BILA HARUS MENCABAR
Sekiranya disuruh membuat sesuatu yang anda percaya
adalah tidak sejajar dengan Nilai-nilai Northrop Grumman
atau menyalahi etika, atau sekiranya mendapat tahu tentang
sebarang aktiviti demikian, adalah tanggungjawab anda
untuk menyatakan kekhuatiran anda.
Tanggungjawab Anda:
n Menimbulkan kekhuatiran anda tepat pada
masanya
n Bersikap membina dan positif
n Mendengar jawapan pengurus anda
n Menerima hakikat yang anda mungkin terpaksa
“bersetuju untuk tidak bersetuju.”
Tanggungjawab Pengurus Anda:
n Menggalakkan komunikasi dan keterbukaan
n Mendengar kekhuatiran anda dengan penuh
perhatian
n Membenarkan anda melahirkan pendapat anda
n Menghormati perasaan ambil berat anda untuk
menyatakan kekhuatiran.
GARIS PANDUAN MENCABAR
1. Berikan maklumat bila-bila masa anda dapat
membantu kita mencapai objektif, misalnya,
amaran awal tentang kos program, jadual, atau
prestasi teknikal, atau cadangan untuk
memperbaikkan proses. Berikan maklumat yang
anda sendiri akan kehendaki jika anda dalam situasi
pengurus anda. Jangan anggap yang pihak
pengurusan sudah tahu tentang masalah tersebut
atau tentang kekhuatiran anda.
2. Sekiranya disuruh membuat sesuatu yang tidak
menyalahi undang-undang dan etika tetapi, atas
sebab tertentu, anda percaya tidak sejajar dengan
Nilai-nilai Northrop Grumman:
n Nyatakan kekhuatiran kepada pengurus anda tepat
pada masanya. Jika boleh, lakukan secara peribadi.
n Beritahu pengurus mengapa anda rasa arahan kepada
anda tidak memfaedah kepentingan syarikat.
3. Sekiranya disuruh membuat sesuatu yang menyalahi
undang-undang atau etika, beritahu kekhuatiran anda
serta-merta kepada pengurus. Sekiranya atas apa-apa
alasan, anda rasa perkara tersebut perlu didekati secara
lain, anda ada beberapa pilihan. Anda boleh hubungi
satu daripada berikut:
n Seorang pengurus di peringkat lebih atas
n Pegawai Tatalaku Perniagaan anda
n Sumber Manusia atau Hubungan Buruh
n Penasihat Undang-undang di kawasan perniagaan
anda
n Pejabat Keselamatan di lokasi anda
n OpenLine Korperasi (800-247-4952).
BILA HARUS MENYOKONG
Reputasi baik Northrop Grumman bergantung kepada tiaptiap
seorang daripada kita. Kita harus seboleh-bolehnya
membina kebanggaan dalam Northrop Grumman dan
menyokong kumpulan kita sebaik yang boleh.
Menyokong Northrop Grumman bererti mengambil
tanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat, tanpa
“melepaskan tanggungjawab” atau menyalahi orang lain.
Tanggungjawab Anda:
n Mencuba dengan jujur untuk memahami sebabsebab
sesuatu keputusan.
n Mencuba sebaik-baiknya untuk menjayakan
keputusan yang telah dibuat.
n Memberi penjelasan tentang keputusan kepada
rakan sekerja lain yang terlibat.
Tanggungjawab Pihak Pengurusan Anda:
n Mengambil masa menjelaskan keputusan supaya
anda memahami sebab-sebab di sebaliknya.
n Mendengar pertanyaan dan kekhuatiran anda.
n Menunjuk ajar cara yang baik untuk melaksanakan
keputusan yang telah dibuat.
“Fikir sebelum buka mulut” ialah
satu peringatan sejagat—terutama
semasa mengamali falsafah
cabaran dan sokongan ini.
GARIS PANDUAN BAGI MENYOKONG
1. Ambil tanggungjawab terhadap perkataan dan
perbuatan anda. Elak daripada melepaskan
tanggungjawab dengan kata-kata seperti “Mereka
yang suruh saya beritahu anda ini...” atau “Ini
adalah idea mereka.”
2. Elak daripada “memburukkan” orang lain. Jika
anda tidak bersetuju, guna falsafah Bila harus
Mencabar, dan bincangkan masalah dengan cara
yang bertanggungjawab dan membina.
3. Ambil masa untuk menjelaskan keputusan
kepada orang. “Tambahkan nilai” dengan
membincang sebab-sebab keputusan tersebut,
dan kepentingan tindakan di peringkat anda
dalam organisasi.
4. Sekiranya anda masih mempunyai kekhuatiran
etika atau undang-undang, berbincang dengan
pengurus anda atau dengan sumber yang
dikenalpasti dalam Garis Panduan Bila harus
Mencabar untuk menyelesaikan kekhuatiran
supaya anda yakin yang sokongan anda adalah
sejajar dengan Nilai-Nilai Northrop Grumman
No comments:
Post a Comment