerja di sebuah firma rekacipta kejuruteraan di Petaling Jaya. Bos saya masih lagi muda, beliau pernah bekerja di Amerika Syarikat dengan firma ternama di sana. Kami menghasilkan rekaan chip komputer pintar yang digunakan di dalam peralatan elektronik terkini. Rekaan yang dihasilkan dihantar ke kilang di China yang akan mengeluarkannya bagi pasaran dunia.

Kehidupan saya sekeluarga selesa. Isteri saya adalah seorang akauntan yang bertugas dengan syarikat antarabangsa. Beliau bertugas dari rumah. Akses jalur lebar Malaysia yang terbaik di dunia membolehkan ramai ibu bekerja dari rumah sambil menghabiskan masa berkualiti dengan anak-anak.

Rata-rata keluarga muda seperti kami bersyukur dengan peluang ekonomi yang ada di negara ini. Gaji kami melebihi untuk menampung keperluan harian dan 30% dari gaji saya dan isteri disimpan bagi pelaburan jangka panjang. Kami mampu untuk bercuti setiap tahun dan kami juga mewujudkan tabung amanah untuk dua orang anak kecil kami bagi masa depan mereka.

Malaysia dihormati di rantau Asia Tenggara dan dunia. Kuala Lumpur adalah ibu kota Asia Tenggara dan diiktiraf sebagai 5 bandaraya terbaik di dunia setiap tahun. Ia satu-satunya bandaraya yang mengekalkan warisan kebudayaan pelbagai kaum yang hidup harmoni di dalam setiap aspek kehidupan kota. Ibu pejabat Bank Pusat Islam Dunia yang dibuka di Kuala Lumpur dalam tahun 2019 menyerlahkan lagi kedudukan Kuala Lumpur sebagai satu daripada lima pusat kewangan terbaik dunia.

Saya bangga dengan Malaysia kerana ia dicemburui negara-negara dari Timur hinggalah ke Barat. Setiap bandar besar kita dari Perlis ke Johor dan Kelantan ke Kuala Lumpur dihubungkan dengan keretapi laju berteknologi hijau. Aktiviti pentadbiran dan jabatan kerajaan diagihkan ke seluruh negara dan jaringan pengangkutan awam yang cekap ini memudahkan urusan rakyat.

Rakyat Malaysia juga adalah rakyat terkaya di rantau Asia Tenggara. Tidak ada keluarga Malaysia yang pendapatan bulanannya kurang dari RM4,000. Pemilik-pemilik tanah yang dahulunya dipanggil peneroka kini adalah jutawan pertanian dan industri kecil yang mengusahakan tanah mereka dengan jayanya.

34

MANIFESTO RAKYAT


Negara-negara lain mengagumi keamanan Malaysia walaupun ada berpuluh-puluh etnik yang berbeza. Keamanan yang terhasil dari perpaduan rakyat pelbagai kaum ini dikuatkan lagi dengan kecekapan Angkatan Tentera Malaysia yang diiktiraf sebagai pasukan pertahanan terbaik di rantau Asia Tenggara.

Paling penting, saya bangga kerana Malaysia satu-satunya negara di rantau ini yang berjaya membuktikan kekayaan negara akan memakmurkan rakyat jika ditadbir dengan baik.

Tabung Warisan yang ditubuhkan sepuluh tahun lalu kini sudah mencecah jumlah RM124 bilion tabungan hasil minyak dan gas yang disimpan untuk masa depan. Rakyat menikmati pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti dan kemudahan kesihatan percuma. Malaysia juga adalah satu-satunya negara di rantau ini yang menyediakan skim caruman kepada isteri sebagai sebahagian dari sistem perlindungan kebajikan kebangsaan.

Apabila saya berkunjung ke negara-negara lain atas urusan kerja, saya bangga apabila negara saya dipandang manis. Mereka mengagumi keupayaan kita mengamalkan prinsip demokrasi sepenuhnya. Institusi kehakiman negara menjadi rujukan di peringkat antarabangsa. Malah, kejayaan kita memusatkan aktiviti ekonomi di peringkat rakyat terbanyak dan industri kecil sederhana (IKS) menjadi model kejayaan yang diteliti negara lain.

Saya bersyukur kerana Malaysia berada di landasan yang betul pada hari ini akibat keputusan tepat yang dibuat sepuluh tahun lalu dalam pilihanraya umum 2013. Itulah kali pertama saya mengundi dan setiap kali saya memandang optimis dengan masa depan Malaysia, saya berbangga kerana saya adalah sebahagian dari generasi perubahan yang mengubah landasan negara pada tahun itu.


Muhammad Adlan bin Azrul

Damansara


35

MANIFESTO RAKYAT

36

MANIFESTO RAKYAT

37

MANIFESTO RAKYAT

38