Tuesday, June 26, 2007

borang cuti

Dalam mesyurat PDK yang baru lalu minit mesyuarat mengesahkan agar:

A) pekerja PDK perlu menghantar sebanyak lima borang cuti kepada :
1) pengarah JKM
2) Pegawai JKM daerah
3) pengurus PDK
4) Pengerusi PDk
5) salinan simpanan di PDK

Bayangkanlah hendak mohon satu hari cuti perlu disediakan lima borang cuti. Ini bukan sahaja satu pembaziran.....malahan rasa-rasa pegawai alias pengarah juga tidak ada masa untuk melihatkan.... sudahlah hendak sediakan 5 borang cuti itu melibatkan kos dan elaun pekerja PDK bukannya tinggi hanya RM 445 ditambah lagi perkara yang remeh temeh .....

Dahulu 3 helai borang cuti sekarang dah naik jadi 5 pula.... hai...hai...

bukankah ada cara mudah contohnya satu salinan untuk PDk dan 1 salinan untuk pengerusi.... tidaklah membazir namanya.....

Fikir-fikirkanlah......

Monday, June 11, 2007

koleksi gambar kebesaran allah



fikir-fikirkanlah

TAHNIAH KPD SEMUA KAKITANGAN AWAM.....

TAHNIAH KPD SEMUA KAKITANGAN AWAM YANG MENDAPAT KENAIKAN GAJI....
DI HARAPKAN KALIAN DAPAT MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH CEKAP, LEBIH PROFESIONAL DAN MEMENUHI HASRATPERDANA MENTERI DAN KLIEN ANDA SEKELIAN...

TETAPI kami pekerja PDK macam ni juga... tiada berita lagi ada atau tidak kenaikan elaun. itu....


kerja tetap kerja perlu dibuat ..jika tidak dibuat tiadalah rezeki dan hendak makan pun ...dan hendak ke tandas pun perlukan wang....

punyalah komited pada kerja hinggakan hari cuti pun pergi kerja....
hai - hai budak ni !!!

jadi fikir-fikirkanlah ....

pandang-pandanglah kami sedikit...

jangan dibiarkan komitmen dan motivasi semakin jatuh .....

kebesaran Allah..... fikir-fikirkanlah

Kakitangan awam akan dapat kenaikan gaji

Abdullah: Kakitangan awam akan dapat kenaikan gaji
07-05-2007 10:57:49 AM


PUTRAJAYA: Seramai 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara akan menerima kenaikan gaji kerana mereka berhak mendapatnya, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata perbezaan pendapatan antara pegawai rendah dan tinggi perlu diambil kira dalam menentukan formula kenaikan gaji itu kerana kos hidup yang tinggi membebankan golongan berpendapatan rendah.

"Kakitangan awam wajar diberi kenaikan gaji tetapi banyak mana setakat ini hanya (Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam) Tan Sri Ismail Adam sahaja yang tahu," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, di sini.

Kerajaan, kata Abdullah, setakat ini tidak mengetahui apa yang hendak disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai perkara itu.

Ini merupakan kali pertama kerajaan memberikan jawapan "Ya" kepada soal kenaikan gaji kakitangan awam, kerana sebelum ini kerajaan hanya menyebut "sedang mengkajinya sahaja".

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebelum ini mencadangkan semakan semula gaji kakitangan awam dengan kenaikan antara 10 dan 40 peratus memandangkan kali terakhir semakan dibuat adalah pada 1992.

Cuepacs mencadangkan kenaikan 40 peratus untuk kumpulan sokongan II (Gred 1 hingga 16) yang merupakan jawatan terendah dalam sektor awam manakala 30 peratus bagi kumpulan sokongan I (Gred 17 hingga hingga 40).

Bagi kumpulan pengurusan dan profesional (Gred 41 hingga 54), Cuepacs mencadangkan kenaikan sebanyak 20 peratus manakala bagi Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) pula sebanyak 10 peratus.

Abdullah berkata kedudukan kewangan negara juga perlu diambil kira dalam menentukan kadar kenaikan gaji kakitangan awam.

Perdana Menteri secara berseloroh berkata beliau memilih untuk bercakap mengenai kenaikan gaji kakitangan awam sahaja pada perhimpunan itu kerana sedar kakitangan awam "tidak mahu" mendengar subjek lain lagi.

"Ada orang cakap dah lama tak naik gaji. Ada orang cakap macam mana nak dinaikkan gaji mereka Pak Lah, sedangkan delivery system belum dipertingkatkan lagi. Ada orang cakap gaji perlu naik kerana kos hidup tinggi sekarang," katanya.

Abdullah berkata kerajaan memang sedar sudah lama gaji kakitangan awam tidak dinaikkan tetapi beberapa elaun termasuk COLA (elaun kos sara hidup) sudah diberikan untuk meringankan beban mereka.

Ini bukan bermakna tiada apa-apa pemberian daripada kerajaan walaupun gaji mereka tidak dinaikkan sebelum ini, kata perdana menteri.

Dalam pada itu, Abdullah berkata kakitangan awam pula perlu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam dengan memberi tumpuan kepada aspek kecekapan, kepantasan dan keadilan dalam melaksanakan tugas mereka.

Mereka mesti berkhidmat dengan cepat, tepat dan adil kerana cara itu sahaja boleh menjadikan pembangunan negara lebih dinamik, katanya.

"Kita tak boleh kata kita hanya nak urus 10 fail sahaja sedangkan fail di depan kita bertimbun. Kita juga tidak boleh kata kita nak urus sekian banyak sahaja surat rayuan sedangkan banyak surat rayuan yang perlu diberikan perhatian," kata Abdullah.

Ismail yang turut hadir pada perhimpunan itu ketika ditanya oleh pemberita kemudiannya berkata, kajian kenaikan gaji itu kini di peringkat akhir.

Ditanya mengenai formula kenaikan gaji itu sama ada golongan berpendapatan rendah akan menikmati lebih kenaikan berbanding yang berpendapatan tinggi, beliau hanya berkata: "Seperti yang Perdana Menteri cakap tadi. Seperti yang Cuepacs minta."
Ismail juga enggan menyatakan bila hasil kajian itu akan diserahkan kepada kerajaan untuk pertimbangan.

"Tunggulah Perdana Menteri akan umumkan," katanya. BERNAMA

Kakitangan kontrak tiada keistimewaan

pelik bin ajaib...

kenapa kakitangan kontrak tidak diberi peluang untuk diserapkan ke jawatan mereka...???
Apa pihak pentadbir lebih suka untuk menunjuk ajar dari awal kepada pekerja baru berbanding mereka yang telah tahu tentang pekerjaan tersebut...atau ada udang di sebalik batu...

atau .. atau ... atau .... mereka ada hal / operasi tersembunyi???

kenapa jawatan kosong sebanyak 100,000 jawatan itu disimpan.....
untuk siapa.... kenapa...kenapa... untuk siapa....???????
........

Saya benar-benar berfikir dengan isu semasa sekarang? Kita ada siswazah menganggur sebanyak 30,000 orang ...ada pekerja kontrak...ada pekerja sambilan... dihitung kurang dpd 100,000 orang....
Kemudian terdengar ADUAN DPD KLIEN JABATAN sesuatu kerja tidak dapat dijalankan dengan efisien, pantas dan sebagainya ...
alasan dpd pegawai pula...kami kekurangan kakitangan....
JADI KENAPA TIDAK DIAMBIL MEREKA? KENAPA HENDAK DIBIARKAN FAIL DAN KES BERTIMBUN-TIMBUN.... KENAPA PULA MEREKA LEBIH TEGA MEMBERIKAN KERJA KEPADA PENDATANG TANPA IZIN ATAU PENDATANG DGN IZIN.... KENAPA???

YANG TERKENA TEMPIAS IALAH ANAK BUMI MALAYSIA SENDIRI....BELAJAR DI MALAYSIA... DARI KECIL HINGGA REMAJA TETAPI UNTUK MENDAPAT SESUAP NASI ( ADA YANG DAPAT SESUAP NASI TETAPI KEBULUR) AMATLAH SUKAR....SEDANGKAN PATI BERMEWAH-MEWAH DI MALAYSIA......
KENAPA???

CUBA FIKIR-FIKIRKANLAH .....

Kakitangan kontrak tiada keistimewaan

Kakitangan kontrak tiada keistimewaan


Pemohon kena ikut prosedur isi jawatan tetap: SPA

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang keistimewaan diberikan kerajaan kepada pekerja sangkut, kakitangan sementara, sambilan dan kontrak untuk pengambilan kakitangan perkhidmatan awam bagi mengisi kekosongan 100,000 jawatan dalam sektor awam yang masih belum diiklankan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkata, pertimbangan pemilihan pekerja tertakluk kepada prosedur dan peraturan sama seperti yang dikenakan kepada pemohon lantikan terus.

“Ini bermakna, mereka tidak dilantik ke jawatan tetap secara automatik walaupun ada kekosongan jawatan yang mereka mohon dan pengalaman tidak menjadi asas pelantikan dalam sektor awam,” katanya.

Kelmarin, Presiden Cuepacs, Omar Osman, menggesa kerajaan memberi keutamaan kepada kakitangan berstatus kontrak bagi mengisi kekosongan 100,000 jawatan dalam sektor awam.
Beliau berpendapat kekosongan itu lebih wajar diisi kakitangan berpengalaman berbanding membukanya kepada kakitangan baru yang tidak diketahui kebolehan mereka.

SPA berkata, mereka yang berminat untuk bekerja dalam sektor awam perlu mendaftar dengan mengisi Borang SPA8 atau dibuat secara dalam talian (on-line) di Portal SPA di www.spa.gov.my.

SPA berkata, pemohon yang tidak dikenakan tapisan ialah Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, peserta Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT)/Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) dan Penerima Bantuan Am.

“Mereka akan dipanggil temu duga tanpa sebarang tapisan sekiranya memiliki kelayakan minimum yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan atau iklan,” katanya.

SPA menjelaskan pemohon daripada pemegang biasiswa kerajaan juga tidak diberi sebarang keistimewaan dan mereka tertakluk kepada prosedur sama seperti terpakai kepada calon lantikan terus lain.

Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Hasniah Rashid, berkata kakitangan kontrak, sambilan, sementara dan pekerja sangkut tidak akan diserapkan dalam perkhidmatan walaupun sudah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman bekerja dengan kerajaan.

Katanya dasar pengambilan sekarang mengamalkan dasar terbuka dan pekerja dilantik maklum bahawa mereka tidak akan diserapkan dalam jawatan yang dipegang.

“Pekerja kontrak, sementara, sambilan dan sangkut diberitahu mereka perlu memohon kepada SPA jika mahu dilantik sebagai kakitangan awam,” katanya.

Ini dilaksanakan bagi memberi keadilan kepada semua dan hanya calon sesuai, berkelayakan, setanding atau lebih baik dilantik,” katanya.

FAKTA NOMBOR
Sektor Awam

100,000 - Jawatan kosong
RM1,024 - Pendapatan terendah

pekerja pusat pemulihan diabai - Berita Harian 3 Oktober 2006

ANAK sulung saya berumur 13 tahun mengalami cacat anggota (cerebral palsy). Dia mendapat latihan pemulihan fizioterapi dan terapi cara kerja serta pendedahan lain di pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) di Hulu Selangor sejak 1999.

Melihatkan kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan setiap kakitangan bertugas, walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan daif ketika itu, saya terpanggil untuk membabitkan diri secara sukarela membantu mereka.

Hingga sekarang hampir lima tahun saya menjadi anggota jawatankuasa pusat berkenaan. Tugas utama kami adalah mencari sumber kewangan untuk menguruskan pusat itu. Sebenarnya banyak perkara perlu disentuh dan diambil perhatian pihak bertanggungjawab apabila bercakap mengenai pusat berkaitan, tetapi saya ingin menyentuh mengenai kebajikan kakitangan pusat pemulihan dalam komuniti.

Setiap kali bajet dibentangkan pelbagai pihak mendapat kebaikan dan faedah serta diberi perhatian oleh kerajaan termasuk Bajet 2007 yang baru dibentangkan. Pelbagai pihak dan lapisan masyarakat menyambut baik keputusan kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam, bonus, kenaikan elaun sara hidup dan pelbagai kenaikan lagi.

Bagaimana pula dengan nasib kakitangan yang bekerja di PDK ? Selepas dipotong caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setiap bulan, mereka hanya mendapat RM445 sebagai elaun bulanan.

Di PDK saya dan kebanyakan yang lain juga bekerja dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, Isnin hingga Jumaat sepanjang tahun. Tidak ada cuti persekolahan seperti sekolah biasa, tidak ada cuti bersalin sedangkan majoriti pekerja PDK terdiri daripada wanita.

Apakah taraf mereka ini? Mereka bukan kakitangan kerajaan walaupun mendapat elaun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tertakluk kepada syarat JKM.

Mereka juga bukan sukarelawan kerana mereka ada cuti tahunan dan potongan KWSP. Tetapi, walaupun sudah lebih 10 tahun mereka bekerja, tidak ada kenaikan gaji atau pangkat apatah lagi bonus.


Sehingga kini tiada siapa yang membela nasib pekerja PDK ini. Saya bersama PDK hampir tujuh tahun dan mempunyai hubungan rapat dengan kakitangan PDK. Saya juga bersama mereka mengikuti beberapa kursus, seminar, mesyuarat dan konvensyen yang dianjurkan JKM, sebagai ibu bapa dan kadang-kadang sebagai ahli Jawatankuasa PDK.

Usaha membela dan memperbaiki nasib orang kurang upaya (OKU) perlu dilakukan secara menyeluruh. Pertama sudah tentu dengan memberikan mereka hak sama dengan kanak-kanak normal tetapi mengikut keperluan OKU lebih menjurus kepada pemulihan.

Ia bermaksud tempat, peralatan dan persekitaran serta program sesuai mengikut kehendak dan keperluan OKU menjurus kepada menjadikan mereka individu yang berdikari dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.



ZURAIDAH KADIRUN,

Sungai Choh, Rawang.

kenaikan elaun pekerja pdk

dengan kenaikan harga barang yang semakin melampau sekarang dan dengan elaun RM 445 sudah pasti amat sukar bagi pekerja PDK untuk menampung perbelanjaan harian.

sewajarnyalah pihak pentadbir membuka minda dan dan mengkaji semula agar ada kenaikan elaun bagi semua pekerja PDk di seluruh Malaysia.Jangan hanya mementingkan diri sendiri sahaja kerana pekerja PDK juga turut menymbang kepada kemajuan negara...

Sudahlah jawatan mereka bertaraf SUKARELA...mana ada taraf sukarela...???...
mereka langsung tidak diberi peluang untuk diserapkan ke jawatan tetap...
hanya kerana mereka bertaraf sukarela....
malahan perutusan yang dinyatakan oleh pihak JPA bahawa pekerja sambilan, kontrak, dan setara dengannya tidak boleh diserapkan jawatan...
Maklumbalas yang dikemukakan itu ada kesan dari segi psikologi jika pihak atasan berfikir.... Tetapi mereka hanya mementingkan diri dan tidak mahu memikirkan pengalaman dan sumbangan orang lain....JADI.....FIKIR-FIKIRKANLAH YE......

pekerja PDK bakal nikmati kenaikan elaun bulanan...

The Borneo Post Online - http://www.theborneopost.com -

Pekerja PDK bakal nikmati kenaikan elaun bulanan

Posted By Web Master On 12th July 2006 @ 10:00 In Tempatan

KUCHING, 11 Jul: Pekerja Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bakal menikmati kenaikan elaun bulanan sebanyak RM100, kata Menteri Muda Hal Ehwal Beliau Hamden Ahmad.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang memproses menaikkan elaun itu dan diharapkan dapat dilaksanakan dalam tahun ini.

“Dengan beban tugas dan tanggungjawab yang semakin mencabar, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang dalam proses menaikkan elaun para pekerja PDK dari RM500 ke RM600 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan kursus asas pekerja PDK 2006 di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Hamden yang mewakili Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Datuk William Mawan berharap para pekerja PDK dapat meningkatkan mutu kerja dengan kenaikan elaun.

PDK yang dilaksanakan kerajaan sejak 1983 merupakan program pemulihan untuk golongan kurang upaya. Pada masa ini, bilangan pusat PDK berjumlah 274 di seluruh negara.

Beliau turut berharap, 36 peserta kursus lima hari itu - bermula 7 Julai - dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam menjalankan tanggungjawab harian di pusat PDK.

“Diharapkan anda dapat memanfaatkan kursus ini dengan berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan, pentadbiran, pemulihan dan peranan masing-masing dalam program PDK agar lebih profesional dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah JKM Sarawak Kendy Edward dan wakil Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Asmah Othman.