Thursday, January 20, 2011

cadangan perkembangan pertandingan bowliing dan lain-lain cadangan pembangunan PDK.... fikir2kanlah ye.......

Usaha yang telah dibuat oleh Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mencari bakat dalam bowling di kalangan pelatih PDK peringkat daerah bolehlah diucapkan terima kasih. Ini adalah untuk membuktikan bahawa OKU bukanlah OKU iaitu orang yang tidak berkemampuan untuk melakukan sesuatu..... Namun begitu diharapkan usaha ini akan diteruskan ke peringkat kebangsaan dan calon yang terpilih dipertandingkan ke peringkat antarabangsa....

Seterusnya saranan yang boleh dibuat oleh JKM dan PDK ialah:

1. mewujudkan ko kurikulum setiap hari Rabu di PDK ... ko kurikulum seperti pengakap, pandu puteri, Persatuan Seni Lukis dan lain-lain lagi boleh diwujudkan. kelebihannya seperti berdikari dan sebagainya...

2. Mengadakan pertandingan bagi bidang lakonan pula . Bertujuan mencari bakat tersembunyi dalam bidang ini....dipertandingkan hingga ke peringkat kebangsaan.

3. Mengadakan pertandingan/ pameran seni lukis di tempat pelancong.... ini turut dapat menambah dana bagi pdk... dan mencungkil bakat pelatih

4. bagi yang berminat pula dalam komputer...diminta guru daripada sekolah menunjukkan kepada pelatih ini cara2 untuk mendapat wang secara online atau bekerja secara online..... ini untuk kerjaya mereka pada masa hadapan....

5. Petugas pdk pula diperuntukkan setiap seorang menjadi mentor kepada pelatih dalam satu bidang khusus dan petugas pdk juga perlulah berpengetahuan dalam bidang tersebut...jika kekurangan calon mereka bolehlah diberi kursus tambahan....oh ye ingat ini hanya untuk petugas dan bukan penyelia sebab yang mengajar,membuat pemulihan ialah petugas dan bukannya penyelia.

6. Jika telah ada ko kurikulum... petugas juga perlulah menjadi pembimbing kepada persatuan / kelab tersebut dan bukannya penyelia .

7. mewujudkan badan pengawas di PDK...Badan pengawas ini perlulah dari kalangan OKU di PDK yang berwibawa dan mempunyai pakaian khas untuk mereka.... tugas mereka adalah untuk membantu petugas dalam membuat pemantauan terutama pada waktu perhimpunan dan menjada kelas sekiranya ada pelatih yang telah terberak,terkencing dan petugas perlu membersihkan kelas.

8. Seorang petugas akan dilantik sebagai guru badan pengawas ini.

9. Pewujudan Panitia bagi perkembangan pelatih di pdk dalam 7 bidang utama iaitu:

a. panitia Perkembangan bahasa
b. Panitia Moto kasar
c. Panitia Moto Halus
d. Panitia Pengurusan Diri
e. Panitia Pra Akademik
f. Panitia Latihan DOmestik
g. Panitia IT
h. Panitia Pergaulan Sosial.

Setiap panitia ini akan diterajui oleh Ketua Panitia yang ditugaskan kepada petugas. INGAT KETUA PANITIA IALAH PETUGAS BUKAN PENYELIA. PETUGAS TERSEBUT PERLULAH MAHIR DALAM BIDANG TERSEBUT DAN MEREKA DIWAJIDKAN MEMBUAT PEMANTAUAN DALAM PERKEMBANGAN BIDANG MASING-MASING. MEREKA JUGA PERLULAH DIBERI INISIATIF DALAM KEWANGAN MISALNYA ELAUAN BIDANG PANITIA MISALANNYA TAMBAHAN ELAUN SEBANYAK RM 500 SEBULAN.

10. Pewujudan Ketua Peperiksaan . Ketua Panel Peperiksaan ini perlulah dari kalangan petugas dan bukannya penyelia. INGAT PETUGAS BUKAN PENYELIA. Ini adalah kerana seharusnya 17 tugas hakiki penyelia perlulah dijalankan oleh penyelia dan bukannya petugas .Selama ini penyelia meminta bantuan daripada petugas untuk menjalankan tugasnya. iNISIATIF KEWANGAN SEBANYAK RM 500 PERLULAH DIBERIKAN JUGA KEPADA MEREKA SEBAGAI TAMBAHAN BEBAN TUGAS MEREKA.

11. Kewangan perlulah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bukannya diserahkan kepada komuniti...Ini untuk mengelakkan perkara tidak dikehendaki berlaku ...manalah tahukan.... rambut sama hitam, hati lain-lain...ye tak?

12. Kelab yang ditubuhkan oleh penyelia .... dan pengambilan yuran bualanan RM ....dan tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan perlulah dibuat pemantauan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat . Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini......Jika benar ingin diwujudkan Kelab/Persatuan perlulah diwujudkan Persatuan Sekerja Pekerja PDK ..... dengan teratur...dan tugas utama melindungi pekerja PDK. Jika dapat diwujudkan peringkat kebangsaan lagi bagus.....

13. Borang perkembangan prestasi penyelia perlulah diselidik... jika jabatan kerajaan sudah boleh mendapat penilaian prestasi yang lebih adil .... mengapa tidak kepada penyelia pdk????? JIka dahulu jabatan kerajaan prestasi pegawai dinilai berdasarkan keakraban dengan pegawai atasan dan sekarang ini sindrom ini telah dialihkan dan merebak pula kepada penilaian prestasi penyelia pdk....

untuk lebih adil ...penilaian perlu dibuat dengan membuat peperiksaan khas dan sesiapa yang lulus cemerlang ..dialah layak disambung kontrak....... untuk lulus mereka perlulah tahu secara keseluruhan tugasan petugas dan penyelia ....


Oklah saya berhenti memberi saranan setakat ini dahulu..insyaalah lain kali disambung lagi

No comments: