Thursday, January 27, 2011

Khas buat semua penyelia PDK Malaysia...

Posting kali ini ditujukan buat semua penyelia PDK.... jangan marah .... bersikap terbuka ok?

kita bincang secara terbuka..... maklumat ini diperoleh dari sebuah buku yang disalin dari perpustakaan ...ok kita mulakan selepas ini.....

Apakah itu penyelia?
Penyelia ialah seorang individu atau sekumpulan individu yang ditugaskan untuk menyelia kerja sekumpulan orang di bawahnya.

Penyelia yang berjaya:

1. meluangkan masa untuk mengajar pekerjanya apa yang telah mereka tahu. Adakah anda?

2. bersikap positif walaupun menghadapi tekanan. Adakah anda?

3. menjalinkan hubungan dengan pekerja yang menafaatkan kedua belah pihak. Adakah anda?

4. menetapkan batas kuasa yang manasabah. Adakah anda?

5. bekerja untuk mengagihkan kerja. Adakah anda?

6. menetapkan piawai kualiti dan teladan yang baik. Adakah anda?

7. bertanggungjawab menjadi penghubung yang baik. Adakah anda?

8. membangunkan usaha berpasukan untuk mencapai produktiviti dan meningkatkan taraf hidup . Adakah anda?


Cabaran akan datang buat penyelia:

1. orang dalam jabatan anda atau pdk anda mengharapkan kepimpinan anda

-- keputusan yang baik dan cepat.
---pekerja anda sentiasa memerhatikan tindak tanduk anda

2. anda sebagai perantara di antara orang atasan dan pekerja anda.

3. Anda akan menetapkan piawaian kerja dan bukan mengikut piawaian kerja yang telah ditetapkan oleh orang lain.

Adakah kerja sebagai penyelia bermanafaat untuk anda....

Ya. kelebihannya

1. anda akan dapat meningkatkan potensi pendapatan anda.

2. anda berpeluang belajar lebih banyak. sebab itulah anda perlu menunjukajar pekerja anda yang lain.Jangan kedekut ilmu.

3. anda mendapat peluang lebih untuk kenaikan pangkat ke tahap pengurusan yang lebih tinggi sedangkan pekerja anda tidak. Jadi berilah mereka peluang sama.

4. kerjaya ini berpeluang menambahkan keyakinan diri anda. dan jika anda diturunkan pangkat akan hilanglah keyakinan diri anda.

5. anda berupaya mencuba daya kepimpinan anda.

6. anda dapat mempelajari dan mengembangkan kemahiran perhubungan antara individu.

7. anda akan dapat memiliki perasaan nilai diri yang lebih baik.

Anda sebagai ketua atau penyelia perlulah memberikan tunjuk ajar kepada pekerja anda.

Semua orang ingin menjadi sebahagian daripada pasukan yang berjaya. Adakah anda ingin juga?

Untuk mencapai matlamat, anda perlulah: ...................

1. melibatkan semua pekerja anda dalam proses penetapan matlamat. Jangan hanya pilih sebahagian atau seorang dua sahaja ataupun anda memilih hanya penyelia sahaja. Adakah anda??????

2. memudahkan pekerja menggerakkan diri mereka dengan mewujudkan keadaan kerja yang tidak tegang dan boleh diramalkan.Adakah anda??????

3. berikan pujian kepada mereka yang layak menerimanya. Adakah anda??????

4. sentiasa bergaul dengan mereka sambil mendengar pendapat mereka untuk mengetahui jenis ganjaran boleh diberikan kepada mereka untuk meningkatkan produktiviti kerja mereka. Adakah anda?????

5. meminta mereka untuk memberikan cadangan bagi meningkatkan produktiviti. Adakah anda??????

6. Mengadakan sesi kaunseling bagi setiap pekerja dengan tetap dan mendengar rungutan mereka dan membuat penyelesaian. Adakah anda????

7. dengan menggunakan sikap positif anda wujudkan satu persekitaran kerja yang bersemangat dan riang. Adakah anda????

8. memberi peluang kepada pekerja anda untuk menggunakan segala kemudahan yang ada di PDK misalannya komputer, internet dan sebagainya. Adakah anda????? atau hanya dimonopoli oleh anda?????

ADALAH ANDA ???? ADAKAH ANDA ????? ADAKAH ANDA ?


Jawablah sendiri...OK????

No comments: