Wednesday, September 18, 2013

pembangunan modal insan: antara nak dan tak nak ???? Apakah nilaian kami buat anda ???

pembangunan modal insan



media media elektronik dan media cetak sibuk memperkatakan tentang pembangunan modal insan ....baik dari jabatan kerja raya ...Angkatan tentera Malaysia dan lain lain ...... tetapi lain hal pula di tempat aku iaitu pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) apabila rakan sekerja mengeluh mengeluh dan terus mengeluh ..... tindakan demi tindakan yang dibuat daripada pihak atasan ........???  antaranya memotong dana .... wang aktiviti tah le ..... mengubah status pekerja pdk daripada pekerja kepada pekerja kontrak untuk perkhidmatan yang tarafnya lebih rendah daripada pekerja mengikut buku garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat hinggakan pihak pengurusan sumber manusia di JTK meminta menyampaikan pesan kepada JKM supaya mengkaji semula taraf yang tidak sesuai bagi pekerja (petugas ) pdk mengikut klausa yang sesuai sebagai pekerja bukan sebagai pengusaha atau kontraktor........Tolonglah jangan anggap kami petugas di pdk sebagai gambar di bawah ini :

 
Jika pihak pekerja asing seperti Nepal, Bangla dan Indo boleh mendapat hak yang sama seperti pekerja Malaysia yang lain misalnya gaji minimum Mengapakah kami yang berwarganegara Malaysia mengundi BN diberikan taraf seperti pekerja bukan berwarganegara Malaysia...daripada pekerja menjadi pekerja kontrak untuk perkhidmatan yang tarafnya lebih rendah daripada pekerja.... hah bagi bahagian ini fikir fikirkanlah sebab semua keistimewaan yang didapati oleh pekerja kami petugas di pdk dianaktirikan dan dilupuskan hak tersebut...... Mengapa ? Mengapa?
 
 
Di samping itu dah bertahun tahun lamanya petugas di PDK tidak mendapat latihan bagi membimbing kanak kanak / orang dewasa OKU yang berada di pdk ini .... keistimewaan itu diberikan 100 peratus kepada penyelia dan orang orang tertentu yang disayangi  sahaja.... petugas petugas yang lain seolah olah tidak diketahui kewujudan mereka........tetapi kewujudan mereka dirasai apabila memerlukan perkhidmatan mereka untuk melaksanakan tugasan pegawai....????
 
 
Pengerusi ada menyatakan ingin menyuarakan agar petugas petugas pdk diberikan perjawatan tetap dan mendapat kursus sama seperti di KEMAS namun segala butir yang ingin disampaikan seolah olah tidak diambil peduli oleh pegawai ..... malahan isu itu didiamkan sahaja tahun demi tahun dan diharapkan akan lenyap dimakan hari , bulan dan tahun......
 
 Malang sungguh apabila kredibiliti pdk untuk memulihkan OKU tidak kesampaian hanya kerana kekurangan peralatan pemulihan, ilmu terapi, dan aktiviti yang merangsang minda OKU .
 
Hah fikir fikirkanlah betul atau tidak apa yang saya utarakan di sini ...gunakanlah otak sekilo anda untuk mempertimbangkannya...........
 
 
....maaf jika terkasar bahasa ..............wassalam
   




Berita: Perkasa modal insan dalam transformasi pendidikan negara

http://langitilahi.com/7808

Berita: Perkasa modal insan dalam transformasi pendidikan negara

Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan. Malahan proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda, jiwa dan rohani ke arah mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna.

Daripada perspektif yang berbeza, bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara. Jepun dan Korea Selatan adalah dua buah negara yang aset materialnya sangat sedikit, berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu memajukan diri dan negara mereka setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Gary S. Becker, penerima Hadiah Nobel dalam ekonomi pada tahun 1992 menyatakan bahawa perkara terpenting untuk menarik pelaburan asing bukanlah kerana sesebuah negara itu mempunyai golongan elit atau rakyat yang terpelajar. Faktor yang utama ialah golongan pekerja khususnya yang mempunyai tahap literasi yang tinggi, budaya kerja yang positif dan potensi mendapatkan pengetahuan bagi membentuk kemahiran-kemahiran baru. Pengaruh ketiga-tiga elemen ini sangat ketara kerana pekerja yang berupaya menerapkan budaya ilmu dan mahir dalam bidangnya adalah mereka yang akan menghasilkan produk berkualiti seperti yang dikehendaki oleh syarikat-syarikat luar yang membuat pelaburan. Inilah keputusan pertama yang akan difikirkan dan isu utama yang diberi penekanan oleh pelabur luar negara.
Generasi muda Malaysia pada hari ini memperuntukkan masa yang lebih lama di sekolah iaitu 11.5 tahun. Oleh itu, asas pendidikan formal yang dilaksanakan kini oleh kerajaan sangat memberangsangkan kerana 95 peratus daripada rakyat negara ini celik huruf. Pertambahan bilangan institusi pengajian tinggi awam dan swasta akan turut mempercepatkan proses pembangunan modal insan kerana rakyat yang terpelajar adalah kunci kepada pembentukan negara maju pada tahun 2020 nanti.
Modal Insan: Perspektif Barat dan Islam
Hasrat kerajaan untuk memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah sangat luar biasa dan meyakinkan. Pelaburan dalam modal insan ini dilihat sebagai usaha kerajaan bagi meningkatkan daya tahan dan pertumbuhan ekonomi serta membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai sistem nilai yang boleh diteladani. Fokus akan diberi kepada galakan dan usaha membina serta membangunkan modal insan yang bersifat holistik, lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika yang teguh.
Terdapat pelbagai definisi mengenai modal insan. Ada yang melihat daripada perspektif ekonomi, sosial dan agama. Para pengkaji di Barat melihat daripada perspektif yang berbeza. Gary S. Becker berpendapat modal insan adalah berkaitan dengan ekonomi masyarakat dan negara kerana individu tidak dapat dipisahkan daripada pengetahuan, kemahiran, kesihatan ataupun nilai. Oleh sebab itulah pendapatan yang tinggi, kesihatan yang baik dan pembentukan nilai dan tabiat yang baik akan memberi kesejahteraan kepada kehidupan seseorang.
Beliau menekankan dua elemen yang penting sebagai pelaburan masa depan dalam modal insan iaitu pendidikan dan latihan. Bagi beliau, institusi pendidikan seperti sekolah, universiti, kelas komputer, pembelajaran kesihatan dan perbincangan-perbincangan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai modal insan ke arah meningkatkan aset insan itu sendiri. Oleh itu modal insan adalah harta terpenting yang ada pada seseorang yang membawa pendapatan kepadanya.
Seorang lagi sarjana yang melihat modal insan daripada perspektif ekonomi ialah Theodore W. Schultz yang memperkenalkan teori modal insan. Beliau berhujah menyatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran adalah elemen modal yang terhasil daripada pelaburan yang disengajakan. Contoh yang jelas ialah peningkatan hasil ekonomi di negara-negara Barat adalah kesan positif daripada pelaburan dalam modal insan. Dengan kata lain, wujud hubungan di antara peningkatan pelaburan modal insan dan peningkatan pendapatan pekerja. Selari dengan pandangan Gary S. Becker, Schultz turut bersetuju dengan konsep pelaburan modal insan ini. Jadi, negara-negara maju yang melabur dalam pendidikan, kesihatan dan latihan dalam jangka panjang akan menguatkan struktur ekonomi dan meningkatkan taraf hidup masyarakat mereka.
Manakala negara-negara membangun dan mundur masih mementingkan pelaburan jangka pendek bagi memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat perlindungan dan keselamatan.
Definisi modal insan dalam Islam sangat berbeza daripada Barat yang asasnya adalah fahaman kapitalis. Islam mengenal pasti pembangunan sumber manusia sebagai elemen terpenting dalam modal insan kerana sumber yang utama ialah individu. Modal insan tidak seharusnya dilihat dari sudut latihan, kemahiran, kepakaran, profesional, kelebihan maklumat dan sebagainya malah harus mempunyai ciri-ciri pembangunan ke atas insan yang menerapkan sifat-sifat amanah, jujur, berakhlak mulia, progresif, cergas dan bertamadun.
Keperluan dunia semata-mata tidak akan memberi kelebihan ke atas pembangunan modal insan kerana tujuan penciptaan manusia ialah jelas seperti maksud Surah Az-Zariyat ayat 56, “Tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.”
Hasil akhir yang cemerlang adalah tonggak utama pembangunan modal insan dalam Islam kerana Islam telah menyediakan satu sistem hidup yang lengkap dari mula lahir hinggalah ke akhir hayat. Konsep pembangunan sumber manusia dalam Islam adalah proses menyeluruh untuk membentuk insan yang berguna. Manusia yang lahir kelak akan menerima janji daripada Tuhannya iaitu, “Sekiranya penduduk sesuatu negeri itu bertakwa nescaya Kami akan membuka kepada mereka (pintu-pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi.” (Surah Al-A’raf ayat 96)
Modal insan yang diketengahkan oleh Islam bukan hanya melahirkan individu yang pakar, mahir ataupun profesional dalam bidang masing-masing tetapi penuh dengan nilai-nilai positif seperti amanah, jujur dan sebagainya. Pembentukan nilai-nilai ini tidak sekadar memenuhi kehendak organisasi malah untuk masyarakat dan negara.
Pendekatan fizikal melalui sesebuah dasar yang memberi fokus terhadap ekonomi tidak akan dapat memaksimumkan pembangunan modal insan. A.Aziz Deraman (2005) berpendapat Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) hanya memberi perhatian terhadap membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tetapi strategi seterusnya beralih kepada memberi keutamaan terhadap pembangunan jasmani dan rohani melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (1991-1995).
Sebanyak lapan teras Dasar Pembangunan Modal Insan yang telah digariskan iaitu:
1. Melaksanakan penambaikan serta komprehensif terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan.
2. Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan utama rakyat Malaysia bagi meningkatkan perpaduan negara. Untuk tujuan ini, subjek bahasa Mandarin dan Tamil akan diperkenalkan.
3. Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi di antara sekolah luar bandar dan bandar termasuk menggantikan semua sekolah daif bagi menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar.
4. Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan majikan. 5. Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) yang berkualiti di semua peringkat.
6. Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh dan memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan.
7. Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, sistem nilai yang boleh diteladani dan budaya mengutamakan prestasi tinggi serta menghargai tradisi dan warisan.
8. Memperluas dan memperkemas forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.
Permintaan ekonomi terhadap kualiti tenaga buruh dipertingkatkan dengan menambah peratusan kelompok ini yang mempunyai pencapaian pendidikan di peringkat tertiari. Pelaksanaan pembangunan modal insan di peringkat negara dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang akan bertanggungjawab menyediakan lebih banyak peluang pendidikan prasekolah, rendah dan menengah serta pendidikan guru yang berkualiti seterusnya meningkatkan peluang pendidikan tertiari yang bertaraf dunia.
Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Belia dan Sukan akan mengambil tanggungjawab bagi menyediakan program latihan untuk meningkatkan kemahiran tenaga buruh. Peranan pendidikan sentiasa mendapat perhatian utama oleh kerajaan yang memperuntukkan jumlah yang sangat besar dalam bajet tahunan. Justeru, agenda pembangunan sumber manusia perlu diutamakan dalam proses pembangunan sesebuah negara kerana modal insan adalah pemangkin yang bakal mencorak tahap kemajuan dan kemunduran masyarakat dan negara berkenaan.
Kepentingan Modal Insan Dalam Pendidikan di Malaysia
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan telah timbul kesedaran di kalangan para pemimpin dan rakyat Malaysia betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah demi memenuhi kehendak negara (Fadzilah Abdullah, 1993).
Dasar Pendidikan Kebangsaan secara tidak rasminya bermula selepas pilihan raya 1955 setelah wujudnya manifesto oleh parti Perikatan untuk membentuk sistem pendidikan yang seragam dan bersepadu. Jawatankuasa pendidikan telah dibentuk pada tahun 1956 yang diketuai oleh Tun Abdul Razak. Laporan jawatankuasa ini telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956 yang dikenali sebagai Penyata Razak. Tumpuan khas Tun Abdul Razak dan jawatankuasanya ialah:
1. Membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang seragam.
2. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
3. Memastikan bahasa dan kebudayaan lain dipelihara.
Undang-undang Pelajaran 1957 digubal dan diluluskan oleh Dewan Negara pada tahun 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960 dan telah menghasilkan Laporan Rahman Talib.
Dasar Pendidikan Kebangsaan secara rasminya diisytiharkan pada tahun 1961 dan digubal berdasarkan kedua-dua laporan iaitu Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 (Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd. Ghani, 2003).
Sebuah jawatankuasa telah dibentuk pada tahun 1974 bagi mengkaji semula dasar pendidikan untuk menambah baik dan memantapkan pelaksanaan dasar sedia ada. Di samping itu matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersepadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan semasa rakyat yang terlatih untuk pembangunan negara (Fadzillah Abdullah, 1993). Laporan jawatankuasa ini telah ditambah keada Dasar Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi beberapa matlamat yang dikenal pasti iaitu:
1. Menyatukan sistem pelajaran bagi memupuk kesedaran dan perpaduan kebangsaan.
2. Memperluaskan serta mengubah suai rancangan-rancangan pelajaran dan latihan bagi memenuhi memenuhi keperluan tenaga kerja.
3. Memperbaiki mutu pelajaran bagi membina suatu masyarakat yang progresif berlandaskan sains dan teknologi moden.
4. Memperbaiki kemudahan-kemudahan penyelidikan, perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai objektif di atas.
Perkembangan modal insan di Malaysia telah bermula dengan terancang selepas negara mencapai kemerdekaan. Rancangan Lima Tahun yang diperkenalkan oleh kerajaan sentiasa menitikberatkan sumber manusia sebagai tumpuan. Kajian oleh NAFSA (National Association of Foreign Students in America) pada tahun 1985 meletakkan pelajar Malaysia di tangga kedua (32,000 orang) selepas Taiwan (35,000 orang) dari segi bilangan pelajar asing yang menuntut di sana.
Malaysia akan mencapai status negara maju kira-kira lapan tahun yang akan datang. Jangka masa ini akan diisi oleh generasi muda yang berada dalam masyarakat kita yang sedang ghairah meniti perkembangan usia dan mereka inilah akan merasai sepenuhnya nikmat negara maju. Merealisasikan Wawasan 2020 adalah suatu tugas yang penuh kebertanggungjawaban di atas bahu semua pihak khususnya peneraju pendidikan negara. Sembilan cabaran Wawasan 2020 yang sebahagian besarnya berkaitan pembangunan modal insan bermula dengan cabaran membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu dan berakhir dengan cabaran membentuk masyarakat yang makmur (Mahathir Mohamad, 1991).
Melihat cabaran-cabaran ini yang begitu besar, pengisian terhadap sumber utama ialah prasyarat terhadap kemajuan sains dan teknologi serta penyelidikan dan pembangunan.
Abad ke-19 adalah detik yang menyaksikan pelaburan modal insan secara sistematik tidak begitu diutamakan di semua negara. Keperluan terhadap pendidikan, latihan dalam kerja dan semua jenis pelaburan adalah begitu kecil. Perubahan secara radikal yang berlaku pada abad ini telah bermula di Great Britain setelah aplikasi dan pembangunan sains bagi mencipta barangan baru dan kaedah pengeluaran yang lebih cekap. Perubahan demi perubahan berlalu dan merebak ke negara-negara lain dalam masa yang singkat.
Pertumbuhan ekonomi yang sangat pantas pada abad ke-20 boleh dianggap sebagai era modal insan kerana taraf hidup, pembangunan ilmu, kemahiran, kesihatan dan produktiviti telah meningkat di negara-negara yang membuat pelaburan besar dalam pendidikan. Malaysia juga telah membuat pelaburan yang banyak bagi meningkatkan modal insan.
Pentingnya modal insan terhadap sesebuah negara boleh dilihat daripada pencapaian Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan negara-negara Asean yang pesat membangun. Negara-negara ini tidak mempunyai sumber semula jadi yang banyak bagi membangunkan negara masing-masing tetapi keupayaan mereka ialah “mengurus apa yang ada” sangat membanggakan. Mereka mempunyai masyarakat yang terlatih, berpendidikan, tenaga kerja yang gigih dan ibu bapa yang berdedikasi.
Pelaburan modal insan akan meningkatkan kebajikan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan. Usaha kerajaan Malaysia melaksanakan program pendidikan kepada seluruh lapisan masyarakat kena pada masanya kerana hasil daripada proses pembelajaran dapat membantu masyarakat berpendapatan rendah mengubah kaedah pemikiran, sikap dan amalan seterusnya menjayakan program kerajaan bagi mengurangkan tahap kemiskinan dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah.
Masyarakat yang berpendidikan akan lebih cenderung membuat pelaburan ke atas kesihatan diri dan keluarga. Apatah lagi berkemungkinan pendidikan adalah satu-satunya faktor tunggal yang menentusahkan kesihatan dan jangka hayat. Umpamanya di Amerika Syarikat dan negara-negara yang kaya, tidak ramai golongan terpelajar yang merokok. Tabiat merokok di Amerika Syarikat hanya terhad kebanyakannya kepada mereka yang tidak ada pendidikan dan pelajar sekolah yang tercicir.
Pendidikan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah membantu meningkatkan pengambilan makanan dengan cara melatih mereka untuk memilih makanan yang sihat, bersih dan segar. Secara umum, mereka yang berpendidikan lebih cenderung mengamalkan diet yang lebih baik.
Persekitaran ekonomi moden meletakkan pendidikan, latihan dan sumber-sumber ilmu pengetahuan sebagai sangat relevan walaupun dalam jangka masa 50 tahun. Perubahan di antara pendidikan dan tahap pendapatan boleh dilihat di banyak negara. United Kingdom contohnya, 40 tahun yang lepas menyaksikan para graduan memperolehi 40 hingga 50 peratus lebih pendapatan daripada lulusan sekolah tinggi. Mereka yang berpendidikan amat diperlukan di Korea Selatan sejak 30 tahun yang lepas bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.
Pendidikan dan latihan bukan sekadar menggalakkan pertumbuhan dan kecekapan ekonomi malah turut mengurangkan ketidaksamaan dan impak ke atas golongan yang tidak berkemampuan. Pendidikan merupakan kaedah paling berkesan kepada orang muda yang datang daripada kelompok miskin untuk meningkatkan tahap ekonomi kerana modal insan merupakan 90 peratus aset berharga untuk mana-mana penduduk sesebuah negara. Jurang pendapatan yang tidak seimbang pada sesebuah negara menjadi lebih besar apabila jurang dalam pendidikan menjadi besar.
Modal insan tidak banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi jika mereka yang terlibat tidak dilatih dengan berkesan. Jika sesebuah organisasi tidak cekap, pekerjanya akan mendapat kemahiran yang salah disebabkan insentif yang lemah. Sebagai contoh, sistem pekerjaan yang tidak menggalakkan pekerja terlatih mendapatkan gaji lebih tinggi akan memberi kesan terhadap pelaburan dalam meningkatkan latihan dan kemahiran mereka. Itulah yang berlaku ke atas bekas Kesatuan Soviet dan negara-negara komunis. Mereka mempunyai program pendidikan yang meluas dan menarik tetapi sistem ekonomi kekurangan kakitangan yang terlatih dan berkemahiran.
Institusi pendidikan mempunyai tiga peranan utama dalam masyarakat iaitu: (i) sosialisasi (ii) menyediakan tenaga kerja, dan (iii) promosi integrasi dalam masyarakat.
i. Sosialisasi
Sosialisasi adalah proses pembelajaran sosial melalui pelbagai aktiviti seperti berfikir, bertaakul dan bertingkah laku sesuai dengan kehendak masyarakat. Oleh yang demikian kebanyakan negara telah menetapkan tempoh tertentu bagi kanak-kanak untuk melalui proses pendidikan formal. Dalam pada itu, terdapat kanak-kanak yang menghadiri kelas di luar masa persekolahan seperti kelas bahasa, agama, muzik tarian dan seni.
Kepentingan pendidikan adalah jauh melebihi apa yang terdapat di dalam silibus. Sekolah adalah tempat belajar bagaimana untuk bersama dengan orang lain, patuh kepada peraturan, belajar bagaimana untuk belajar, menilai kebolehan diri dan berusaha memenuhi pengharapan masyarakat dan negara. Semua ini dapat menyediakan kehidupan dewasa yang lebih baik dengan meningkatkan keupayaan diri untuk bekerjasama dengan orang lain.
ii. Menyediakan Tenaga Kerja
Sekolah dan institusi pendidikan turut mengajar pengetahuan dan kemahiran yang sangat berguna bagi pasaran kerja. Memandangkan gaji adalah sangat penting, persediaan ke arah prospek kerjaya yang baik sangat penting. Jika dahulu proses pemilihan kerjaya sebahagiannya ditentukan oleh keluarga, pada hari ini keputusan terhadap masa depan pelajar lebih banyak ditentukan oleh sekolah, institusi dan dasar kerajaan.
Terdapat beberapa sebab kenapa hal ini wajar berlaku. Pertama ialah bertambahnya pengkhususan terhadap ilmu dan kemahiran yang memerlukan tumpuan. Kedua ialah kebanyakan pekerja dewasa bekerja di luar kawasan kediaman yang kadangkala tidak diketahui oleh anak-anak. Keadaan ini meyebabkan anak-anak mereka tidak dapat memerhati dengan dekat jenis kemahiran yang ada pada ibu bapa. Ketiga ialah peningkatan tahap kelayakan bagi sesuatu jawatan. Sebahagian besar pekerjaan pada hari ini memerlukan pendidikan peringkat tertiari untuk mendapatkannya.
iii. Promosi Integrasi Dalam Masyarakat
Pendidikan adalah kaedah yang sangat penting untuk proses integrasi pelbagai kaum dan latar belakang. Perbezaan budaya memberi pelbagai dimensi terhadap usaha mempromosi integrasi. Pendidikan memberi ruang yang banyak bagi penyuburan nilai-nilai positif, menghormati antara satu sama lain dan kesedaran memberi sumbangan ke arah kesatuan masyarakat.
Reformasi Pendidikan
Malaysia bersama-sama negara-negara Asean yang lain sedang berhadapan dengan cabaran yang tidak dapat dijangka dan salah satu daripadanya ialah ekonomi pengetahuan (K-ekonomi) iaitu pengumpulan pengetahuan dan menggunakannya secara produktif. Pembangunan ekonomi sangat penting mengambil kira k-ekonomi dan sedang dipergiatkan oleh kerajaan. Kualiti modal insan negara dilihat sebagai penentu utama kejayaan sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan.
Terdapat beberapa usaha yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menjadikan Malaysia sebagai hab untuk pendidikan tinggi seperti menarik kemasukan pelajar-pelajar luar negara, membenarkan universiti luar membuka cawangan, kerjasama pintar di antara universiti tempatan dan luar negara dan penubuhan kampus pengajian oleh beberapa institusi Malaysia di luar negara. Kawalan kualiti ke atas institusi pendidikan tinggi bagi mencapai taraf antarabangsa akan menjadi mantap dengan penubuhan Malaysian Qualification Agency (MQA).
Pengantarabangsaan universiti adalah satu langkah yang sangat tepat bagi menjadikan Malaysia mempunyai universiti bertaraf global supaya para pensyarah dan penyelidik dapat bekerjasama dengan para akademik daripada luar negara. Bagi merealisasikan hasrat berkenaan, globalisasi adalah elemen utama bagi mendapatkan tenaga kepakaran dari seluruh dunia untuk memenuhi fakulti-fakulti di universiti dengan tenaga pengajar yang bertaraf dunia. Mereka ini bukan sahaja bertindak sebagai memberi nilai tambah terhadap imej dan kedudukan universiti malah terhadap kerajaan dan organisasi antarabangsa.
Pembinaan modal insan melalui pendidikan harus bermula seawal yang boleh dan berbentuk formal supaya sistem yang dilalui oleh seseorang itu akan menghasilkan produk yang sama di semua tempat. Pembentukan nilai bagi hidup seseorang bermula sejak kecil iaitu ketika perkembangan mental dan fizikal sedang pesat berlaku (Siegler dan Alibali, 2005). Umur kritikal ketika ini ialah tiga hingga lima tahun. Pembentukan mental umpamanya, amat pesat semasa kanak-kanak berumur tiga tahun dan masa inilah proses pembelajaran mudah berlaku. Penyerapan maklumat dan informasi amat pantas dan mudah berlaku kerana bagi memenuhi keperluan perkembangan mental tersebut.
Pelaburan bagi membina asas pendidikan prasekolah tidak boleh dipandang mudah begitu sahaja ketika ini kerana penyelidikan dalam kaedah pembelajaran dan pengajaran prasekolah sangat cepat berubah. Infrastruktur yang sempurna dan tenaga pengajar yang profesional di samping sokongan ibu bapa adalah antara prasyarat yang perlu bagi membentuk warganegara kecil yang mempunyai nilai dan jati diri yang positif.
Hasrat kerajaan untuk menerapkan pendidikan awal sebagai asas melahirkan generasi muda yang lebih hebat dan menjadi modal insan yang berguna kepada negara amat dihargai. Pembangunan pendidikan prasekolah adalah di antara fokus utama dalam perjalanan ke arah negara maju. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sahaja, sebanyak 1400 tadika baru telah dibina yang melibatkan kos RM450 juta. Tadika-tadika yang uzur dan usang dibaik pulih dan dinaik taraf supaya para pelajar dapat berada dalam suasana pembelajaran yang lebih sesuai. Bagi membolehkan ia berkembang, modal insan perlu dilaburkan dalam persekitaran yang betul dan berupaya memberi pulangan yang maksimum. Pendidikan awal usia adalah sangat perlu kerana bagi jangka masa panjang, Malaysia memerlukan sebuah masyarakat yang berilmu pengetahuan.
Kajian Kementerian Pelajaran telah mendapati 165,000 pelajar di negara ini masih buta huruf. Daripada jumlah ini, 125,000 orang adalah pelajar sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah. Kajian oleh seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia pada April 2005 mendapati masih ramai murid yang tertinggal dalam pelajaran termasuk tidak tahu membaca, menulis dan mengira (3M).
Kajian ini melibatkan pencapaian murid-murid Tahun Satu di 121 buah sekolah luar bandar di Pulau Pinang pada tahun 2003. Hasil kajian mendapati 59 peratus masih belum dapat mengenal pasti 26 abjad; 17 peratus belum lagi mengenal sebutan suku kata yang mudah dan 24 peratus masih kurang lancar membaca. Kelemahan kemahiran asas akan membantutkan hasrat negara untuk mencapai tahap “pendidikan kelas dunia.” Infrastruktur yang baik tidak dapat membantu jika kemahiran asas tidak diperkasakan.
Pada awal tahun 2006, Kementerian Pelajaran memperkenalkan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis atau KIA2M. Matlamatnya ialah untuk mempastikan 100 peratus pelajar Tahun Satu mampu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia. Bagi mempastikan pelajar-pelajar Islam lancar dan fasih membaca al Quran, Bahasa Arab dan Jawi, kerajaan memperkenalkan j-QAF untuk membentuk generasi pelajar yang berkemahiran dalam pelbagai bidang seperti ilmu pengetahuan, ekonomi, budaya, nilai-nilai moral dan ketahanan diri.
Rumusan
Modal insan adalah teras kepada pembangunan sesebuah negara. Pembangunan aspek modal insan sangat penting bagi menjadikan negara lebih berdaya saing. Ia sememangnya menjadi cabaran utama untuk mencapai Wawasan 2020. Rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran berpotensi memiliki modal insan yang besar untuk dirinya sendiri, masyarakat dan negara. Bersusah payah meningkatkan tahap pendidikan adalah usaha murni yang hanya akan dikecapi dalam jangka masa panjang. Ia selari dengan perkembangan dunia yang menyaksikan persaingan sihat antara negara untuk memperkasakan pendidikan masing-masing.
Pendidikan menguatkan pembinaan modal insan. Individu yang berpendidikan lebih berjaya di tempat kerja dan kurang memerlukan bantuan. Keluarga yang berpendidikan juga akan membantu memperkukuhkan modal insan setiap individu yang ada di dalamnya. Di sekolah, para guru membangunkan dan menerapkan silibus yang menekankan nilai-nilai seperti patuh kepada peraturan, berkongsi dan bekerjasama dalam konteks yang luas. Kesedaran untuk berkongsi pengalaman dan memahami peranan masing-masing boleh meningkatkan kepercayaan masyarakat umum terhadap keharmonian negara pada masa depan.
Kesungguhan kerajaan meletakkan 40 peratus daripada rakyat Malaysia mendapat pendidikan peringkat tertinggi sebagai tanda aras untuk mencapai status negara maju sebelum tahun 2020 adalah cabaran kepada semua pihak. Halangan kewangan bukanlah masalah besar kerana kerajaan sendiri sentiasa memperuntukkan sejumlah perbelanjaan yang besar setiap kali belanjawan tahunan dibentangkan. Pengumuman kerajaan untuk merombak sistem pendidikan negara amat dialu-alukan bagi memperkasa setiap rakyat malaysia. Pembentukan Pelan Pembangunan Pendidikan dan Perancangan Strategik sistem pendidikan negara diharap dapat merealisasikan sebuah masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi.
Ahli sosiologi Islam tersohor, Ibnu Khaldun memberi ingatan melalui buku “Mukadimah” bahawa kecemerlangan sesebuah tamadun akan hilang apabila nilai dan budaya keseronokan yang melampau menjadi kompas yang dijunjung dalam kalangan masyarakat. Pendidikan yang membina modal insan masyarakat dan negara adalah sangat penting dan perlu terus diberi perhatian.



Sunday, April 7, 2013

MASALAH 50,000 KAKITANGAN KONTRAK DITANGANI

Utusan Malaysia
1/2/2013


PUTRAJAYA 30 Jan. - Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menangani masalah kira-kira 50,000 penjawat awam berstatus kontrak di tiga jabatan kerajaan mulai bulan depan.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam berkata, usaha itu perlu kerana hanya tiga jabatan itu mempunyai pegawai dan kakitangan kontrak bagi tempoh perkhidmatan sehingga tiga tahun berbanding jabatan lain yang berstatus sambilan atau sementara.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai wakil pelbagai agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.

Tiga jabatan tersebut, katanya, adalah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Penerangan.

"Ada dalam kalangan mereka telah berkhidmat lebih 30 tahun, gaji permulaan yang rendah, tidak memahami skop tugas dan lain-lain berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 120 wakil penjawat awam berstatus kontrak di bawah JPNIN di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Azman Amin Hassan.

Mahmood berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penjawat awam terbabit sebelum dibentangkan kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya.

Malah, beliau menambah, jawatankuasa itu juga berperanan mengumpul data berkenaan jumlah sebenar penjawat awam berstatus kontrak di tiga jabatan itu.

"Maklumat sedemikian perlu bagi memudahkan perancangan kerajaan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh penjawat awam tersebut," katanya.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
BERITA YANG AKU TERKEJUT:
Cuepacs berkata hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara.

MENGAPA AKU TERKEJUT.!
1.Sebab Pegawai dan Kakitangan kerajaan (termasuk jawatan kontrak) ialah mata dan telinga kerajaan.
2. Sebab pegawai dan kakitangan jawatan kontrak tidak di'iktiraf' sebagai penjawat awam kerajaan, dan diberi tugasan yang tidak melibatkan 'penurunan tugas' atau 'perwakilan kuasa'.
3. Sebab jawatan kontrak dibaharui setiap 2 tahun sekali dan diberi ganjaran 'pencen KWSP' setiap 2 tahun sekali.
4. Sebab 'tempoh khidmat' jawatan kontrak tidak dimasukkira dalam pengiraan pencen apabila bersara sekiranya berjawatan tetap kerajaan
5. Sebab 'pesara' jawatan kontrak boleh membocorkan rahsia kerajaan apabila meninggalkan jawatan kontrak.
6. Sebab 'Kerajaan' cuai apabila mengkaji dan membuat dasar penjawat kontrak bagi pengambilan pegawai dan kakitangan kerajaan jawatan kontrak, demi mengurangkan beban kewangan pengurusan kerajaan.
7. Sebab 'Kerajaan' kini cuai sekali lagi apabila membuat dasar 'pembekuan pengisian jawatan kosong dan pengurangan/penjumudan jawatan pegawai dan kakitangan kerajaan'.
8. Sebab 'Kerajaan' boleh membuat dasar pengambilan 'orang asing' untuk mengisi jawatan2 tertentu dalam kerajaan, sedangkan rakyat atau orang awam masih RAMAI yang berkelulusan, berkelayakan, berwibawa dan berketrampilan' untuk mengisi jawatan2 yang dicadang diisi oleh 'orang asing'.
9. Sebab dasar Kerajaan yang 'double-standard' terhadap rakyat sendiri yang taat setia dan mencari kerja dengan Kerajaan tidak dapat layanan yang sepatutnya.
10. Sebab dasar Kerajaan yang 'cuai' boleh membahayakan aspek "KESELAMATAN NEGARA" semaada akibat orang asing dan orang dalam lepasan jawatan kontrak diluar kerajaan.

SEKIAN kata hati seorang pesara gred 52 yang taat setia dengan dasar kerajaan walaupun sudah pencen dan seorang wira yang tidak mahu dicanang dan didendangkan

Najib Razak Rayu Rakyat Malaysia Beri Lagi 5 Tahun Mandat Kepada Barisan Nasional. Bagaimana? Boleh?

by Staff Berita Semasa on March 26, 2013

najib razak pilihanraya
Berdasarkan sejarah pasca Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008, Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) gagal hanya mendapatkan 2/3 majoriti pun dipaksa undur daripada menjawat jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) sekaligus melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Itu baru hilang 2/3 majoriti. Inikan pula…..
Inikan pula andaikata Barisan Nasional (BN) kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13. Walaupun, pelbagai program sudah pun diumumkan dan diagihkan termausklah KR1M, LR1M, BR1M, DR1M dan pelbagai lagi produk 1Malaysia adan agenda Transformasi sepanjang Datuk Najib Razak memimpin kerajaan Malaysia sepanjang tempoh 5 tahun lamanya. Ya…. pertama kali dalam sejarah politik Malaysia….
najib razak
Terbaru Datuk Seri Najib merayu anda semua, rakyat Malaysia supaya memilih parti Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak :
“Beri kita mandat lima tahun lagi untuk lakukan yang lebih hebat. Kita janji akan bekerja bersungguh-sungguh. Insya-ALLAH, lima tahun lagi Malaysia akan bersinar sebagai negara yang berjaya dan keunggulan Malaysia akan terserlah,” katanya.
Jikalau kerja dengan syarikat swasta contohnya di syarikat yang pernah antara kami bertugas bertugas sebelum ini, cukup 3 bulan tidak menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi, siap sedia untuk dibuang kerja.
najib razakDalam kes ini, ia melibatkan adalah tempoh selang masa 5 tahun yang mana berkisar mengenai landskap politik Malaysia sekarang ini bagi memilih kepimpinan yang boleh mencorakkan Malaysia untuk tempoh 5 tahun seterusnya, samada daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
“Pilihan di tangan anda”
Anda, anda semua di sini ibarat seperti adalah lembaga pengarah syarikat bagi syarikat yang bernama “Malaysia Tercinta” dan pemimpin politik yang ada sekarang ini hanya seorang pengarah syarikat sahaja. Jadi tempat dan kedudukan rakyat Malaysia sebenarnya sangat tinggi menjelang Pilihanraya Umum ke 13 untuk menentukan nasib anda dan halatuju syarikat anda selepas ini. Samada pengarah yang sedia ada dikekalkan atau disingkirkan…..
Undi ditangan anda….
Cuma harapan kami, dan mungkin juga harapan sebahagian rakyat Malaysia sebenarnya. Tindakan berdiam diri mengenai tarikh pembubaran parlimen yang sehingga kini masih lagi tidak diumumkan sejak “semboyan” Pilihanraya Umum ke 13 sudah mula dipukul sejak pertengahan tahun 2012 lagi telah menyebabkan segala perancangan rakyat Malaysia tergendala & tidak lupa juga kepada sektor perniagaan. Pelabur-pelabur luar pula terpaksa tunggu dan lihat apabila suasana politik Malaysia yang tidak menentu dek kerana Pilihanraya Umum ke 13 terus menjadi tanda-tanya.
najib razak
Apatah lagi “mood” rakyat Malaysia untuk mengundi kali ini, cukup-cukup tinggi. Tetapi malangnya tarikh pilihanraya Umum ke 13 masih tidak kunjung tiba”
Samada mandat dan undi adalah perkara kedua, yang penting sekarang ini diharap Datuk Seri Najib Razak umumkan sesegera mungkin tarikh Pilihanraya Umum ke 13
Bagi menghangatkan suasana pilihanraya Umum ke 13, Berita Semasa membuka ruang dan peluang kepada, adakah anda akan memberikan mandat 5 tahun lagi kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihanraya Umum ke 13? Mengapa pilihan anda sebegitu rupa?


Mandat kepada Barisan Nasional Untuk 5 Tahun Lagi?

Hutang Negara Malaysia 2013 Sebelum Bubar Parlimen (Lebih RM547.79 Bilion). Jangan Risau Semua! Sebab..

by Staff Berita Semasa on February 20, 2013

hutang negara
Sumber : The Economist.com
Hutang negara Malaysia 2013 : Cakap-cakap yang mengatakan hari Jumaat ini Datuk Seri Najib bakal bubar parlimen (KLIK SINI) semakin kuat kedengaran bagi mengelak ketidaktentuan pasaran saham BSKL.
Dan baru-baru ini Tun Mahathir sekali lagi tampil di media mengingatkan rakyat Malaysia tidak perlulah risau dengan hutang negara Malaysia ketika ini. Kerajaan boleh membayarnya. Benarkah?

Hutang Negara Malaysia 2013 : Mahathir Kata Jangan Risau Sebab…

  1. Zaman beliau (Mahathir), Maybank untung sekitar RM300 juta sahaja. Sekarang? RM6 billion
  2. Malaysia juga mempunyai simpanan yang besar di institusi seperti Tabung Haji, Permodalan Nasional Bhd, Petronas dan juga melalui Skim Felda.
  3. Keseluruhan aset BNM, termasuk rizab antarabangsa (US$140.2 bilion), berjumlah US$158 bilion.
  4. Dengan ekonomi Eropah agak lembap ketika ini, pelaburan Malaysia sekarang dikatakan lebih banyak datang dari Timur.
  5. Eksport Malaysia terus meningkat, surplus (lebihan dagangan) masih meningkat
Kami tertarik dengan kenyataan Tun Mahathir yang mangatakan simpanan yang kita ada ketika ini ada sekitar US$140 bilion. Kira-kira bersamaan sekitar RM431 bilion.
Jikalau sudah dinamakan hutang pasti akan ada “faedahnya” di mana hutang negara Malaysia ketika ini berada pada paras RM547 bilion dengan faedah sekitar 4%. Malaysia sebenarnya terpaksa membayar sejumlah faedah sekitar RM21.88 bilion. Untuk 2 tahun terahir ini kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib telah meminjam sejumlah lebih RM100 bilion. Satu angka yang agak besar sebenarnya.

Hutang Malaysia Sebelum Najib Bubar Parlimen 2013?

hutang negara
  • Tahun 2012 : Hutang RM502 bilion
  • Terkini, Februari Tahun 2013 : Hutang RM547 + RM21.88 bilion (kadar fedahnya 4%) + pinjam lagi (RM50 bilion) = RM618.88 bilion
  • Tahun 2014 : Hutang RM618.88 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM693.64 bilion
  • Tahun 2015 : Hutang RM693.64 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM771.39 bilion
  • Tahun 2016 : Hutang RM771.39 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM852.24 bilion
  • Tahun 2017 : Hutang RM852.24 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM936.33 bilion
  • Tahun 2018 : Hutang RM936.33 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM1.023 trilion
  • Tahun 2019 : Hutang RM1.023 trilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM1.114 trilion
  • Tahun 2020 : Hutang RM1.114 trilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = Kita boleh mencapai hutang sehingga RM1.21 trilion menjelang tahun 2020.
Jikalau beginilah hutang negara pada masa itu? Apa akan jadi kepada negara dan rakyat Malaysia pada masa itu?
Jikalau negara seperti Jepun, Singapura…negara apa lagi, banyak hutang kita tidak hairanlah. Hasil bumi tiada. Singapura dengan tanah yang sekangkang kera itu, apa yang boleh diusahakan? Malah mereka terpaksa keluar modal untuk import pula. Tetapi mereka tetap merupakan antara negara terkaya di dunia bersama-sama dengan Brunei (KLIK SINI). Malaysia?
  1. Tanah cukup luas dan subur untuk pertanian
  2. Tuhan telah anugerahkan Malaysia dengan limpahan emas hitam (petroleum) & gas asli di perairan Malaysia
  3. Kepala sawit, getah, balak
Nilai hutang yang dibuat oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib sejak beliau memerintah sehinggalah ke hari ini Februari 2013. Sudah lebih RM200 bilion hutang dilakukan. Apa hasilnya?
Tercari-cari juga kami bagaimana hutang negara boleh melambung sebanyak ini dalam tempoh hanya beberapa tahun sahaja :
  1. Nak dikatakan Malaysia menyediakan pendidikan percuma pun tidak juga.
  2. Nak dikatakan Malaysia menyediakan pinjaman pendidikan tanpa sebarang faedah secara keseluruhannya, pun tidak juga. Hanya segelintir sahaja.
  3. Nak dikatakan duti eksais 80% dikurangkan menjadi 60%, pun tidak juga
  4. Nak dikatakan harga minyak diturunkan, pun…….tidak juga
Sedangkan hutang yang mula dilakukan oleh Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah hanya berada pada kadar RM286 bilion sahaja berdasarkan data hutang negara pada tahun 2008.
Hutang
Sumber : Bank Negara Malaysia (BNM)

Hutang Negara Malaysia Di Bawah Datuk Najib Razak?

  • Hutang Negara Akhir Tahun 2009 : RM348.6 bilion
  • Hutang Negara Akhir Tahun 2010 : RM390.356 bilion
  • Hutang Negara Akhir Tahun 2011 : RM438.467 bilion
  • Suku Kedua 2012 : RM476.68 bilion
  • Suku Ketiga 2012 : RM484.621 bilion
  • Awal Suku Keempat 2012 : RM505.7 bilion
  • Suku Pertama 2013 : Sekitar RM547.79 bilion
Yang rakyat risaukan adalah apa yang akan berlaku selepas ini. Adakah cukai akan dinaikkan di masa hutang negara Malaysia terus melonjak tinggi? Syarikat yang terpaksa membayar cukai yang tinggi, akhirnya akan mengalihkan bayaran cukai yang dikenakan kepada rakyat Malaysia. Akhirnya, apa jadi selepas itu?

Ramalan Keputusan Pilihanraya Umum ke 13 di Melaka. Melaka Maju 2010. Orang Melaka Berpuas Hati?


Ramalan Keputusan Pilihanraya Umum ke 13 di Melaka. Melaka Maju 2010. Orang Melaka Berpuas Hati?

by Staff Berita Semasa on April 4, 2013




keputusan pilihanraya melaka
Ramai yang mengatakan selepas berakhirnya Pilihanraya Umum ke 12 (2008) selepas menyaksikan Barisan Nasional gagal meraih majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan beberapa negeri di bawah barisan Nasional tumbang, Melaka dianggap kubu Barisan Nasional sehinggalah menjelang Pilihanraya Umum ke 13 di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rustam masih lagi dianggap kubu Barisan Nasional.

Keputusan Pilihanraya Umum Ke 12 di Melaka Pada 2008

keputusan pilihanraya melaka

Senarai Kejayaan Kerajaan Melaka

keputusan pilihanraya melaka
Sumber : Portal Kerajaan Negeri Melaka 
  1. Melaka Maju 2010
  2. Pusat Talian Sehenti Pertama di Malaysia
  3. Penarafan 5 Bintang Jabatan Ketua Menteri Melaka
  4. Inflasi Rendah 2.9%
  5. Penganguran Terendah di Malaysia & Dikalangan Negara OECD 0.7%
  6. 100% Bekalan Air Diiktiraf Terbersih Tersihat di Malaysia Selepas Putrajaya
  7. Pelaburan Tahun 2011 mencecah RM4.36 bilion dengan 63,800 peluang pekerjaan
  8. 100% bekalan elektrik & lampu awam terbanyak di Malaysia, lebih 120,000 unit
  9. Malaysia Tourism Award 2010/2011 Anugeraha Excellent Innovative Tourist Attarction /national culture Heritage
  10. Melaka World Heritage City
  11. Ke Arah negeri bandar teknologi hijau 2020. 7248.3 hektar melaka world solar valley di rembia. Pembinaan kilang AUO Sunpower dengan pelaburan RM2.2 bilion
  12. Ke Arah negeri bandar teknologi hijau 2020. 7248.3 hektar melaka world solar valley di rembia. Pembinaan kilang AUO Sunpower dengan pelaburan RM2.2 bilion
  13. Infrastruktur kelas pertama & bertaraf dunia
  14. Warisan negara penganut pelbagai agama di Melaka seperti masjid Kampung Hulu Tokong Cheng Hoon Teng dan Kuil Puthiya dipelihara
  15. Hospital Pakar Putra milik kerajaan negeri melaka menggunakan Phillips Microose digutal Mammography yang pertama di Malaysia
  16. Membina lebih 185 buah masjid & lebih 616 surau
  17. Nisbah doktor kepada pesakit 1:700, 6 hospital kerajaan dan swasta, 26 klinik kesihatan & 7 klinik 1Malaysia dengan bayaran serendah RM1
  18. 75 sekolah menengah, lebih 232 buah sekolah menengah, lebih 42 IPT termasuk 10 universiti. Peruntukkan TAPEM lebih RM120 juta.
  19. Bajet negeri melaka merupakan bajet surplus 10 tahun berturut-turut
  20. 28 daripada 45 destinasi pelancongan terbaik dunia mesti dilawati pada 2012
  21. Negeri terbersih & landskap terbaik di Malaysia
  22. RM74 juta (2011) & RM84 juta (2012) telah diagihkan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik . Lebih RM60 juta BR1M telah diagihkan kepada seluruh negeri Melaka
  23. Sehingga 2011 jumlah bantuan rumah PPRT 6,111 unit dengan kos lebih RM60 juta
  24. Melaka River Cruise dikunjungi lebih 1 juta orang pada 2012. Sungai yang terbersih di Malaysia
  25. Anugerah Inovasi Teknologi maklumat & Komunikasi (AIICT) Tahun 2012
  26. Anugerah Inovasi Pentadbiran & tanah (AIPDT) Tahun 2012

Keputusan Pilihanraya Umum ke 13 Melaka : Prestasi Ahli Politik?

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara rasminya dibubarkan semalam selepas Yang Dipertua negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob menandatangani notis pengisytiharan pembubaran DUN kira-kira jam 1 petang. Jadi kepada orang Melaka bagaimana anda melihat prestasi kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rustam setakat ini? Mengapa?
Bagaimana prestasi ahli politik yang telah menang pada Pilihanraya Umum ke 13 di kawasan setempat anda baik pemimpin politik DAP dan Barisan nasional di Melaka? Suarakan pendapat di sini….

Manifesto Pakatan Rakyat Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 2013). Gaji Minima RM1,100, Cukai RM4,000 Ke Atas & Skim Gaji Baru Penjawat Awam. Apa Kata Anda?

Manifesto Pakatan Rakyat Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 2013). Gaji Minima RM1,100, Cukai RM4,000 Ke Atas & Skim Gaji Baru Penjawat Awam. Apa Kata Anda?

Manifesto Pakatan Rakyat : Baru sebentar tadi Pakatan Rakyat telah pun melancarkan manifestonya “Manifesto Pakatan Rakyat” sempena Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 2013) bagi memberikan tawaran yang mereka bakal lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia termasuklah kepada anda yang tergolong kalangan 13 juta pengundi Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Adakah anda layak mengundi kali ini?

mengundi kali ini?

manifesto pakatan rakyat 2013Ramai pemerhati politik mengatakan Pilihanraya Umum ke 13 kali ini adalah Pilihanraya paling getir dan panas dalam sejarah pilihanraya Malaysia setakat ini. Masing-masing ada peluang. Tidakkira Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat
Atas sebab itulah kita akan melihatkan pelbagai usaha dan langkah yang akan diambil oleh kedua-kedua kumpulan politik terbesar dan dominan di Malaysia memberikan tawaran bagi menawan hati rakyat Malaysia , termasuklah Manifesto Pakatan Rakyat ini….
 

Manisfesto Pakatan Rakyat PRU ke 2013 : Butirannya?

  • Tajuk : ”Rakyat : Manifesto Pakatan Rakyat Harapan Rakyat” untuk menangkap perhatian
  • Lokasi : Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
  • Pembaca Manifesto PR : Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli

Manifesto Pakatan Rakyat PRU ke 2013 : Senarai Tawaran Untuk Rakyat & Pengundi?

1) Manifesto Pakatan Rakyat (Monopoli) :
  • Menghapuskan monopoli termasuklah melakukan perjanjian semula dengan taikun pengeluar tenaga bebas (IPP) dan bubar 1Malaysia Development Bhd. dan menggantikan dengan Suruhanjaya Anti Monopoli.
  • Suruhanjaya Kontrak Awam diwujudkan bagi menilai semula konsesi berat sebelah, tender terbuka, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.
2) Manifesto Pakatan Rakyat (Projek) :
  • Mengkaji semula perancangan untuk penabaikan projek penapisan petroleum di Pengerang, Johor
  • Mengkaji semula deretan projek empangan di Sarawak ketika ini
  • 3) Manifesto Pakatan Rakyat (Alam Sekitar) :
    • Mengkaji semula undang-undang alam sekitar termasuklah undang-undang pembalakan
    • Menghentikan segera projek kontroversi nadir bumi Lynas di Gebeng Pahang
    4) Manifesto Pakatan Rakyat (Pendidikan, Kerja Kosong, Kemahiran, Perniagaan & Pendapatan) :
    • Mewujudkan 1 juta peluang kerja kosong untuk rakyat Malaysia dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat-peringkat
    • Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.
    • Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.
    • Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional
    • Tabung inovasi IKS RM500 juta
    • Skim gaji baru & perkhidmatan baru penjawat awam akan diperkenalkan yang lebih adil dan saksama
    • Memberi permit terus kepada pemandu teksi
    5) Manifesto Pakatan Rakyat (Cukai)
    • Menyelaras cukai rakyat di mana kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.
    • Meningkatkan pengecualian cukai pendapatan kepada RM4,000 berbanding RM2,500 yang dilaksanakan pada ketika ini 
    6) Manifesto Pakatan Rakyat (Tentera) :
    • Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.Manifesto Pakatan Rakyat (pemandu teksi) :
    8) Manifesto Pakatan Rakyat (Pengangkutan) :
    • Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya
    • menambah bilangan bas yang sedia ada
    • merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.
    9) Manifesto Pakatan Rakyat (Perubatan) :
    • Menolak cukai kesihatan seperti yang dicadangkan melalui 1Care
    10) Manifesto Pakatan Rakyat (Lain-lain) :
    • Memansuhkan AUKU & Kebebasan Akademik
     

    Apa pandangan anda dengan Manifesto Pakatan Rakyat sempena Pilihanraya Umum ke 13 kali ini?

    manifesto BN yang dikatakan bukan manifesto tetapi akujanji ............ vs  manifesto Pakatan Rakyat berentap .........

    kita lihat siapa yang dapat memenangi HATI RAKYAT..........????

    BAGI KAMI DI PDK NI MEMANG TERBUANG PUNYA ........... TIADA SIAPA YANG NAMPAK DAN TIADA SIAPA MENJAGA KEBAJIKAN KAMI WALAUPUN DATO SERI NAJIB MENGETUAI BAHAGIAN KEMENTERIAN WANITA DAN KEBAJIKAN MASYARAKAT?????????

    MANIFESTO RAKYAT

    MANIFESTO RAKYAT

    3

    MANIFESTO RAKYAT

    PAKATAN HARAPAN RAKYAT


    Malaysia adalah negara berpotensi besar. Rakyatnya yang bersaudara gigih berusaha. Negara dibina atas landasan agama dan akar budaya diikat oleh muafakat Perlembagaan.

    Namun, cita-cita kita direncat oleh elit kekuasaan. Rasuah dan ketamakan membarah. Rakyat dibiarkan dengan kepayahan hidup.

    Setiap daripada kita berhak mendapat yang terbaik. Pendidikan berkualiti, negara berkebajikan, peluang saksama dan pentadbiran beramanah menanti kita.

    Demi kita, demi rakyat, bersama-sama ubah sekarang untuk melakar masa depan Malaysia.


    MANIFESTO RAKYAT

    4


    PAKATAN HARAPAN RAKYAT



    Tawaran Pakatan Rakyat demi menjamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat jelas pendekatannya dan kukuh pelaksanaannya.

    Kita adalah sebuah kerajaan yang amanah. Tunjang pentadbiran kita adalah tata kelola yang baik berteraskan prinsip moral dan nilai sejagat. Hasilnya limpahan kekayaan negara dapat diagih dengan lebih adil dan berkesan. Mutu dan taraf hidup rakyat terbanyak akan dipertingkat.

    Malaysia yang ditadbir secara amanah dan rakyat yang makmur kehidupannya akan melahirkan sebuah masyarakat yang bermaruah. Masyarakat bermaruah adalah sebuah masyarakat yang yakin dengan asal-usulnya, berpegang dengan prinsip agama dan nilai sejagat yang membela yang benar dan menentang yang zalim, saling percaya akan hubungan persaudaraan setiap insan, gigih berusaha memperbaiki diri, yang kuat membantu yang lemah tiada yang terpinggir, berlumba-lumba mengagungkan budaya ilmu dan istiqamah pada usaha amar ma’aruf nahi munkar.

    Rekod pentadbiran kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat menjadi bukti iltizam kita terus membina kerajaan yang amanah demi memakmurkan rakyat.

    Pakatan Rakyat telah merakyatkan ekonomi. Jutaan penduduk Malaysia menikmati agihan kekayaan negara pada kala kekuatan kewangan negeri-negeri yang ditadbir terus digandakan.

    Pakatan Rakyat telah membudayakan amanah di dalam pentadbiran. Amalan rasuah dicegah dan laba dari pentadbiran beramanah ini disalurkan kembali untuk menjana kemakmuran rakyat.

    Pakatan Rakyat telah mendepankan rakyat. Dasar-dasar yang diperjuangkan menjunjung aspirasi rakyat terbanyak dan menentang kepentingan penguasa elit dan kroni mereka.

    Pakatan Rakyat telah menobatkan rakyat sebagai tuan tanah air pusaka ini. Ruang kebebasan dan suara rakyat dihormati. Hak rakyat tidak kira latar belakang dan miskin kaya diambil kira dalam setiap pertimbangan. Penghapusan undang-undang zalim yang memijak ketuanan rakyat menjadi darah daging perjuangan.


    MANIFESTO RAKYAT



    Tawaran Pakatan Rakyat demi menjamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat adalah mudah.

    Manifesto Rakyat digubal berdasarkan empat tonggak utama –

    Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

    Manifesto Rakyat menggariskan program dan dasar khusus yang akan dilaksanakan Pakatan Rakyat di tampuk pemerintahan Putrajaya kelak. Manifesto Rakyat melakarkan masa depan yang lebih cerah, penuh dengan harapan dan aspirasi rakyat. Manifesto Rakyat adalah cernaan dan hasil rundingan dengan segenap lapisan masyarakat.

    Kita yakin Malaysia berhak melakar masa depan yang lebih baik. Kita yakin rakyat Malaysia mampu pergi lebih jauh dari imaginasi sekarang. Kita yakin rakyat Malaysia wajib mendapat yang terbaik dari kerajaannya.


    DATO’ SERI DATO’ SERI SAUDARA

    ANWAR IBRAHIM ABDUL HADI AWANG LIM KIT SIANG

    KETUA UMUM, PRESIDEN, KETUA PARLIMEN,

    PARTI KEADILAN RAKYAT PARTI ISLAM SE-MALAYSIA PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK
    5

    MANIFESTO RAKYAT

    KANDUNGAN


    RAKYAT BERSAUDARA



    Menghapus diskriminasi 8

    Mengiktiraf sumbangan wanita dan warga emas 8

    Merangkum semua aliran pendidikan 9

    Mengembalikan hak Sabah Sarawak seperti Perjanjian 1963 10

    Hak tanah dan kebajikan Orang Asli dipelihara 11

    Kehormatan amalan beragama 12


    EKONOMI RAKYAT



    1 juta peluang pekerjaan untuk rakyat 15

    Perkongsian produktiviti yang adil melalui gaji minima 15

    1 juta tenaga kemahiran terlatih dari kalangan lepasan sekolah 15

    Reformasi pendidikan merangsang ekonomi 16

    Membudayakan perkongsian bijak kesatuan sekerja, majikan dan kerajaan 16

    IKS dan inovasi teras ekonomi negara 17

    Pelarasan percukaian rakyat demi kesaksamaan 17

    Ekonomi lestari 17

    Membela ekonomi dan kebajikan perajurit 17

    Memberdayakan usahawan teksi 18

    Pelaburan R&D mencecah 5% dari KDNK 19

    Pengangkutan awam nadi ekonomi negara 19

    Memecah monopoli merancakkan persaingan 20


    KESEJAHTERAAN RAKYAT



    Mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga

    dan menghapuskan monopoli 23

    Merombak dasar automotif untuk mengurangkan bebanan rakyat 24

    Perumahan selesa dan mampu milik untuk semua 25

    Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN 26

    Hapus AES, batal saman AES 26

    Keadilan untuk warga Felda 27

    Keselamatan rakyat 27

    Kemudahan kesihatan asas percuma dijamin 28

    Membina jaringan keselamatan sosial rakyat 28


    KERAJAAN RAKYAT



    Reformasi institusi Islam dan keagamaan 31

    Pakej penggajian dan perkhidmatan baru penjawat awam 31

    Pilihanraya yang bersih, adil dan telus 31

    Reformasi institusi kehakiman, Kamar Peguam Negara, SPRM dan PDRM 31

    Reformasi Parlimen 32

    Kebebasan media dan mengembalikan amanah kepada pengamal media 32

    Memansuhkan AUKU dan menjamin kebebasan akademik 32

    Memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat 32

    Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) 33


    HARAPAN RAKYAT



    Malaysia 2023: Sedekad Pentadbiran Pakatan Rakyat 34
    6

    MANIFESTO RAKYAT
    RAKYAT BERSAUDARA7

    MANIFESTO RAKYAT

    RAKYAT BERSAUDARA

    MENGIKTIRAF SUMBANGAN WANITA

    KEBERDAYAAN DAN KEPIMPINAN WANITA DALAM MASYARAKAT


    Dasar Keberdayaan Wanita untuk memenuhi sasaran nasional 30% penglibatan wanita di peringkat pengurusan, kepimpinan dan pentadbiran sektor awam dan swasta menjelang 2017. Pelaksanaan sepenuhnya Agenda Wanita Malaysia untuk terus memartabatkan kedudukan wanita dalam masyarakat.


    CARUMAN WANITA MALAYSIA


    Setiap isteri akan layak menerima Caruman Wanita Malaysia sebagai jaringan keselamatan sosial bagi menjamin kebajikan mereka.

    Suami wajib disisi undang-undang mencarum mengikut kadar pendapatan (diantara RM10 sebulan hingga RM100 sebulan) ke dalam satu tabung caruman. Wang caruman boleh dikeluarkan oleh isteri dalam keadaan tertentu yang cukup syarat seperti perceraian, musibah, kemalangan dan genap umur 50 tahun.

    Kerajaan akan menyumbang RM50 sebulan bagi setiap isteri dan caruman akan diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO), sebagai sebahagian dari jaringan keselamatan sosial.

    Malaysia dibina atas kekuatan persaudaraan. Rakyat berbilang kaum sama-sama membanting tulang membina negara ini. Kekayaan seluruh negara diagih agar yang miskin dibantu, yang lemah dibela. Sistem pendidikan haruslah bertunjangkan matlamat persaudaraan rakyat untuk melahirkan insan yang berilmu, berkebolehan, beramal, berkesedaran dan saling menghormati.

    Kaum wanita Malaysia telah berbakti sepanjang zaman. Di alaf baru, kaum wanita menjadi tonggak masyarakat. Pengorbanan membina keluarga diganda pula dengan buah fikiran menjana ekonomi.

    Malaysia yang makmur diikat oleh tali persaudaraan rakyat yang utuh.

    Pakatan Rakyat menggariskan janji khusus untuk membulatkan lagi persaudaraan rakyat yang sedia terjalin.


    MENGHAPUSKAN DISKRIMINASI KAUM DAN ADU DOMBA MELAGA-LAGAKAN KUMPULAN MASYARAKAT DEMI MENJAMIN KEHARMONIAN DAN PERPADUAN RAKYAT 8

    MANIFESTO RAKYAT

    MEMBANTU WARGA EMAS DI HARI TUA


    Kenaikan harga barang yang mencanak mengurangkan kuasa beli warga emas. Kesempitan hidup di hari tua menjadi igauan ramai rakyat Malaysia.

    Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara. Setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan bebanan hidup mereka.


    BAHASA KEBANGSAAN DIMARTABATKAN, HAK BAHASA IBUNDA DIJAMIN DAN BAHASA INGGERIS DIPERTINGKATKAN DI DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA YANG MENJAMIN PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA ANAK MALAYSIA

    MENGIKTIRAF PERANAN SEKOLAH JANAAN RAKYAT DAN MEMPERUNTUKKAN SUMBER YANG BERPADANAN DENGAN SUMBANGAN SEKOLAH-SEKOLAH INI


    Pakatan Rakyat menghargai sumbangan sekolah agama rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJK), sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan sekolah mubaligh yang sama-sama membangunkan sistem pendidikan nasional.


    Sekolah Janaan Rakyat seperti ini diseluruh negara akan menerima bantuan tambahan (selain sumbangan kos operasi sedia ada) mengikut jumlah murid sebanyak RM300 setiap murid setiap tahun, melibatkan peruntukan berjumlah RM220 juta.

    Bantuan tambahan ini adalah pelaburan Pakatan Rakyat untuk menambahbaik mutu pendidikan di sekolah-sekolah ini, termasuk bagi perbelanjaan membesarkan bangunan dan menambah kemudahan prasarana.

    1,854

    SEKOLAH JANAAN RAKYAT


    Pakatan Rakyat akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Gabungan Sekolah Menengah Cina) atau UEC bagi tujuan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi dan menerimapakai kelayakan bagi tujuan permohonan kerja.


    UEC
    9

    MANIFESTO RAKYAT

    MENGHORMATI KEDUDUKAN SABAH DAN SARAWAK DI DALAM PERSEKUTUAN


    Pakatan Rakyat mengulangi iltizam untuk mempertahankan hak Sabah dan Sarawak di dalam rangka Perlembagaan Persekutuan seperti yang terkandung di dalam Deklarasi Kuching, seperti berikut:


    Kerjasama bersekutu


    Memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sabah dan Sarawak setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sabah dan Sarawak mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan


    Perwakilan yang adil


    Mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia


    Kewarganegaraan


    Melaksanakan pembersihan senarai kerakyatan dan daftar pengundi di seluruh negara khususnya di Sabah dan Sarawak, dengan mengiktiraf hak penduduk yang mencukupi syarat untuk menerima kerakyatan dan membanteras gejala pemberian kad pengenalan/kerakyatan palsu yang bermotif politik sempit


    Pengiktirafan hak ke atas Tanah Adat


    Menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sabah dan Sarawak dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat


    Kecekapan dan kemandirian Sarawak dan Sabah


    Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.


    Keadilan dalam isu minyak


    Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.


    Pembangunan sekata


    Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.

    10

    MANIFESTO RAKYAT

    Makanya, program berikut akan dilaksanakan segera untuk mengotakan iltizam Deklarasi Kuching kepada rakyat Sabah dan Sarawak:
    • Menghapuskan sistem kabotaj yang menyebabkan harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak lebih tinggi dan membebankan rakyat
    • Mewujudkan insentif pelaburan yang bersyaratkan pengwujudan peluang pekerjaan di Sabah dan Sarawak bagi tujuan memastikan kesaksamaan pembangunan ekonomi

    • Menubuhkan dua buah syarikat minyak tahap dua milik Kerajaan Sabah dan Sarawak untuk menyertai industri minyak dan gas negara sebagai pelaburan masa depan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak
    • Memulakan pembinaan lebuhraya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat
    • Menghentikan serta merta pembinaan empangan-empangan yang memusnahkan alam sekitar dan mensesarkan penduduk dari kampung halaman mereka.

    HAK TANAH DAN KEBAJIKAN ORANG ASLI DIPELIHARA


    Pakatan Rakyat akan menitikberatkan hak tanah dan kebajikan Orang Asli. Kebebasan akan dipulangkan kepada Orang Asli untuk mencorakkan kehidupan masyarakat dengan memberi mereka kuasa ke atas tanah mereka.

    Jaminan Pakatan Rakyat untuk membela kebajikan Orang Asli:


    141,000


    141,000 hektar tanah Orang Asli dipelihara dan dipulangkan keputusannya kepada Orang Asli


    HEKTAR TANAH

    AIR & ELEKTRIK


    Bekalan air bersih dan elektrik akan disempurnakan di kesemua 852 penempatan Orang Asli


    5,000


    5,000 biasiswa pendidikan setiap tahun diberikan kepada anak-anak Orang Asli dari peringkat sekolah hingga universiti


    BIASISWA

    PENDIDIKAN
    11

    MANIFESTO RAKYAT

    MENGHAYATI KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN, MENJAMIN HAK KEBEBASAN BERAGAMA


    Pakatan Rakyat menghayati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan mempunyai peranan besar ke arah mengekalkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia pelbagai kaum, melalui semangat saling hormat menghormati dan faham memahami. Masyarakat Malaysia yang berasaskan penghayatan Islam dan amalan beragama bakal melahirkan rakyat yang berakhlak, berintegriti dan tekun berusaha.


    MENGANGKAT BUDAYA SEBAGAI TERAS POSITIF HIDUP BERMASYARAKAT


    Kebudayaan adalah tali ikat yang mengukuhkan jati diri bangsa, membina harmoni dan mencambahkan masyarakat yang yakin dengan identitinya.

    Pakatan Rakyat mengangkat kegiatan budaya yang berteraskan nilai sejagat dan kehidupan beragama, memperkukuhkan organisasi dan tali kemasyarakatan, menjulang kemuliaan ilmu, mendokong perkembangan bahasa dan menggalakkan pertumbuhan pelbagai cabang kesenian.

    Kebudayaan yang meraikan kepelbagaian dan menerima perbezaan sebagai kekuatan akan menjadi teras positif hidup bermasyarakat rakyat Malaysia.


    20%


    Menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.


    ROYALTI MINYAK
    12

    MANIFESTO RAKYAT

    13

    MANIFESTO RAKYAT

    EKONOMI RAKYAT


    Ekonomi yang mampan dijana oleh rakyat. Rakyat yang makmur dan berkemahiran menyumbang kepakaran dan melonjakkan produktiviti. Kuasa ekonomi yang berpusat di tangan rakyat dilaburkan kembali ke dalam ekonomi negara.

    Pakatan Rakyat yakin potensi ekonomi negara dihadang oleh kepentingan elit kekuasaan dan kroni mereka. Kumpulan ini mengaut sejumlah besar kekayaan negara melalui konsesi dan monopoli yang dianugerahkan sedang rakyat terbanyak menanggung bebanan hutang negara.

    Kenaikan gaji terbantut. Kos sara hidup dan harga rumah naik mencanak. Yang kaya semakin kaya yang miskin terus miskin. Menjelang tahun 2020, golongan miskin di Malaysia akan mencecah 8 juta orang walaupun ekonomi negara kononnya berkembang sihat. Di bawah pengurusan ekonomi yang sama, setiap generasi Malaysia akan menjadi lebih miskin berbanding generasi ibu bapa mereka.

    Makanya, cara kekayaan negara ditadbir memerlukan reformasi radikal. Kembalikan kuasa ekonomi kepada rakyat, tumpukan usaha menaiktaraf ekonomi di peringkat rakyat terbanyak, bukannya menyelamatkan kroni dan syarikat korporat.

    Pendekatan ekonomi rakyat yang dibawa oleh Pakatan Rakyat berteraskan satu sasaran yang paling penting:

    setiap keluarga di Malaysia akan membawa pulang pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas penggal pertama pemerintahan Pakatan Rakyat di Putrajaya.

    Ini dapat dicapai dengan dasar-dasar yang memfokuskan kepada usaha menguatkan tapak ekonomi rakyat.

    Gaji minima diperkenalkan agar tiada rakyat Malaysia yang dibayar upah di bawah keperluan kos hidup. Lebih ramai rakyat Malaysia yang bekerja bermakna lebih tinggi pendapatan setiap isi rumah.

    Peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan diutamakan dengan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing. Tumpuan membina kemahiran berganda kepada lepasan sekolah akan membolehkan mereka menyertai sektor pekerjaan dan membawa pulang gaji minima.

    Reformasi pendidikan wajib menggandingkan tanggungjawab mendidik dan mengembangkan ilmu dengan keperluan ekonomi negara.

    Kekayaan dan dana bantuan ditumpukan kepada golongan rakyat terbanyak – baik dari kalangan pesara tentera, usahawan muda dan kecil sehinggalah kepada industri kecil dan sederhana – kerana laba ekonomi yang dijana mereka membawa kesan terus kepada kesejahteraan rakyat terbanyak.

    Pakatan Rakyat percaya apabila rakyat kaya, negara pun kaya. Apabila rakyat kukuh ekonominya, ekonomi negara pun berganda.

    Pendekatan ekonomi rakyat akan mengembalikan kuasa ekonomi ke tangan rakyat bukannya di tangan kroni.

    14

    MANIFESTO RAKYAT

    1 JUTA

    PELUANG

    PEKERJAAN BARU UNTUK RAKYAT


    Lambakan buruh asing dalam pasaran tenaga kerja tempatan menyebabkan sejumlah 2 juta pekerjaan kini dikuasai oleh buruh asing.

    Kesannya, rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk bekerja di dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan khususnya.

    Pakatan Rakyat akan memperkenalkan program bersepadu untuk memastikan 1 juta peluang pekerjaan baru dibuka untuk rakyat Malaysia dalam sektor-sektor ini dengan

    mengurangkan 1 juta buruh asing secara berperingkat menjelang tahun kelima memegang tampuk kuasa.

    PERKONGSIAN PRODUKTIVITI YANG ADIL MELALUI GAJI MINIMA


    Pakatan Rakyat memperjuangkan gaji minima atas prinsip setiap pekerja berhak dibayar gaji yang berpadanan dengan kos kehidupan yang minima, agar rakyat tidak hidup dalam kemiskinan.

    Pakatan Rakyat juga percaya laba produktiviti yang memberi untung kepada majikan perlu dikongsi secara adil dengan pekerja.

    Mekanisme gaji minima adalah cara terbaik untuk menyelaraskan perkongsian produktiviti ini dan memastikan setiap sektor mempunyai daya saing.

    Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dengan pengenalan gaji minima,

    setiap pekerja akan dibayar sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan.

    TABUNG RM2 BILION PERMUDAH PELAKSANAAN GAJI MINIMA


    Pakatan Rakyat percaya perkongsian produktivi yang adil memerlukan komitmen tiga pihak: majikan, pekerja dan kerajaan. Beban kewangan awal yang ditanggung oleh majikan pada peringkat awal pelaksanaan gaji minima perlulah turut sama ditanggung oleh kerajaan.

    Tabung Permudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM2 bilion akan diwujudkan bertujuan memberi insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima kepada syarikat-syarikat yang layak bagi memjamin jumlah pekerjaan tidak terjejas dengan pelaksanan gaji minima.

    Insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima memberi keutamaan kepada Industri Kecil dan Serdehana (IKS) bagi tempoh yang ditetapkan


    1 JUTA TENAGA KEMAHIRAN TERLATIH DARI KALANGAN LEPASAN SEKOLAH


    Sistem persekolahan dan latihan sedia ada mengabaikan golongan lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

    Akibatnya, Malaysia mempunyai 3 juta tenaga kerja muda tidak terlatih yang tidak digunapakai di dalam ekonomi negara.

    Fokus Pakatan Rakyat akan beralih kepada mengangkat peranan tenaga kerja lepasan sekolah dalam memacu ekonomi negara, dengan memastikan:


    BILION PERMUDAH

    GAJI MINIMA
    15

    MANIFESTO RAKYAT


    1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dilatih melalui Skim Perintis Rakyat yang menggabungkan peluang pekerjaan tetap dengan persijilan kemahiran berkala hingga ke peringkat Diploma Kemahiran


    1

    JUTA

    DILATIH


    5 Universiti Teknikal akan ditubuhkan dalam tempoh 10 tahun untuk memberi tumpuan kepada kursus-kursus berbentuk kemahiran dan teknikal. Pelajar yang cemerlang dari Skim Perintis Rakyat berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di universiti-universiti teknikal


    5

    UNIVERSITI

    TEKNIKAL

    25


    25 sekolah vokasional baru akan dibina di seluruh negara dan dilengkapkan dengan kurikulum baru mengikut kehendak ekonomi semasa


    SEKOLAH

    VOKASIONAL

    REFORMASI PENDIDIKAN MERANGSANG EKONOMI


    Sistem pendidikan yang terlalu berasaskan peperiksaan akan dirombak.

    Teras reformasi pendidikan adalah memberdayakan setiap murid bersesuaian dengan minat, kelebihan dan keunikan individunya. Kreativiti, inovasi, kekentalan mental, kebebasan minda dan pengukuhan akhlak akan dijadikan matlamat utama kurikulum.

    Sasaran ekonomi sistem pendidikan adalah untuk melahirkan modal insan yang mendahului keperluan ekonomi negara. Mereka mencipta, merekayasa dan menambah nilai. Mereka memimpin kemakmuran ekonomi negara.

    Pakatan Rakyat akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya diRaja untuk mengkaji secara keseluruhan penambahbaikan sistem pendidikan negara agar selari dengan teras reformasi pendidikan yang digagaskan.


    MEMBUDAYAKAN PERKONGSIAN BIJAK KESATUAN SEKERJA, MAJIKAN DAN KERAJAAN


    Hubungan kesatuan sekerja dan majikan seringkali disukarkan oleh kecenderongan kerajaan berpihak kepada majikan.

    Pakatan Rakyat percaya bahawa kemakmuran ekonomi negara ditentukan bersama oleh golongan pekerja dan majikan.

    Suasana yang adil dan telus kepada golongan pekerja dan majikan akan meningkatkan produktiviti.

    Pakatan Rakyat akan menghapuskan semua undang-undang dan peraturan yang berat sebelah dan menindas golongan pekerja.

    Pakatan Rakyat akan menyediakan dana untuk membudayakan perkongsian bijak kesatuan sekerja, majikan dan majikan dan merintis era baru pasaran buruh negara.

    16

    MANIFESTO RAKYAT

    IKS DAN INOVASI TERAS EKONOMI NEGARA


    Inovasi adalah sasaran negara. Inovasi akan menaiktaraf nilai ekonomi negara dan membantu negara mencapai status negara maju.

    Pakatan Rakyat yakin bahawa gabungan di antara inovasi sebagai enjin pertumbuhan dan industri kecil sederhana (IKS) sebagai pemandu ekonomi negara akan meledakkan potensi ekonomi negara.


    TABUNG INOVASI KEBANGSAAN BERJUMLAH RM500 JUTA:


    Menguatkan industri hakcipta dan bank idea. Menggalakkan pengkomersilan idea dan rekacipta


    ROMBAKAN PEMBIAYAAN DAN INSENTIF IKS:


    Dasar IKS bertujuan menyelaraskan dan menggalakkan pembiayaan IKS oleh institusi kewangan.

    Rombakan insentif percukaian dengan tumpuan bantuan dialihkan kepada IKS dari industri-industri besar.


    PELARASAN PERCUKAIAN RAKYAT DEMI KESAKSAMAAN


    Kadar cukai pendapatan sedia ada tidak menggambarkan kedudukan ekonomi rakyat yang sebenarnya. Golongan mahakaya yang hartanya beratus ribu juta membayar cukai yang sama dengan seorang eksekutif syarikat swasta.


    JALUR PENDAPATAN LEBIH SEKATA


    Jalur pendapatan (income band) yang digunakan bagi tujuan cukai peribadi akan dirombak untuk menggambarkan kedudukan ekonomi semasa rakyat.

    Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26% kini hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas, berbanding RM250,000 sekarang.

    Ini bertujuan menggambarkan realiti kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat.


    EKONOMI LESTARI


    Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta operasi Lynas di Gebeng, Pahang.

    Dasar ekonomi Pakatan Rakyat mensyaratkan kesinambungan lestari alam sekitar dan menitikberatkan kemaslahatan rakyat sebelum kelulusan diberikan.

    Makanya, secara prinsipnya sebarang aktiviti ekonomi yang melibatkan radiasi yang membahayakan orang ramai atau apa-apa kegiatan yang dikira merosakkan alam sekitar tidak akan diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat baik di peringkat negeri atau persekutuan. Khususnya, Pakatan Rakyat:
    1. Mengkaji semula fasa-fasa pelaksanaan projek RAPID di Pengerang demi menjamin kemaslahatan rakyat dan memelihara alam sekitar
    2. Mereformasi semua undang-undang sedia ada berkait dengan pembalakan dan kawal selia aktiviti pembalakan


    MEMBELA EKONOMI DAN KEBAJIKAN PERAJURIT


    RM500 juta akan diperuntukkan kepada Tabung Usahawan Kecil Perajurit bagi membantu bekas perajurit terlibat di dalam aktiviti ekonomi selepas tamat berkhidmat.

    Selain bantuan modal, Tabung Usahawan Kecil Perajurit akan dipertanggungjawabkan untuk melatih dan menjadi mentor kepada bekas perajurit yang menceburkan diri di dalam bidang perniagaan.

    17

    MANIFESTO RAKYAT

    Pakatan Rakyat akan menaikkan caruman kerajaan ke dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dari 15% kepada 20% untuk menjamin simpanan masa depan perajurit.

    Caruman tambahan 5% tersebut akan ditadbir di dalam satu tabung khas dan diasingkan dari sumbangan ke tabung pencen, untuk digunakan bagi membiayai dana dan bantuan terus kepada perajurit berpencen dan tidak berpencen.

    Pakatan Rakyat akan memperkenalkan Dividen Perajurit iaitu imbuhan kepada bekas perajurit yang tidak berpencen sebanyak RM2,000 setiap tahun, daripada peruntukan tambahan kerajaan dan laba keuntungan LTAT. Anggaran peruntukan bagi membiayai Dividen Perajurit adalah RM400 juta setahun.

    MEMBERDAYAKAN USAHAWAN TEKSI

    Pakatan Rakyat akan menghapuskan sistem permit teksi yang diberikan kepada syarikat tertentu untuk mengaut keuntungan dari keringat pemandu teksi.

    Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.

    Agensi kerajaan bertanggungjawab melatih usahawan-usahawan teksi dengan kemahiran khidmat pelanggan dan perniagaan. Kemahiran berbahasa usahawan teksi juga akan ditingkatkan agar mereka menjadi duta negara yang baik.

    Subsidi bahan api kepada usahawan teksi akan dikemaskini untuk memastikan penjimatan bahan api menguntungkan usahawan teksi dan penumpang.

    Skim bantuan untuk usahawan teksi:

    • Skim perlindungan takaful

    • Skim latihan keusahawanan

    • Galakan penubuhan koperasi

    • Skim pembiayaan teksi baru

    18

    MANIFESTO RAKYAT

    PELABURAN R&D MENCECAH 5% DARI KDNK


    Langkah-langkah khusus untuk melonjakkan pelaburan di dalam R&D agar mencecah kadar 5% dari KDNK:
    1. Meluaskan skop pelaburan dan geran yang dibenarkan di bawah Tabung Petroleum sedia ada;
    2. Pelepasan cukai bagi barangan atau perkhidmatan yang dikomersilkan hasil dari pelaburan R&D yang dibuat di universiti atau pusat kajian awam;
    3. Pelepasan cukai dalam bentuk insentif pelaburan dan pelepasan cukai pendapatan bagi pusat penyelidikan dan pakar penyelidik yang dibawa masuk; dan
    4. Insentif pelaburan bagi kajian R&D yang dibuat di Malaysia yang berjaya dikomersilkan.


    PENGANGKUTAN AWAM NADI EKONOMI NEGARA


    Pakatan Rakyat komited untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang dan bandar-bandar besar dalam tempoh 10 tahun berkuasa, dengan sasaran mengurangkan kadar kesesakan sebanyak 50% dalam penggal pertama.

    Masalah kesesakan yang semakin meruncing berpunca dari dasar-dasar yang mengenepikan sistem pengangkutan awam dalam bandar dan antara bandar. Buat sekian lama, pelaburan di dalam sistem pengangkutan awam diabaikan hingga rakyat tidak ada pilihan kecuali menggunakan kenderaan persendirian.

    Pergantungan kepada kenderaan persendirian mempunyai kesan buruk kepada ekonomi negara. Ia meningkatkan kos subsidi, membebankan ekonomi keluarga, mencemar alam sekitar disamping menyebabkan kesesakan.

    Pelaburan bijaksana yang berhemah dalam sistem pengangkutan awam di bawah Pakatan Rakyat akan menjadikan pengangkutan awam sebagai nadi ekonomi negara.


    SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DALAM BANDAR
    • Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya

    • Merombak pelan sistem pengangkutan awam Lembah Klang dari berlandaskan sepenuhnya kepada sistem MRT, kepada pelan bersepadu melibatkan MRT dan bas supaya jaringan dan capaian pengangkutan awam lebih baik dari sekarang
    • Menilai kembali setiap kontrak yang telah dianugerahkan di dalam pakej MRT mengikut undang-undang sedia ada dan mutakhir, untuk memastikan tidak ada unsur rasuah dan mengawal kos yang bakal ditanggung rakyat
    • Pelaburan tambahan RM2 bilion pada tahun pertama untuk menambah bilangan bas dan jajaran laluan bas di Lembah Klang sehingga meningkat satu kali ganda.


    SISTEM PENGANGKUTAN AWAM ANTARA BANDAR


    Memulakan langkah ke arah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara

    19

    MANIFESTO RAKYAT

    MEMECAH MONOPOLI MERANCAKKAN PERSAINGAN


    Monopoli merencatkan ekonomi dan membunuh persaingan. Monopoli dalam sektor perkhidmatan dan barangan yang dikawal oleh beberapa syarikat besar berkepentingan memberi mereka kuasa menentukan harga tinggi yang menekan rakyat. Monopoli menyukarkan persaingan lalu menyempitkan ruang pertumbuhan niagawan dan usahawan baru.

    Pendekatan ekonomi Pakatan Rakyat memberi fokus utama untuk memecah monopoli ini dan merancakkan persaingan. Ini akan berjaya menurunkan harga yang membebankan rakyat dan membina daya tahan dalam ekonomi negara dengan melahirkan lebih ramai usahawan berjaya.


    MEMECAH MONOPOLI
    • Menubuhkan Suruhanjaya Anti-Monopoli dan merombak undang-undang sedia ada berkaitan persaingan untuk memberi lebih kuasa menghentikan amalan perniagaan yang tidak adil
    • Menubuhkan Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai dan menjadi timbang tara bagi memastikan semua perjanjian di antara kerajaan dan swasta tidak berat sebelah dan merugikan rakyat
    • Memecah monopoli dalam bidang komunikasi, makanan ruji, farmaseutikal, penerbangan awam dan sektor utama yang lain
    • Merombak perjanjian penjana bebas (IPP) yang berat sebelah untuk mengelakkan wang rakyat terus mengkayakan kroni.

    MERANCAKKAN PERSAINGAN
    • Membubarkan 1MDB agar Khazanah kekal satu-satunya badan pelaburan negara
    • Melupuskan pegangan kerajaan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit dalam perniagaan bukan berkepentingan nasional kepada pengurusan GLC melalui kaedah ambil alih oleh pengurusan (management buy-out atau MBO), bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputra yang berdaya maju
    • Merombak peranan Ekuinas agar agensi itu membantu merancakkan pengambil alihan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) oleh pengurusan dan usahawan yang layak.
    • Memastikan perolehan secara tender terbuka dilaksanakan secara menyeluruh dalam urusan badan-badan awam

    20

    MANIFESTO RAKYAT

    21

    MANIFESTO RAKYAT

    KESEJAHTERAAN RAKYAT


    Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah tidak meningkat. Generasi kini adalah lebih miskin dari generasi sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini.

    Perbelanjaan asas setiap isi rumah dibebankan dek struktur harga yang berpihak kepada kroni dan syarikat besar. Ekonomi negara dikuasai oleh beberapa monopoli yang dimiliki kroni dan syarikat besar ini.

    Mereka menguasai sektor kuasa, telekomunikasi, pengangkutan, bekalan air dan barangan asas. Akibat tiada saingan hasil dari monopoli yang dianugerahkan kepada mereka, harga barang dinaikkan sesuka hati demi keuntungan singkat.

    Kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya.

    Konsesi yang menguntungkan sebelah pihak dan membebankan rakyat wajib dibatalkan.

    Sektor asas yang dilanggani rakyat wajib dibuka supaya lebih ramai pengusaha boleh terlibat untuk merendahkan harga.

    Kerajaan wajib lebih proaktif dan prihatin campur tangan dalam sektor-sektor asas seperti perumahan untuk membela kelas rakyat yang tiada kemampuan membayar harga rumah yang melampau tingginya.

    Bayaran pinjaman bulanan yang banyak memakan gaji rakyat, seperti pinjaman kereta dan PTPTN, wajib direndahkan dengan mengubah struktur percukaian kereta dan menghapuskan PTPTN.

    Rakyat desa termasuk warga Felda perlu diberdayakan dengan menjamin penguasaan mereka kepada tanah mereka dan memperkenalkan kegiatan ekonomi yang menambah hasil pendapatan bulanan.

    Perkihdmatan keselamatan dan kesihatan rakyat wajib dipertingkatkan. Kecekapan perkhidmatan sedia ada memerlukan reformasi untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pasukan keselamatan.

    Pakatan Rakyat sepakat dengan aspirasi rakyat bahawa

    enam langkah ini wajib dilaksanakan segera demi membela kebajikan rakyat:22

    MANIFESTO RAKYAT

    MENGURANGKAN BEBANAN KOS SARA HIDUP RAKYAT DENGAN MENGHAPUSKAN MONOPOLI DAN MENURUNKAN HARGA

    HARGA PETROL DAN DIESEL

    AKAN DITURUNKAN.


    Harga minyak mentah yang tinggi sehingga mencecah purata RM300 setong melonjakkan pendapatan negara dari hasil minyak.

    Pakatan Rakyat percaya laba dari pendapatan minyak ini wajar dikongsi dengan rakyat untuk mengurangkan bebanan.

    Oleh itu, Pakatan Rakyat akan menyalurkan laba dari pendapatan minyak ini untuk menurunkan harga petrol dan diesel.


    HARGA

    MINYAK

    TURUN

    CAJ

    ELEKTRIK LEBIH

    RENDAH

    CAJ ELEKTRIK AKAN DITURUNKAN.


    Setiap tahun, negara kehilangan wang berjumlah RM25 bilion dalam bentuk subsidi gas yang diberikan kepada syarikat besar yang mengendalikan penjana bebas dan subsidi gas kepada industri.

    Walaupun mendapat subsidi negara, mereka menjual elektrik kepada TNB pada harga yang tinggi. Untung penjana bebas mencecah ribuan juta ringgit setiap tahun, sedang caj elektrik kian naik.

    Pakatan Rakyat akan menyalurkan subsidi berjumlah RM25 bilion ini terus kepada rakyat dengan menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat.


    KONSESI AIR KENDALIAN SYARIKAT SWASTA YANG MENGAKIBATKAN CAJ AIR TINGGI AKAN DIHENTIKAN.


    Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan.

    Kawalselia ke atas caj air yang rendah akan meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.


    CAJ

    AIR LEBIH

    RENDAH
    23

    MANIFESTO RAKYAT

    KERAJAAN AKAN AMBIL ALIH LEBUHRAYA SECARA BERPERINGKAT BAGI TUJUAN MENGHAPUSKAN TOL.


    Seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat akan mengambil alih lebuhraya secara berperingkat bagi tujuan menghapuskan tol.

    Pembiayaan operasi lebuhraya mampu ditampung menggunakan dana RM5 bilion yang selama ini dibayar sebagai pampasan kepada pemegang konsesi.

    Penghapusan tol akan membantu menurunkan harga barang.


    HAPUS

    TOL

    HARGA BARANG AKAN TURUN BILA MONOPOLI DIHAPUSKAN.


    Monopoli yang dipegang oleh beberapa orang kroni yang rapat dengan penguasa menyebabkan harga barang-barang dikawal mereka. Oleh sebab itu, monopoli merupakan faktor utama yang menyebabkan harga barang naik di negara ini.

    Monopoli wujud dalam kebanyakan sektor utama negara – dari telekomunikasi sehingga ASTRO, dari harga beras kepada harga gula.

    Pakatan Rakyat akan menghapuskan monopoli untuk meningkatkan persaingan di dalam ekonomi yang seterusnya boleh menurunkan harga barang. menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat.


    HAPUS

    MONOPOLI

    MEROMBAK DASAR AUTOMOTIF UNTUK MENGURANGKAN BEBANAN RAKYAT


    Harga kereta di Malaysia berbanding pendapatan purata isi rumah rakyatnya boleh disifatkan antara tertinggi di dunia. Ketiadaan kemudahan pengangkutan awam yang berkesan menyebabkan rakyat tidak ada pilihan lain kecuali membeli kereta persendirian.

    Akibatnya, hutang kereta menjadi bebanan kewangan utama yang ditanggung setiap keluarga. Setiap bulan, sejumlah besar pendapatan dihabiskan untuk membayar hutang kereta.

    Untuk mengurangkan bebanan rakyat dan meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat, Pakatan Rakyat akan merombak dasar automotif seperti berikut:

    24

    MANIFESTO RAKYAT

    HAPUS

    CUKAI

    EKSAIS


    Cukai eksais kereta yang dikenakan secara melampau iaitu pada kadar 70% ke atas melonjakkan harga kereta.


    Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.


    Liberalisasi industri automotif negara untuk memastikan daya saing dan nilai tambah kepada rakyat.


    Pakatan Rakyat percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

    HARGA SERENDAH RM25,000

    PERUMAHAN SELESA DAN MAMPU MILIK UNTUK SEMUA


    Harga rumah yang melambung terutamanya di kawasan bandar-bandar utama menyebabkan semakin ramai rakyat dari pelbagai golongan tidak lagi mampu memiliki rumah.

    Ini disebabkan manipulasi pasaran hartanah akibat undang-undang yang berpihak kepada pihak pemaju.

    Pakatan Rakyat akan menggerakkan program perumahan selesa dan mampu milik secara besar-besaran untuk mencapai matlamat satu rumah setiap satu keluarga.

    150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.


    150,000


    Perbadanan Perumahan Negara akan ditubuhkan sebagai badan induk yang membina, mengawalselia dan mengusahakan rumah mampu milik rakyat. PPN akan memikul tanggungjawab membina rumah rakyat bertujuan mengimbangi harga rumah sektor swasta yang melonjak tinggi .

    Ia juga akan berfungsi memastikan kemampanan industri perumahan negara dengan menjamin keadilan kepada pembeli dan pengusaha, termasuk melaksanakan konsep "bina dan jual" dengan lebih meluas.

    Pakatan Rakyat akan melabur RM5 bilion dalam tahun pertama untuk membina rumah mampu milik, diikuti dengan peruntukan RM2 bilion setiap tahun dari tahun kedua hingga kelima.


    PERBADANAN PERUMAHAN NEGARA
    25

    MANIFESTO RAKYAT

    PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA, HAPUS PTPTN


    Pendidikan adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan.

    Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan.


    Yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam akan ditanggung kerajaan.

    Pelajar di institusi swasta akan diberikan subsidi yuran yang setara dengan kos tanggungan kerajaan di institusi awam.

    YURAN

    DITANGGUNG

    ELAUN

    SARA HIDUP


    Semua pelajar di institusi milik awam akan diberikan elaun sara hidup untuk menampung kos kediaman, makan dan minum, buku dan pengangkutan kecuali bagi mereka yang benar-benar kaya.


    Pelajar di institusi swasta boleh meminjam dari satu dana khas untuk menampung kos sara hidup sepanjang kursus pengajian.

    PTPTN akan dihapuskan kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam.

    PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat. Mekanisme khusus untuk menangani masalah keberhutangan pelajar akibat PTPTN akan diperkenalkan agar kebajikan setiap pelajar dijaga.

    HAPUS

    PTPTN

    HAPUS AES, BATAL SAMAN AES


    Pakatan Rakyat akan menghentikan serta merta konsesi dan pelaksanaan AES yang mempertaruhkan keselamatan rakyat di jalan raya sebagai sumber kekayaan kroni. Sebarang saman yang telah dikeluarkan sebelum ini akan dibatalkan.

    Langkah keselamatan jalan raya akan menitikberatkan infrastruktur jalan yang lebih selamat, pendekatan pendidikan dan amaran, bukannya pendekatan menghukum seperti sedia ada.

    26

    MANIFESTO RAKYAT


    Sumbangan warga FELDA kepada kemakmuran negara tidak ternilai. Hasil kelapa sawit digunakan untuk membiayai pembangunan lain.

    Oleh itu, warga FELDA berhak mendapat perkongsian hasil yang lebih tinggi dan adil.


    KEADILAN

    UNTUK WARGA

    FELDA

    WIBAWA, PRESTASI & REPUTASI FELDA


    Pakatan Rakyat akan mempertahankan wibawa, prestasi dan reputasi Felda demi menjamin kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka.

    Ini termasuk merombak semula pegangan di dalam FGV dengan matlamat mengembalikan operasi dan pemilikan tanah FELDA ke tangan peneroka dan kakitangan.


    KADAR PERAHAN YANG ADIL


    Warga peneroka tidak dibayar pendapatan yang sebenar melalui manipulasi Kadar Perahan Gred (KPG) oleh FELDA.

    Pakatan Rakyat akan menyemak kembali semua tuntutan pampasan akibat dari manipulasi KPG dan membayar pampasan yang sewajarnya kepada warga FELDA.


    KESELAMATAN RAKYAT


    Peningkatan mendadak kes-kes jenayah di seluruh negara, tanpa mengenal bandar atau desa, tua atau muda, melambangkan kegagalan sistem kepolisian yang ada sekarang.

    Pakatan Rakyat nekad untuk mengembalikan fokus dan tanggungjawab anggota polis menjaga keselamatan rakyat dan membanteras jenayah. Ini mengangkat kedudukan dan kehormatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mata rakyat.

    Langkah mengembalikan fokus dan tanggungjawab anggota polis menjaga keselamatan rakyat akan disusuli dengan pelaksanaan segera:
    • Matlamat menaikkan gaji anggota polis sebanyak 15% secara berperingkat melalui rasionalisasi tenaga kerja dan alihan sumber dari tugasan bukan teras kepada tugasan teras membanteras jenayah dan melindungi keselamatan rakyat
    • Rasionalisasi tenaga kerja dan alihan sumber akan membabitkan pertukaran dan latihan semula anggota keselamatan untuk menambah bilangan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, termasuklah mengurangkan saiz ketumbukan Pasukan Gerak Am (PGA) dan lain-lain pasukan bukan teras
    • Peruntukan tambahan RM50 juta setiap tahun untuk membina pos-pos polis di tempat-tempat tumpuan orang ramai
    • Peruntukan tambahan RM200 juta setiap tahun untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan siasatan forensik PDRM

    27

    MANIFESTO RAKYAT

    KEMUDAHAN KESIHATAN ASAS PERCUMA DIJAMIN


    Kemudahan kesihatan asas adalah hak rakyat. Setiap rakyat Malaysia berhak untuk pergi ke mana-mana hospital kerajaan untuk mendapatkan khidmat kesihatan yang cekap dan percuma.

    Pendirian Pakatan Rakyat berhubung kemudahan kesihatan:
    1. Menolak sebarang usaha untuk mengenakan cukai kesihatan seperti yang dicadangkan melalui 1Care
    2. Menjamin kemudahan kesihatan percuma kepada semua rakyat Malaysia melalui hospital kerajaan, sementara memberi galakan sepenuhnya kepada sektor swasta menawarkan khidmat kesihatan pada kadar yang berpatutan
    3. Menawarkan perkhidmatan wad percuma kepada semua rakyat di semua hospital kerajaan dengan menghapuskan bayaran wad Kelas 2 dan Kelas 3
    4. Menghapuskan monopoli pembekalan ubat, pembinaan hospital dan kelengkapan hospital oleh beberapa syarikat yang berkait rapat dengan elit kekuasaan yang mengaut keuntungan melampau
    5. Penjimatan dari penghapusan monopoli akan digunakan untuk menawarkan rawatan pakar percuma kepada golongan berpendapatan rendah termasuklah pembedahan jantung, pembedahan ganti dan lain-lain
    6. Memenuhi sasaran seorang doktor bagi setiap 550 rakyat dalam tempoh penggal pertama pentadbiran, berbanding nisbah sekarang seorang doktor bagi setiap 800 rakyat


    MEMBINA JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL RAKYAT


    Bantuan Kebajikan yang dibayar melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan ditingkatkan dari RM300 sebulan kepada RM550 sebulan. Semua keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM500 sebulan layak mendapat Bantuan Kebajikan untuk menghapuskan kemiskinan tegar.

    Tabung Komoditi Kebangsaan dengan tabungan awal sebanyak RM100 juta bertujuan membantu keluarga-keluarga yang terkesan dengan kejatuhan mendadak harga komoditi di bawah paras tertentu, melalui pembayaran Bantuan Komoditi Kebangsaan berjumlah RM500 sebulan kepada setiap keluarga yang terkesan.

    Mewujudkan sistem pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan. Sistem pengkalan data nasional ini bakal menjadi sistem maklumat jaringan keselamatan sosial rakyat yang pertama di negara ini.

    28

    MANIFESTO RAKYAT

    29

    MANIFESTO RAKYAT

    KERAJAAN RAKYAT


    Rakyat adalah

    tuan kerajaan.

    Pentadbiran kerajaan adalah

    amanah rakyat kepada wakil yang dipilih.

    Kuasa kerajaan terbit dari

    mandat rakyat yang ditentukan secara telus, adil, bebas dan penuh integriti.

    Mensejahterakan rakyat adalah

    tanggungjawab kerajaan.

    Makanya, kerajaan yang tawaddu’ dan insaf dengan kuasa rakyat menjunjung prinsip keadilan sesama rakyat.


    Kerajaan yang adil bisa dihormat, kerajaan yang zalim wajib disanggah.
    Pakatan Rakyat insaf dengan segala kerosakan yang telah berlaku di dalam sistem kerajaan Malaysia.
    Institusi-institusi tonggak negara dimusnahkan, maruah penjawat awam pendinding salahguna kuasa diperlekehkan. Pembohongan jadi mainan kekuasaan, saluran maklumat disalahguna demi keuntungan berjuta. Pilihanraya dimanipulasi menjadi punahraya, undi rakyat dihina mereka.

    Reformasi politik yang dibawa Pakatan Rakyat bakal mengembalikan kerajaan yang bertuankan rakyat, memikul amanah rakyat, hormat mandat rakyat, bertanggungjawab kepada rakyat dan menjamin keadilan kepada semua rakyat.

    30

    MANIFESTO RAKYAT

    REFORMASI INSTITUSI

    ISLAM DAN KEAGAAMAN


    Pengurusan institusi Islam dikuatkan dengan peruntukan yang lebih tinggi (seperti meningkatnya peruntukan untuk Jabatan Agama Islam di negeri-negeri Pakatan Rakyat)

    Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat

    Meningkatkan imej institusi Islam di mata rakyat terbanyak dengan membebaskannya dari manipulasi politik

    Sasaran meningkatkan jumlah dana Tabung Haji menjadi dua kali ganda dari dana sekarang dalam tempoh sepuluh tahun pentadbiran Pakatan Rakyat

    Menjamin hak kebebasan beragama dan mengamalkan istiadat keagamaan kepada penganut agama lain seperti yang dijamin Perlembagaan


    PAKEJ PENGGAJIAN DAN PERKHIDMATAN BARU PENJAWAT AWAM


    Mengembalikan prestij dan kemuliaan penjawat awam

    Membebaskan penjawat awam dari campur tangan politik

    Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip daya kerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan.


    PILIHANRAYA YANG BERSIH, ADIL DAN TELUS


    Melaksanakan 8 tuntutan BERSIH sebagai reformasi pilihanraya

    Melaksanakan pendaftaran undi secara automatik apabila mencecah umur layak mengundi

    Membersihkan daftar pengundi dalam masa 100 hari berkuasa.


    REFORMASI INSTITUSI KEHAKIMAN, KAMAR PEGUAM NEGARA, SPRM DAN PDRM


    Membebaskan institusi-institusi utama negara iaitu institusi kehakiman, Kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis diRaja Malaysia (PDRM) dari cengkaman politik

    Mengembalikan kuasa melantik pimpinan institusi-institusi ini kepada suruhanjaya bebas seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan

    Pengesahan perlantikan pimpinan institusi-institusi ini melalui proses runding cara oleh Jawatankuasa Parlimen mengikut amalan demokrasi berparlimen

    Pelaksanaan penambahbaikan demi menjamin integriti dan kebebasan di kesemua institusi ini dalam tempoh enam bulan pentadbiran Pakatan Rakyat, mengambil kira cadangan yang pernah dibuat oleh suruhanjaya bebas atau melalui penubuhan suruhanjaya bebas yang baru.

    31

    MANIFESTO RAKYAT

    REFORMASI PARLIMEN


    Mengembalikan kebebasan institusi Parlimen sebagai suara rakyat yang mengimbangi kuasa eksekutif

    Memperkenalkan sistem Jawatankuasa Terpilih Parlimen dalam bidang-bidang penting seperti kewangan, keselamatan, pendidikan, pertahanan, PETRONAS dan lain-lain untuk meningkatkan keberkesanan fungsi timbangtara yang dimainkan Parlimen

    Menyediakan sumber dan kepakaran sewajarnya untuk membolehkan ahli Parlimen menjalankan tugas dengan penuh intelek, lengkap dan berkesan


    KEBEBASAN MEDIA DAN MENGEMBALIKAN AMANAH KEPADA PENGAMAL MEDIA


    Menghapuskan semua undang-undang yang menyekat kebebasan media dan mewujudkan suasana media yang berat sebelah, termasuk Akta Percetakan dan Penerbitan, prosuder perlesenan media dan lain-lain

    Memperbadankan institusi penyiaran milik kerajaan termasuklah RTM dan stesen-stesen di bawah milikan Kumpulan Media Prima demi menjamin kebebasan media dan kemajuan institusi penyiaran tersebut

    Menghormati kematangan pengamal media untuk menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.


    MEMANSUHKAN AUKU DAN MENJAMIN KEBEBASAN AKADEMIK


    Memansuhkan AUKU dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat

    Pemilihan naib canselor dan rektor institusi pengajian tinggi awam akan dibuat berdasarkan kebolehan dan bakat oleh sebuah jawatankuasa penilai bebas dan senat

    Menjamin kebebasan akademik cendekiawan, pemikir, kakitangan dan pelajar di semua institusi pengajian di seluruh negara


    MEMANSUHKAN SEMUA UNDANG-UNDANG ANTI-RAKYAT


    Semakan menyeluruh ke atas semua undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan dan kebebasan rakyat atau bersifat anti-rakyat

    Memansuhkan semua undang-undang dan peraturan ini dalam tempoh tahun pertama pentadbiran Pakatan Rakyat

    Menguatkuasakan Akta Pemulihan Demokrasi untuk mengukuhkan lagi hak rakyat

    Kerajaan Persekutuan membebaskan dan memohon maaf kepada kesemua tahanan ISA dari dulu hingga sekarang.

    32

    MANIFESTO RAKYAT

    DASAR BANTERAS RASUAH NEGARA (DEBARAN)


    Pakatan Rakyat telah meletakkan perang terhadap rasuah sebagai tonggak dasar dan perjuangannya. Amalan rasuah dan kronisme menjadi barah yang membawa kesan buruk kepada setiap lapisan masyarakat.

    Pentadbiran Pakatan Rakyat akan memperkenalkan Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) yang mengandungi pendekatan bersepadu yang lebih jitu dan khusus untuk membanteras rasuah.

    DEBARAN adalah berteraskan dua prinsip utama, iaitu memberdayakan sepenuhnya SPRM melalui reformasi kepimpinan dan pentadbiran agar ia dipandang mulia di mata rakyat dan merubah undang-undang sedia ada untuk meningkatkan lagi keberkesanan pencegahan rasuah.

    Untuk itu, melalui DEBARAN pentadbiran Pakatan Rakyat akan:
    • Merombak sepenuhnya kuasa dan kepimpinan SPRM untuk membina integritinya di mata rakyat, termasuk mempertimbangkan memberikan kuasa pendakwaan kepada SPRM
    • Merombak amalan dan proses SPRM agar tumpuan diberikan sepenuhnya kepada siasatan dan pendakwaan terhadap kes-kes rasuah besar yang melibatkan kepentingan awam untuk membuang persepsi bahawa SPRM hanya menumpukan kes-kes kecil sedangkan rasuah pembesar negara dipadamkan
    • Mengetatkan undang-undang rasuah dan undang-undang berkaitan (termasuk Akta Perlindungan Pemberi Maklumat) untuk melaksanakan sekeras-kerasnya undang-undang membanteras rasuah, terutamanya bersabit kes-kes rasuah besar yang melibatkan kepentingan awam

    33

    MANIFESTO RAKYAT

    HARAPAN RAKYAT


    14 September 2023



    Saya bangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

    Tahun lalu, saya berpindah ke rumah baru di Damansara. Kata ibu, pada suatu ketika hanya orang kaya-kaya sahaja yang mampu tinggal di Damansara kerana rumahnya mewah dan harganya jutaan ringgit. Alhamdulillah, selepas kerajaan melaksanakan program rumah mampu milik rakyat secara besar-besaran, golongan muda seperti saya juga mampu membeli kediaman di sini.

    Saya bekerja di sebuah firma rekacipta kejuruteraan di Petaling Jaya. Bos saya masih lagi muda, beliau pernah bekerja di Amerika Syarikat dengan firma ternama di sana. Kami menghasilkan rekaan chip komputer pintar yang digunakan di dalam peralatan elektronik terkini. Rekaan yang dihasilkan dihantar ke kilang di China yang akan mengeluarkannya bagi pasaran dunia.

    Kehidupan saya sekeluarga selesa. Isteri saya adalah seorang akauntan yang bertugas dengan syarikat antarabangsa. Beliau bertugas dari rumah. Akses jalur lebar Malaysia yang terbaik di dunia membolehkan ramai ibu bekerja dari rumah sambil menghabiskan masa berkualiti dengan anak-anak.

    Rata-rata keluarga muda seperti kami bersyukur dengan peluang ekonomi yang ada di negara ini. Gaji kami melebihi untuk menampung keperluan harian dan 30% dari gaji saya dan isteri disimpan bagi pelaburan jangka panjang. Kami mampu untuk bercuti setiap tahun dan kami juga mewujudkan tabung amanah untuk dua orang anak kecil kami bagi masa depan mereka.

    Malaysia dihormati di rantau Asia Tenggara dan dunia. Kuala Lumpur adalah ibu kota Asia Tenggara dan diiktiraf sebagai 5 bandaraya terbaik di dunia setiap tahun. Ia satu-satunya bandaraya yang mengekalkan warisan kebudayaan pelbagai kaum yang hidup harmoni di dalam setiap aspek kehidupan kota. Ibu pejabat Bank Pusat Islam Dunia yang dibuka di Kuala Lumpur dalam tahun 2019 menyerlahkan lagi kedudukan Kuala Lumpur sebagai satu daripada lima pusat kewangan terbaik dunia.

    Saya bangga dengan Malaysia kerana ia dicemburui negara-negara dari Timur hinggalah ke Barat. Setiap bandar besar kita dari Perlis ke Johor dan Kelantan ke Kuala Lumpur dihubungkan dengan keretapi laju berteknologi hijau. Aktiviti pentadbiran dan jabatan kerajaan diagihkan ke seluruh negara dan jaringan pengangkutan awam yang cekap ini memudahkan urusan rakyat.

    Rakyat Malaysia juga adalah rakyat terkaya di rantau Asia Tenggara. Tidak ada keluarga Malaysia yang pendapatan bulanannya kurang dari RM4,000. Pemilik-pemilik tanah yang dahulunya dipanggil peneroka kini adalah jutawan pertanian dan industri kecil yang mengusahakan tanah mereka dengan jayanya.

    34

    MANIFESTO RAKYAT


    Negara-negara lain mengagumi keamanan Malaysia walaupun ada berpuluh-puluh etnik yang berbeza. Keamanan yang terhasil dari perpaduan rakyat pelbagai kaum ini dikuatkan lagi dengan kecekapan Angkatan Tentera Malaysia yang diiktiraf sebagai pasukan pertahanan terbaik di rantau Asia Tenggara.

    Paling penting, saya bangga kerana Malaysia satu-satunya negara di rantau ini yang berjaya membuktikan kekayaan negara akan memakmurkan rakyat jika ditadbir dengan baik.

    Tabung Warisan yang ditubuhkan sepuluh tahun lalu kini sudah mencecah jumlah RM124 bilion tabungan hasil minyak dan gas yang disimpan untuk masa depan. Rakyat menikmati pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti dan kemudahan kesihatan percuma. Malaysia juga adalah satu-satunya negara di rantau ini yang menyediakan skim caruman kepada isteri sebagai sebahagian dari sistem perlindungan kebajikan kebangsaan.

    Apabila saya berkunjung ke negara-negara lain atas urusan kerja, saya bangga apabila negara saya dipandang manis. Mereka mengagumi keupayaan kita mengamalkan prinsip demokrasi sepenuhnya. Institusi kehakiman negara menjadi rujukan di peringkat antarabangsa. Malah, kejayaan kita memusatkan aktiviti ekonomi di peringkat rakyat terbanyak dan industri kecil sederhana (IKS) menjadi model kejayaan yang diteliti negara lain.

    Saya bersyukur kerana Malaysia berada di landasan yang betul pada hari ini akibat keputusan tepat yang dibuat sepuluh tahun lalu dalam pilihanraya umum 2013. Itulah kali pertama saya mengundi dan setiap kali saya memandang optimis dengan masa depan Malaysia, saya berbangga kerana saya adalah sebahagian dari generasi perubahan yang mengubah landasan negara pada tahun itu.


    Muhammad Adlan bin Azrul

    Damansara


    35

    MANIFESTO RAKYAT

    36

    MANIFESTO RAKYAT

    37

    MANIFESTO RAKYAT

    38