Merangsang Kanak-kanak Cacat
MEMAKSIMUMKAN POTENSI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK CACAT
Dalam mana-mana masyarakat, pasti akan terdapat golongan cacat, sama ada cacat fizikal ataupun mental. Antara jenis-jenis kecacatan yang biasa adalah rencat akal, pekak, buta dan cerebal palsy (biasa dikenali sebagai spastik ) yang menyebabkan ketidakupayaan menggunakan tangandan kaki . Selain kecacatan -kecacatan ini , banyak lagi kategori cacat seperti epilepsi ( sawan ) , bisu (tidak boleh bercakap walaupun pendengaran baik ) , juling , rabun , hiperaktif dan lain -lain lagi .
Terdapat ramai kanak -kanak dilahirkan dengan berbagai -bagai jenis kecacatan . Antaranya adalah rabit lelangit , rabit bibir , kerosakan jantung , kerosakan usus , kecacatan pada urat saraf dan sistem -sistem lain dan sebagainya . Kecacatan boleh dibahagikan kepada tiga kategori :
1. Kecacatan semula jadi , sama ada yang berkaitan dengan baka atau penyakit yang berlaku pada peringkat bayi lagi .
2.Perintal , iaitu dari 28 minggu sehingga satu minggu selepas bayi dilahirkan . Umpamanya , bayi yang dilahirkan lemas ( perinatal Asphyxia ) akan mengalami kerosakan otak , jangkitan , penyakit kuning yang serius dan sebagainya .
3.Bayi dilahirkan normal tetapi kecacatan berlaku akibat penyakit , kecederaan atau kemalangan .
Dianggarkan hampir 3 % daripada jumlah kanak -kanak di negara ini mengalami kecacatan yang teruk . Hasil kajian yang dijalankan disentul pada tahun 1982 ke atas sekumpulan kanak -kanak berusia dari tiga hingga sembilan tahun mendapati tidak kurang daripada 30 orang kanak -kanak dikatakan mengalami kecacatan disenaraikan dibawah ini. Angka dalam kurungan ialah bilangan kanak -kanak yang terlibat bagi setiap kecacatan :-
1. Kecacatan akal ( 15 )
2. Spastik ( 3)
3. Sawan ( 3)
4. Pekak ( 1 )
5. Rabun ( 1 )
6. Masalah pertuturan ( 2)
7. Masalah penbelajaran ( 4 )
8. Masalah tingkah laku ( 1 )
Jumlah - 30
Kebanyakan kajian yang dijalankan di negara -negara lain mendapati bahawa bilanagan kanak -kanak cacat teruk dan sederhanan dianggarkan diantara 10 hingga 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kanak -kanak . Ini suatu angka yang sangat besar dan sudah tentu akan memerlukan sumber kewangan dan tenaga mahir yang besarbagi menyediakan perkhidmatan -perkhidmatan untuk membantu kanak -kanak itu.
Setiap kanak -kanak memerlukan perkara -perkara asas dalam kehidupan seperti makan minum , pakaian , tempat perlindungan dan kasih sayang ibu bapa . Keperluan -keperluan ini perlulah dipenuhi supaya dia dapat berkembang dan membesar dengan sempurna . Setiap kanak -kanak ingin menikmati keindahan hidup dan merasakan dirinya dihargai serta mempunyai sesuatu kebolehan yang dapat dibanggakan . Begitu juga dengan kanak -kanak cacat , malahan ada diantara mereka yang memerlikan perkara -perkara lain yang lebih khusus Umpamanya , kanak -kanak pekak mungkin memerlukan alat pendengaran dan latihan pertuturan . Kanak -kanak rabun mungkin memerlukan cermin mata . Kanak -kanak spastik pula memerlukan latihan berbentuk fisioterapi ., terapi cara kerja serta alat -alat untuk membantunya duduk , berdiri dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain . Kanak -kanak rencat akal sejak lahir memerlukan pendidikan khas yang disesuaikan dengan tahap inteleknya . Disamping itu , terdapat juga kanak -kanak yang mengalami berbagai -bagai jenis kecacatan seperti cacat penglihatan dan pendengaran . Contohnya , bayi yang menghidap congenital rubella bukan sahaja dilahirkan bertubuh kecil tetapi mungkin juga pekak , buta atau mengalami kerosakan jantung dan sebagainya . Keperluan -keperluan kanak -kanak ini lebih kompleks dan ibu bapa amat memerlukan nasihat dari golongan profesional yang arif tentang rawatan dan program pemulihan bagi kanak -kanak cacat .
Ibu bapa yang mempunyai anak cacat sering mengemukakan beberapa persoalan asa . Mengapa keadaan ini boleh berlaku kepada mereka ? Bolehkah anak mereka dipulihkan atau dirawat ? Apakah masalah -masalah yang mungkin mereka hadapi dalam mengasuh dan mendidik anak dari semasa ke semasa dan bagaimanakah cara pengendaliannya ? Bagaimanakah masa depan anak mereka ? Bolehkah anak -anak ini dimasukan ke sekolah atau mungkinkah mereka akan terus terbiar di bawah jagaan ibu bapa tanpa bantuan pihak kerajaan atau badan -badan tertentu untuk meningkatkan perkembangan anak mereka ? Bolehkah keadaan ini berulang ? Siapakah yang akan menjaga anak cacat mereka selepas mereka meninggal dunia ?
Setiap persoalan di atas menjadi ' pre - occupation ' kepada ibu bapa dan mereka amat memerlukan bimbingan profesional yang arif dalam menilai , merawat dan memulihkan kanak -kanak cacat .
Pada masa ini , sudah ada banyak teknologi untuk mencegah dan merawat penyakit yang boleh menyebabkan kecacatan dikalangan kanak -kanak . Teknik -teknik untuk memaksimumkan potensi perkembangan kanak -kanak cacat juga telah berkembang dengan pesatnya . Kemajuan sains amat pesat dan hari demi hari , maklumat -maklumat berkaitan dengan aspek -aspek ini sering dikemukakan oleh para penyelidik sama ada melalui majalah -majalah sains , persidangan -persidangan sains , media massa dan sebagainya . Dalam soal pengendalian kanak -kanak cacat , dua prinsip perlu dihayati :
1. Mengenal pasti kecacatan dari peringkat awal .
2. Memulakan intervensi atau langkah -langkah pemulihan dari peringkat awal .
Kedua -dua prinsip ini amatpenting memandangkan bahawa kadar tumbesaran dan perkembangan kanak -kanak cacat amat pesat sekali pada peringkat usia di bawah lima tahun . Para penyelidik telah lama menyedari tentang peringkat -peringkat yang dinamakan critical periods of growth and development. Umpamanya, seorang kanak-kanak yang dilahirkan dengan katarak mata akan rabun jika pembedahan tidak dilakukan pada peringkat awal lagi. Begitu juga dengan kanak-kanak yang dilahirkan pekak: tanpa alat pendengaran dan latihan berkomunikasi dari peringkat bayi lagi, peluangnya untuk mencapai kebolehan bertutur dengan baik amat tipis sekali. Perkembangan bahasa amat penting sekali pada peringkat usia di bawah tiga tahun dan keadaan-keadaan seperti kurang daya pendengaran dan rangsangan akan menjejaskan perkembangan bahasa kanak-kanak tersebut .
Pentingnya mengenal pasti kecacatan dari peringkat awal
Kecacatan-kecacatan fizikal seperti rabit bibir, rabit lelangit, capik kaki, katarak mata, berkepala besar (hydrocephalus) dan tanda-tanda di bahadian kulit mudah dikenal pasti tetapi kecacatan-kecacatan seperti pekak dan rencat akal tidak ketara dan memerlukan cara pemeriksaan dan penilaian yang khusus. Justeru itu, jika kemungkinan-kemungkinan ini tidak difikirkan, banyak kes bayi pekak dan rencat akal tidak dikenal pasti dari peringkat awal lagi menyebabkan program intervensi sering lambat dimulakan.
Contohnya, kanak-kanak yang dilahirkan pekak mungkin tidak dapat dikenal pasti kecacatannya sehingga beberapa tahun lamanya . Seelok-eloknya, pemeriksaan dibuat sewaktu dia masih dihospital lagi untuk menentukan sama ada dia pekak atau tidak. Jika dia disahkan pekek, usaha untuk membekalkannya dengan alat pendengaran boleh diatur. Program untuk melatih ibu bapa kanak-kanak itu tentang teknik-teknik berkomunikasi dan mengajar anak mereka memahami dan menggunakan bahasaperlu diaturkan.
Satu contoh lagi melibatkan kanak-kanak yang mengalami kerosakkan otak sewaktu kelahiran sehingga menyebabkan dia spastik. Dia mungkin tidak boleh menggerakkan kaki dan tangannya seperti kanak-kanak biasa. Apa yang sering berlaku ialah ibu bapa kanak-kanak spastik kerap membiarkan anak mereka bersendirian kerana tidak tahu cara untuk mendapatkan perhatian dan merangsang si anak itu. Akibatnya, anak mereka kurang mendapat perhatian. Mereka hanya memenuhi keperluan-keperluan asas anak mereka sahaja seperti menyediakan makan minum. Membersihkan diri dan memakaikan seluar dan baju.
Kanak-kanak cacat sering tidak diberi rangsangan yang cukup untuk membolehkan mereka berkembang dan menguasai kemahiran-kemahiran asas. Ini jelas dapat dilihat dalam kajian keatas kanak-kanak cacat di Sentul. Berbagai-bagai faktor boleh menyebabkan keadan ini berlaku. Ibu bapa sedar bahawa anak mereka rencat akal tetapi tidak mengetahui ciri-ciri kekuatan yang dimilikinya. Teknik-teknik rangsangan yang boleh mereka gunakan untuk membantu kanak-kanak mereka menguasai kemahiran-kemahiran tertentu tidak pernah diajarkan. Mereka juga terlalu sibuk dengan perkejaan masing-masing sehingga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap anak mereka. Apa yang diperlukan oleh setiap ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak cacat ialah maklumat tentang setiap aspek yang berkaitan dengan kecacatan, kaedah-kaedah pemulihan yang sesuai untuk anak itu dan sama ada sianak itu perlu rawatan perubatan yang tertentu atau tidak.
Kanak-kanak berbeza antara satu dengan yang lain. Tidak semua kanak-kanak cacat boleh mendapat manfaat daripada sesuatu program. Umpamanya, dalam satu kelas pemulihan, kanak-kanak yang kurang tumpuan perhatian (attention span deficit disorder) kerap tidak mengikut arahan guru, tidak boleh duduk diam dan asyik merayau-rayau sesuka hatinya. Oleh itu, prestasi akademiknya pasti tidak memuaskan. Seelok-eloknya, guru perlu memberikan lebih perhatian kepadanya dengan memanggil-manggil namanya, menepuk-nepuk tangan dan memetik jari selalu untuk mendapatkan perhatiannya. Kanak-kanak ini sering memerlukan isyarat-isyarat dan tunjuk ajar yang menggunakan pendekatan satu dengan satu. Tetapi, situasi didalam bilik darjah biasa tidak sesuai kerana seorang guru perlu mengawasi tidak kurang daripada 40 orang murid. Suatu program khas perlulah diaturkan untuk kanak-kanak tersebut jika prestasi inteleknya ingin dipertingkatkan.
Taraf sosioekonomi dan tahap pendidikan sesuatu keluarga itu banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak yang cacat. Umpamanya, seorang bayi yang dilahirkan pekak mungkin cepat dikenal pasti kecacatannya jika ibu bapanya sendiri cepat mengesyaki keadaan ini dan bersungguh-sungguh mencari pakar kanak-kanak untuk mendapatkan pengesahan. Setelah penilaian dibuat, besar kemungkinan sianak itu diberi alat pendengaran dan latihan pertuturan. Ibu bapanya mungkin berminat untuk belajar sendiri supaya mereka dapat memberi latihan kepada anak mereka di rumah.
Si anak itu juga mungkin mendapat pengayaan daripada alat-alat permainan dan sumber-sumber pembelajaran yang mudah diperoleh oleh keluarga itu kerana mereka serba berkemampuan. Keadaan yang optimum seperti ini mungkin tidak dinikmati oleh sesetengah keluarga lain yang mungkin menghadapi kesukaran dari segi mendapatkan bantuan perkhidmatan seperti alat pendengaran dan latihan pertuturan ditempat tinggal mereka.
Mereka mungkinsibuk dengan tugas-tugas mereka sendiri dan meletakkan anak mereka dibawah jagaan pembantu rumah atau penjaga. Mereka juga mungkin tidak dapat memberikan rangsangan-rangsangan yang diperlukan untuk mempertingkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran berkomunikasi anak itu. Sesetengah keluarga dapat mengatasi masalah kesibukan mereka dan mendapatkan tempat untuk anak mereka dipusat didikan prasekolah bagi kanak-kanak pekak tetapi kemudahan ini amat terhad dan hanya terdapat dibandar-bandar besar sahaja.
Adakalanya, keluarga itu sendiri tidak mampu membeli alat pendengaran untuk anak mereka yang disahkan cacat pendengaran. Para profesional bpleh membantu keluarga ini dengan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau badan-badan tertentu yang dapat membantu keluarga tersebut memperolehi alat pendengaran yang diperlukan.
Ubahkan sikap negatif terhadap kanak-kanak cacat
Dalam mendidik anak-anak yang cacat, ibu bapa sering berasa hampa kerana tidak mendapat bantuan khidmat dan nasihat yang bernas yang boleh membantu mereka meningkatkan potensi anak-anak mereka. Anggapan bahawa kanak-kanak yang rencat akal, pekak, buta dan spastik tidak boleh dibantu lagi tidak harus diterima kerana pada masa ini, banyak teknik untuk membantu kanak-kanak cacat menguasai kemahiran-kemahiran hidup dan kemahiran-kemahiran praktikal.
Kanak -kanak rencat akal berbeza antara satu sama lain dari segi keupayaan pemikiran . Kanak -kanak yang rencat akal sederhana ( mild range of mental handicap ) mungkin boleh dilatih menulis nama dan membuat kira -kira yang mudah . Kebanyakkan mereka boleh menguasai bahasa yang mudah dan ini akan membolehkan mereka berinteraksi dengan orang lain . Ini berbeza pula dengan kanak -kanak yang mengalami rncat akal teruk ( severe mental handicap ) yang mungkin tidak boleh bercakap atau memahami bahasa , tidak boleh menulis atau mengira dan sukar dilatihuntuk membuat sesuatu kerja yang memerlukan banyak pemikiran . Walau bagaimanapun , objektif latihan perlulah disesuaikan dengan tahap pemikirannya serta kekuatan dan kelemahannya . Objektif latihan mestilah realistik supaya ibu bapa tidak merasa hampa jika anak mereka gagal mengikuti latihan tersebut . Tidak ada sebab mengapa kanak -kanak yang mengalami rencat akal yang teruk tidak boleh dilatih untuk melakukan aktiviti - aktiviti harian seperti makan , minum , bersalin pakaian dan memakai kasut dengan sendiri .
Seringkali saya dapati kanak -kanak terencat akal dibiarkan begitu sahaja dirumah . Mereka tidak digalakkan untuk mencuba melekukan sendiri aktiviti -akativiti harian : segala -galanya dibuatkan oleh orang lain . Pengalaman di serata dunia menunjukkan bahawa program intervensi awal (early intervention programme ) dapat mempercepat dan meningkat tahap kemahiran asas kanak -kanak cact sehingga mereka boleh berdikari . Umpamanya , seorang kanak -kanak berusia empat tahun yang tidak dilatih akan bergantung sepenuhnya kepada ibu atau pengasuh dalam hal -hal yang berkaitan dengan aktiviti -aktiviti harian seperti makan minum dan bersalin pakaian .
Kanak -kanak ini sepatutnya dilatih dan digalak untuk membiasakan diri melakukan aktiviti -aktiviti harian pada peringkat awal lagi supaya dia dapat menguasai kemahiran melakukan aktiviti -aktiviti ini pada usia muda lagi . Kanak -kanak spastik ( celebral palsy ) pula berbeza dari beberapa segi . Ada yang hanya lemah sebelah anggota badan sahaja dan ada pula yang tidak dapat mengerakkan seluruh anggota kaki dan tangan . Sehingga mencapai usia enam tahun , dia hanya mampu bergolek -golek sahaja dantidak boleh duduk dengan sendiri tanpa bantuan kerusi khas . Potensi kanak -kanak yang sedemikian boleh dipertingkatkan dengan bantuan program pemulihan yang sesuai .
Kanak -kanak spastik yang daya intelek mereka berfungsi secara normal memerlukan latihan yang berbeza sama sekali dengan latihan yang diperlukan oleh kanak -kanak spastik yang rencat akal . Bagi kanak -kanak ini , tidak ada sebab mengapa mereka tidak dapat terus belajar di sekolah biasa jika mereka dapat bergerak dengan bantuan kerusi roda atau tongkat . Ibu bapa yang mempunyai anak spastik digalakkan melawat pusat -pusat latihan kanak -kanak spastik untuk mempelajari cara -cara kanak -kanak ini dilatih makan , minum , bermain , menaip , duduk dan berdiri menggunakan alat -alat tertentu dan lain -lain lagi .
Kanak -kanak buta tidak semestinya terencat akal . Ramai orang yang cacat penglihatan telah mencapai kejayaan dalam bidang pengkhususan mereka . Walaupun seseorang itu buta , tetapi jika daya pendengarannya baik , dia masih boleh terus berkembang dari segi inteleknya seperti kanak -kanak lain . Golongan kanak -kanak cacat yang paling sukar untuk ditingkatkan daya pemikirannya ialah mereka yang tidak boleh melihat dan mendengar . Contohnya , kes congenital rubella yang melibatkan kanak -kanak yang dilahirkan dengan katarak mata dan pekak .
Kanak -kanak ini dapat menggunakan tangannya seperti kanak -kanak yang boleh melihat dan juga tidak boleh mendengar percakapan orang lain . Oleh itu, dia tidak boleh bercakap atau memahami bahasa . Walau bagaimanapun , kanak -kanak ini amat bergantung pada belaian kasih ibu bapanya kerana dia boleh merasai pegangan mesra mereka . Penbedahan katarak serata penggunaan cermin mata atau kanta lekap ( contact lens ) dari awal -awal lagi amat penting supaya dia sekurang -kuramgnya dapat melihat sedikit . Tetapi , penggunaan kanta lekap masih menimbulkan beberapa masalah teknikal di samping kos pengendaliannya yang tinggi .
Pastikan kanak -kanak mempunyai taraf pemakanan yang baik .
Tidak dapat dinafikan bahawa pemakanan yang seimbang dan berzat diperlukan oleh setiap kanak -kanak . Saya sering bertemu kanak -kanak spastik yang sukar menelan makanan . Kadang kala , kerosakkan urat saraf yang dialaminya juga boleh menyebabkan kepalanya sentiasa ditengadahkan kebelakang . Ini menyulitkannya sewaktu makan . Adakalanya , keadaan ini berlanjutan bertahun -tahun lamanya kerana ibu bapanya tidak mendapatkan nasihat dari para profesional tentang pentingnya posisi si anak itu diperbetulkan agar dia mudah menghisap dan menelan makanan . Masalah ini menyebabkan kanak -kanak itu menjadi kurus dan sistem daya tahan penyakitnya menjadi lemah . Akibatnya , dia sering diserang penyakit .
Kanak -kanak spastik yang mempunyai masalah pemakanan perlu mendapatkan nasihat kaunseling untuk memastikan agar dia mendapat makanan yang cukup dan berzat . Kanak -kanak yang kurang subur mudah mendapat penyakit . Tahap kesihatan yang rendah akan menjejaskan perkambangannya . Saya pernah bertemu seorang kanak -kanak spastik yang sukar menghisap susu . Setiap kali tiba waktu makan , dia dibaringkan dan makanan atau susu dititiskan ke dalam mulutnya . Amalan sebegini tidak akan melatih kanak -kanak itu menghisap , menguyah dan menelan makanan .
Bayi yang sudah berusia enam bulan perlukan makanan peralihan kerana susu tidak lagi mencukupi untuk tumbesarannya . Untuk menelan makanan pejal dan lebih keras , dia perlu menghisap , menguyah , menelan dan menghadam dan jika ini tidak dibiasakan , pertumbuhannya mungkin merosot . Doktor anda boleh membantu anda menentukan makanan -makanan tambahan untuk anak yang mempunyai masalah pemakanan .
Seperti kanak -kanak lain , kanak cacat juga memerlukan rawatan perubatan dari semasa -ke semasa . Sesetengah kanak -kanak cacat mempunyai masalah -masalah yang lain seperti sawan dan ini perlu dihindarkan seberapa yang boleh dengan ubat tahan sawan . Sawan yang berterusan lebih daripada 30 minit boleh merosakkan otak kanak -kanak tersebut . Kanak -kanak yang mempunyai kerosakan otak lebih mudah mendapat demam sawan . Sawan yang berterusan terlalu lama akan memburukkan keadaan dan membantutkan lagi perkembangan kanak -kanak itu .
Maklumat -maklumat dan kaedah -kaedah untuk mempertingkatkan potensi kanak -kanak cacat berkembangan dengan pesatnya dan ibu bapa perlulah mendapatkan nasihat dari para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan anak mereka .
Matlamat latihan adalah untuk memboleh kanak -kanak ini menguasai kemahiran -kemahiran hidup dan berdikasi tanpa memerlukan penjagaan dan perhatian daripada orang lain . Dengan mengenal pastikan kekuatan -kekuatan dan kelemahan - kelemahan mereka , program intervensi boleh dimulakan seberapa segera yang boleh . Pendiagnosan dan intervensi awal perlu dilakukan segera kerana bayi dan kanak -kanak berkembang dan membesar dengan cepat . Program pemulihan yang dimulakan lebih awal adalah lebih berkesan .
Perkhidmatan untuk membantu kanak -kanak cacat di negara ini sedang berkembangan pesat dan ibu bapa perlulah mendapatkan maklumat tentang latihan yang diperlukan untuk anak -anak mereka serta bagaimana mendapatkan perkihdmatan tersebut . Peranan ibu bapa dan keluarga sebagai pengasas perkembangan kanak -kanak cacat amat penting sekali . Masa depan kanak -kanak cacat dipengaruhi oleh faktor -faktor seperti kesihatan , tahap pemakanan , pengalaman -pengalaman dan latihan -latihan .
Sunday, February 13, 2011
Thursday, February 10, 2011
Al-Ghazali: Adab Seorang Guru
http://mendidik.blogspot.com/2008/06/al-ghazali-adab-seorang-guru.html
membelek kembali kitab terjemahan Bidayatul Hidayah yang dibeli semasa tingkatan 4 dulu, karangan Imam Al-Ghazali (505H). Beliau ada memberi peringatan dan nasihat kepada para guru dan pendidik tentang ‘Adab-adab Seorang Guru’. Semoga bermanfaat untuk muhasabah diri.
Berkata Imam Al-Ghazali:
“Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini:
1- Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).
2- Lambat marah.
3- Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.
4- Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.
5- Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.
6- Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.
7- Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.
8- Membimbing murid yang bebal.
9- Tidak memarahi murid yang bodoh.
10- Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’ (bagi masalah yang tidak diketahuinya).
11- Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.
12- Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.
13- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.
14- Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.
15- Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.
16- Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain, dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan taqwa.
17- Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).
Lihat: Al-Ghazali, Abu Hamid (505H), Bidayatul Hidayah (diterjemahkan oleh: Ahmad Fahmi Zamzam), m/s 155-157, Kedah: Al-Khazanah Al-Banjariyah (edisi Jawi, Oktober 1993).

Tuesday, February 8, 2011
keperluan seorang sahabat? anda dalam kumpulan mana ye?
Setiap orang memerlukan sahabat....
ini adalah beberapa jenis sahabat yang terdiri daripada beberapa jenis/ golongan
1. jenis yang baik hati
mereka ini dalam kumpulan yang ceria , periang , terbuka dengan permasalahan anda dan bersedia untuk membantu menyelesaikan masalah anda
2. jenis yang bergaya dan cantik
mereka ini anggun dari segi penampilan. Namun begitu sukar untuk mendapatkan bantuan mereka dan rasa simpati mereka juga tipis
3. jenis yang penampilan sederhana
mereka ini pendengar yang baik, pendiam. mereka sering berhati-hati dalam segala hal dan dia juga dalam kumpulan yang mudah dicucuk hidung
4. banyak bercakap
peribadi mereka sering berubah-ubah. mereka boleh dihubungi jika anda kesunyian namun untuk mengisi kesepian begitu mengecewakan kerana mereka cepat bosan.
kritikan mereka membina
5. terlalu peramah
mereka tidak ramai sahabat rapat kerana bagi mereka mementingkan sahabat sejati
6. peribadi sejuk
mereka terdiri daripada golongan yang pemalu
suara mereka juga sukar didengari
mereka adalah pendengar yang setia dan tidak banyak berbicara
mereka memiliki idea yang kreatif walaupun kurang bersemangat
mereka ini yakin dengan diri sendiri

Tips untuk menyukai pekerjaan anda?
Adakah anda menyukai pekerjaan anda? walaupun berelaun rendah dan bukan berstatus gaji, bertaraf sukarela, dikutuk orang mengatakan anda cikgu OKU tetapi anda masih lagi bekerja di sana. kenapa anda masih bertahan?
Ini ada beberapa tips untuk anda menyukai pekerjaan anda
1. kemukakan idea baru kepada majikan anda untuk membawa perubahan yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak.
2. perbaiki hubungan dua hala yang kurang harmonis
3. kemukakan usul yang bernas
4. kurangkan beban pekerjaan yang tidak berkaitan
5. hindari daripada tugas yang tidak berkaitan dengan pekerjaan anda
6. minta nasihat daripada majikan anda
7. jangan terlalu serius kepada pekerjaan anda
8. jaga kesihatan anda
9. jalinkan kerjasama dengan teman anda
10. anggap ada hal lain yang lebih penting dalam hidup anda.
selebihnya fikirlah sendiri

tips untuk memilih sahabat dan bukannya kawan
Ini adalah beberapa tips yang boleh digunakan sebagai panduan dalam memilih sahabat. Ini adalah kerana banyak perbezaannya antara sahabat dan kawan. Tahukah anda? Jadi anda ingin memilih kawan ataupun sahabat? fikirlah sendiri ye....
Tipsnya:
1. jangan memilih yang bodoh
2. jangan memilih yang bakhil
3. jangan memilih yang penipu
4. jangan memilih yang penakut
5. jangan memilih yang pengkhianat
mukanya manis, mulut manis tetapi hati tidak ikhlas.
Tanda-tandanya ialah berjanji tidak ditepati
bercakap kerapkali bohong
jangan pula nanti kawan tikam kawan dari belakang
sahabat sejati akan sanggup dalam susah dan senang.
Adakah anda seorang sahabat ataupun kawan?
fikirlah dan tanyalah sendiri . hanya anda menentukannya

warna dan makna di sebaliknya...Tahukah anda?
setiap warna mengandungi makna tersirat di sebaliknya. Tahukah anda? Saya pun pada mulanya tidak tahu makna di sebalik warna tersebut tetapi setelah membaca barulah tahu.
Entri kali ini adalah untuk pengetahuan saya dan juga kalian pembaca sekelian.
Anda suka warna ...... maknanya
a. merah
* Anda seorang yang pemarah.
* Emosi anda tidak stabil
* Kesan daripada pengaruh warna ini membolehkan anda melakukan sesuatu tugas tersebut dengan cepat.
b. oren
* pemakainya terdiri daripada mereka yang halus budi bahasanya
* mudah memahami orang lain
* anda disenangi oleh orang lain
* anda seorang yang tenang
* anda tidak menyinggung perasaan orang lain tetapi jika anda disakiti anda akan membalasnya
c. hijau
* pemakainya aktif dalam kerja kemasyarakatan
* mudah mesra dengan orang lain
* anda juga seorang yang pengasih
* anda seorang yang bertimbang rasa
* jika anda mewarnakan warna ini dalam ruang bilik akan menimbulkan semangat untuk bekerja
* anda seorang yang rajin dan bersungguh-sungguh menyelesaikan sesuatu kerja.
d. ungu
* si pemakainya terdiri daripada golongan yang sensitif
* mereka hidup dalam dilema
* sifat pemakainya unik dan sukar difahami
* gemar menyakitkan perasaan orang lain
* kelebihan mereka dalam bidang seni
* sikapnya mudah beralah dan pemaaf
e. kuning
* orangnya cergas dalam pergerakan
* mereka cerdas
* orangnya berfikiran optimis
* mereka tidak suka kepada pekerjaan yang kasar dan banyak menggunakan tenaga
Warna yang anda benci.....makna tersirat
a. merah
* anda kurang bersemangat untuk bekerja
* anda tidak minat melakukan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh
* anda seringkali dalam gelisah
* anda sering berasa tersisih daripada orang lain
b. biru
* anda tidak romantis
* anda ragu dalam mencurahkan kasih sayang
* anda suka mengasingkan diri daripada sahabat anda
c. ungu
* anda soerang yang tulus
* anda berperibadian tinggi dan dan menghargai orang lain
* setia dan pandai mengambil hati orang lain
kuning
* anda kurang yakin dengan diri sendiri
* pesimis
* keinginan anda seringkali tidak tercapai tetapi anda tidak pernah putus asa
hitam
* anda tidak mahu diri anda diatur oleh orang lain
* anda berjiwa perasa
* anda tidak pantang mengalah
coklat
* anda suka berdikari
* anda juga suka mengambil tahu hal orang lain
* anda pemurah
* anda mesra dengan orang lain
* anda seorang yang cerdas

Sunday, February 6, 2011
Thursday, February 3, 2011
10 Tips Cipta Produk Sendiri
10 Tips Cipta Produk Sendiri
Friday, February 26, 2010
Zaman sekarang,menjual barang diinternet lebih mudah dan cepat selain menjimatkan kos,masa,dan tenaga.Selain itu ia dapat mengembangkan lagi bisnes dan juga network korang.
Jika korang merancang untuk mencipta produk sendiri dan menjualnya di internet, berikut 10 tips yang boleh korang cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian.
1.Sentiasa membawa ke mana-mana sebuah buku nota kecil dan sebatang pen.Korang harus sentiasa bersedia pada setiap detik jika secara tiba-tiba korang mendapat idea. Jika tidak dicatat idea tersebut,aku pasti korang akan mudah lupa.
2.Idea yang datang secara tidak diduga tidak harus korang edit.Tulis sahaja, kemudian barulah korang fikirkannya semula walaupun idea tersebut ‘gila-gila’ dan tidak masuk akal sekali pun pada awalnya.
3.Mulakan mencari idea berdasarkan hobi korang. Ada kebarangkalian yang tinggi untuk korang mengembangkan sepuluh idea berlainan lagi hanya daripada salah-satu daripada hobi korang.
4.Kenangkan kembali pengalaman-pengalaman korang yang silam.Mungkin korang mempunyai pengalaman bekerja di sesebuah tempat yang menarik di mana perkongsian pengalaman tersebut amat bermanfaat untuk dikongsi bersama orang lain.Korang boleh mencipta produk
informasi berkaitan bidang pekerjaan korang yang lalu.
5.Baca akhbar harian untuk melihat apakah isu-isu semasa yang menjadi topik perbualan hangat. Jika ia adalah suatu masalah,korang boleh fikirkan penyelesaiannya dan dari situ bangunkan suatu produk atau perkhidmatan yang boleh menyelesaikan masalah
masyarakat di sekeliling.
6.Lawati perpustakaan atau kedai-kedai buku dan majalah. Di sana terdapat pelbagai buku dari pelbagai tajuk dan niche. Mana tahu dari situ korang akan mendapat idea baru untuk mencipta produk dalam sesuatu niche. Jika terdapatnya buku bagi sesuatu niche atau
bidang itu, ada kemungkinan besar yang niche tersebut menguntungkan
atau profitable.
Sebab apa? Sebab dia mudah saja, jika terdapat buku atau majalah dalam sesuatu niche itu yang terjual sehingga kini, sudah tentulah ada orang yang membelinya. Ada orang yang membeli, maksudnya adalah proses jual beli di situ.
7.Tengok dan kaji setiap iklan di TV. Dari situ mungkin korang akan dapat idea untuk keluarkan produk informasi. Pelbagai niche yang diketengahkan oleh iklan-iklan tersebut. So, the next time ada iklan di TV, jangan mengeluh atau tukar siaran. Kaji dan cuba jana idea untuk hasilkan produk sendiri yang berkaitan.
Ini juga boleh kita jadikan salah-satu indicator untuk nak tahu samada niche dalam iklan itu profitable atau pun tidak. Sudah tentulah ianya menguntungkan dan buying niche. Kalau tak, tak kan lah pihak pengiklan sanggup menghabiskan wang ribuan RM untuk stesen-stesen TV macam TV3, ntv7 dan sebagainya menyiarkan iklan mereka.
8.Buat research di Clickbank Marketplace. Di situ terdapat berpuluh-puluh niche berbeza. Bukan takat niche buat duit. Kembangkan minda korang sikit. Cipta produk informasi berdasarkan niche yang ada di situ. Jangan hanya fikirkan niche buat duit.
9.Pastikan idea produk yang bakal korang cipta tu menyelesaikan masalah orang lain. Tak guna kalau buat produk yang korang syok sendiri. Tanya diri korang, adakah produk tersebut boleh menyelesaikan sesuatu masalah.
10.Tanya pada diri korang soalan-soalan berikut :
Produk korang mengenai apa? Siapakah yang bakal membeli produk korang? Mengapa mereka harus beli produk korang dan bukan produk orang lain? Bilapada kebiasaannya produk tersebut akan dibeli? Bagaimana para pelanggan korang boleh membeli produk korang dengan cara semudah yang boleh?
P/s : Sumber asal www.AspirasiCyber.com
http://www.ygmenarik.info/search/label/Affiliate

Lelaki Ucap Maaf Dapat Membuat Jantung Perempuan Sihat
Lelaki Ucap Maaf Dapat Membuat Jantung Perempuan Sihat
Thursday, July 22, 2010
Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu,kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi korang perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah korang bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.
Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi,kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan,meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.
Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.
Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang.Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.
Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS.Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.
Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik,iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'.Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.
jadi,sayangilah pasangan korang.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.
http://www.ygmenarik.info/2010/07/lelaki-ucap-maaf-dapat-membuat-jantung.html

Wednesday, February 2, 2011
perubahan .................... ?????
perubahan .............. adakah anda mampu melakukannya ????
tepuk dada tanya sendiri????
perubahan ????
perubahan .... senang bagi berhasrat membuat perubahan dan pembangunan dalam apa sahaja ...dan susah bagi yang terlalu birokrasi dan tidak berhasrat membuat perubahan..sekali jatuh tidak selamanya akan jatuh tertiarap..... usaha untuk diri anda dan geraklah ke hadapan untuk masa hadapan diri sendiri..... tahniah bagi telah berjaya dan usaha kuat untuk masa hadapan .. optimis untuk masa hadapan...anda boleh!!!!!
perubahan kaedah pemulihan, pengajaran dan pembelajaran....senang bagi berhasrat mencuba dan susah bagi yang tak berhasrat menaplikasikannya..... di mana ada kemahuan di situ ada jalan......
perubahan apa ???
1. perubahan dalam kaedah pemulihan
2. perubahan dalam teknik pengajaran pembelajaran
3. perubahan dalam diri baik yang internal ataupun eksternal
4. perubahan dalam mencari yang terbaik bagi diri, keluarga, bangsa, agama
5. perubahan dalam pembangunan diri
6. perubahan dalam taraf perjawatan daripada sukarela kepada tetap
7. perubahan daripada permulaan perniagaan kecil kepada lebih besar
8. perubahan daripada kurang ilmu kepada lebih profesional
9. perubahan daripada tiada tanggungjawab diberikan tanggungjawab
10.perubahan daripada tidak teratur kepada pengurusan lebih sistematik
11. perubahan....
12. perubahan...... anda tentukan dengan perbincangan di meja bulat????
Apa-apapun perubahan yang ingin dilakukan mestilah bermula dengan langkah pertama . Jika tidak dimulakan dengan langkah pertama maka anda tidak akan ke mana-mana???
sanggupkah anda ataupun syarikat anda ataupun jabatan anda ataupun kementerian anda memulakan langkah pertama ini??? sanggup atau tidak semuanya anda yang tentukan.... tanya dan jawab sendiri....

Subscribe to:
Posts (Atom)