Wednesday, March 30, 2011

temuduga jawatan petugas pdk di daerah melaka ..... 31 mac 2011 ...selamat berjaya

esok 31 mac 2011 adalah hari temuduga buat calon -calon yang layak dan telah dipanggil untuk menghadiri temuduga bagi jawatan petugas pdk.... tahniah kepada yang layak dan akan menghadiri temuduga ini...

siapakah bakal penemuduga anda?

tak tahu... baiklah untuk tips penemuduga anda ialah

1. pengerusi sesebuah pdk tersebut
2. penyelaras pdk daerah
3. penyelaras pdk negeri

apakah persediaan yang perlu dibuat?

1. Panduan Sebelum Menghadiri Temuduga

• Pastikan anda sampai sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
• Tenangkan diri anda sebelum sesi temuduga dijalankan.
• Dapatkan maklumat-maklumat yang berguna berkenaan dengan syarikat atau jawatan yang dipohon melalui internet atau sumber-sumber lain.
• Pengetahuan anda mengenai syarikat atau jawatan tersebut akan menjadikan majikan kagum dengan keprihatinan dan kesediaan anda.


2. Sewaktu Sesi Temuduga

• Gunakan pakaian yang sopan dan sesuai dengan pekerjaan yang dipohon.
• Pastikan telefon bimbit anda dimatikan sebelum memasukki bilik temuduga.
• Semua sijil dan dokumen asal yang berkaitan perlu diisi di dalam fail atau sampul surat yang sesuai. Sebaiknya gunakan fail lutsinar dan disusun dokumen dan sijil mengikut yang paling utama dihadapan.
• Gunakan kasut yang sesuai, bersih dan kemas. Jangan gunakan kasut sukan, selipar, sandal atau but.
• Berambut pendek adalah bersesuaian untuk lelaki.
• Jika anda seorang lelaki jangan memakai subang, rantai dan gelang tangan.
• Bawa bersama pen dan buku kecil untuk catatan jika perlu.
• Elakkan nafas berbau.
• Gunakan minyak wangi untuk keselesaan anda.


3. Bagaimana Menceritakan Pengalaman Anda Sewaktu Ditemuduga

• Ceritakan mengenai diri anda dan kebolehan yang ada.
• Elakkan memuji diri sendiri.
• Jawab soalan secara lengkap dengan cara mennghuraikan sedikit jawapan anda.
• Pastikan percakapan anda jelas didengari dan jangan bercakap terlalu laju.
• Duduk tegak dan pandang ke arah penemuduga apabila anda bercakap.
• Kaitkan jawatan yang dipohon dengan tugas-tugas yang pernah anda lakukan.
• Elakkan bercerita terlalu panjang tanpa henti.
• Elakkan menanya penemuduga dengan tujuan menguji kebolehan penemuduga.

















4. Pertanyaan Kepada Majikan

• Di penghujung sesi temuduga, penemuduga biasanya akan bertanya kepada calon sekiranya ada sebarang soalan.
• Elakkan terlalu banyak soalan.
• Tanyakan tanggungjawab jawatan yang dipohon.
• Tanyakan kepada siapa untuk melapor diri.
• Tanyakan tempoh waktu kerja.
• Tanyakan sama ada dikehendaki ke luar kawasan.
• Tanyakan gaji atau lingkungan bayaran yang akan diterima
• Tanyakan kemudahan kesihatan


5. Doa dan Tawakkal

Dalam apa jua usaha kita, haruslah diiringi dengan doa. Semoga kita berjaya mendapat pekerjaan yang berkat lagi diredhai. Jangan berputus asa sekiranya anda tidak mendapat apa yang dihajati. Percayalah, Tuhan pasti akan memberikan yang terbaik skepada hambanya sekiranya kita masih belum memperolehinya. Apa yang pasti, berusahalah dengan sebaiknya kerana perjuangan tiada sempadannya.

Persediaan Sebelum Masuk ke Bilik Temuduga
LIhat beberapa persediaan sebelum masuk ke bilik temuduga yang dipetik dari ebook Sukses Temuduga.

Katakan anda dalam bilik menunggu sekarang. Anda masih mempunyai 5 atau 10 minit sebelum temuduga bermula. Gunakan masa tersebut sebaiknya. Jangan habiskan dengan merokok!

Dapatkan lokasi tandas. Buang air kecil atau besar jika perlu. Selepas selesai, jangan lupa menzipkan semula apa yang patut. Kemudian lihat diri anda di cermin. Betulkan apa yang patut, contohnya tudung atau tali leher, supaya anda tidak berbuat demikian di depan penemuduga kelak.

Sekiranya anda merokok, ini bukan masanya. Jangan merokok sejurus sebelum temuduga bermula, anda akan berbau seperti kilang rokok. Dan jangan pula menyembur minyak wangi secara maksima. Ia akan memberikan imej yang kurang baik, lebih - lebih lagi jika penemuduga anda benci kepada bau rokok atau minyak wangi.

Pastikan tiada makanan terlekat di celah - celah gigi. Gigi yang bersih membantu memberikan senyuman yang menawan. Anda perlu banyak senyum semasa temuduga,ia menolong anda relaks.

Setelah anda pasti anda kelihatan yang terbaik, sila kembali ke tempat anda.

Sekiranya anda tidak membawa bersama sebarang bahan bacaan, cuba lihat di persekitaran anda samada terdapat brochure, majalah atau buku tahunan syarikat. Anda mungkin boleh..

Persediaan Sehari Sebelum Temuduga Kerjaya
Jangan menanti ke saat akhir! Berikut adalah persediaan sehari sebelum temuduga kerjaya yang dipetik dari ebook Sukses Temuduga.





* Keluarkan pakaian yang anda bercadang untuk pakai ke temuduga. Pastikan ia
bersih dan tidak berkedut. Bagi yang lelaki, kasut mestilah bergilap. Bagi yang
wanita, pilih aksesori yang boleh dipadankan dengan baju. Gantung atau letakkan
semuanya di satu tempat. Termasuk pakaian dalam. Jangan tercari - cari besok.

* Fail atau briefcase yang hendak dibawa besok telah dimasukkan dengan dokumen
dokumen yang sepatutnya. Jangan besok cari sijil SPM satu rumah. Buat salinan
yang diperlukan awal - awal.

* Berlatih semula jawapan yang telah anda sediakan untuk soalan - soalan
temuduga yang popular. Contohnya: Tell me about yourself?, Why are you the
right candidate for this job?, What is your greatest strength? Matlamatnya
bukanlah untuk menghafal tetapi untuk membiasakan diri dengan soalan yang
sebegitu.

* Jangan lupakan bersedia untuk soalan - soalan temuduga yang pelik juga.
Manalah tahu..

* Minta bantuan rakan atau ahli keluarga supaya menemuduga anda. Dapatkan
maklumbalas mereka dalam aspek - aspek seperti cara anda menjawab, kejelasan
suara, gerak badan, postur dan sebagainya.

No comments: