Saturday, November 19, 2011
Advokasi Diri : ke arah berdikari dan komuniti Inklusif
gambar hanya hiasan
Persidangan Advokasi Diri Pusat Pemulihan Dalam Komuniti 2011-2012 telah diadakan baru-baru ini mengikut zon dari 13 hb - 15 september 2011.
zon yang terlibat ialah
1. zon sentral bagi negeri selangor,wilayah, dan negeri sembilan. 88 pdk terlibat
2. zon selatan negeri melaka dan johor 80 pdk terlibat
3. zon timur negeri pahang,kelantan,terengganu 118 pdk terlibat
4. zon utara perak,perlis,kedah dan pulau pinang 88 pdk terlibat
5. zon sabah dan labuan ialah kota kinabalu sebanyak 27 pdk terlibat
6. zon sarawak pula ialah kuching meliputi 27 pdk
kursus ini dikhaskan hanya pada golongan di bawah ini iaitu:
a. 100 penyelia pdk
b. penyelaras JKM negeri
c. 2 pegawai Jabatan Pembangunan OKU JKMM untuk setiap zon sahaja.
Ini bermakna petugas pdk tidak terlibat di dalam persidangan ini.
Oklah untuk makluman semua petugas yang terlibat , saya telah mendapatkan maklumat ini untuk menjadi panduan kepada kalian. Ini adalah kerana dikhaskan hanya buat penyelia jadi anda mesti tidak tahu dan jika diterangkan oleh penyelia berkemungkinan terlalu cepat dan pemahaman anda kurang.
baiklah persidangan ini dianjurkan sebanyak 10 sesi seperti di bawah iaitu:
sesi 1 : Pengenalan kepada advokasi diri
sesi 2 : kemahiran advokasi diri
sesi 3 : kesedaran diri dan pngetahuan masalah pembelajaran
sesi 4 : kesedaran hak diri
sesi 5 : meningkatkan keyakinan diri
sesi 6 : kemahiran menyuarakan diri
sesi 7 : penubuhan kumpulan advokasi diri
sesi 8 ; peranan penyokong kumpulan advokasi diri
sesi 9 : pelan tindakan
sesi 10 : perkongsian pintar melalui network advokasi diri
kaedah pembelajaran yang dibuat di dalam persidangan itu bercorak :
1. ceramah
2. perbincangan kumpulan
3. pembentangan
4. tayangan video
jangka masa yang dibuat itu ialah selama 3 hari 2 malam
pada akhir kursus diharapkan peserta akan meningkatkan kefahaman dan kemahiran tentang:
1. konsep advokasi diri
2. kepentingan advokasi diri untuk OKU bermasalah pembelajaran
3. cara2 meningkatkan kemahiran advokasi diri
4. penubuhan kumpulan advokasi diri
5. peranan penyokong kumpulan advokasi diri
setiap peserta yang menghadiri persidangan ini akan dianugerahkan sijil daripada JKMM dan United Voice.
Baiklah kita mulakan dengan pengenalan dan suai kenal; Penceramahnya ialah Puan/ Cik Yeong Moh Foong dan Encik Nazmi bin Kamarulzaman.
Dimulakan dengan peraturan persidangan iaitu sila berikan cadangan apa yang harus dibuat semasa persidangan ini? Sila beri cadangan apa yang tidak harus dibuat semasa persidangan ini?
Sesi suai kenal bermula dengan setiap peserta perlu mencari kumpulan masing masing iaitu kumpulan asam laksa, popiah, nasi lemak ,satay, char kuey teow, nasi ayam, nasi beriyani, roti canai, mee bandung, dan rojak.
sesi suai kenal antara ahli kumpulan bermula dengan memberitahu nama ahli kumpulan, nama anda, nama pdk anda, dan apakah tujuan atau sebab anda menghadiri persidangan ini ?
hah ini yang best sebab anda menghadiri persidangan ini? jadi sudah pasti mendapat pelbagai jawapan dan ada antara mereka yang berasa terpaksa dan kalau boleh serah bagus juga ......bukankah begitu? tanya diri sendiri dan jawab sendiri k
diakhiri dengan ucapan terima kasih daripada fasilitator.
No comments:
Post a Comment