mengenai gaji pekerja Pusat Pemulihan Dalam Komuniti untuk makluman Yang Berhormat , guru yang bekerja di PDk adalah secara sukarela. Oleh itu, RM 445 yang dibayar kepada mereka adalah elaun bukannya gaji. Kini Kementerian telah memperuntukkan sejumlah RM 7,122,00 kepada 1,187 oramg guru PDK....... petikan daripadaperbahasan persidangan Dewan Rakyat oleh Puan Chew Mei Fun DR 1.12.2003 page 65
Saya ingin bertanya apakah maksud sukarela kepada Puan Chew Mei Fun? Cuba takrifkan dan beri penjelasan.
Teringat saya dahulu semasa saya ditemuduga oleh sebuah syarikat dan apabila saya berkata saya bekerja sebagai Pekerja Sukarela di Jabatan Kebajikan Masyarakat... Beliau berkata...Oh kamu bekerja sukarela...Jadi ini bermakna suka suka hati kamu buat kerja kamu buat...dan jika tidak suka ...kamu tidak perlu buat dan boleh ponteng?
Untuk menepis tohmahan dia , saya berkata tidak. Kami walaupun bekerja sukarela tetapi terikat dengan masa yang telah ditetapkan. tidak ponteng kerja...Namun begitu amat sedih sekali apabila kami diperlakukan seperti ini hanya kerana kami tidak bertaraf sebagai pekerja pemulihan dalam komuniti bertaraf sukarela...malang sungguh apabila Yang Berhormat dan pegawai bijaksana di Jabatan Kebajikan Masyarakat diharapkan untuk membela nasib kami tetapi membuat seperti kami tidak wujud....Akan tetapi apabila kerja mereka tergendala ...kamilah bertaraf sukarela ini diharapkan untuk menyelesaikan..... Kasihan sungguh nasib kami diketepikan daripada perkataan gaji walaupun sepatutnya setiap pekerja berhak mendapat gaji bukannya elaun melainkan dia belajar sesuai mendapat elaun, tidak mendapat bonus tetapi wang ihsan, tiada cuti tahunan persekolahan walaupun dipanggil guru.... mc cuti sakit tidak diiktiraf jadi pada siapa perlu kami mengadu melainkan hanya di medan ini sahaja dapat berdiskusi....
Pada zaman sekarang dengan bergaji hanya RM 455 sudah tentu tidak mencukupi.....
Adakah pihak pentadbir membuka mata? Rasanya tidak.....sebab mata mereka telah dibutakan hanya kerana kami bertaraf sukarela.............
No comments:
Post a Comment