Thursday, December 17, 2009

PERASAAN HASAD DENGKI DAN FITNAH

Ini ada satu cerita....

cerita benar bukan rekaan....

Pada suatu hari, dalam sebuah negeri .... tinggallah 4 orang kerani yang bekerja di sebuahpusat perniagaan...

Si Kerani A ..... menjaga amanah

Si kerani B ...... gilakan kuasa

Si kerani C ...... percaya membuta tuli

Si kerani D ....... mudah terpengaruh.


Jadi pada satu hari , si kerani A, datanglah ke pejabat tetapi kemudian kena keluar untuk membeli peralatan pejabat....

kali pertama beli dah tersilap jadi pergilah si kerani A ke kedai semula untuk membuat pertukaran barang....

selepas itu, kerani A pun pulanglah ke rumah tanpa berhenti ke pejabat kerana masa dah pulang.

Keesokkan harinya , Si kerani A terperanjat apabila menerima pertanyaan daripada kerani C . "Hah, kak mana pergi smart kad Astro? Kak tahu tak ke mana?

oleh kerana terperanjat. Jadi Si kerani A pun menjawab. " kak tak tahu sebab semalam kak tak singgah pejabat. Siapa yang balik lambat semalam? " tanya kerani A.

Barulah kerani C dapat gesa. dan cubalah bertanya kepada kerani B.

Dengan sinis ... si kerani B pun pergilah ke atas meja dan terus mengambil smart kad lalu memasangnya ke peti Astro.

Selang beberapa minit dan semua berada di pejabat.

Kata si kerani B, " Kak, semalam kak yang ambil smart kad tu ya dan letakkan ke atas almari"

Kata kerani A' " Saya tidak ambil sebab semalam selepas beli barang saya terus pulang. Saya pun tak tahu bagaimana cara untuk mencabut smart kad tu. Di rumah saya pun kad smart tu sejak juruteknik dah masukkan tak pernah dicabut kerana khuatir rosak "

Dengan senyum sinis, kerani B tersenyum kerana dapat memfitnah kerani A dan menuduhkan dengan tujuan memburukkan namanya.

Kerani pun menarik nafas panjang kerana kerani B selalu menuduhnya ... macam2 daripada mengalihkan komputer hinggalah kepada kad smart.

Kata kerani A," sememangnya kerani B berniat buruk dan ingin memfitnahnya. Jika katakanlah kerani A yang meletakkanya mudahlah kerani A mengambilnya tetapi kenapa kerani A tidak tahu tempatnya dan mudah pula kerani B mengambil kad itu kerana kerani B yang meletakkannya"


Ini diakui oleh kerani C. Dan kata kerani C memang kerani B telah memfitnah kerani A....







DAN SEKARANG KERANI B BERMAIN POLITIK UNTUK MENGAMBIL HATI SEMUA ORANG SUPAYA MENYOKONGNYA .....

NIATNYA HANYA SATU .... HANYA ALLLAH SAHAJA YANG TAHU....




FIKIR-FIKIRKANLAH YE CERITA SEBENAR INI..BUKAN CERITA REKAAN TETAPI BENAR ...

No comments: