MP PAS Pendang: Kementerian perlu memantau Pusat Pemulihan OKU di Setiap Parlimen
Posted on April 1, 2009 by Pelapor
17 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) Peringkat Jawatankuasa Kepala B.48 (RM6,332,600) dan P.48 (RM10) Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Hanya dua perkara sahaja iaitu 00704 Pembesaran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.
Saya harap pihak kementerian dapat memerhati pusat pemulihan dalam komuniti ini terutama di setiap kawasan Parlimen kerana sekarang ini, Orang Kurang Upaya yang menjadi pelatih di situ bertambah tetapi pusat itu tidak bertambah.
Maknanya kesesakan di dalam pusat-pusat pemulihan dalam komuniti ini menjadi begitu kronik sekarang ini.
Yang keduanya tentang peralatan yang ada. Saya dapati banyak di antara pelatih-pelatih di sini mereka merupakan pelatih daripada pesakit cerebral palsy dan juga mikro kapilari.
Maknanya mereka mempunyai masalah pihak anggota. Jadi, peralatan untuk melakukan fisioterapi tidak ada langsung di pusat pemulihan di dalam komuniti ini. Saya harap pihak kementerian dapat memerhati perkara ini supaya diletakkan sekurang-kurangnya satu ataupun dua alat untuk digunakan oleh pelatih-pelatih yang mempunyai masalah anggota iaitu cerebral palsy atau anggota tidak dapat bergerak seperti biasa.
Jadi, saya harap ini dua perkara yang perlu diberi perhatian oleh kementerian. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment