Manifesto Pakatan Rakyat Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 2013). Gaji Minima RM1,100, Cukai RM4,000 Ke Atas & Skim Gaji Baru Penjawat Awam. Apa Kata Anda?
Manifesto Pakatan Rakyat : Baru sebentar tadi Pakatan Rakyat telah pun melancarkan manifestonya “Manifesto Pakatan Rakyat” sempena Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 2013) bagi memberikan tawaran yang mereka bakal lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia termasuklah kepada anda yang tergolong kalangan 13 juta pengundi Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Adakah anda layak mengundi kali ini?
mengundi kali ini?
Ramai pemerhati politik mengatakan Pilihanraya Umum ke 13 kali ini adalah Pilihanraya paling getir dan panas dalam sejarah pilihanraya Malaysia setakat ini. Masing-masing ada peluang. Tidakkira
Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat
Atas sebab itulah kita akan melihatkan pelbagai usaha dan langkah yang akan diambil oleh kedua-kedua kumpulan politik terbesar dan dominan di Malaysia memberikan tawaran bagi menawan hati rakyat Malaysia , termasuklah Manifesto Pakatan Rakyat ini….
Manisfesto Pakatan Rakyat PRU ke 2013 : Butirannya?
- Tajuk : ”Rakyat : Manifesto Pakatan Rakyat Harapan Rakyat” untuk menangkap perhatian
- Lokasi : Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
- Pembaca Manifesto PR : Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli
Manifesto Pakatan Rakyat PRU ke 2013 : Senarai Tawaran Untuk Rakyat & Pengundi?
1) Manifesto Pakatan Rakyat (Monopoli) :
- Menghapuskan monopoli termasuklah melakukan perjanjian semula dengan taikun pengeluar tenaga bebas (IPP) dan bubar 1Malaysia Development Bhd. dan menggantikan dengan Suruhanjaya Anti Monopoli.
- Suruhanjaya Kontrak Awam diwujudkan bagi menilai semula konsesi berat sebelah, tender terbuka, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.
2) Manifesto Pakatan Rakyat (Projek) :
Mengkaji semula perancangan untuk penabaikan projek penapisan petroleum di Pengerang, Johor
Mengkaji semula deretan projek empangan di Sarawak ketika ini
3) Manifesto Pakatan Rakyat (Alam Sekitar) :
- Mengkaji semula undang-undang alam sekitar termasuklah undang-undang pembalakan
- Menghentikan segera projek kontroversi nadir bumi Lynas di Gebeng Pahang
4) Manifesto Pakatan Rakyat (Pendidikan, Kerja Kosong, Kemahiran, Perniagaan & Pendapatan) :
- Mewujudkan 1 juta peluang kerja kosong untuk rakyat Malaysia dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat-peringkat
- Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.
- Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.
- Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional
- Tabung inovasi IKS RM500 juta
- Skim gaji baru & perkhidmatan baru penjawat awam akan diperkenalkan yang lebih adil dan saksama
- Memberi permit terus kepada pemandu teksi
5) Manifesto Pakatan Rakyat (Cukai)
- Menyelaras cukai rakyat di mana kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.
- Meningkatkan pengecualian cukai pendapatan kepada RM4,000 berbanding RM2,500 yang dilaksanakan pada ketika ini
6) Manifesto Pakatan Rakyat (Tentera) :
- Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.Manifesto Pakatan Rakyat (pemandu teksi) :
8) Manifesto Pakatan Rakyat (Pengangkutan) :
- Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya
- menambah bilangan bas yang sedia ada
- merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.
9) Manifesto Pakatan Rakyat (Perubatan) :
- Menolak cukai kesihatan seperti yang dicadangkan melalui 1Care
10) Manifesto Pakatan Rakyat (Lain-lain) :
- Memansuhkan AUKU & Kebebasan Akademik
Apa pandangan anda dengan
Manifesto Pakatan Rakyat sempena Pilihanraya Umum ke 13 kali ini?
manifesto BN yang dikatakan bukan manifesto tetapi akujanji ............ vs manifesto Pakatan Rakyat berentap .........
kita lihat siapa yang dapat memenangi HATI RAKYAT..........????
BAGI KAMI DI PDK NI MEMANG TERBUANG PUNYA ........... TIADA SIAPA YANG NAMPAK DAN TIADA SIAPA MENJAGA KEBAJIKAN KAMI WALAUPUN DATO SERI NAJIB MENGETUAI BAHAGIAN KEMENTERIAN WANITA DAN KEBAJIKAN MASYARAKAT?????????
3 ulasan:
Cuepacs berkata hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara.
MENGAPA AKU TERKEJUT.!
1.Sebab Pegawai dan Kakitangan kerajaan (termasuk jawatan kontrak) ialah mata dan telinga kerajaan.
2. Sebab pegawai dan kakitangan jawatan kontrak tidak di'iktiraf' sebagai penjawat awam kerajaan, dan diberi tugasan yang tidak melibatkan 'penurunan tugas' atau 'perwakilan kuasa'.
3. Sebab jawatan kontrak dibaharui setiap 2 tahun sekali dan diberi ganjaran 'pencen KWSP' setiap 2 tahun sekali.
4. Sebab 'tempoh khidmat' jawatan kontrak tidak dimasukkira dalam pengiraan pencen apabila bersara sekiranya berjawatan tetap kerajaan
5. Sebab 'pesara' jawatan kontrak boleh membocorkan rahsia kerajaan apabila meninggalkan jawatan kontrak.
6. Sebab 'Kerajaan' cuai apabila mengkaji dan membuat dasar penjawat kontrak bagi pengambilan pegawai dan kakitangan kerajaan jawatan kontrak, demi mengurangkan beban kewangan pengurusan kerajaan.
7. Sebab 'Kerajaan' kini cuai sekali lagi apabila membuat dasar 'pembekuan pengisian jawatan kosong dan pengurangan/penjumudan jawatan pegawai dan kakitangan kerajaan'.
8. Sebab 'Kerajaan' boleh membuat dasar pengambilan 'orang asing' untuk mengisi jawatan2 tertentu dalam kerajaan, sedangkan rakyat atau orang awam masih RAMAI yang berkelulusan, berkelayakan, berwibawa dan berketrampilan' untuk mengisi jawatan2 yang dicadang diisi oleh 'orang asing'.
9. Sebab dasar Kerajaan yang 'double-standard' terhadap rakyat sendiri yang taat setia dan mencari kerja dengan Kerajaan tidak dapat layanan yang sepatutnya.
10. Sebab dasar Kerajaan yang 'cuai' boleh membahayakan aspek "KESELAMATAN NEGARA" semaada akibat orang asing dan orang dalam lepasan jawatan kontrak diluar kerajaan.
SEKIAN kata hati seorang pesara gred 52 yang taat setia dengan dasar kerajaan walaupun sudah pencen dan seorang wira yang tidak mahu dicanang dan didendangkan