Sunday, December 27, 2009

CADANGAN UNTUK DIPERTIMBANGKAN .... MEMANG BAIK JIKA DILAKSANAKAN

Ini adalah beberapa cadangan yang boleh difikirkan, dipertimbangakan dan alhamdullillah jika dapat dilaksanakan.......

1. TARAF JAWATAN semua pekerja kontrak, sandaran, sambilan , pekerja sukarela DISERAPKAN dan diglobalisasikan supaya tidak wujud perbezaan di antara jawatan tetap dan jawatan sementara.

2. UPGRADE ILMU secara lebih mendalam lagi bukan hanya ilmu yang di atas angin.... sedikit sahaja

caranya kursus di universiti dan maktab perguruan.

3. NAMA JAWATAN DIUBAH kepada guru dan bukannya Penyelia ataupun petugas.

Nama jawatan penyelia diubah kepada guru besar

Nama jawatan petugas diubah kepada guru sesuai dengan gelaran yang dipanggil oleh pelatih PDK dan masyarakat sekitar.

4. PDK diberi kebenaran untuk mendapat CUTI SEKOLAH sama seperti sekolah iaitu ada cuti pertengahan penggal dan akhir tahun.

5. Penyelia dan petugas tidak diberi ELAUN tetapi DIUBAH KEPADA GAJI sesuai dengan nama orang yang bekerja.

6. PENGURUSAN KEWANGAN diambilalih oleh JKM.

7. PDK mempunyai BANGUNAN TERSENDIRI DAN DIINTEGRASIKAN DI SEKOLAH tanpa perlu menyewa rumah orang... lagi baik jika PDk dapat dibawa masuk ke sekolah kerajaan dan mempunyai ruangan tersendiri di sekolah tersebut.

Tujuannya supaya pelatih PDK akan mendapat sijil berhenti sekolah sesuai dengan moto ilmu untuk semua orang...

yang ini JKM dan Kementerian Pendidikan perlulah duduk semeja dan berbincang bersama-sama.


8. Untuk pembaharuan dan supaya PDk akan bergerak ke hadapan, ...... janganlah takut ah yang ini tak boleh buat... ah yang itu tak boleh buat... ah ini tak boleh... tetapi mempunyai tekad untuk berubah supaya akan bergerak ke hadapan... SELAMA INI PUN APABILA DISEBUT SAHAJA PDK...RAMAI ORANG DI LUAR SANA TIDAK MENGETAHUI APA ITU PDK?

9. Pembuatan FILEM mengenai PDK perlulah disegerakan supaya masyarakat dapat tahu apa itu PDK... tetapi persoalan timbul pula jika hanya 1 atau 2 kali tayangan orang ramai pun tetap tak tahu apa itu PDK... JADI SOLUITON YANG PALING BAIK IALAH MENYEWA 1 BAHAGIAN DARIPADA SEKOLAH DAN MEMBAWA PELATIH PDK KE SEKOLAH.

UNTUK YANG TELAH DEWASA... DIBAWA KE PUSAT GIAT MARA.... MAKSUDNYA MENYEWA 1 RUANGAN DAN MENGINTERGRASIKAN MEREKA DI SITU...


10. WUJUDKAN 1 JAWATAN BARU IAITU GURU PDK DI RUMAH.... INI KHAS UNTUK PELATIH PDK YANG TERLANTAR..........


11. DARIPADA MEWUJUDKAN BANYAK PDK YANG BERASINGAN BUKANKAH LEBIH BAIK JIKA DIGABUNGKAN DI SEKOLAH DENGAN PENDIDIKAN KHAS.

JIKA TERLALU BANYAK PDK AKAN MENYEBABKAN PENGURUSAN KEWANGAN YANG BANYAK TETAPI JIKA DINTEGRASIKAN DI SEKOLAH AKAN DAPAT MENJIMATKAN KEWANGAN... BUKANKAH BEGITU....


FIKIR-FIKIRKANLAH YE SEBAB INI HANYALAH CADANGAN DAN KEPUTUSANNYA DI TANGAN PEMERINTAH . pEMERINTAH PENGURUSAN YANG MEMEGANG PISAU DAN GUNTING BUKANNYA KAMI....

JIKA DIACU KEPADA KAMI KAMI YANG TERLUKA DAN BERDARAH

NANTILAH SAYA FIKIRKAN LAGI YE...


APABILA DAH TERLALU BANYAK BERFIKIR DAN MEMBERI CADANGAN PENING PULALAH KEPADA SAYA....

BAGAIMANA ... OK TAK CADANGAN INI????


FIKIR-FIKIRKANLAH YE.....

ke mana haluan kapal anda pada tahun 2010 wahai penghuni dan peraju PDK?

ke manakah HALUAN KAPAL yang akan dituju bersama dengan anak kapal dan penumpang anda sekelian?

a. ke hadapan dan mengharungi ombak memukul kapal

b. tidak bergerak kerana takut dengan pukulan ombak yang boleh membunuh dan mengancam diri

c. ke belakang kerana ia selamat

d. berdiam diri sahaja dan statik macam patung....

e. tenggelam bersama kapal yang dibina berjuta ringgit....


Ini adalah pertanyaan yang ditujukan ....... untuk memikir hala tuju anda sekelian pada tahun 2010

Tahun semakin ke hadapan dan umur semakin meningkat... jika diimbas kembali .... pada tahun 2005 lagi pelbagai cadangan telah diutarakan agar JKM dan PDk memikirkan bersama duduk semeja .... Cadangan yang baik perlulah dilaksanakan dan cadangan kurang baik dibrainstormingkan.....

Setiap satu cadangan yang saya perah dari otak saya adalah untuk faedah penghuni PDK iaitu OKU, penyelia dan petugas PDK...


Jadi gesaan saya tolonglah laksanakan demi faedah OKU. Lagipun kami semua warganegara Malaysia ...dilahirkan di Malaysia... bersekolah di Malaysia.... berkahwin di Malaysia dan akan meninggal dunia juga di Malaysia...

KENAPAKAH KAMI DIBEZAKAN DARI SEGI TARAF JAWATAN?

SEBAGAI CONTOHNYA KAMI BERSTATUS TAH APA-APALAH MISALNYA SAMBILAN, SANDARAN, PEKERJA SUKARELA, KONTRAK..... DAN MACAM-MACAM NAMA YANG DIBERI OLEH PIHAK PENGURUSAN UNTUK MENGABUI MATA KAMI DAN KAMI MACAM ORANG YANG TINGGAL DALAM KABUS DAN KABUT TERUS SAHAJA MENERIMA JAWATAN TERSEBUT DEMI MENCARI SESUAP NASI DAN MENGELAKKAN KEBULURAN...


JIKA TARAF INI DIBERIKAN KEPADA ORANG YANG BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA TAK MENGAPA JUGA ... INI WARGANEGARA MALAYSIA.... BELAJAR DI MALAYSIA DAN BEKERJA DI MALAYSIA ... KEMUDIAN MENGUNDI JUGA DI MALAYSIA


JADI DI MANAKAH KEADILAN YANG DIBERI KEPADA KAMI SEMUA?????????


FIKIR-FIKIRKANLAH YE .....

Thursday, December 17, 2009

Pandangan terhadap pengajaran pemelajaran pemulihan di PDK.................... fikirlah betul ataupun tidak....????

From: CIKGU ISHAK
Subject:
To: ...........................
Cc: ishakhamat61@yahoo.com.my
Date: Tuesday, December 15, 2009, 10:19 PM



Assalamualaikum,

semoga dalam kerahmatan Allah sentiasa. Setahu saya tiada sebab untuk anak istimewa tidak ditempatkan di Program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah kerajaan jika mereka berkemampuan untuk mengurus diri. Sebenarnyaa selain dari cikgu pemulihan khas saya juga adalah cikgu Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Sekiranya anak-anak istimewa di PDK berkemampuan mengurus diri, maksud saya, boleh ke tandas tanpa bantuan orang lain dan tidak terlalu agresif sehingga mengancam keselamatan murid lain, saya syorkan agar mereka ditempatkan di PKBP yang berdekatan.

Adalah lebih senang mengurus mereka di PKBP kerana setiap 6 orang murid akan diajar oleh seorang guru. Ini bukan pula bermakna guru di PDK tidak berkemampuan mengajar. Setakat yang saya faham anak=anak di PDK hanya disosialisasikan sahaja, berdasarkan kemampuan mereka.

Proses p&p kearah celik 3M tidak dititikberatkan. Betulkan saya jika saya tersilap.

Untuk menghargai komitmen cikgu disini sayaa kirimkan bersama sebahagian bahan-bahan yang saya gunakan dikelas pemulihan yang mungkin boleh disesuaikan untk anak-anak di PDK. Terima kasih. Sekian.

PERASAAN HASAD DENGKI DAN FITNAH

Ini ada satu cerita....

cerita benar bukan rekaan....

Pada suatu hari, dalam sebuah negeri .... tinggallah 4 orang kerani yang bekerja di sebuahpusat perniagaan...

Si Kerani A ..... menjaga amanah

Si kerani B ...... gilakan kuasa

Si kerani C ...... percaya membuta tuli

Si kerani D ....... mudah terpengaruh.


Jadi pada satu hari , si kerani A, datanglah ke pejabat tetapi kemudian kena keluar untuk membeli peralatan pejabat....

kali pertama beli dah tersilap jadi pergilah si kerani A ke kedai semula untuk membuat pertukaran barang....

selepas itu, kerani A pun pulanglah ke rumah tanpa berhenti ke pejabat kerana masa dah pulang.

Keesokkan harinya , Si kerani A terperanjat apabila menerima pertanyaan daripada kerani C . "Hah, kak mana pergi smart kad Astro? Kak tahu tak ke mana?

oleh kerana terperanjat. Jadi Si kerani A pun menjawab. " kak tak tahu sebab semalam kak tak singgah pejabat. Siapa yang balik lambat semalam? " tanya kerani A.

Barulah kerani C dapat gesa. dan cubalah bertanya kepada kerani B.

Dengan sinis ... si kerani B pun pergilah ke atas meja dan terus mengambil smart kad lalu memasangnya ke peti Astro.

Selang beberapa minit dan semua berada di pejabat.

Kata si kerani B, " Kak, semalam kak yang ambil smart kad tu ya dan letakkan ke atas almari"

Kata kerani A' " Saya tidak ambil sebab semalam selepas beli barang saya terus pulang. Saya pun tak tahu bagaimana cara untuk mencabut smart kad tu. Di rumah saya pun kad smart tu sejak juruteknik dah masukkan tak pernah dicabut kerana khuatir rosak "

Dengan senyum sinis, kerani B tersenyum kerana dapat memfitnah kerani A dan menuduhkan dengan tujuan memburukkan namanya.

Kerani pun menarik nafas panjang kerana kerani B selalu menuduhnya ... macam2 daripada mengalihkan komputer hinggalah kepada kad smart.

Kata kerani A," sememangnya kerani B berniat buruk dan ingin memfitnahnya. Jika katakanlah kerani A yang meletakkanya mudahlah kerani A mengambilnya tetapi kenapa kerani A tidak tahu tempatnya dan mudah pula kerani B mengambil kad itu kerana kerani B yang meletakkannya"


Ini diakui oleh kerani C. Dan kata kerani C memang kerani B telah memfitnah kerani A....







DAN SEKARANG KERANI B BERMAIN POLITIK UNTUK MENGAMBIL HATI SEMUA ORANG SUPAYA MENYOKONGNYA .....

NIATNYA HANYA SATU .... HANYA ALLLAH SAHAJA YANG TAHU....




FIKIR-FIKIRKANLAH YE CERITA SEBENAR INI..BUKAN CERITA REKAAN TETAPI BENAR ...

Monday, December 14, 2009

MEMPERJUANGKAN NASIB GURU

Sedang melayari internet dan terjumpa forum bagi guru pendidikan khas... best juga forum tu dan sempat jugalah khatamkan forum tu...


semasa melayarinya terdetik dalam hati Puan Suraya berhempas pulas menolong memperjuangkan nasih guru seMalaysia . ADAKAH INSAN SEPERTI CIKGU SURAYA YANG SANGGUP MEMPERJUANGKAN NASIB PETUGAS PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) SEMALAYSIA ...MALAHAN APABILA DITANYA NAMA PDK PUN ORANG TAK KENAL JADI......


Bangkitlah wahai insan mulia.... demi memperjuangkan nasib Petugas PDK dan pelatih OKU se Malaysia yang tidak diterima oleh sekolah .....

bahan pengajaran pemulihan untuk kanak-kanak oku

Jika di sekolah rendah dan menengah berlumba-lumba untuk membuat bahan pengajaran pemulihan untuk anak-anak murid mereka...

persoalan saya ...kenapa petugas di PDK buat tak kisah sahaja apabila hendak mengajar pemulihan anak murid mereka...

setahu saya sebelum mula mengajar sememangnya guru dan petugas perlu membuat alat bantuan pengajaran dan pemelajaran agar bersesuaian dengan anak murid mereka....

ADAKAH KERANA NAMA JAWATAN MEREKA PETUGAS DAN BUKAN GURU JADI TAK PERLULAH MEMBUAT ALAT BANTUAN PEMULIHAN DAN PENGAJARAN..


HAH...JKM DAN PDK LU FIKIRLAH SENDIRI APAKAH YANG MESTI DIBUAT????

Guna teknologi canggih dalam pembelajaran OKU

Guna teknologi canggih dalam pembelajaran OKU


KUALA LUMPUR 25 Jun - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di seluruh negara perlu menggunakan teknologi canggih bagi memudahkan pembelajaran orang kurang upaya (OKU).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, peralatan terkini yang lebih sesuai dengan perkembangan semasa juga mampu mempercepatkan proses pemulihan golongan berkenaan.

"Kita yakin melalui penggunaan peralatan berteknologi tinggi mampu memberi keselesaan kepada golongan ini sekali gus memantapkan lagi pembelajaran mereka,'' katanya.

Beliau berucap pada majlis penyerahan bantuan wang tunai RM280,000 bagi pembinaan 14 buah bilik terapi multi sensori di PPDK 4 Divisyen, Kompleks Perumahan Desa Tun Hussein Onn di sini hari ini.

Sumbangan syarikat Procter & Gamble (Malaysia) Sdn. Bhd. (P&G) itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yuri Hermida kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat, Halijah Yahya.

Bilik terapi multi sensori berfungsi membantu perkembangan minda kanak-kanak OKU termasuk mereka yang menghidap palsi serebrum, autisme, disleksia dan sindrom down.

Mengulas lanjut, Shahrizat memberitahu, untuk pembangunan golongan OKU, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM60.2 juta setahun.

"Setiap bulan kita memperuntukan lebih RM3,000 untuk perbelanjaan asas di setiap PPDK seluruh negara,'' katanya.

Beliau turut menggesa PPDK menubuhkan yayasan sendiri bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan kepada mereka.

"Penubuhan yayasan itu akan memudahkan pusat tersebut menjalankan aktiviti selain mempertingkatkan kebajikan,'' katanya.