Monday, December 19, 2011
Bilakah lagi petugas pusat pemulihan diberi peluang ditetapkan dalam perkhidmatan dan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke maktab atau IPTA ?
Tahniah kepada semua GSTT atau dikenali sebagai guru sandaran tidak terlatih kerana diberi peluang untuk ditetapkan dalam perkhidmatan serta berpeluang untuk mendapat pendidikan di Maktab/ IPTA/IPGM.
jika guru sandaran tidak terlatih dalam service of contract maka petugas di pusat pemulihan dalam komuniti jika termasuk dalam service of contract....
Beza hanyalah mereka mengajar anak murid biasa tetapi petugas di pusat pemulihan dalam komuniti bukan sahaja bertugas mengajar malahan membuat pemulihan ke atas anak-anak istimewa ini. (OKU) Masa depan anak2 OKU ini bergantung kepada ilmu yang kami ada....jika di dada kami penuh ilmu maka mudahlah kami membuat pengajaran pemulihan kepada mereka....
Kami petugas di pusat pemulihan dalam komuniti se Malaysia atau dikenali sebagai PDK merayukan kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia dan juga keada Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat di bawah Dato Seri Syahrizat Abdul Jalil serta Unit Pembangunan OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat agar dapatlah memberi peluang kepada kami petugas pusat pemulihan dalam komuniti se Malaysia agar dapatlah diberi peluang untuk ditetapkan dalam perkhidmatan dan juga diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPGM / IPTA agar ilmu di dada kami penuh dalam membuat pemulihan dan pengajaran pendidikan kepada anak2 istimewa ini..... Janganlah kami di pdk dipinggirkan .