ke manakah HALUAN KAPAL yang akan dituju bersama dengan anak kapal dan penumpang anda sekelian?
a. ke hadapan dan mengharungi ombak memukul kapal
b. tidak bergerak kerana takut dengan pukulan ombak yang boleh membunuh dan mengancam diri
c. ke belakang kerana ia selamat
d. berdiam diri sahaja dan statik macam patung....
e. tenggelam bersama kapal yang dibina berjuta ringgit....
Ini adalah pertanyaan yang ditujukan ....... untuk memikir hala tuju anda sekelian pada tahun 2010
Tahun semakin ke hadapan dan umur semakin meningkat... jika diimbas kembali .... pada tahun 2005 lagi pelbagai cadangan telah diutarakan agar JKM dan PDk memikirkan bersama duduk semeja .... Cadangan yang baik perlulah dilaksanakan dan cadangan kurang baik dibrainstormingkan.....
Setiap satu cadangan yang saya perah dari otak saya adalah untuk faedah penghuni PDK iaitu OKU, penyelia dan petugas PDK...
Jadi gesaan saya tolonglah laksanakan demi faedah OKU. Lagipun kami semua warganegara Malaysia ...dilahirkan di Malaysia... bersekolah di Malaysia.... berkahwin di Malaysia dan akan meninggal dunia juga di Malaysia...
KENAPAKAH KAMI DIBEZAKAN DARI SEGI TARAF JAWATAN?
SEBAGAI CONTOHNYA KAMI BERSTATUS TAH APA-APALAH MISALNYA SAMBILAN, SANDARAN, PEKERJA SUKARELA, KONTRAK..... DAN MACAM-MACAM NAMA YANG DIBERI OLEH PIHAK PENGURUSAN UNTUK MENGABUI MATA KAMI DAN KAMI MACAM ORANG YANG TINGGAL DALAM KABUS DAN KABUT TERUS SAHAJA MENERIMA JAWATAN TERSEBUT DEMI MENCARI SESUAP NASI DAN MENGELAKKAN KEBULURAN...
JIKA TARAF INI DIBERIKAN KEPADA ORANG YANG BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA TAK MENGAPA JUGA ... INI WARGANEGARA MALAYSIA.... BELAJAR DI MALAYSIA DAN BEKERJA DI MALAYSIA ... KEMUDIAN MENGUNDI JUGA DI MALAYSIA
JADI DI MANAKAH KEADILAN YANG DIBERI KEPADA KAMI SEMUA?????????
FIKIR-FIKIRKANLAH YE .....
No comments:
Post a Comment