Thursday, December 18, 2014
Tanpa prihatin ... tanpa bonus ...tanpa gaji minimum ....tanpa kenaikan cuti tahunan ... tanpa dihargai ...tanpa diiktiraf...tanpa segala galanya
Kami semuanya petugas pdk berwarganegara malaysia tetapi kenapa kami dibuat spt pekerja asing dari warganegara luar dan dijadikan pekerja kontrak for services .... kami tiada bonus ...tiada gaji malah diberikan elaun ... kami tiada kenaikan gaji tahunan ... kami tiada segalanya ....
GESAAN SAYA TOLONG ROMBAK SEMULA STATUS PERKHIDMATAN KAMI PETUGAS PDK DI DALAM BUKU GARIS PANDUAN TU DAN JADIKAN SEBAGAI TETAP ATAU PALING TIDAK PUN SBG PEKERJA KONTRAK OF SERVICES .... TOLONGLAH JGN ANIAYA PETUGAS PDK SE MLY DGN MENAFIKAN HAK SBG PEKERJA ....PRIHATINLAH KPD KAMI ....
Tuesday, August 19, 2014
kecacatan disebabkan oleh mereka yang tidak prihatin kepada pekerja ...fikirkanlah ye
Punca dan sebab musababnya ialah:
1. mereka berpendapat oh tidak perlu mencarum dalam SOSCO kerana kamu sukarela
(lagipun kata YB Dato Rohani ..."kami menggalakkan semangat kesukarelaan dan mereka yang sukarela tidak perlulah dimasukkan dalam AKTA KERJA " )
2. mereka telah tahu perlu memotong sosco tetapi mengambil jalan mudah memutar belitkan dengan menggunakan klausa dalam sumber manusia dengan cara menukarkan kepada skim baru skim pekerja KONTRAK DALAM PERKHIDMATAN
3. mereka yang bekerja berelaun rendah dan dalam kategori orang normal bukan OKU tetapi diketepikan hak sebagai pekerja
seharusnya mereka diberikan gaji bukan elaun dan dipotong SOSCO dab KWSP
4. Pergi dan pulang mereka tidak dilindungi dan kes kemalangan baik di tempat kerja dan di jalan raya semakin meningkat saban hari .....
andaikata mreka terlibat dalam bencana dan disahkan cacat ...siapa yang akan bertanggungjawab ke atas mereka...... Ada otak fikirlah ye
5. Majikan juga tidak prihatin dengan keadaan di dalam tempat mereka bekerja misalnnya di kilang .....ni untuk kilang yang sering terlepas pandang oleh pihak berwajib...... kebersihan dan keselamatan pekerja tidak dijaga......
hah ada otak tu fikirkanlah ye

Thursday, May 1, 2014
Tinjauan Dan Reaksi Individu Terhadap Pekerjaan Dan Majikan
Ini tinjauan dibuat oleh wartawan Harian sinar bersempena Hari Pekerja 2014....
Di PDK memang lain daripada lain .... Kami bukan pekerja dan bukan kontraktor dan bukan juga majikan ...hah pelikkan ???? ....sebab kami ni memang istimewa dan dipilih di antara ramai ramai orang untuk bekerja untuk orang orang istimewa.... sebab itulah kami ni digelar sebagai pekerja kontrak untuk perkhidmatan dan kami di antara orang yang terkaya dan hartawan di Malaysia walaupun berelaun RM 700 sebulan je ...
Alhamdulillah..........
Perbezaan Antara Majikan Dan Pekerja
video yang penuh makna tersirat..fikir fikirkanlah ye ....
beza antara majikan dan pekerja ..........
tips untuk para majikan mengelakkan daripada membayar gaji minimum seperti ditunjukkan oleh majikan kami ..kaedah tip top
Majikan Yang Tidak Mohon RM 900 Minima Perlu Didenda
wahai majikan ......
buatlah seperti majikan kami buat untuk mengelakkan daripada membayar gaji minimum...nak tahu caranya ...baca hingga habis ye..ni tips yang ditunjukkan oleh majikan kami.....
1. apabila pekerja anda mohon kerja tawarkan dia jawatan sebagai pekerja kontrak untuk perkhidmatan.
2. jika dia dah bekerja ubah sahaja skim bekerja dia kepada pekerja kontrak untuk perkhidmatan
kebaikannya ialah:
1. anda tak perlu potong kwsp (menyusahkan anda sahaja)
2. anda tak perlu potong sosco (menyusahkan anda sahaja)
3. anda tak perlu beri mereka duit untuk kerja lebih masa (menyusahkan anda sahaja) tetapi anda boleh paksa mereka bekerja lebih masa tanpa kira masa dan hari
4. anda tak perlu beri mereka bonus pun ( menyusahkan anda sahaja dengan tambahan bonus ni pada pekerja)
5. anda tak perlu beri mereka mileage tapi anda boleh paksa mereka buat mileage
6. anda boleh menggunakan kenderaan mereka sebab apa yang mereka ada itu adalah hak anda sebagai majikan mereka.
7. anda tak perlu mereka motivasi sebab jika mereka nak kerja mereka kerjalah
8. anda tak perlu memberi mereka latihan bekerja sebab jika anda bijak anda boleh paksa mereka bekerja atas daya inisiatif / kreativiti sendiri
9. anda boleh ugut mereka jika mereka tak nak bekerja you can get out from here....
10 . anda boleh salahkan mereka kerana kenapa mereka memohon kerja ni ...
11. pekerja anda tidak boleh mengadu pada mana mana kesatuan sekerja atau jabatan tenaga kerja kerana mereka tak termasuk dalam akta pekerja tahun 1955
12. anda boleh memberi mereka elaun sahaja tanpa perlu memberi mereka gaji . ini untuk mengelakkan mereka dapat gaji minimum
13. anda dibenarkan membuat apa sahaja ke atas mereka tanpa perlu khuatir tindakan undang undang ke atas anda....
Insya allah jika saya buka perniagaan sendiri ..saya akan gunakan cara ini sebab ini yang diajar oleh majikan saya .... jadi saya dapat elakkan bayar gaji minimum dan saya selaku majikan tak akan dikenakan denda atau ditangkap .
Oh ye satu lagi anda boleh beri mereka elaun RM 600 atau RM 700 terpulanglah sebab di Malaysia ini dengan kenaikan semua barangan dan perkhidmatan ...di tambah lagi gst cukai cukai dan TPPA ini akan memberi anda kelebihan berbanding mereka yang bekerja tetap ...best kan tip ni .... saya pun akan ikut cara ini... bak kata pepatah bapa borek anaknya rintik...hihihihi
Monday, February 17, 2014
Inflation cost for medical treatment
Inflation cost for medical treatment.
Kalau anda masih sihat anda perlu menyediakan kewangan yg mecukupi sebelum berlaku perkara yg tidak diingini.
Semakin naik dan terus naik....Kami yang bekerja di Pusat pemulihan Dalam Komuniti PDK ni sudahlah berpendapatan rendah hanya RM 700 tanpa potongan sosco...Andai katalah jika berlaku sesuatu kemalangan yang tidak diingini baik semasa pergi bekerja , dalam bekerja di PDK atau semasa membuat lawatan ke rumah atau pulang bekerja ataupun jika ditimpa penyakit kritikal manalah kami berkemampuan untuk menyediakan kewangan dalam jumlah yang besar RM 54,000 tu.....Nampaknya terpaksalah menahan kesakitan dan menanti ajal sahajalah .... walaupun bekerja tetapi kami tiada sosco dan tiada insuran perubatan.... Alkisahnya yang sipendatang asing pihak majikan boleh pula memberi mereka insuran tetapi kami anak warganegara Malaysia terbiar walaupun bekerja.......Apalah malangnya nasib....cuma berserahlah dan berdoalah jangan sesuatu tidak baik menimpa pada kami ... Almaklumlah kami di PDK ni walaupun mendapat elaun daripada JKM alias Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebab tak mampu nak beri istilah gaji jadi diberilah istilah elaun .... dan kamipun sebab mereka tak mampu nak bertanggungjawab untuk menjadi majikan akhirnya diserahkanlah kepada komuniti ...itu jalan yang paling mudah untuk melepaskan tanggungjawab kepada orang lain ... dan idea paling best ini sebenarnya datang daripada golongan berstatus elit alkisahnya............ Apabila diungkitkan agar diberi gaji minimum dalam mesyuarat mereka mengatakan Ooooohhhh ini tidak mungkin kerana melibatkan kos yang tinggi padahal jika difikirkan boleh pasti boleh dilakukan tetapi apabila difikirkan tidak boleh bermacam macamlah alasan yang diberikan untuk mengelak tanggungjawab ....ahh di sunia terlepas tetapi di akhirat jawablah sendiri ya...bukan mulut menjawab tetapi anggota lain menjawabnya......
Pandanglah di bawah jangan asyik pandang di atas tu aje ye......

Dosa Purba Yang Di Lihat Moden
Dosa Purba Yang Di Lihat Moden
by admin on July 11, 2012
by: Mohd Al Adib Samuri
http://www.al-adib.net/
Pengalaman belajar English bersama pelajar dari pelbagai negara membuka ruang kepada saya untuk melihat dunia dengan lebih luas. Saya bertemu dengan ramai manusia yang berstatus Muslim, tetapi mempunyai pelbagai wajah.
“Saya sudah merasa beberapa jenis alkohol di Malaysia. Menarik sekali.” Seorang Muslim Iran yang pertama kali keluar dari negaranya bercerita penuh bangga. Kelab malam di ibu kota Kuala Lumpur dirayapi setiap malam.
Tiadakah arak di Iran, sehingga kamu terpaksa meminumnya di sini?” Saya membalas.
“Ada, tetapi dijual secara haram. Sukar didapati.” Lelaki 10 tahun muda daripada saya itu menjawab. Kemudian dia menyambung, “saya rasa ingin tukar mazhab. Jadi Sunni mungkin lebih mudah daripada menganuti Shiah.” Dia menambah yang dirinya begitu tertarik dengan keterbukaan negara Sunni seperti Malaysia, yang bebas untuk membuat dosa apa sahaja.
Bodoh! Hati saya membentak
“Kamu hendak ikut saya pada malam ini?” Anak muda Iran itu mengajak rakan sebelah kirinya, seorang Russian setelah tahu saya adalah seorang Sunni yang taat. Hampir setiap hari dia akan bercerita tentang kelab malam yang baru dikunjungi, arak dan makanan haram yang diratah di bumi Malaysia ini.
Kehidupan sosial yang beraktivitikan maksiat.
Kelab Sosial Pelbagai Nama dan Jenama
Kelab hiburan, diperindahkan sebutannya oleh P. Ramlee sebagai Kalabul Malami, memang destinasi yang menjadi pilihan bagi hati-hati yang menggemarinya. Malahan, media dan produksi tv di Malaysia tidak jemu memaparkan kelab malam sebagai destinasi pelepas tekanan perasaan, penghilang penat dan pengubat masalah hidup yang membelenggu. Medan pertemuan manusia socialite ini hanya beroperasi apabila menjelang malam hari, malah pengusaha di Malaysia menjadi terlebih Barat dengan membukanya sehingga lewat pagi. Malah, pada tahun 2010, terdapat menteri Malaysia yang hilang pedoman dengan memperuntukkan sejumlah dana kepada industri kelab hiburan bagi menarik minat pelancong luar. Nampaknya, budaya ‘clubbing’ tidak pernah hilang pada dada para pencinta dan pejuang maksiat. Budaya ini akan terus dipertahankan dalam jalur kehidupan mereka.
Lebih malang, apabila terdapat serbuan daripada pihak berkuasa agama terhadap kelab hiburan, pelbagai pihak bangkit mengkritik. Para liberalis akan kepanasan berhujah bahawa kesalahan moral tidak patut diangkat sebagai suatu perundangan, malah dosa peribadi tidak patut diambil tahu oleh pemerintah negeri. Para kapitalis pula asyik mengira figur kerugian yang tidak pernah ditunjukkan dengan kajian empirikal. Para pendukung sekularis juga bersuara sumbang mengkritik negara ini jangan cenderung mengikut jalan Taliban. Dunia moden ini menyaksikan pendosa dan ahli maksiat seringkali kelihatan terbela.
Tempat-tempat berkumpul ini tidak hanya berjenama kelab malam atau kelab hiburan. Malahan, ada juga berlabelkan pusat kesihatan, pusat kecergasan dan rumah kelab. Namun, kandungan dan aktivitinya sama.
Dosa Purba
Sebenarnya, cara hidup ber‘clubbing’ yang sering dilihat moden itu adalah maksiat purba yang telah lama wujud dalam peradaban manusia. Aktiviti yang kelihatan ‘cool’ itu adalah warisan daripada Kaum Nabi Lut.
أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ وَتَقْطَعُونَ السَّبِيلَ وَتَأْتُونَ فِي نَادِيكُمُ الْمُنْكَرَ
Maksud: Kalian melakukan hubungan seks bersama lelaki, merompak di jalanan dan mendatangi tempat pertemuan untuk melakukan munkar. (al-Ankabut: ayat 29)
Kebanyakan kita hanya tahu bahawa kemurkaan Allah yang menimpa Kaum Nabi Lut disebabkan oleh kecenderungan orientasi seksual mereka yang melawan fitrah yang ditetapkan Allah. Sebenarnya, mereka turut melakukan dua lagi dosa iaitu merompak dan mendatangi kelab pertemuan untuk melakukan maksiat dan mungkar, sebagaimana yang diterangkan dalam ayat di atas. Apabila Nabi Lut berdakwah kepada mereka untuk meninggalkan tiga maksiat tersebut, mereka mencabar Allah dan Rasul-Nya agar segera menurunkan azab yang diancam ke atas mereka.
Ayat di atas juga menjelaskan bahawa manusia sudah ber’clubbing’ semenjak zaman dahulu lagi dan bermaksiat di dalamnya. Perkataan ‘nadi’ itu bermaksud tempat pertemuan orang untuk berkomunikasi, sebagaimana dijelaskan oleh al-Isfahani. (al-Isfahani, al-Mufradat fi Gharib al-Quran, Lubnan: Dar al-Makrifah, jil. 1, hlm. 486) Perkataan mungkar dalam ayat itu pula ditakrifkan oleh al-Isfahani sebagai setiap perbuatan yang dinilai oleh akal yang sihat sebagai suatu yang buruk atau jika tidak ditetapkan oleh akal tentang keburukan dan kebaikannya, syariat telah menganggapnya sebagai suatu yang buruk. (al-Isfahani, al-Mufradat fi Gharib al-Quran, Lubnan: Dar al-Makrifah, jil. 1, hlm. 505) Rumusannya, perbuatan berkumpul di suatu tempat pertemuan untuk melakukan kemungkaran telah lama dijadikan budaya hidup Kaum Lut. Apabila menyebut kemungkaran, segalanya terhimpun di tempat itu, sama ada meminum arak, menikmati seks terlarang mahupun berjudi.
Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa “kaum Lut melakukan dan membicarakan sesuatu yang tidak wajar di tempat pertemuan mereka yang mereka berkumpul padanya dan tidak mengingkari perbuatan mungkar yang dilakukan antara satu sama lain.” Terdapat banyak pandangan ahli tafsir tentang jenis kemungkaran yang Kaum Lut lakukan. Mujahid berpandangan bahawa Kaum Lut melakukan hubungan seksual di hadapan khalayak awam. Terdapat juga pendapat yang mengatakan mereka suka melaga binatang (bagi tujuan perjudian). (Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, Beirut: Dar al-Fikr, 1401H, jil. 3, hlm. 412) Terdapat suatu hadith yang menerangkan maksud ayat ini. Ummu Hani’ melaporkan bahawa:
سألت رسول الله عن قوله تعالى ( وتأتون في ناديكم المنكر ). قال: يخذفون أهل الطريق ويسخرون منهم .
Aku bertanya kepada Rasulullah tentang maksud ( وَتَأْتُونَ فِي نَادِيكُمُ الْمُنْكَرَ ).
Baginda menjawab: “Mereka melontar batu kepada pengguna jalan raya dan mengejek-ngejek mereka.” (Muhammad bin Isa, Sunan al-Tirmizi, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath, jil. 5, hlm. 342, no. Hadith: 3190. Dihukumkan sebagai hasan oleh al-Tirmizi.)
al-Mubarakfuri ketika memberi komentar terhadap hadith di atas telah mengumpulkan pelbagai pendapat tentang jenis kemungkaran yang dilakukan oleh Kaum Nabi Lut, sebagaimana yang disenaraikan oleh Ibn Kathir. Selain kemungkaran yang dinyatakan oleh hadith di atas, Aisyah melaporkan bahawa mereka melakukan hubungan seks sesama lelaki secara terbuka di hadapan orang di tempat itu. (al-Mubarakfuri, Muhammad Abd al-Rahman bin Abd al-Rahim. Tuhfat al-Ahwazi, Beirut: Dar al-Kitab al-Ilmiyah, jil. 9, hlm. 36.)
Daripada perbincangan ini, jelaslah bahawa setiap perbuatan mungkar yang dilakukan di suatu tempat secara beramai-ramai sememangnya mendapat kemurkaan Allah. Ini kerana maksiat dan kemungkaran itu dilakukan secara terbuka, malah pelakunya merasa bangga serta tiada seorang pun menegur antara satu sama lain agar perbuatan itu dihentikan. Maksiat ‘clubbing’ yang klasik ini nampaknya terus bertahan di dunia moden dan tidak banyak inovasi yang ditawarkan oleh syaitan. Ringkas sahaja, arak, judi, muzik dan seks!
Hidup bersosial tanpa dosa
Mengapa perlu bersosial di premis penuh fitnah dan membuka pintu kepada pelbagai dosa?
Tidak salah untuk duduk berkumpul, berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama. Ini kerana manusia memang dicipta Allah sebagai makhluk yang suka bersosial. Namun, interaksi sesama manusia perlulah berada atas landasan taqwa, iaitu rasa takut kepada Allah. Manusia yang berhubung dengan manusia lain atas dasar takut kepada Allah akan mencetuskan momentum untuk lebih dekat kepada Allah.
Hakikatnya, manusia berhubungan mengikut kecenderungan rohnya. Kaki masjid akan selesa berbicara dengan orang yang turut suka menghidupkan masjid. Manakala, ahli maksiat akan lebih gembira untuk melakukan dosa apabila duduk bersama-sama rakan sejenisnya. Dua jenis manusia ini sukar sekali berhubung hati. Inilah maksud bagi hadith yang dinyatakan oleh Rasulullah:
الْأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ فما تَعَارَفَ منها ائْتَلَفَ وما تَنَاكَرَ منها اخْتَلَفَ
Maksud: Ruh adalah seperti bala tentera yang terkerah, maka sesiapa yang mereka kenali, mereka akan bersamanya. Dan sesiapa yang mereka tidak kenali, mereka tidak akan bersama. (al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar Ibn Kathir, 1987, jil. 3, hlm. 1213, no. Hadith: 3158.)
Kita punya pilihan untuk memilih untuk bersosial bersama ‘roh’ yang bagaimana dan di mana
Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan
Sumber: http://www.tranungkite.net/
Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan
by admin on October 27, 2011
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir
Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)
Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan
Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.
Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.
Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik
Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang
Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya
Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya
Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam
Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.
Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w
Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya
Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk
* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar
* Dimanakah kita?
Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam
http://myibrah.com/panduan-mendidik-anak-mengikut-islam
Sabda Rasulullah s.a.w.
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam
by admin on November 10, 2011
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otakSabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
Apa istimewa tarikh itu? fikir fikirkanlah ....
Apa istimewa tarikh itu?
MUHAMAD HAFIZ MAHMOOD
1 Januari 2014
- - foto hiasan sumber internet
Tahukah anda bahawa 2014 juga tidak terlepas dengan tarikh yang mengujakan? Cuba periksa kalendar anda untuk tarikh yang berikut:
04-04-2014
06-06-2014
08-08-2014
10-10-2014
12-12-2014
Mungkin ada yang berkata, cuma nombor yang sama, tapi apakah rahsia disebaliknya?
Kepada yang selesai menatap kalendar dan mungkin ada yang tidak perasan bahawa tarikh-tarikh tersebut semuanya jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam.
Jumaat merupakan hari manusia dihidupkan, dimatikan dan juga dihidupkan kembali di akhirat kelak.
Selain daripada itu, Jumaat juga hari yang menyaksikan umat Islam berkumpul di bawah bumbung rumah-rumah ALLAH SWT untuk menunaikan solat fardhu Jumaat.
Bagi pihak lain, tarikh sebegini mampu memberi 1001 erti dan memainkan peranan yang amat besar dalam membina dan memelihara hubungan. Untuk sesetengah orang, tarikh yang menarik akan memelihara memori yang berlaku pada tarikh tersebut.
Sunday, February 16, 2014
Wednesday, February 12, 2014
Feeding for the child with cerebral palsy
Many children with cerebral palsy have problems in eating and drinking which can cause a lot of difficulty for the parents. However with appropriate management, these problems can be reduced considerably. It is important to remember that the sooner correct management is introduced, the better are the chances of reducing the problems. The first step to appropriate management is seating your child correctly while he is eating and drinking.
http://www.asksource.info/pdf/A933_feedingthechild_1995.pdf
SEATING YOUR CHILD ON THE LAP | |
A mother usually feeds a child who is very young by making him sit on her lap. Let your child sit on your lap. Place your arm around his neck so that his head is kept straight and facing forward. This position is suitable while he is being fed or given a drink. | |
Do not feed your child while he is lying on your lap as there is a danger of choking. To make feeding and drinking easier for your child, try and get your child to sit by himself on the floor or on a chair if he can! It will also make him more independent. | |
INDEPENDENT SITTING | |
If your child can sit by himself, you can place him on the floor for feeding. A floor table can be put in front of him. In this way, he will spill food while eating. | |
You can also seat him on a chair with a table kept in front. The height of the chair should be such that his feet are flat on the ground. | |
It is more convenient to feed your child when you sit facing him. | |
ADAPTED FLOOR SEATING | |
If your child cannot sit by himself on the floor or on a chair, placing him in one of the following positions may be helpful. If your child has not learnt to sit by himself without support, then seat him against the wall and place a floor table in front of him. The table will give him support from the front. | |
if the floor table does not give enough support, your child may still tend to fall sideways. In this case, a cut-out table will be more comfortable. It will fit around his chest and also give support to his elbows. | |
If your child needs more support, then make her sit in the corner of a room on a cushion or on a rolled up blanket. Place a floor table or a cut-out table in front of her to provide additional support. | |

You may find it difficult to seat your child in the positions mentioned earlier due to his physical problems or his lack of understanding. A list of adapted seats is given below. When you choose a seat for your child, consider the difficulties he has as well as the space available in your house. | |
If your child is able to hold up his head, place him in a corner seat. If he tends to fall or slip forward, fix a cylindrical block of wood in the seat between his legs. This will prevent him from slipping forward. | |
Try using a floor seat if your child still continues to have problems. This kind of seat will give more support to the back and sides. If he slips forward while sitting, then fix a cylindrical block of wood on the seat between the child's legs. | |
Your child can be fed while he is sitting in a corner seat or a floor seat by placing a small floor table or a cut-out table in front of him. | |
maaf kerana lama tidak menulis
Maaf kepada para pembaca yang sentiasa menanti siri perbincangan dalam blog ini. Bukannya tidak minat lagi untuk menulis . bukan begitu . terasa jari jemari ni berlari lari di atas papan pemuka blog ini. Buat masa sekarang ini terasa sibuk kerana sedang meneroka kaedah baru dalam youtube pula...oh ye saya telah pun mengupload video baru dalam youtube untuk pelatih pelatih di pdk tpt saya berkhidmat sebagai pekerja kontrak untuk perkhidmatan di sana.
sekarang ini bertambah letih la pula kerana staf di pdk ...oops tu pun jika nak dianggap staf kerana klausa kontrak tu senditi buatkan anak tak mengaku ayah dan ayah tak mengaku anak betul tak? akhirnya terdamparlah di rumah orang tua dibuang oleh anak . untuk kes ini pekerja membuang kerja kontrak dan mencari kerja lain. di tempat saya ada 2 orang telah berhenti kerana mencari kerja lain dan seorang lagi dalam proses mencari kerja lain..... bukannya apa kerana mereka hendak masa depan yang lebih terjamin kerana disebabkan klausa kontrak tu sendiri membuatkan mereka rasa tak terjamin . Di tambah lagi dengan himpitan daripada pihak pengurusan JKM , pihak PDK, pihak penyelia membuatkan mereka rasa fed up untuk bekerja dan akhirnya mereka ambil keputusan berhenti . Mereka adalah dalam golongan yang ada potensi tetapi sayang disebabkan factor di atas mereka terpaksa mencari alternative lain. Hah yang di atas tu tolonglah fikir fikirkan yang di bawah ini jangan asyik nak menghimpit aje..... tolonglah tengok kaki kamu yang melangkah tu dan ingatlah tanpa kakimu tak akan dapat bergerak ke hadapan dan tanpa pekerja di pdk tak akan berfungsi kelancaran tugas kamu tu dan tak akan kamu mendapat nama yang baik dari orang yang lebih di atas daripada kamu tu .... hah tolonglah fikir fikirkanlah ye..........

Subscribe to:
Posts (Atom)