Tuesday, February 8, 2011

warna dan makna di sebaliknya...Tahukah anda?

setiap warna mengandungi makna tersirat di sebaliknya. Tahukah anda? Saya pun pada mulanya tidak tahu makna di sebalik warna tersebut tetapi setelah membaca barulah tahu.
Entri kali ini adalah untuk pengetahuan saya dan juga kalian pembaca sekelian.

Anda suka warna ...... maknanya

a. merah

* Anda seorang yang pemarah.
* Emosi anda tidak stabil
* Kesan daripada pengaruh warna ini membolehkan anda melakukan sesuatu tugas tersebut dengan cepat.

b. oren

* pemakainya terdiri daripada mereka yang halus budi bahasanya
* mudah memahami orang lain
* anda disenangi oleh orang lain
* anda seorang yang tenang
* anda tidak menyinggung perasaan orang lain tetapi jika anda disakiti anda akan membalasnya

c. hijau

* pemakainya aktif dalam kerja kemasyarakatan
* mudah mesra dengan orang lain
* anda juga seorang yang pengasih
* anda seorang yang bertimbang rasa
* jika anda mewarnakan warna ini dalam ruang bilik akan menimbulkan semangat untuk bekerja
* anda seorang yang rajin dan bersungguh-sungguh menyelesaikan sesuatu kerja.

d. ungu

* si pemakainya terdiri daripada golongan yang sensitif
* mereka hidup dalam dilema
* sifat pemakainya unik dan sukar difahami
* gemar menyakitkan perasaan orang lain
* kelebihan mereka dalam bidang seni
* sikapnya mudah beralah dan pemaaf

e. kuning

* orangnya cergas dalam pergerakan
* mereka cerdas
* orangnya berfikiran optimis
* mereka tidak suka kepada pekerjaan yang kasar dan banyak menggunakan tenaga

Warna yang anda benci.....makna tersirat

a. merah

* anda kurang bersemangat untuk bekerja
* anda tidak minat melakukan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh
* anda seringkali dalam gelisah
* anda sering berasa tersisih daripada orang lain

b. biru

* anda tidak romantis
* anda ragu dalam mencurahkan kasih sayang
* anda suka mengasingkan diri daripada sahabat anda

c. ungu

* anda soerang yang tulus
* anda berperibadian tinggi dan dan menghargai orang lain
* setia dan pandai mengambil hati orang lain

kuning

* anda kurang yakin dengan diri sendiri
* pesimis
* keinginan anda seringkali tidak tercapai tetapi anda tidak pernah putus asa

hitam

* anda tidak mahu diri anda diatur oleh orang lain
* anda berjiwa perasa
* anda tidak pantang mengalah

coklat

* anda suka berdikari
* anda juga suka mengambil tahu hal orang lain
* anda pemurah
* anda mesra dengan orang lain
* anda seorang yang cerdas

No comments: