Friday, December 22, 2006

sekolah pendidikan khas kementerian pendidikan


Sekolah Pendidikan Khas

Takrif Sekolah KhasPendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:
Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.Di antara program yang ditawarkan ialah:PrasekolahSyarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.Pelajaran RendahSyarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lainSemua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.Pelajaran MenengahSyarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
Berumur 13+ hingga 19+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lainPelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.Pendidikan Teknik dan Vokasionali) Sekolah KhasSekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah PendengaranSekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor BaruSekolah Menengah Teknik Langkawi, KedahSekolah Menengah Teknik Batu Pahat, JohorSekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, PerakSekolah Menengah Teknik Tanah Merah, KelantanSekolah Menengah Vokasional Keningau, SabahTempoh Pengajian
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.


Maklumat Lanjut :Jabatan Pendidikan KhasKementerian Pelajaran MalaysiaLaman ini telah dilihat : 53039 Laman ini dikemaskini : 05 April 2005


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKompleks Kerajaan Persekutuan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYA, MALAYSIATel: 603-8884 6000 Faks: 603-8889 5235Hakcipta Terpelihara © 2005 - Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi

No comments: