Saturday, October 8, 2011

Tanda-tanda kecil dan besar kiamat

Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda kecil

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1] ”

Zina bermaharajalela[perlu rujukan]
“ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”

Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik[perlu rujukan]
Bermaharajalela alat muzik[perlu rujukan]
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”

Menghias masjid dan membanggakannya[perlu rujukan]
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu rujukan]
“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”

Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu rujukan]
Ramai orang soleh meninggal dunia[perlu rujukan]
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”

Orang hina mendapat kedudukan terhormat[perlu rujukan]
“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu rujukan]
“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu rujukan]
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”

Bulan sabit kelihatan besar[perlu rujukan]
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”

Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa[perlu rujukan]
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[perlu rujukan]
“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”

Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu rujukan]
“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”

Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

-hadis bawah-

Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
-hadis bawah-

Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
-hadis bawah-

Orang akan melakukan homoseksual.
-hadis bawah-

Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)

Berkurangnya sifat amanah

-hadis bawah-

Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

-hadis bawah-

Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

-hadis bawah-

Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

-hadis bawah-

Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

-hadis bawah-

Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

-hadis bawah-

Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”

[perlu rujukan]

Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

-hadis bawah-

Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...

-hadis bawah-

Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

-hadis bawah-

Memandang rendah kepada darah

“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”

[perlu rujukan]

Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”

[perlu rujukan]

Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”

[perlu rujukan]

Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”

[perlu rujukan]

Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“ "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim ”

Banyaknya berlaku gempa bumi[2]
Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]
Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2] ”

Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

-hadis bawah-

Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. ”

[sunting] Rujukan1.↑ bin Abdul Lateef Az-Zubaidi, Al-Imam Zain-ud-Din Ahmad; Dr. Muhammad Muhsin Khan (1996). bab: “104”, The translation of the Meanings of Summarized Sahih Al-Bukhari (dalam bahasa Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris), 638, Riyadh, Arab Saudi: Darussalam. "Narrated 'Auf bin Malik R.A."I went to the Prophet S.A.W. during the Ghazwa of Tabuk while he was sitting in a leather tent. He said, "Count six signs that indicate the apporach of the Hour: my death, the conquest of Jerusalem, a plague that will afflict you (and kill you in great numbers) as the plague that afflicts sheep, the increase of wealth to such an extent that even if one is given one hundred Dinars, he will not be satisfied; then an affliction which no Arab house will escape, and then a truce between you and Bani Al-Asfar (i.e. the Byzantines) who will betray you and attack you under eighty flags: Under each flag will be twelve thousand soldiers."
2.↑ 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 bin Abdul Lateef Az-Zubaidi, Al-Imam Zain-ud-Din Ahmad; Dr. Muhammad Muhsin Khan (1996). bab: “10”, The translation of the Meanings of Summarized Sahih Al-Bukhari (dalam bahasa Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris), 1022, Riyadh, Arab Saudi: Darussalam. "Narrated (Abu Huraira)" Allah's Messenger SAW said, "the Hour will not be establish till:(1) two big groups fight each other..(2) about thirty dajjal appear (liars).. (3) the religious knowledge is taken away... (4) earthquakes will increase in number (5) time will pass quickly (6) al-Fitan (trials and afflictions etc.) will appear, (7) al-Harj, (i.e., killing) will increase, (8) wealth will be abundance... (9) the people compete with one another in constructing high buildings, (10) a man passing by a grave of someone will say, "Would that I were in his place" (11) ... the sun rises from the west..."


Tanda-tanda besarHijaunya bumi Arafah.
Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
Munculnya nabi-nabi palsu yang ke 40.
Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
Berlaku perang besar dikawasan Kaukasus.
Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
3 kali gempa bumi.
Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
Bermulalah kekuasaan Dajjal.
Munculnya Imam Mahdi.
Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan Yakjuj dan Makjuj.
Matahari terbit dari ufuk barat.
Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua


Dabbatul Ardhi (Dabbat Al-Ard)
Dābbat al-Ard (Arab دابة الأرض‎) adalah sebuah frasa yang bererti binatang buas (monster) yang muncul dari perut bumi. Dalam Islam binatang ini sebagai salah satu tanda sebelum datangnya Hari Penghakiman iaitu Hari Kiamat.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dābbat al-ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabbat Al-ard ini akan membawa tongkat Musa dan cincin Sulaiman.

Firman Allah dalam Surah An Naml: 82,

“ Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.(An Naml: 82) ”

Abu Dawud At-Tayalisi mencatat dari Abu Hurairah, Muhammad bersabda:

"Binatang ini akan muncul dari perut bumi dan akan membawa tongkat Musa dan memakai cincin Sulaiman. Ia akan memukul hidung orang kafir dengan tongkat itu dan akan mengusap wajah orang beriman sehingga cerah dengan cincin itu. Sehingga mereka makan bersama, mereka akan saling mengenali orang yang beriman dan yang kafir."

sumber : wikipedia indonesia



yakyuj dan makjuz

WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok".

Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", be lia u berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English".

"Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu.

"Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
"Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan.
"Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"

"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.

"Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".

"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu".

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria", mengikut kata sumber.

"Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi".

NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?"

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. "Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah
Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?
Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan
informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi be lia u telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat".

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah".

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui


Tembok Yakjuj dan Makjuj
Petikan dari buku Alexander adalah Zulkarnain; Pembebas timur dan barat serta pembina Tembok Yakjuj dan Makjuj tulisan Mohammad Alexander.

Info:
Alexander adalah murid Aristotle.
Aristotle adalah murid Plato.
Plato adalah murid Socrates.

Maulana Yusuf Ali (1983) di dalam tafsir Al-Qurannya mengatakan Yakjuj dan Makjuj adalah bangsa Asia Tengah. Mereka membuat jalan dan menerap bagi membentuk kerajaan sendiri. Suku-suku yang berpindah ke barat ini dikenali oleh bangsa Yunani dan Rom sebagai Scythian dan Saxon. Mereka adalah keturunan asal orang Eropah.

Suku bangsa Asia Tengah yang berpindah ke timur pula dikenali sebagai bangsa Cina dan Mongol. Di dalam tafsir Al-Maraghi dijelaskan tentang orang Scythia sebagai Yakjuj dan Makjuj.

Analisis tafsir Al-Quran surah Al-Kahfi ayat 93

(93) Sehingga apabila dia sampai diantara dua gunung (baina as-saddaini), dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

Analisis: Lembah Fergana terserlah sebagai daerah antara dua gunung iaitu antara anak Pergunungan Tien Shan dan Alai-Pamir. Bangsa yang dijumpai Alexander Zulkarnain adalah bangsa Paraetacia iaitu bangsa China perantauan di Lembah Fergana. Kini lembah itu di dalam tiga wilayah (Kyrgystan, Uzbekistan dan Tajukistan)

Di dalam ayat 94, bangsa ini memberitahu tentang bangsa Yakjuj dan Makjuj yang sentiasa melakukan kerosakan di bumi.

Tembok Yakjuj dan Makjuj

Berdasarkan strukturnya, tembok yang menghalang kemaraan Yakjuj dan Makjuj terdiri daripada dua jenis iaitu:

i. Tembok semulajadi - Merupakan 'tembok' yang 'dibina oleh Allah s.w.t berupa pergunungan tinggi (disebut 'sadd' dalam Al-Quran)

ii. Tembok yang dibina oleh manusia - disebut 'radm' dalam Al-Quran iaitu Tembok Derbend (kira-kira 3km), Tembok Gorgan (200km), Tembok besi Alexander Zulkarnain (5 hingga 10 meter) dan Tembok Besar China (5000km)


Kiamat bermula Ramadhan tahun depan?

Lebih dari 350 judul buku menceritakan mengenai dunia akan berakhir pada tahun 2012. Tahun 2012 merupakan tahun yang diramalkan akan berlaku Kiamat. Khabaran ini dapat dilihat dari cerita fisyen sains yang berjudul 2012 arahan Roland Emmerich yang telah memulakan pengambaran pada bulan Ogos 2008 di Vancouver. Kebanyakkan cerita-cerita ini berpunca dari ahli astronomi dan agamawan. Realiti yang berlaku sekarang seolah-olah memberitahu kita bahawa dunia sudah hampir kepada penamatnya, dengan berlakunya gempa bumi dan tsunami yang hebat di Jepun baru-baru ini.

Bagi segelintir umat Islam pula, kedatangan Ramadhan 2012 merupakan titik-titk bermulanya tanda Kiamat besar. Mereka percaya bahawa peristiwa itu akan berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan 2012 pada hari Jumaat. Kepercayaan ini timbul dari beberapa riwayat yang menceritakan tentang akan kedengaran “suara jeritan yang kuat” pada bulan Ramadhan. Salah satu riwayat yang popular dikatakan riwayat dari Abdullah bin Mas’ud ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda:

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا كان صيحة في رمضان فإنها تكون معمعة في شوال وتميز القبائل في ذي القعدة وتسفك الدماء في ذي الحجة والمحرم وما المحرم يقولها ثلاثا هيهات هيهات يقتل الناس فيها هرجا هرجا قال قلنا وما الصيحة يا رسول الله قال هذه تكون في نصف من رمضان يوم جمعة ضحى وذلك إذا وافق شهر رمضان ليلة الجمعة تكون هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العوائق من خدورهن في ليلة جمعة سنة كثيرة الزلازل والبرد فإذا وافق رمضان في تلك السنة ليلة جمعة فإذا صليتم الفجر يوم جمعة في النصف من رمضان فادخلوا بيوتكم وسددوا كواكم ودثروا أنفسكم وسدوا آذانكم فإذا أحسستم بالصيحة فخروا لله سجدا وقولوا سبحان القدوس سبحان القدوس ربنا القدوس فإنه من فعل ذلك نجا ومن ترك هلك .
“Apabila kedengaran jeritan (Sayha) pada bulan Ramadhan, maka akan berlaku huru-hara dalam bulan Syawal, dan kabilah-kabilah akan membentuk kumpulan dalam bulan Zulkaedah, dan berlaku pertumpahan darah pada bulan Zulhijjah dan Muharram! Apa yang dilarang/haramkan? "Berkata tiga kali," Oh, Oh! Rakyat akan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran "Telah berkata:" Kami berkata: "Apakah Sayha (menjerit), Wahai Rasulullah?" Beliau berkata: "Ia akan berlaku di pertengahan Ramadan pada pagi Jumaatnya. Berlaku pada pada Ramadan malam Jumaat, dimana satu bunyi yang kuat (Hadda) akan berlaku, yang akan menyedarkan orang yang sedang tidur, wanita muda akan dibawa keluar dari bilik mereka, pada malam Jumaat dimana sepanjang tahun tersebut banyak gempa bumi (dan sangat sejuk). Oleh itu, apabila Ramadhan bermula pada malam Jumaat pada tahun itu, dan anda telah selesai solat Subuh pada hari Jumaat pertengahan Ramadan, ,akan masuklah kedalam rumah, tutup pintu anda, tutup tingkap anda, selimut diri kamu sendiri, dan sumbat telinga anda. Apabila anda mendengar jeritan, turun sujud kepada Allah dan berkata: "Subhanal-Quddus, subhanal-Quddus, rabbunal-Quddus (Maha Suci kepada kemuliaan yang Maha Suci, Maha Suci, Tuhan kami yang Maha Suci). "barangsiapa yang berbuat demikian akan kekal selamat, dan yang tidak melakukan akan musnah” [Kitab al-Fitan, Nuaim bin Hammad]

Riwayat ini membicarakan bahawa peristiwa ini akan berlaku pada hari Jumaat di pertengahan bulan Ramadhan. Menurut kalendar, hari Jumaat 15 Ramadhan dijangka jatuh pada tarikh 3 Ogos 2012.

Tahun 2012 juga menurut kalendar kaum Maya dan terbongkarnya kod rahsia didalam kitab Injil Perjanjian lama mengatakan dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012. Menurut kaum Maya, bumi akan berdepan dengan satu malapetaka yang amat besar yang menyebabkan kehancurannya pada tahun 2012, dan ia akan muncul semula selepasnya.

Pada tahun 1994 , sekumpulan penyelidik dikatakan telah menemukan kod rahsia dari Kitab Injil Perjanjian Lama yang mengatakan bahawa bumi akan menghadapi kehancuran, dimana akan berlakunya perlanggaran asteroid dengan bumi.

Ada juga dikalangan astrologi yang mempercayai bahawa PlanetX atau Nibiru akan memberi kesan yang hebat kepada bumi, Tidak akan berlaku perlanggaran diantara bumi dan Nibiru, akan tetapi planet ini mempunyai kuasa magnetik kuat yang boleh mengganggu stabiliti bumi apabila ia berada berdekatan dengan bumi.

Komentar terhadap hadith

Hadith diatas tadi (mengenai peristiwa hari Jumaat 15 Ramadhan) ini dikeluarkan oleh Nuaim bin Hammad didalam kitab al-Fitan, dimana sanadnya ada seorang yang bernama Ibn Lahee’ah yang sangat buruk ingatannya. Terdapat juga didalam sanad tersebut Abdul Wahhab yang dikatakan majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar dan al-Hakim (Lisan al-Mizan). Terdapat juga didalam sanad tersebut individu yang bernama Muhammad bin Thabit al-Banaani yang dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn ‘Adi.

Menurut Shiekh Sulaiman bin Nasir al-Ulwan, hadith ini lemah dan terdapat didalamnya orang-orang yang diragui, dan kita tidak boleh bergantung kepada riwayat tersebut. Hadith yang dinyatakan diatas menurut Dr Salman Audah, didalam ruangan fatwanya di islamtoday (2009), kesemua hadith-hadith yang menceritakan tetang suara jeritan yang kuat pada pertengahan Ramadan statusnya Sangat Lemah (Dhaef Jiddan) dan Palsu (Maudu’). Menurut al-Zahabi didalam Kitabnya Siar A'lam Nubala', hadith ini Palsu, dan matannya (isi kandungan) pelik (gharib) dan tidak boleh digunakan untuk berhujah. Ibn al-Jawzi juga menghimpunkan riwayat ini didalam kitab al-Maudhuaatnya sebagai status Palsu.

Secara teknikal didalam ilmu hadith, riwayat diatas tidak boleh dijadikan sandaran, kerana statusnya samada sangat lemah atau palsu. Hadith ini tidak boleh digunakan untuk menjadi kayu ukur mengenai tarikh berlakunya kiamat.

Menafikan teori kalendar Maya dan planet Nibiru

Menurut seorang pakar pengkaji kaum Maya, Mark Van Stone, tidak ada sebarang petunjuk didalam kaum Maya atau Aztec yang mencadangkan wujudnya perubahan apa-apa pada tahun 2012. Menurut Susan Milbrath, kurator Seni dan Arkib Amerika Latin yang berpusat di Muzium Florida berkata : Kami tidak mempunyai rekod atau maklumat bahawa puak Maya boleh berfikir yang dunia akan tamat pada tahun 2012. Sandra Noble, Pengarah Eksekutif Yayasan Kajian Mesoamerican, mengatakan bahawa perkara ini adalah satu fabrikasi dan menjadi peluang untuk orang menjana duit. Menurut pihak NASA, malahan 21 Disember 2012 tidak wujud didalam calendar Maya.

Pihak NASA juga mengatakan bahawa tidak ada tanda-tanda planet akan terkeluar dari paksinya sekurang-kurangnya untuk beberapa dekad yang akan datang. Bumi tidak mungkin akan keluar dari orbitnya pada tahun 2012. Memang setiap tahun Bumi dan Matahari menyelaraskan (align) kearah kedudukan tengah Galaksi Milky Way, akan tetapi ini merupakan kejadian tahunan yang tidak memberi kesan kepada apa-apa..

Mengenai apakah benar-benar Planet X atau Nibiru wujud? Pihak NASA mengatakan bahawa ini merupakan penipuan internet. Tidak ada dasar kenyataan mereka. Jika benar Planet X benar wujud dan menuju kearah bumi pada tahun 2012, maka sudah tentu ramai para astronomi sudah mengenal pasti planet ini dan planet itu sendiri dapat dilhat dengan mata kasar kerana tahun 2012 akan muncul tidak lama lagi.

Fenomena ini juga dikaitkan dengan kalendar Maya ini. Pernah Mei 2003 dikatakan kiamat akan berlaku, namun tidak berlaku apa-apa dan tarikh itu telah dipindahkan ke 2012.

Sikap orang Islam

Jika kita di tanya dengan soalan bilakah akan berlaku kiamat? Katakan : hanya Allah yang mengetahui. Sains tidak mungkin dapat menjangka dengan tepat bilakah akan berlaku kiamat. Firman Allah swt :-

إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى. فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَى.
"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa." [surah Taha : 15 - 16].

Banyak sekali petanda-petanda yang menunjukkan hari Kiamat akan berlaku, akan tetapi tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Ramalan-ramalan yang didapati di internet yang menunjukkan 2012 akan berlaku kiamat adalah sama sahaja seperti ramalan kiamat yang sepatutnya berlaku pada tahun 2000 dan jelas tiada apa pun terjadi. Ini menunjukkan bahawa hanya Allah swt sahaja yang tahu bilakah masanya. Firman Allah swt :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. " [surah al-'Araaf : 187].

Bagi kita yang beriman dengan apa yang Allah turunkan (al-Quran), seharusnya kita tidak mudah mempercayai berita-berita yang tersebar diinternet. Mungkin ada yang bertanya, bukankah realitinya banyak sekali berlakunya gempa bumi disana-sini dan baru-baru ini dunia dikejutkan oleh tsunami yang berlaku di Jepun, bukankah itu petanda kiamat? Benar, Islam mengajar kita akan alamat-alamat kiamat, sehinggalah turunnya nabi Isa as. Pokok persoalan yang dibincang adalah penetapan tarikh kiamat. Malah, kematian Nabi Muhammad :saw itu sendiri menandakan bumi sudah sampai penghujungnya. Baginda adalah penutup segala Nabi, dan sudah tentu kematian baginda menandakan bila-bila masa akan berlaku kiamat.

Sekian, wassalam
kamin, 14 Ramadhan 1432.

Rujukan

1. 2012: Beginning of the End or Why the World Won't End?
http://www.nasa.gov/topics/earth/features/2012.html

2. علماء: القيامة ستقوم في 2012
http://al-ahdath.net/upload/index.php?mod=article&cat=الأحداثالدولية&article=116

Munculnya Dajjal Dari Gua Di Sebuah Pulau

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya ‘Minal Munzharin’ seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya . Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn ’syaqq’ manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas. (pernah terbaca sebuah buku..Kelahiran Dajjal -Dajjal di lahirkan dari sepasang suami isteri yang berjimak semasa isterinya dalam keadaan haid)

Sifat² Badannya

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda ; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal . Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:

Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat .

Kedua: Tertulis didahinya tulisan ‘Kafir (Kaf-Fa-Ra)’. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab ‘Shahih Muslim’, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama ‘Al-Jassasah’. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat ‘transitnya’ itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja . Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa . Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat
fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..’

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
‘Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?’

Nabi menjawab:
‘Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.’ H.R Ibnu Majah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam ‘… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?

Nabi menjawab:
‘Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan ‘Al Ghaist’ (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.’ H.R Muslim.

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah .

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s

dajal akan keluar setelah keluar asap dari yaman…asap itu berpunca dari hentaman asteroid k bumi..dunia diliputi awan hitam(awan yg 40 hari…berlaku kebuluran seluruh dunia bila turun hujan asid yg musnahkan tnaman,ternakan dan air..berlaku hentaman asteroid pada pertengahan bulan ramadan…kita sebagai umat islam dwajibkanpuasa dan jgn tinggalkan puasa…puasa mghalang segla pnyakit pd masa


Saya permudahkan tentang 10 tanda-tanda kiamat besar ini.1.


Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. (Sudah lama mereka bebas, sila rujuk artikel saya berkenaan kajian Ulama Imran N. Hosein)

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.

Di blog saya telah banyak saya sentuh tentang topik dajal, Yakjuj dan Makjuj tetapi belum pernah saya sentuh tentang tanda kiamat besar iaitu gempa bumi. Banyaknya gempa bumi yang berlaku adalah antara tanda-tanda kiamat. Allah memberi peringatan kepada hambanya yang peka dan percaya akan kekuasaannya. Jadi terpulang kepada kita untuk mentafsirkan tanda-tanda itu.

Ayuh kita mulakan pengembaraan minda kita dengan kejadian semasa yang berlaku. Tsunami di Samoa dan gempa bumi di Indonesia baru-baru ini. Allah telah berfirman:

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)

Sekurang-kurangnya 118 maut akibat tsunami yang melanda kepulauan Samoa semalam dan pihak berkuasa percaya angka korban terus bertambah, termasuk mereka yang hilang. Berikut adalah gambar-gambar Tsunami di Samoa.

Kira-kira 500 bangunan kediaman di bandar dengan penduduk seramai 900,000 itu runtuh, memerangkap ribuan mangsa. Bandar Padang di Sumatera semalam sudah meragut 200 nyawa dengan ribuan lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan. Berikut adalah gambar-gambar gempa bumi di Sumatera.


Tidakkah anda perasan bahawa bencana alam telah meningkat secara mendadak jika dibandingkan awal kurun ke akhir kurun? Perbezaan yang terlalu ketara. Tujuan artikel ini ditulis adalah bertujuan untuk mengajak anda semua berfikir dan merenung kembali apa yang sebenarnya yang terjadi pada hari ini. Bukanlah berniat untuk menakutkan anda semua. Ingat, hanya Allah yang maha berkuasa dan mengetahui segalanya. Wallahualam.

No comments: