Thursday, February 3, 2011

10 Tips Cipta Produk Sendiri

10 Tips Cipta Produk Sendiri
Friday, February 26, 2010

Zaman sekarang,menjual barang diinternet lebih mudah dan cepat selain menjimatkan kos,masa,dan tenaga.Selain itu ia dapat mengembangkan lagi bisnes dan juga network korang.

Jika korang merancang untuk mencipta produk sendiri dan menjualnya di internet, berikut 10 tips yang boleh korang cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian.

1.Sentiasa membawa ke mana-mana sebuah buku nota kecil dan sebatang pen.Korang harus sentiasa bersedia pada setiap detik jika secara tiba-tiba korang mendapat idea. Jika tidak dicatat idea tersebut,aku pasti korang akan mudah lupa.


2.Idea yang datang secara tidak diduga tidak harus korang edit.Tulis sahaja, kemudian barulah korang fikirkannya semula walaupun idea tersebut ‘gila-gila’ dan tidak masuk akal sekali pun pada awalnya.

3.Mulakan mencari idea berdasarkan hobi korang. Ada kebarangkalian yang tinggi untuk korang mengembangkan sepuluh idea berlainan lagi hanya daripada salah-satu daripada hobi korang.

4.Kenangkan kembali pengalaman-pengalaman korang yang silam.Mungkin korang mempunyai pengalaman bekerja di sesebuah tempat yang menarik di mana perkongsian pengalaman tersebut amat bermanfaat untuk dikongsi bersama orang lain.Korang boleh mencipta produk
informasi berkaitan bidang pekerjaan korang yang lalu.

5.Baca akhbar harian untuk melihat apakah isu-isu semasa yang menjadi topik perbualan hangat. Jika ia adalah suatu masalah,korang boleh fikirkan penyelesaiannya dan dari situ bangunkan suatu produk atau perkhidmatan yang boleh menyelesaikan masalah
masyarakat di sekeliling.

6.Lawati perpustakaan atau kedai-kedai buku dan majalah. Di sana terdapat pelbagai buku dari pelbagai tajuk dan niche. Mana tahu dari situ korang akan mendapat idea baru untuk mencipta produk dalam sesuatu niche. Jika terdapatnya buku bagi sesuatu niche atau
bidang itu, ada kemungkinan besar yang niche tersebut menguntungkan
atau profitable.

Sebab apa? Sebab dia mudah saja, jika terdapat buku atau majalah dalam sesuatu niche itu yang terjual sehingga kini, sudah tentulah ada orang yang membelinya. Ada orang yang membeli, maksudnya adalah proses jual beli di situ.

7.Tengok dan kaji setiap iklan di TV. Dari situ mungkin korang akan dapat idea untuk keluarkan produk informasi. Pelbagai niche yang diketengahkan oleh iklan-iklan tersebut. So, the next time ada iklan di TV, jangan mengeluh atau tukar siaran. Kaji dan cuba jana idea untuk hasilkan produk sendiri yang berkaitan.

Ini juga boleh kita jadikan salah-satu indicator untuk nak tahu samada niche dalam iklan itu profitable atau pun tidak. Sudah tentulah ianya menguntungkan dan buying niche. Kalau tak, tak kan lah pihak pengiklan sanggup menghabiskan wang ribuan RM untuk stesen-stesen TV macam TV3, ntv7 dan sebagainya menyiarkan iklan mereka.

8.Buat research di Clickbank Marketplace. Di situ terdapat berpuluh-puluh niche berbeza. Bukan takat niche buat duit. Kembangkan minda korang sikit. Cipta produk informasi berdasarkan niche yang ada di situ. Jangan hanya fikirkan niche buat duit.

9.Pastikan idea produk yang bakal korang cipta tu menyelesaikan masalah orang lain. Tak guna kalau buat produk yang korang syok sendiri. Tanya diri korang, adakah produk tersebut boleh menyelesaikan sesuatu masalah.

10.Tanya pada diri korang soalan-soalan berikut :

Produk korang mengenai apa? Siapakah yang bakal membeli produk korang? Mengapa mereka harus beli produk korang dan bukan produk orang lain? Bilapada kebiasaannya produk tersebut akan dibeli? Bagaimana para pelanggan korang boleh membeli produk korang dengan cara semudah yang boleh?

P/s : Sumber asal www.AspirasiCyber.com
http://www.ygmenarik.info/search/label/Affiliate

No comments: