PDK NET adalah satu rancangan yang dianjurkan bertujuan agar tenaga pengerak pdk seperti pekerja pdk, ibu bapa dan warga OKU itu sendiri menggunakan IT untuk mencari maklumat ataupun berhubung dengan rakan lain.
Memang baik objektif yang diusahakan oleh DAGS itu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Akan tetapi malang sekali apabila laman web pdk net itu hanya ada maklumat pada tahun 2004 sahaja. Bolehlah katakan maklumat out of date kan?
Kenapa dan apa dah jadi dengan PDK net? Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah berbelanja ribuan ringgit membeli komputer, Projektor dsb membina laman web.... tetapi tidak dikemaskini....Janganlah hangat-hangat tahi ayam...Jika nak buat 2 biarlah buat bersungguh-sungguh sampai berjaya.....janganlah buat setakat setengah jalan sahaja....
Buat sampai jaya...k?
Bukan nak kutuk tetapi yang lemah itu perbaikilah agar nama harum di pandangan masyarakat k?
No comments:
Post a Comment