Thursday, December 17, 2009

Pandangan terhadap pengajaran pemelajaran pemulihan di PDK.................... fikirlah betul ataupun tidak....????

From: CIKGU ISHAK
Subject:
To: ...........................
Cc: ishakhamat61@yahoo.com.my
Date: Tuesday, December 15, 2009, 10:19 PM



Assalamualaikum,

semoga dalam kerahmatan Allah sentiasa. Setahu saya tiada sebab untuk anak istimewa tidak ditempatkan di Program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah kerajaan jika mereka berkemampuan untuk mengurus diri. Sebenarnyaa selain dari cikgu pemulihan khas saya juga adalah cikgu Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Sekiranya anak-anak istimewa di PDK berkemampuan mengurus diri, maksud saya, boleh ke tandas tanpa bantuan orang lain dan tidak terlalu agresif sehingga mengancam keselamatan murid lain, saya syorkan agar mereka ditempatkan di PKBP yang berdekatan.

Adalah lebih senang mengurus mereka di PKBP kerana setiap 6 orang murid akan diajar oleh seorang guru. Ini bukan pula bermakna guru di PDK tidak berkemampuan mengajar. Setakat yang saya faham anak=anak di PDK hanya disosialisasikan sahaja, berdasarkan kemampuan mereka.

Proses p&p kearah celik 3M tidak dititikberatkan. Betulkan saya jika saya tersilap.

Untuk menghargai komitmen cikgu disini sayaa kirimkan bersama sebahagian bahan-bahan yang saya gunakan dikelas pemulihan yang mungkin boleh disesuaikan untk anak-anak di PDK. Terima kasih. Sekian.

No comments: