Sunday, December 27, 2009

CADANGAN UNTUK DIPERTIMBANGKAN .... MEMANG BAIK JIKA DILAKSANAKAN

Ini adalah beberapa cadangan yang boleh difikirkan, dipertimbangakan dan alhamdullillah jika dapat dilaksanakan.......

1. TARAF JAWATAN semua pekerja kontrak, sandaran, sambilan , pekerja sukarela DISERAPKAN dan diglobalisasikan supaya tidak wujud perbezaan di antara jawatan tetap dan jawatan sementara.

2. UPGRADE ILMU secara lebih mendalam lagi bukan hanya ilmu yang di atas angin.... sedikit sahaja

caranya kursus di universiti dan maktab perguruan.

3. NAMA JAWATAN DIUBAH kepada guru dan bukannya Penyelia ataupun petugas.

Nama jawatan penyelia diubah kepada guru besar

Nama jawatan petugas diubah kepada guru sesuai dengan gelaran yang dipanggil oleh pelatih PDK dan masyarakat sekitar.

4. PDK diberi kebenaran untuk mendapat CUTI SEKOLAH sama seperti sekolah iaitu ada cuti pertengahan penggal dan akhir tahun.

5. Penyelia dan petugas tidak diberi ELAUN tetapi DIUBAH KEPADA GAJI sesuai dengan nama orang yang bekerja.

6. PENGURUSAN KEWANGAN diambilalih oleh JKM.

7. PDK mempunyai BANGUNAN TERSENDIRI DAN DIINTEGRASIKAN DI SEKOLAH tanpa perlu menyewa rumah orang... lagi baik jika PDk dapat dibawa masuk ke sekolah kerajaan dan mempunyai ruangan tersendiri di sekolah tersebut.

Tujuannya supaya pelatih PDK akan mendapat sijil berhenti sekolah sesuai dengan moto ilmu untuk semua orang...

yang ini JKM dan Kementerian Pendidikan perlulah duduk semeja dan berbincang bersama-sama.


8. Untuk pembaharuan dan supaya PDk akan bergerak ke hadapan, ...... janganlah takut ah yang ini tak boleh buat... ah yang itu tak boleh buat... ah ini tak boleh... tetapi mempunyai tekad untuk berubah supaya akan bergerak ke hadapan... SELAMA INI PUN APABILA DISEBUT SAHAJA PDK...RAMAI ORANG DI LUAR SANA TIDAK MENGETAHUI APA ITU PDK?

9. Pembuatan FILEM mengenai PDK perlulah disegerakan supaya masyarakat dapat tahu apa itu PDK... tetapi persoalan timbul pula jika hanya 1 atau 2 kali tayangan orang ramai pun tetap tak tahu apa itu PDK... JADI SOLUITON YANG PALING BAIK IALAH MENYEWA 1 BAHAGIAN DARIPADA SEKOLAH DAN MEMBAWA PELATIH PDK KE SEKOLAH.

UNTUK YANG TELAH DEWASA... DIBAWA KE PUSAT GIAT MARA.... MAKSUDNYA MENYEWA 1 RUANGAN DAN MENGINTERGRASIKAN MEREKA DI SITU...


10. WUJUDKAN 1 JAWATAN BARU IAITU GURU PDK DI RUMAH.... INI KHAS UNTUK PELATIH PDK YANG TERLANTAR..........


11. DARIPADA MEWUJUDKAN BANYAK PDK YANG BERASINGAN BUKANKAH LEBIH BAIK JIKA DIGABUNGKAN DI SEKOLAH DENGAN PENDIDIKAN KHAS.

JIKA TERLALU BANYAK PDK AKAN MENYEBABKAN PENGURUSAN KEWANGAN YANG BANYAK TETAPI JIKA DINTEGRASIKAN DI SEKOLAH AKAN DAPAT MENJIMATKAN KEWANGAN... BUKANKAH BEGITU....


FIKIR-FIKIRKANLAH YE SEBAB INI HANYALAH CADANGAN DAN KEPUTUSANNYA DI TANGAN PEMERINTAH . pEMERINTAH PENGURUSAN YANG MEMEGANG PISAU DAN GUNTING BUKANNYA KAMI....

JIKA DIACU KEPADA KAMI KAMI YANG TERLUKA DAN BERDARAH

NANTILAH SAYA FIKIRKAN LAGI YE...


APABILA DAH TERLALU BANYAK BERFIKIR DAN MEMBERI CADANGAN PENING PULALAH KEPADA SAYA....

BAGAIMANA ... OK TAK CADANGAN INI????


FIKIR-FIKIRKANLAH YE.....

ke mana haluan kapal anda pada tahun 2010 wahai penghuni dan peraju PDK?

ke manakah HALUAN KAPAL yang akan dituju bersama dengan anak kapal dan penumpang anda sekelian?

a. ke hadapan dan mengharungi ombak memukul kapal

b. tidak bergerak kerana takut dengan pukulan ombak yang boleh membunuh dan mengancam diri

c. ke belakang kerana ia selamat

d. berdiam diri sahaja dan statik macam patung....

e. tenggelam bersama kapal yang dibina berjuta ringgit....


Ini adalah pertanyaan yang ditujukan ....... untuk memikir hala tuju anda sekelian pada tahun 2010

Tahun semakin ke hadapan dan umur semakin meningkat... jika diimbas kembali .... pada tahun 2005 lagi pelbagai cadangan telah diutarakan agar JKM dan PDk memikirkan bersama duduk semeja .... Cadangan yang baik perlulah dilaksanakan dan cadangan kurang baik dibrainstormingkan.....

Setiap satu cadangan yang saya perah dari otak saya adalah untuk faedah penghuni PDK iaitu OKU, penyelia dan petugas PDK...


Jadi gesaan saya tolonglah laksanakan demi faedah OKU. Lagipun kami semua warganegara Malaysia ...dilahirkan di Malaysia... bersekolah di Malaysia.... berkahwin di Malaysia dan akan meninggal dunia juga di Malaysia...

KENAPAKAH KAMI DIBEZAKAN DARI SEGI TARAF JAWATAN?

SEBAGAI CONTOHNYA KAMI BERSTATUS TAH APA-APALAH MISALNYA SAMBILAN, SANDARAN, PEKERJA SUKARELA, KONTRAK..... DAN MACAM-MACAM NAMA YANG DIBERI OLEH PIHAK PENGURUSAN UNTUK MENGABUI MATA KAMI DAN KAMI MACAM ORANG YANG TINGGAL DALAM KABUS DAN KABUT TERUS SAHAJA MENERIMA JAWATAN TERSEBUT DEMI MENCARI SESUAP NASI DAN MENGELAKKAN KEBULURAN...


JIKA TARAF INI DIBERIKAN KEPADA ORANG YANG BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA TAK MENGAPA JUGA ... INI WARGANEGARA MALAYSIA.... BELAJAR DI MALAYSIA DAN BEKERJA DI MALAYSIA ... KEMUDIAN MENGUNDI JUGA DI MALAYSIA


JADI DI MANAKAH KEADILAN YANG DIBERI KEPADA KAMI SEMUA?????????


FIKIR-FIKIRKANLAH YE .....

Thursday, December 17, 2009

Pandangan terhadap pengajaran pemelajaran pemulihan di PDK.................... fikirlah betul ataupun tidak....????

From: CIKGU ISHAK
Subject:
To: ...........................
Cc: ishakhamat61@yahoo.com.my
Date: Tuesday, December 15, 2009, 10:19 PM



Assalamualaikum,

semoga dalam kerahmatan Allah sentiasa. Setahu saya tiada sebab untuk anak istimewa tidak ditempatkan di Program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah kerajaan jika mereka berkemampuan untuk mengurus diri. Sebenarnyaa selain dari cikgu pemulihan khas saya juga adalah cikgu Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Sekiranya anak-anak istimewa di PDK berkemampuan mengurus diri, maksud saya, boleh ke tandas tanpa bantuan orang lain dan tidak terlalu agresif sehingga mengancam keselamatan murid lain, saya syorkan agar mereka ditempatkan di PKBP yang berdekatan.

Adalah lebih senang mengurus mereka di PKBP kerana setiap 6 orang murid akan diajar oleh seorang guru. Ini bukan pula bermakna guru di PDK tidak berkemampuan mengajar. Setakat yang saya faham anak=anak di PDK hanya disosialisasikan sahaja, berdasarkan kemampuan mereka.

Proses p&p kearah celik 3M tidak dititikberatkan. Betulkan saya jika saya tersilap.

Untuk menghargai komitmen cikgu disini sayaa kirimkan bersama sebahagian bahan-bahan yang saya gunakan dikelas pemulihan yang mungkin boleh disesuaikan untk anak-anak di PDK. Terima kasih. Sekian.

PERASAAN HASAD DENGKI DAN FITNAH

Ini ada satu cerita....

cerita benar bukan rekaan....

Pada suatu hari, dalam sebuah negeri .... tinggallah 4 orang kerani yang bekerja di sebuahpusat perniagaan...

Si Kerani A ..... menjaga amanah

Si kerani B ...... gilakan kuasa

Si kerani C ...... percaya membuta tuli

Si kerani D ....... mudah terpengaruh.


Jadi pada satu hari , si kerani A, datanglah ke pejabat tetapi kemudian kena keluar untuk membeli peralatan pejabat....

kali pertama beli dah tersilap jadi pergilah si kerani A ke kedai semula untuk membuat pertukaran barang....

selepas itu, kerani A pun pulanglah ke rumah tanpa berhenti ke pejabat kerana masa dah pulang.

Keesokkan harinya , Si kerani A terperanjat apabila menerima pertanyaan daripada kerani C . "Hah, kak mana pergi smart kad Astro? Kak tahu tak ke mana?

oleh kerana terperanjat. Jadi Si kerani A pun menjawab. " kak tak tahu sebab semalam kak tak singgah pejabat. Siapa yang balik lambat semalam? " tanya kerani A.

Barulah kerani C dapat gesa. dan cubalah bertanya kepada kerani B.

Dengan sinis ... si kerani B pun pergilah ke atas meja dan terus mengambil smart kad lalu memasangnya ke peti Astro.

Selang beberapa minit dan semua berada di pejabat.

Kata si kerani B, " Kak, semalam kak yang ambil smart kad tu ya dan letakkan ke atas almari"

Kata kerani A' " Saya tidak ambil sebab semalam selepas beli barang saya terus pulang. Saya pun tak tahu bagaimana cara untuk mencabut smart kad tu. Di rumah saya pun kad smart tu sejak juruteknik dah masukkan tak pernah dicabut kerana khuatir rosak "

Dengan senyum sinis, kerani B tersenyum kerana dapat memfitnah kerani A dan menuduhkan dengan tujuan memburukkan namanya.

Kerani pun menarik nafas panjang kerana kerani B selalu menuduhnya ... macam2 daripada mengalihkan komputer hinggalah kepada kad smart.

Kata kerani A," sememangnya kerani B berniat buruk dan ingin memfitnahnya. Jika katakanlah kerani A yang meletakkanya mudahlah kerani A mengambilnya tetapi kenapa kerani A tidak tahu tempatnya dan mudah pula kerani B mengambil kad itu kerana kerani B yang meletakkannya"


Ini diakui oleh kerani C. Dan kata kerani C memang kerani B telah memfitnah kerani A....







DAN SEKARANG KERANI B BERMAIN POLITIK UNTUK MENGAMBIL HATI SEMUA ORANG SUPAYA MENYOKONGNYA .....

NIATNYA HANYA SATU .... HANYA ALLLAH SAHAJA YANG TAHU....




FIKIR-FIKIRKANLAH YE CERITA SEBENAR INI..BUKAN CERITA REKAAN TETAPI BENAR ...

Monday, December 14, 2009

MEMPERJUANGKAN NASIB GURU

Sedang melayari internet dan terjumpa forum bagi guru pendidikan khas... best juga forum tu dan sempat jugalah khatamkan forum tu...


semasa melayarinya terdetik dalam hati Puan Suraya berhempas pulas menolong memperjuangkan nasih guru seMalaysia . ADAKAH INSAN SEPERTI CIKGU SURAYA YANG SANGGUP MEMPERJUANGKAN NASIB PETUGAS PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) SEMALAYSIA ...MALAHAN APABILA DITANYA NAMA PDK PUN ORANG TAK KENAL JADI......


Bangkitlah wahai insan mulia.... demi memperjuangkan nasib Petugas PDK dan pelatih OKU se Malaysia yang tidak diterima oleh sekolah .....

bahan pengajaran pemulihan untuk kanak-kanak oku

Jika di sekolah rendah dan menengah berlumba-lumba untuk membuat bahan pengajaran pemulihan untuk anak-anak murid mereka...

persoalan saya ...kenapa petugas di PDK buat tak kisah sahaja apabila hendak mengajar pemulihan anak murid mereka...

setahu saya sebelum mula mengajar sememangnya guru dan petugas perlu membuat alat bantuan pengajaran dan pemelajaran agar bersesuaian dengan anak murid mereka....

ADAKAH KERANA NAMA JAWATAN MEREKA PETUGAS DAN BUKAN GURU JADI TAK PERLULAH MEMBUAT ALAT BANTUAN PEMULIHAN DAN PENGAJARAN..


HAH...JKM DAN PDK LU FIKIRLAH SENDIRI APAKAH YANG MESTI DIBUAT????

Guna teknologi canggih dalam pembelajaran OKU

Guna teknologi canggih dalam pembelajaran OKU


KUALA LUMPUR 25 Jun - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di seluruh negara perlu menggunakan teknologi canggih bagi memudahkan pembelajaran orang kurang upaya (OKU).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, peralatan terkini yang lebih sesuai dengan perkembangan semasa juga mampu mempercepatkan proses pemulihan golongan berkenaan.

"Kita yakin melalui penggunaan peralatan berteknologi tinggi mampu memberi keselesaan kepada golongan ini sekali gus memantapkan lagi pembelajaran mereka,'' katanya.

Beliau berucap pada majlis penyerahan bantuan wang tunai RM280,000 bagi pembinaan 14 buah bilik terapi multi sensori di PPDK 4 Divisyen, Kompleks Perumahan Desa Tun Hussein Onn di sini hari ini.

Sumbangan syarikat Procter & Gamble (Malaysia) Sdn. Bhd. (P&G) itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yuri Hermida kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat, Halijah Yahya.

Bilik terapi multi sensori berfungsi membantu perkembangan minda kanak-kanak OKU termasuk mereka yang menghidap palsi serebrum, autisme, disleksia dan sindrom down.

Mengulas lanjut, Shahrizat memberitahu, untuk pembangunan golongan OKU, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM60.2 juta setahun.

"Setiap bulan kita memperuntukan lebih RM3,000 untuk perbelanjaan asas di setiap PPDK seluruh negara,'' katanya.

Beliau turut menggesa PPDK menubuhkan yayasan sendiri bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan kepada mereka.

"Penubuhan yayasan itu akan memudahkan pusat tersebut menjalankan aktiviti selain mempertingkatkan kebajikan,'' katanya.

Wednesday, November 25, 2009

tahniah

TAHNIAH BUAT SEMUA GURU KEMAS kerana telah berjaya diserapkan dalam jawatan .

Dahulu hanyalah berjawatan ..... tah apa apa tetapi sekarang alhamdullilah telah diserapkan dan berpencen....

hala tuju PDK????

Ke manakah JKM dan Pengerusi PDK hendak membawa PDK pada tahun-tahun akan datang????

Ke manakah JKM dan Pengerusi PDK hendak membawa taraf petugas PDK pada tahunn-tahun akan datang????

Ke manakah petugas PDK hendak membawa taraf mereka pada tahun-tahun akan datang????

Adakah JKM dan Pengerusi hendak....

a. bergerak ke hadapan

b. diam dalam kiam

c. undur ke belakang

d. buat tak kisah sahaja....

Semuanya memang telah lama di benak saya... malah telah lama bermain di benak rakan sekerja saya yang telah bekerja selama 12 tahun....

JAWAPANNYA....

Jika KEMAS telah memberi taraf yang seadilnya kepada pekerja dan guru mereka , bagaimana pula dengan PDK dan JKM ?????

Jangan hanya tahu memberi harapan dan kemudian memusnahkan harapan.....

Telah lama menanti namun keputusan tidak pernah diperolehi pun CUMA YANG BIJAK AKAN MENJADIKAN PDK SEBAGAI LONCATAN UNTUK BEKERJA DAN MEMPEROLEHI PEKERJAAN BERTARAF TETAP DAN YANG SETIA MEMBUTA TULI TUNGGUNLAH HINGGA ........



FIKIR-FIKIRLAH

Sunday, September 20, 2009

FIKIRKANLAH

CUBA FIKIRKANKAN SAMA ADA PERLU ATAU TIDAK PERKARA DI BAWAH INI. MAKLUMLAH AKU NI HANYALAH KULI DAN MEREKA ITU BOSS. APAPUN KITA CUBA FIKIR-FIKIRKANLAH YE...

1. 10 PDK 10 LAMAN WEB?
2. AGIHAN WANG DITADBIR OLEH KOMUNITI?
3. PETUGAS PDK DIPILIH DARI KALANGAN YANG TIDAK TAHU LANGSUNG TENTANG PDK HINGGA ADA YANG MENGATAKAN BEKERJA DI PDK SEPERTI DI SEKOLAH?
4. PENGERUSI PDK DIPILIH DARI KALANGAN ORANG YANG TIDAK MAHU AMBIL TAHU TENTANG PDK SEBAB KATANYA AKU INI SUKARELA?
5. PERLUKAH DISEDIAKAN KURIKULUM BAGI PETUGAS PDK ?
6. PERLUKAH 7 BIDANG DALAM KURIKULUM PDK DISENTUH OLEH PETUGAS PDK SEMASA MEMBUAT PEMULIHAN DAN PENGAJARAN?
7. PERLUKAH IBU BAPA YANG MENGATAKAN ANAK AKU TIDAK BOLEH BEREGANG DENGAN AKU MENGIRINGI PELATIH HINGGAKAN MENGGANGU TUGAS MENGAJAR?
8. PERLUKAH PENYELIA DIBERI WANG PATTY CASH?
9. PERLUKAH PENYELIA DIHORMATI OLEH PETUGAS?
10. PERLUKAH PETUGAS MENGHERDIK DAN MENINGGIKAN SUARA APABILA BERCAKAP DENGAN PENYELAI ATAUPUN ORANG LAIN?
11. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL KE ATAS PETUGAS YANG BERSIKAP DEMIKIAN?
12. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL KE ATAS PETUGAS YANG TIDAK MENJALANKAN TUGAS HAKIKI MEMBUAT PEMULIHAN DAN MENGAJAR?
13. PAKAH TINDKAAN YANG PERLU DIAMBIL APABILA PETUGAS MENGINGINI JAWATAN PENYELIA HINGGAKAN TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA PENYELIA UNTUK MENJALANKAN TUGASNYA?
14. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL KE ATAS ORANG YANG MENGHASUT ORANG LAIN ?
15. APAKAH TINDAKAN YANG BOLEH DAN PERLU DIBUAT OLEH AJK, PENGERUSI DAN JKM APABILA PETUGAS BERIA-IA INGIN MENJALANKAN TUGAS PENYELIA?

HAH INI YANG BERSERABUT DALAM FIKIRAN....

JADI FIKIR-FIKIRKANLAH YE..........

Tuesday, September 8, 2009

Ruang di PDK

Ruang - ruang yang perlu ada di PDK ialah:
a. ruang akademik
b. ruang pengurusan diri
c. ruang pembelajaran komputer
d. ruang menunggu
e. ruang dapur
f. ruang fisioterapi

Hai hai adakah di tempat aku ini dah ada ruang - ruang yang dikehendaki oleh pihak pengurusan JKM. Aku kadangkala tertanya ruang ini penting bagi OKU dan aku memang sedar kerana dari segi pendidikan ia memang mustahak.... tetapi bak kata orang yang sedang bercinta takkanlah hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.... mesti tak berbunyi kan????

begitu jugalah jika hanya pihak JKM dan Penyelia sahaja yang beria-iya sedangkan dari sudut yang lain pihak Petugas, Pengurusan PDK iaitu Pengerusi , Bendahari, Setiausaha ... tak peduli mestilah tak menjadi ... betul tak????

Di Pihak Petugas pula .... hah buat apa aku susah susah sahaja...kan ke ada Penyelia....Elaun dia pun banyak ....biarlah dia aje yang buat

Tuan-tuan dan puan -puan fikir adakah boleh jika hanya berdayung sebelah sahaja????

Begitu jugalah ibarat aku.... hinggakan nak membuat ruang di PDK pun mendapat bantahan... malahan aku pula dipaksa untuk membayar barangan daripada RM 50,000 yang telah diberi oleh kerajaan.... TETAPI CUBA AFIKIRKAN KE MANA PERGINYA WANG TERSEBUT???? KE MANA SEDANGKAN AKU NAK DISPLAY PANEL, KERUSI, MEJA, DAN ALATAN FISIOTERAPI PUN DIBANGKANG OLEH PETUGAS DAN PENGERUSI SERTA BENDAHARI...
DAN YANG TERUK APABILA BARANGAN TELAH DIHANTAR DAN CEK TIDAK INGIN DIKELUARKAN .... MALAHAN KATA JKM BARANGAN INI DIBENARKAN UNTUK MEMBELINYA.... BUKANNYA SUKA SUKA SAHAJA?????



Jadi fikirkanlah .. fikirkanlah

Barang ini untuk budak PDK bukannya aku TERMASUKLAH DISPLAY PANEL, KERUSI, MEJA, BOLA, ALATAN FISIOTERAPI ......


FIKIR - FIKIRKANLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL WARAS.... JANGANLAH ADA AKAL TETAPI DIBEKUKAN DAN MENJADI BEKU SEBEKU BEKUNYA HINGGAKAN TIDAK MENGHIRAUKAN ORANG LAIN



FIKIR FIKIR FIKIRKANLAH

Tuesday, August 25, 2009

CETUSAN RASA HATI DI ANTARA IRIHATI DI PDK, SUKA DAN DUKA BEKERJA DEMI SESUAP NASI......

RAMAI YANG BERTANYA KENAPA SAYA ADA IJAZAH TETAPI BEKERJA DI PDK YANG HANYA MENGKEHENDAKI KELULUSAN SPM......DI SINI WALAUPUN BERIJAZAH TETAPI MEREKA TIDAK MENGHARGAI SAYA.................

SEBABNYA ...:
1. UMUR SAYA DAH BERUSIA 42 TAHUN JADI SUKAR UNTUK MENDAPAT KERJA TETAP
2. SAYA AMAT MEMINATI BEKERJA DENGAN GOLONGAN OKU
3. SAYA SUKA KERJA KEMASYARAKATAN KERANA SEMASA DI UNIVERSITI SAYA ADALAH AJK PASUKAN PANDU PUTERI SEJAK DARI SEKOLAH RENDAH
4.DI SINI SAYA DAPAT MEMBUAT KERJA AMAL DAN KEBAJIKAN


MALAHAN DI PDK RAMAI JUGALAH SAYA USAHAKAN PELATIH OKU INI MENDAPAT KERJA.

TINDAKAN SAYA INI TELAH MENYEBABKAN RAMAI TERUTAMANYA PETUGAS DI PDK DAN JUGA IBU BAPA BUKANNYA SEMUA HANYA SEGELINTIR SAHAJA DAN PENGURUSAN PDK YANG CEMBURU DAN IRI HATI. MALAHAN MEREKA TELAH TAHU BAHAWA KONTRAK SAYA DI PDK AKAN TAMAT PADA AWAL TAHUN 2010. ADAKAH APABILA TELAH TAMAT KONTRAK KAMI AKAN DIBUANG SEPERTI SAMPAH DAN HAMPAS YANG TIDAK BERGUNA LAGI ...???????????

JADI INILAH PELUANG UNTUK MEREKA MENJALANKAN TINDAKAN UNTUK MENGENAKAN ORANG DAN MERAMPAS JAWATAN. WALAUPUN MEREKA BARU SAHAJA BEKERJA 1 TAHUN 2 BULAN DAN ADA TU PULA 2 TAHUN ....

TINDAKAN YANG MEREKA BUAT INI MENDAPAT PERTOLONGAN DARIPADA PIHAK PENGURUSAN PDK. MEREKA MULALAH MERANCANG DENGAN CARA MEWUJUDKAN PANEL PEMBELIAAN BARANG YANG TERDIRI DARIPADA IBUBAPA. SEDANGKAN IBU BAPA INI TIADA LATAR BELAKANG GURU ATAU PEMULIHAN KHAS...

KEMUDIAN PIHAK PENGURUSAN MEMBERITAHU SAYA BOLEH MEMBELI BARANGAN.... AH HANTAR DULU KEMUDIAN BARU KAMI BERI CEK. TETAPI SELEPAS BARANGAN DIHANTAR DAN PETUGAS MULALAH MENCUCUK MENGATAKAN TIDAK PERLU DIADAKAN RUANGAN PEMBELAJARAN ...SELAMA INIPUN PETUGAS KURANG MENGAJAR DAN MEMBUAT PEMULIHAN TERUTAMA YANG BERADA DI TAHAP 1 IAITU PELATIH BERUSIA 1 HINGGA 7 TAHUN .....SEDANGKAN INI ARAHAN JKM. PADAHAL APABILA ADA RUANG PEMBELAJARAN TERPAKSALAH KENA SELALU BERSAMA PELATIH DAN INI KEBENCIAN MEREKA.

JADI PIHAK PENGURUSAN PDK PERCAYA LALU MEMAKSA SAYA PULA MEMBAYAR HARGA BARANGAN TERSEBUT. BUKANNYA MURAH DAN HARGANYA SAYA PUN TAK MAMPU.... APA NIAT DI HATI MEREKA DI KALANGAN PETUGAS WALLAHHU ALAM .... ALLLAH AJE YANG TAHU.....

SETERUSNYA SELAMA INI DI PDK ...SAYA IBARAT TUNGGUL SAHAJA.....
PETUGAS TIDAK PERNAH MEMBERITAHU SAYA SAMA ADA HENDAK MEMOHON CUTI ATAUPUN TIDAK ATAU APA-APA SAHAJA PERKARA, MEREKA AKAN MENOLAK SAYA KE TEPI................
MEREKA AKAN TERUS SAHAJA MENELEFON PIHAK PENGURUSAN DAN MEMINTA CUTI IKHSAN....
PIHAK PENGURUSAN YANG TIDAK TAHU APA-APAPUN TENTANG PDK LALU MEMBERIKAN CUTI.....

SELALU JUGALAH SAYA BERASA SEDIH APABILA MENGENANGKAN NASIB APABIL BEKERJA DI SINI. DAHULU SEBELUM SAYA TIBA DI SINI... TERUTAMA DI PDK LAMA, SAYA BERASA RIANG KERANA PIHAK PENGURUSAN MEMBERI KEBEBASAN KEPADA SAYA UNTUK LEBIH INOVATIF DAN KREATIF TERUTAMA DALAM MENGAJAR SEDANGKAN DI SINI BERLAINAN.......

DI SANA PIHAK PENGURUSAN TIDAK SUKA MENGENAKAN ORANG TETAPI DI SINI MEREKA AMAT GEMAR MEMARAHI ORANG LAIN.... DENGAN CARA TIDAK MENGHORMATI DAN MENINGGIKAN NADA SUARA....MENCUCUK ORANG LAIN.... MELAGA-LAGAKAN ORANG LAIN.... CEMBURU...IRIHATI....DENGKI.....TIDAK MENURUT ARAHAN..... TIDAK MENDENGAR NASIHAT ORANG...TIDAK MENJALANKAN TUGAS.....APABILA MENERIMA ARAHAN UNTUK MEMBUAT SESUATU , MEREKA DENGAN SEPARUH SEMANGAT SAHAJA BUKANNYA BERSUNGGUH-SUNGGUH HINGGAKAN APABILA ARAHAN MENYURUH COP ATAS FAIL PUN SENGET BENGET DAN TIDAK TERATUR.....

SUSAH UNTUK MELENTUR BULUH .... JIKA REBUNG SENANGLAH DILENTUR.....

TERIMBAS KENANGAN APABILA SAYA MENGELUARKAN KATA-KATA...SIAPA YANG KETUA DI SINI....
PETUGAS MENJAWAB ...APA AKU PEDULI....DAN MACAM-MACAM LAGI KATA-KAA KESAT DILUAHKAN....

TERDIAM SAYA..... MENDENGAR BEGITU KESAT KATA-KATA DIUCAPKAN DI HADAPAN IBU BAPA YANG LAIN..........

TETAPI DISEBABKAN INGIN MENCARI SESUAP NASI TERPAKSALAH SAYA TELAN .... TELAH RACUN....TELAH PAHIT JADAM DI SINI....
SEDANGKAN MANIS TIADA ...YANG ADA LAGI BANYAK RACUN DAN JADAM ....

Monday, August 24, 2009

SISTEM GURU MATA PELAJARAN/ BIDANG

Sistem ini telah lama digunakan di dalam sistem pendidikan kebangsaan. tetapi bagaimanakah cara mencedok idea dari sistem ini dan diaplikasikan ke dalam sistem pengajaran dan pemulihan di PDK.


Bagaimana caranya ?

Jika ada pakar-pakar atau guru pendidikan khas ataupun pegawai daripada Jabatan Pendidikan yang sudi berkongsi idea ini dipersilakan....


mudah-mudahan cara ini dapat digunakan di PDK dan khas buat pelatih OKU


AH dah nak pecah kepala otak aku berfikir. Tolonglah bantu dan berkongsi idea untuk memajukan PDK dan OKU



Terima kasih

kenapa perlu diwujudkan sistem kiosk di PDK

KENAPA PERLU DIWUJUDKAN SISTEM KIOSK DI PDK????? KENAPA???

Jawapannya setiap pelatih di PDK mempunyai tahap IQ dan permasalahan yang berbeza. Malahan dengan adanya sistem kiosk ini pelatih tidak akan berasa bosan kerana di bawa dari 1 tempat ke tempat yang lain dan bukannya pengajaran pembelajaran dan pemulihan dibuat di 1 tempat sahaja.bayangkan dari jam 800 pagi hingga jam 1200 duduk di situ sahaja. Jika saya di tempat mereka , saya pun akan berasa bosan apatah lagi jika cikgu hanya memandang muka saya dan membiarkan saya bermain dengan permainan yang tah apa-apapun ......

Di samping itu juga bagi PDK yang mempunyai ruangan yang sempit iaitu 2 bilik sahaja sebab 1 bilik sudah dijadikan pejabat maka inilah alternatifnya. Ini bukannya untuk membodek tidak tetapi ini adalah hasil kajian yang dibuat oleh pakar.....

Jadi anda sebagai Pengerusi, Penyelia PDK, Petugas PDK bukalah minda itu sedikit untuk mencari kaedah yang terbaik untuk anak murid anda . Jika mereka berjaya maka berjayalah anda sebagai pendidik dan pemulihan anda tetapi jika anda hanya datang dan membiarkan mereka sesungguhnya ANDA BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MEREKA DAN BERHUTANG DENGAN MEREKA KERANA ELAUN YANG ANDA DAPAT ITU TELAH MENJADI DARAH ANDA

BAGI PENGERUSI, SETIAUSAHA, BENDAHARI, IBU BAPA, AJK

JANGANLAH BANYAK MENENTANG KERANA BIDANG KITA TIDAK SAMA....
LAGIPUN YANG BANYAK BERURUSAN DENGAN BUDAK PDK INILAH IALAH PENYELIA DAN PETUGAS DAN BERIKANLAH KEBEBASAN KEPADA MEREKA UNTUK LEBIH BERINOVASI DAN BERKREATIF DALAM MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA SUPAYA NANTI DI AKHIRAT KELAK TIDAK DITANYA..... APA YANG ANDA TELAH BUAT?????


HAH FIKIR-FIKIRKANLAH SENDIRI YE .......

Saturday, August 15, 2009

penggunaan kiosk

Kiosk merupakan satu pendekatan di mana pelbagai bahagian sudut dalam satu kelas pemulihan yang berdasarkan Teori Multiple Intelligent atau kepelbagaian kecerdasan. Kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri manusia itu. Teori yang diasaskan oleh Howard Gardner ini menyatakan bahawa tahap kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajaran adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu. Kecerdasan individu boleh diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

Sehubungan dengan konsep kepelbagaian kecerdasan telah diaplikasikan dalam bentuk kiosk dalam membantu murid-murid pemulihan khas. Di mana melalui pendekatan kiosk, proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih mudah apabila minda murid tersebut tercabar bukannya dalam keadaan bosan atau rehat.
Dalam sebuah kelas boleh dibina lapan kiosk iaitu Kiosk Visual/Ruang di mana guru mengajar menggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-peta, carta, gambar rajah dan gambar-gambar. Kiosk matematik ialah ruang belajar-mengajar yang menggunakan kebolehan mena’akul, menyelesaikan masalah kompleks / matematik. Kiosk Interpersonal merupakan ruang belajar – mengajar yang menggunakan interaksi dan bekerjasama dengan orang lain dan juga murid yang suka bertutur. Kiosk Bahasa ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P. Kiosk kinestatik ialah ruang belajar -mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P. Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam menjalankan P & P. Kiosk Muzik ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan alat serta bahan-bahan muzik,lagu sebagai pengantara P & P yang dijalankan. Kiosk Intrapersonal ialah ruang belajar-mengajar secara individu.

Dalam konteks Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP), konsep Kiosk amatlah sesuai untuk dilaksanakan. Ini kerana murid PKBP berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaran. Sungguhpun begitu, banyak perlu diubah terhadap struktur fizikal kelas PKBP yang ada sekarang seperti keluasan kelas perlu ditambah dan alat bantu mengajar yang lebih kreatif dan sesuai dengan fizikal, pemikiran dan keperluan murid. Pendektan Kiosk juga memberi peluang guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian kemahiran serta kreativiti mereka. Melalui kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran murid sebenarnya akan menarik minat murid untuk belajar. Ini kerana pendekatan kiosk adalah berdasarkan kecerdasan yang pelbagai. Murid –murid pendidikan khas yang agak lambat dalam memahami pembelajaran akademik mungkin lebih cenderung kepada kesesuaian kecerdasan dan minat mereka.

RUJUKAN
Hamzah, R. K. (1992). Guru Pemulihan Khas Fungsi dan Masalah - Satu Kajian -. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahil Habib, H. E. (2007). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan (ed. 2). Shah Alam: Karisma Publication Sdn Bhd.
Rahil Mahyuddin, Abd. Majid Mohd Isa dan Zaidatol Akmaliah Lopie Pihie (1995), “Asas Pendidikan II (Psikologi Dalam Bilik Darjah).” Longman (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Sang, M. S. (1990). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd





Kiosk merupakan satu pendekatan di mana pelbagai bahagian sudut dalam satu kelas pemulihan yang berdasarkan Teori Multiple Intelligent atau kepelbagaian kecerdasan. Kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri manusia itu. Teori yang diasaskan oleh Howard Gardner ini menyatakan bahawa tahap kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajaran adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu. Kecerdasan individu boleh diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

Sehubungan dengan konsep kepelbagaian kecerdasan telah diaplikasikan dalam bentuk kiosk dalam membantu murid-murid pemulihan khas. Di mana melalui pendekatan kiosk, proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih mudah apabila minda murid tersebut tercabar bukannya dalam keadaan bosan atau rehat.
Dalam sebuah kelas boleh dibina lapan kiosk iaitu Kiosk Visual/Ruang di mana guru mengajar menggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-peta, carta, gambar rajah dan gambar-gambar. Kiosk matematik ialah ruang belajar-mengajar yang menggunakan kebolehan mena’akul, menyelesaikan masalah kompleks / matematik. Kiosk Interpersonal merupakan ruang belajar – mengajar yang menggunakan interaksi dan bekerjasama dengan orang lain dan juga murid yang suka bertutur. Kiosk Bahasa ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P. Kiosk kinestatik ialah ruang belajar -mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P. Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam menjalankan P & P. Kiosk Muzik ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan alat serta bahan-bahan muzik,lagu sebagai pengantara P & P yang dijalankan. Kiosk Intrapersonal ialah ruang belajar-mengajar secara individu.

Dalam konteks Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP), konsep Kiosk amatlah sesuai untuk dilaksanakan. Ini kerana murid PKBP berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaran. Sungguhpun begitu, banyak perlu diubah terhadap struktur fizikal kelas PKBP yang ada sekarang seperti keluasan kelas perlu ditambah dan alat bantu mengajar yang lebih kreatif dan sesuai dengan fizikal, pemikiran dan keperluan murid. Pendektan Kiosk juga memberi peluang guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian kemahiran serta kreativiti mereka. Melalui kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran murid sebenarnya akan menarik minat murid untuk belajar. Ini kerana pendekatan kiosk adalah berdasarkan kecerdasan yang pelbagai. Murid –murid pendidikan khas yang agak lambat dalam memahami pembelajaran akademik mungkin lebih cenderung kepada kesesuaian kecerdasan dan minat mereka.

RUJUKAN
Hamzah, R. K. (1992). Guru Pemulihan Khas Fungsi dan Masalah - Satu Kajian -. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahil Habib, H. E. (2007). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan (ed. 2). Shah Alam: Karisma Publication Sdn Bhd.
Rahil Mahyuddin, Abd. Majid Mohd Isa dan Zaidatol Akmaliah Lopie Pihie (1995), “Asas Pendidikan II (Psikologi Dalam Bilik Darjah).” Longman (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Sang, M. S. (1990). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Posted by ari at 5:30:00 AM
Labels: KPLI LPBS Pend. Khas 08, Pendidikan Khas ( Learning Disability)

pengurusan tingkah laku

http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/05/pengurusan-tingkah-laku-2.html

Definisi Pengurusan Tingkah laku.
PTL ialah tingkahlaku yang dilakukan oleh guru, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai tingkahlaku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat.

Apakah Program Pengurusan Tingkah Laku
Ia adalah dokumen bertulis yg menjelaskan perkara-perkara berikut :
v Jenis perlakuan yg dinilai
v Kekerapan perlakuan
v Keadaan semasa perlakuan dinilai

Konsep Pengurusan Tingkah Laku
- Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.(Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).
- Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku-kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.
- Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif-bebas gangguan
- Langkah asas:-
v Kenal pasti tingkah laku
v Tentukan sasaran
v Pilih strategi, kaji kesan
v Aplikasi strategi baru jika perlu, bina yang baru

Teknik Pengurusan Tingkah Laku
1. Alat pengukuran personal (personal tools)
v Kedekatan fizikal (physical proximity) dekati murid yang bermasalah.
v Mobiliti fizikal (physical mobility)-jalan depan ke belakang, ke tepi atau keliling kelas, buat pengawasan.
v Pandangan guru (ekspresi wajah), menyenangkan, menarik, marah, benci, kecewa.
v Setiap guru mesti mahir menggunakan teknik ini

2. Teknik pencegahan (preventive techniques)
v Kurangkan ketegangan, pengajaran lancar
v Iklim positif
v Peramah, peneguhan, berhati-hati
v Persekitaran terurus
v Patuhi rutin bilik darjah, sistem kutip buku
v Bentuk peraturan, perlakuan yang diterima dan tidak diterima

3. Tindakan Pembetulan (corrective measures)
v Tangani masalah secara spontan, henti secara baik tidak merosakkan
v Ubah fokus tingkah laku secara positif, henti tingkah laku negatif dan harmonikan iklim bilik darjah
v Caranya:-
v Guna hukuman yang diketahui murid dan relevan
v Tukar tempat duduk, jumpa selepas pengajaran
v Bimbing perlakuan yang positif
v Jelaskan hak mereka, ingatkan mereka selalu
v Gunakan alat pengukuran personal-wajah dll.

Teknik - teknik Pengurusan Tingkah Laku
1. Peneguhan
2. Tukar persekitaran fizikal
3. Ubahsuai program pengajaran
4. Guru menukar tingkahlaku sendiri
5. Kualiti guru
6. Penggunaan ganjaran
7. Pembentukan
8. Pengasingan (time-out)
9. Dendaan / hukuman
10. Penghapusan
11. Rakan sebaya (modelling)
12. Kejalakan (satiation)
13. Bimbingan dan Kaunselling

Definisi Pengurusan Tingkah laku.
PTL ialah tingkahlaku yang dilakukan oleh guru, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai tingkahlaku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat.

Apakah Program Pengurusan Tingkah Laku
Ia adalah dokumen bertulis yg menjelaskan perkara-perkara berikut :
v Jenis perlakuan yg dinilai
v Kekerapan perlakuan
v Keadaan semasa perlakuan dinilai

Konsep Pengurusan Tingkah Laku
- Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.(Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).
- Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku-kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.
- Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif-bebas gangguan
- Langkah asas:-
v Kenal pasti tingkah laku
v Tentukan sasaran
v Pilih strategi, kaji kesan
v Aplikasi strategi baru jika perlu, bina yang baru

Teknik Pengurusan Tingkah Laku
1. Alat pengukuran personal (personal tools)
v Kedekatan fizikal (physical proximity) dekati murid yang bermasalah.
v Mobiliti fizikal (physical mobility)-jalan depan ke belakang, ke tepi atau keliling kelas, buat pengawasan.
v Pandangan guru (ekspresi wajah), menyenangkan, menarik, marah, benci, kecewa.
v Setiap guru mesti mahir menggunakan teknik ini

2. Teknik pencegahan (preventive techniques)
v Kurangkan ketegangan, pengajaran lancar
v Iklim positif
v Peramah, peneguhan, berhati-hati
v Persekitaran terurus
v Patuhi rutin bilik darjah, sistem kutip buku
v Bentuk peraturan, perlakuan yang diterima dan tidak diterima

3. Tindakan Pembetulan (corrective measures)
v Tangani masalah secara spontan, henti secara baik tidak merosakkan
v Ubah fokus tingkah laku secara positif, henti tingkah laku negatif dan harmonikan iklim bilik darjah
v Caranya:-
v Guna hukuman yang diketahui murid dan relevan
v Tukar tempat duduk, jumpa selepas pengajaran
v Bimbing perlakuan yang positif
v Jelaskan hak mereka, ingatkan mereka selalu
v Gunakan alat pengukuran personal-wajah dll.

Teknik - teknik Pengurusan Tingkah Laku
1. Peneguhan
2. Tukar persekitaran fizikal
3. Ubahsuai program pengajaran
4. Guru menukar tingkahlaku sendiri
5. Kualiti guru
6. Penggunaan ganjaran
7. Pembentukan
8. Pengasingan (time-out)
9. Dendaan / hukuman
10. Penghapusan
11. Rakan sebaya (modelling)
12. Kejalakan (satiation)
13. Bimbingan dan Kaunselling



***Sumber: Pelbagai

games for handicapped children from specialeducationweb.com

A-B
Actions
An adult comes into the room and does various actions for about three minutes (sits down, takes off his hat, gets up and turns round, unhooks whistle, etc.).
Children then make lists of what he did in the right order.

Alphabetical Sentence
Provide your guests with paper and pencils and ask them to write as long a sentence as possible, the first word beginning with A, the second with B, the third with C, and so on. The winner is the one who makes the longest sensible sentence. After this your guests could try making a story, using the letters in the same way. This would mean that full-stops could be introduced. The winner would be the one who made the best and longest story.

Another idea is to see who could make the longest story or sentence using one letter only. The letter might be suggested by one of the players. Whoever made the longest story or sentence could be rewarded by being allowed to choose the letter for the next attempt.

Beans and Spoons
The small cheese boxes are used in this game too. About 20 to 30 haricot-beans or butter-beans are placed in each box. The game is to see who can most quickly move the beans into the box lid, one at a time, with a teaspoon. Touching with the fingers is not allowed.

Balloon Race
Here's a " windy " game suitable for a Patrol competition.
Each Patrol is given a balloon and a sheet of paper rolled up in the form of a tube.
Patrols stand at one end of the hall.
No. 1 has to blow the balloon through the tub to the other end of the hall and back without letting the balloon touch the floor.
No. 2 carries on, and so on until all the Patrol have " blown along the hall ".
Patrol finishing first wins.

Bun Snapping
Again for those in chairs.
A bun is dangled in front of line of lads.
First lad who eats bun--not using hands-is the winner.

Balancing
See how long each boy can balance an enamel plate, on his finger–a ping-pong ball on a bat–or two books on his head.

Bean Game
Two dishes or plates, etc., number of beans (1-3) and two knitting needles or thin sticks to each Patrol.
The game is to transfer the beans from one plate to another.
The first Patrol finished using one hand only to pick up the beans, with the sticks, is the winner.
This can be played by practically any group of children.

Button
Game–the boys in two columns.
One pile of large buttons (two dozen) at each end.
At a signal the first boy on the left hand side picks up one, puts it in the left hand of second boy, he moves it with his right hand into the left hand of the third boy who picks it up with his right hand and puts it into the left hand of the fourth boy.
First side to finish wins.

Break Out
Players in a circle arms linked, one Patrol in the center.
Object of Patrol is to break out of circle in given time.
Change Patrols and Patrol getting most out in time wins.

C-D
Cricket
Bed lockers as wickets.
One hit is one run.
If ball hits the ward wall it is two runs.

Crocodile Dodge Ball
Players form a circle with one Patrol inside holding on to each other's waists.
Aim of players is by passing the ball to hit the last boy in the Patrol.
Patrol is allowed to move about but must remain linked and only front boy is allowed to stop the ball with his hands or feet.
When last boy is hit he moves up to the front of Patrol and becomes leader.
Repeat until all are hit.
Change Patrol and time each one.
Patrol taking longest time wins.

Cot-Case Donkeys
Patrols numbered, each child with a piece of rope long enough to stretch to next cot (or next child in his Patrol).
The children are told which knots they must tie to catch the donkey.
When whistle blows all children join their ropes together, and a an adult walks slowly down the room, and if he touches the wall before all the knots are tied, or any of the: knots are wrong, the donkey escapes.
Mixed Troop with blind children can play this, sitting in a line, and the blind children will hear the donkey walking away.

Descriptions
Patrols sit in corners, and two children from each Patrol remain in the middle of the room (They are the " Policemen ").
The Patrol write a description of the " Criminal " who, may be anyone in the room except a " Policeman ".
The Patrol Leader gives the written description to the two " Policemen " of his own Patrol, who arrest the Criminal " and take him back to their Patrol.
Patrols are not allowed to discuss who is to be the " Criminal, " and each child in turn has to write one clue, and may read all the clues that have been written before.
There is only one " Policeman " per Patrol, and he takes round the paper to collect the description.

Dotty Pictures
Provide your guests with plain post cards and pencils and ask them to draw seven dots in any direction. The cards are then collected and redistributed. A subject is then given, such as " Hope " and everyone is invited to draw a picture representing the subject using all the given dots. The pictures are then collected and the artist who has done the most popular work is voted the winner. A simplified version of this game would be to allow the guests to draw any picture they choose, using the given dots. In this case, a title must be given to it before the result is exhibited.

Do You Know London?
This game will be very popular, and needs very little preparation. Collect about two dozen picture postcards or pictures of well-known London Buildings, such as Westminster Abbey, Tower Bridge, etc. Cover or cut off all, names and number each one. Put them in prominent places round the room and provide each guest with a numbered card and a pencil. The competition is for them to guess the names of the places and write them down. Allow ten or fifteen minutes for doing so and give a small prize for the most correct. Keep three more difficult pictures ready, out of sight, so as to give the players a further test in the event of a tie.

F-G
Flag Pelmanism
Take two sets of flag cards and spread face downwards.
In turns Cubs pick up one card, look at it (and the others see it too), then choose another.
If they are a pair he keeps them, if not he replaces them in exactly the same places and tries to remember where they are. This can be played with nature cards -such as leaves, etc.

Flag Tiddlywinks
The Cubs in turn flip their tiddlywink on to cards which are face downwards. (Have a certain number of turns each.) If they can say what the card is when turned up, they keep it.

Feeling Leaves
Each Scout brings a leaf or nature specimen to the meeting or is given one at the beginning of the evening and allowed a short time to examine it.

At the end of the evening the specimens are piled together and each Scout is blindfolded in turn and has to recognize and pick out his own leaf by feeling.

Goalkeeper
Akela throws or kicks ball to back of boy's bed.
If boy saves it it is no goal against him, of course, but one against Akela.

Grab Bag
Several small familiar objects that will not break are put into a bag, and each player puts his hand into the bag, and feels the different objects.
After the bag has been passed round, the players either write down the names of the objects themselves or get their seeing partners to do so, and the player with the most complete list wins the prize.

Friday, August 7, 2009

CADANGAN VERSES PANDANGAN MERENDAHKAN????

OH ya setiap satu cadangan yang diutarakan dalam blog ini hanyalah cadangan sahaja.... Bukannya nek memprovokasikan sesiapa ....tidak...tiada dalam niatpun....cuma kita perlulah memandang ke hadapan jika hendak PDK bergerak ke hadapan dan Jika kita hendak anak OKU bergerak ke belakang dan hanya menadah tangan sahaja terpulanglah kepada JKM, PDK, KOMUNITI, IBU BAPA DAN PETUGAS PDK...

Dunia dan masa tidak menunggu kita dan kita harus bergerak ke hadapan dan jangan hanya menadah tangan mengharap simpati ...Tolong kami bantu kami ....


Cadangan tetap cadangan ...boleh diterima dan boleh juga ditolak...tetapi jika pihak JKM berpandangan jauh 10 , 20 tahun ke hadapan mereka pasti akan mengikut cadangan yang saya kemukakan ini...


APAPUN SAYA HANYA MEMBERIKAN CADANGAN...KEPUTUSAN DARIPADA JKM, DAN BAKTI....

DAN YANG PASTI SAYA TIDAK AKAN LAMA BEKERJA DI PDK MAKLUMLAH UMUR SAYA PUN DAH separuh abad...40 tahun ke atas.


sebab tiulah saya hendak BERLAKU PERUBAHAN DRASTIK DEMI KEPENTINGAN OKU, PDK DAN JUGA PETUGAS PDK ....

FIKIR-FIKIRKANLAH DAN PERTIMBANGKANLAH DENGAN MENGGUNAKAN NERACA SEADIL MUNGKIN ........

Thursday, August 6, 2009

pelatih PDK melaporkan diri bertugas

Hari ini pelatih PDK mula melaporkan diri untuk bertugas di tempat kerjanya.

Walaupun gaji kecil dan tugas rendah tetapi jika anda berusaha insyaallah anda akan berjaya...

Buktikan walaupun OKU anda boleh berjaya ....


sebab pasti ada orang normal yang dikatakan normal memimikkan anda dan mengatakan anda tidak boleh buat.... tunjukkan kepada mereka yang anda boleh buat...

SEMANGAT

Wednesday, August 5, 2009

BEKERJASAMA DENGAN PIHAK SWASTA DALAM MENCARIKAN PEKERJAAN PELATIH PDK

Daripada semalam telah memulakan langkah bekerjasama dengan pihak swasta dalam mencarikan pekerjaan buat pelatih PDK

Telefon punya telefon dan dipaskan dari seorang dan kepada bahagiaan yang lain... ini pun setelah dibuat job profile pelatih...

Hari ini pelatih PDK di tempat aku mula menghadapi temuduga...Dalam temuduga itu diberikanlah CIRI--CIRI YANG DIKEHENDAKI OLEH MAJIKAN IAITU AMANAH, TIDAK PONTENG KERJA, MENEPATI MASA....

DAN PADA HARI ITU JUGALAH DIBERI UJIAN PEKERJAAN ....

ALHAMDULILLAH DIA (PELATIH PDK INI) MENDAPAT PEKERJAAN TERSEBUT DENGAN GAJI SEBANYAK RM 500 . WALAUPUN SEDIKIT TETAPI BUKANKAH ITU REZEKI NAMANYA DAN DARIPADA MENGHARAPKAN ELAUN PDK DAPAT JUGALAH BERTAMBAH WANG DIA ....


SETELAH MENDAPAT KERJA INI , PETUGAS AKU PUN MENGHINA DAN MENYALAHKAN AKU DI HADAPAN ANAK MURID AKU .... ...ALAHAI KENAPALAH DAPAT KERJA INI GAJINYA KECIK DAN TAK MEMUASKAN....DI MANAKAH RASA HORMAT KALIAN...WAHAI PETUGAS YANG BERNAMA N?????? BINTI ???????????

MEREKA HANYA TAHU BERCAKAP SAHAJA TETAPI MEMBANTU MENCARIKAN KERJA ...JAUH PANGGANG DARIPADA API...DAN APABILA DAH DAPAT ...HAH PANDAI PULAK MENGUTUK TU ...

AKU KATA INI HANYALAH LANGKAH AWAL UNTUK DIA.. SETELAH DIA DAH TAHU BAGAIMANA CARA BEKERJA...MUNGKIN AKAN DATANG DAPATLAH DIA MENCARI PEKERJAAN LAIN YANG LEBIH SESUAI DAN SESUAI DENGAN TARAF PENDIDIKANNYA YANG DIA ADA.........


BUKANKAH BEGITU SAUDARA SAUDARI SEKELIAN ????

Monday, August 3, 2009

FIKIRAN KE HADAPAN ATAU ANDA INGIN BERFIKIRAN KE BELAKANG DAN TAK PERLU BUAT APA-APA....??????

setiap perkara yang dibentangkan di sini bukannya untuk memburukkan sesiapa tetapi adalah untuk mengingatkan diri sendiri, mengasah pemikiran agar lebih kreatif dan kritis dalam memajukan PDK.

Namun sebagai manusia tidak lari daripada pancaroba yang dihadapi. halangan yang terpaksa diharungi sama ada dari kalangan pihak - pihak yang menentang macam pembangkang.

namun disebabkan minat mengajar boleh dikatakan terpaksalah bersabar.

ADA SUKA ADA DUKA

INI KISAH BENAR

YANG GEMBIRA sekali apabila anak OKU yang tidak boleh buat apa-apapun kini telah menunjukkan keupayaannya . minat datang ke pdk. minat belajar .DAPAT PINGAT EMAS DALAM SUKAN OLIMPIK MALAHAN ADA PERMINTAAN DARIPADA IBU BAPA AGAR AKU MEMBERI KELAS TAMBAHAN KEPADA ANAKNYA. KATA AKU KENAPA TIDAK SURUH SAHAJA PETUGAS ATAU GURU KELASNYA. KATA IBU BAPA INI KERANA CIKGUNYA SENDIRI TAK BERMINAT DAN TIDAK BERSUNGGUH - SUNGGUH UNTUK MENGAJARNYA. MALAH LEBIH TERUK APABILA MENGATAKAN NNNNNNNNN BT NNNNNN MAKAN ELAUN BUTA AJE.

DAN ADA YANG BAIK DAN ADA JUGA YANG BURUK . ADA JUGA IBU BAPA YANG MENGUTUK AKU DAN MELEMPIASKAN KATA-KATA HINAAN YANG TAK SEDAP DIDENGARI MISALNYA .... BODOH, SENGAL, GILA, NAMA SAHAJA BELAJAR TINGGI , MENGAJAR OKU DAN PERANGAI JUGA OKU...

SEBAGAI ORANG YANG LEBIH TUA SEPATUTNYA PERLU BERFIKIR DAN TIDAK MELEMPIASKAN KATA-KATA SEDEMIKIAN....SEDIHNYA AKU.... TAPI APA NAK BUAT BERTAWAKAL SAHAJALAH....

perancangan akan datang demi memantapkan PDK

ini adalah cadangan yang boleh dibuat oleh JKM demi menaikkan nama pdk:

1. mewujudkan bangunan sendiri pdk
2. mewujudkan kenderaan khas buat pdk. lebih baik bagi setiap pdk ada kenderaan masing-masing
3. mewujudkan jawatan tetap buat penyelia dan petugas pdk dan bukan bertsraf sukarela ataupun kontrak
4. dari segi pengajaran pemulihan perlulah disediakan sukatan pelajaran yang perlu diikuti oleh semua petugas pdk
5. petugas yang bermasalah dan mengingkari arahan penyelia ataupun JKM perlulah diambil tindakan disiplin
5. penyelia dan petugas perlulah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pemulihan dengan ditaja
6. setiap pdk perlulah ada pakar dalam bidang fisioterapi, speech terapi , pemulihan cara kerja dan sebagainya
7. apa sahaja peralatan yang ada di sekolah pendidikan khas perlulah ada di pdk.
8. pakaian pelatih pdk perlulah ditukar daripada berwarna biru kepada berwarna putih dan seluar/kain biru tua sama seperti sekolah .
9. PDK perlulah ditempat di sekolah dan bukannya menyewa rumah orang.
10. penyelia PDK perlulah diberi pelepasan untuk tidak mengajar pelatih tetapi yang perlu mengajar dan membuat pemulihan ialah petugas pdk
11. semasa pemilihan petugas pdk, perlulah dibuat ujian personaliti, menulis satu perenggan dengan tangan, ujian IQ, memastikan ada kenderaan sekurang-kurangnya motosikal untuk membuat lawatan ke rumah. Ini untuk memastikan pemilihan petugas yang berkualiti dan bukan tangkap muat sahaja.
12. petugas yang tidak berwibawa dan tiada komitmen perlulah diambil tindakan disiplin.
13. PDK perlulah dirombak struktur pengurusan
14. PDK juga perlulah diubah persepsi minda daripada terlalu bergantung kepada komuniti dan diserahkan semula kepada yang haknya
15. Ibu bapa yang bermasalah pihak JKM perlulah memberi amaran keras. Ini adalah kerana PDK adalah tempat pemulihan dan bukannya kantung untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan daripada elaun anak OKU mereka.
16. Ibu bapa yang tidak menghantar / pelatih yang tidak hadir ke PDK melebihi 3 hari perlulah diberi amaran darida JKM melainkan ada surat bertulis ataupun surat daripada doktor.


ok lah ini hanyalah sebahagiaan sahaja cadangan saya.
yang baik datang dari Allah dan buruk dari saya

jika baik cadangan ini ambillah dan buktikan supaya berjaya.
jika tak baik cadangan ini buangkan sahaja ke dalam tong sampah

Tuesday, July 21, 2009

WANG BAGI PENGURUSAN PERBELANJAAN PDK

SIAPA YANG HARUS BERTANGGUNGJAWAB MEMEGANG AMANAH WANG BAGI PENGURUSAN PERBELANJAAN PDK ??????


SIAPA ????? SIAPA?????? SIAPA????? SIAPA?????? SIAPA????

1 ADAKAH DI KALANGAN KOMUNITI YANG DILANTIK DAN KEMUDIAN BAGI SETIAP KALI KERJA YANG DIBUAT MESTI DIBAYAR UPAH??????


2 ADAKAH DI KALANGAN IBU BAPA PELATIH PDK ITU SENDIRI???????

3 ADAKAH DI KALANGAN PENYELIA PDK ???????


4 ADAKAH DI KALANGAN PETUGAS PDK ????????

5 ADAKAH PERLU DIAMBIL DARI KALANGAN ORANG YANG BERPENGARUH DALAM KOMUNITI DI MANA PDK ITU DIADAKAN??????

6 ADAKAH PERLU SAHAJA DISERAHKAN KEPADA IBU BAPA YANG KEMARUK WANG DAN TIADA SUMBER KEWANGAN DENGAN ALASAN ANAK AKU DI SITU......


SETELAH BERTALU- TALU DIKEMUKAKAN PERSOALAN....

SETELAH BERTALU-TALU DIBRAINSTORMING PERMASALAHAN :

OK SEKARANG CUBA JAWAB SOALAN INI:??????

1. WANG ITU DIPEROLEHI DARI SIAPA???

2. WANG ITU DIGUNAKAN UNTUK SIAPA????

3. SIAPA YANG BEKERJA DI SITU?????

4. SIAPA YANG DIPERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGURUS PDK ITU SENDIRI????

5. ADAKAH KERANA NAMA PDK IAITU PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI...TANGGUNGJAWAB MENGURUS KEWANGAN DISERAHKAN KEPADA KOMUNITI YANG TURUT MEMPUNYAI KOMITMEN LAIN IAITU BEKERJA DENGAN JABATAN ATAU SYARIKAT LAIN...

6. SIAPA YANG SELALU MENGGUNAKAN WANG UNTUK PERBELANJAAN ANAK - ANAK PDK???

7. SIAPA YANG TAHU LEBIH BANYAK PERMASALAHAN DI PDK????

8. SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEMAK AKAUN PDK?????


OKLAH JANGAN PENING - PENING KEPALA LAGI...


JKM YA JKM YA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYELIA KEWANGAN PDK ITU SENDIRI.... YA JKM SEBAB SUMBER WANG ITU ADALAH DARI MEREKA .... JADI MEREKALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGAMBIL SEMULA WANG ITU

BUKANNYA KOMUNITI YANG ADA TUJUAN TERSENDIRI
BUKANNYA IBU BAPA YANG ADA TUJUAN TERSENDIRI
BUKANNYA PETUGAS PPDK YANG ADA TUJUAN TERSENDIRI
BUKANNYA ORANG PERSEORANGAN ATAU PENDUDUK KAMPUNG ITU....


BAGI PENYELIA...MEREKA PERLULAH DIBERIKAN KEBEBASAN UNTUK MENGAMBIL 10 PERATUS DARIPADA ELAUN PELATIH PDK UNTUK TUJUAN PENGURUSAN PDK DAN MENJALANKAN ARAHAN JKM SEPERTI MEMBUAT BULETIN , PERALATAN DAPUR DSB.... INI BERMAKNA DARIPADA RM 150 MEREKA BOLEHLAH MENGAMBIL RM 15 SEPERTI DALAM BUKU PANDUAN DAN AJK PDK TERMASUKLAH PENGERUSI ATAUPUN IBU BAPA BAHKAN BENDAHARI TIDAKLAH BOLEH MEMINTA PENYELIA MEMULANGKAN WANG ELAUN SEBANYAK RM 10 SAHAJA UNTUK DIPULANGKAN.....
JADI BAGAIMANA CARA ATASINYA.....


1. JKM PERLULAH BERTANGGUNGJAWAB MENGURUS WANG TERSEBUT

BENDAHARI PERINGKAT NEGERI PERLULAH DAN DISARANKAN SUPAYA MEMULANGKAN SEMULA AMANAH MENGURUS SUMBER KEWANGAN PDK KEPADA YANG BERHAK MEMEGANGNYA IAITU JKM ITU SENDIRI KERANA SUMBER KEWANGAN ITU DARIPADA MEREKA DAN BUKAN DARIPADA PENGERUSI, BUKAN DARIPADA AJK, BUKAN DARIPADA IBU BUDAK PDK, BUKAN DARIPADA BAPA BUDAK PDK DAN BUKAN JUGA DARIPADA PETUGAS PDK


BERTINDAKLAH SEGERA WAHAI JKM AGAR WANG ANDA TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH INDIVIDU YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN TERTENTU



FIKIR FIKIRKANLAH FIKIRKANLAH PERTIMBANGKAN SEDALAM-DALAMNYA WAHAI JKM DAN WAHAI BENDAHARI PERINGKAT NEGERI



INI UNTUK KEBAIKAN ANDA SENDIRI JKM JKM JKM JKM JKM JKM JKM FIKIRKANLAH

KELUHAN APABILA TIDAK DIPERCAYAI AKAN AMANAH YANG TELAH DIBERI

INI CERITA PDK LAGI ............

SEMUA PENYELIA YANG DILANTIK OLEH JKM DIAMANAHKAN UNTUK MENGURUS, DAN MENYELIA ...........

JADI YANG PELIK BIN AJAIB YE KENAPA AJK PDK, PETUGAS PDK , MAK BAPA PDK TIDAK MEMPERCAYAI PENYELIA UNTUK MENJALANKAN TUGAS MEREKA....

PADA AKU JIKA TIDAK PERCAYA ...KALAHLAH AKU SEBAGAI MAK BUDAK OKU NI ...AKU TAK AKAN HANTAR MEREKA DI PDK .... NI KATA TAK NAK HANTAR TETAPI HANTAR JUGA DAN TAK TAHU MALU DATANG JUGA UNTUK AMBIL ELAUN ....NAMANYA ZZZZZZZZ.... BT A RRRRRRRRRRRR.......

APA PUNYA CERITA NI ??????

APA PUNYA KES INI ??????


AH BAGI PETUGAS PDK PULA .... APA PUNYA KES INI ????? APA PUNYA DIDIKAN KAMU NI ????

DI MANA RASA HORMAT KAMU ?????

DI MANA RASA TANGGUNGJAWAB KAMU ??????

DI MANA RASA KEKITAAN KAMU?????

DI MANA RASA BEKERJA DALAM SATU KUMPULAN KAMU JIKA KAMU MEMPUNYAI PHD PERASAAN HASAD DENGKI YANG KETERLALUAN ?????

DI NAMA????

DI MANA?????

DI MANA????

KALAU YE PUN NAK NAIK PANGKAT ....JANGAN PIJAK KEPALA ORANG LAIN .... JANGAN HALAU ORANG LAIN DAN MERAMPAS HAK ORANG LAIN.....

KAMI DULUPUN BERMULA DARI RM 455 TAPI KALIAN DAH NAIK RM 800

KAMI TERPAKSA BERJUANG UNTUK MENAIKKAN KE RM 800 BERSENGKANG MATA , MENGHANTAR SURAT , MENGHANTAR E MEL, BERKONVOKESYEN .... MINTA PERTOLONGAN YB DLL DAM SETELAH BERJUANG BARULAH KAMU DAPAT NIKMATI RM 800

NI TIDAK KAMU HENDAK MENIKAM KAMI PULA DARI BELAKANG .....

KAMU HENDAK MEMBUNUH KAMI DENGAN CARA BERPURA-PURA ....


DI MANAKAH NILAI KAMU?????

DI MANAKAH NILAI KAMU????

DI MANAKAH NILAI KAMU ????

DI MANA?????

DI MANA??????

TAK KISAH PUNYA HAL .... DAN TAK NAK SUSAH SUSAH MENGAJAR ..... ..........

Ah ni cerita PETUGAS ALIAS PEKERJA PDK lagi ....

Masalah perangai orang kita..... tak kisah punya hal .....
yang penting dapat elaun setiap bulan ............ tak perlu ajar pun tak apa ......... alahai mereka budak OKU apa mereka tahu ....????? ajar ajar pun tak dapat JADI KATA PETUGAS TAK PERLULAH AJAR MEREKA......

ah kata petugas lagi .... yang penting relax dan dapat elaun setiap bulan

TAPI TAHUKAH KALIAN SEMUA ???? JIKA KALIAN TIDAK MENGAJAR PEMULIHAN KE ATAS MEREKA DAN ELAUN YANG TUAN PUAN MAKAN ITU SUDAH BERDOSA.... ... DAGING DAGING YANG TUMBUH HASIL DARIPADA MAKAN DUIT ITU SUDAH DIKIRA ?????? AH FIKIRKANLAH SENDIRI ....

TEMPAT UNTUK DAGING SEPERTI ITU ADALAH DI NERAKA ....

AH FIKIR FIKIRKANLAH YE


LAGI PUN BUKAN SEMUA PETUGAS ALIAS PEKERJA PDK TETAPI HANYA SEGELINTIR SAHAJA TERUTAMANYA DI ..........

AH KAMU KAMU KAMU KAMU .... JANGAN MAKAN DUIT HARAM TU NANTI TEMPAT UNTUK DAGING KAMU ADALAH DI SANA YE ....FIKIR FIKIRKANLAH FIKIR FIKIRKANLAH YE


FIKIR FIKIRKANLAH YE FIKIRKANLAH FIKIRKANLAH FIKIRKANLAH FIKIR FIKIR

PENYERAHAN WANG KUTIPAN YURAN PDK ... PATTY CASH

PADA 21 Julai 2009, Bendahari PDK telah meminta agar aku menyerahkan semua wang kutipan yuran yang selama dipegang oleh cikgu pdk dan sekarang penyelia pdk...

Wang itulah digunakan untuk membeli alatan kebun, penyapu, mop, sabun pencuci tandas, alatan pembelajaran, alatan kraftangan, pen, pensil , warna, barangan kraftangan dll

photostat helaian latihan pemulihan, photostat borang, pembeliaan kertas buletin dan laporan aktiviti dll


TETAPI SEKARANG SETELAH DICOCOK OLEH PETUGAS PDK , IBU BAPA, AJK PDK YANG BERIJAZAH PHD IAITU PERASAAN HASAD DENGKI MENYEBABKAN DENGKI DAN MENGHASUT LALU MENYEBABKAN WANG PATTY CASH SUDAH TIDAK ADA LAGI DI TANGAN....


SELEPAS INI APA LAGI NAK JADI ....HAH TAK TAHULAH

SELEPAS DIAMBIL WANG PATTY CASH ...SELEPAS INI MUNGKIN MEREKA NAK JAWATAN PENYELIA PULA IAITU JAWATAN AKU DAN PERIUK NASI AKU .........



HAI ENTAHLAH YA ALLAH
YA ALLAH

Monday, July 20, 2009

NILAI PHD DI KALANGAN IBU BAPA ANAK OKU, PETUGAS PDK DAN AJK PDK

PHD ada dua makna ....

Istilah pertama bermaksud orang yang melanjutkan pelajaran dan memperolehi Doktorat atau sarjana

Makna kedua ialah orang yang mempunyai PERASAAN HASAD DENGKI


Sekarang diimbaskan semula kepada petugas PDK, AJK PDK dan ibu bapa OKU itu sendiri....


jika dinilai - nilai dan ditimbangkan majoriti perasaan hasad dengi banyak ada pada PETUGAS PDK , IBU BAPA DAN AJK DI TEMPAT SAYA BERTUGAS..... DI MELAKA....

1. Para Petugas

a berperasaan hasad dengki tidak boleh melihat Para Penyelia yang dulu sama dengan mereka bergaji tinggi....
b. busuk hati apabila ada di antara Penyelia berpelajaran tinggi daripada mereka
c. benci dan ingin menjatuhkan penyelia atau merebut jawatan mereka
d. tidak senang apabila menerima arahan daripada penyelia yang dulunya berstatus sama seperti mereka
e. dengki apabila penyelia diberi amanah untuk memegang wang kutipan yuran pelatih untuk kegunaan pelatih pdk

2. Ibu bapa

hasad dengki dan macam macam lagi la



SEMUANYA KERANA HASAD DENGKI DAN TIDAK BERPUAS HATI APABILA PERMOHONAN MEREKA UNTUK MENJADI PENYELIA TIDAK BERJAYA ... PADAHAL MEREKA BARU SAHAJA BEKERJA SETAHUN SEDANGKAN SYARATNYA MESTI BEKERJA MELEBEHI 5 TAHUN


PERASAAN TIDAK SABAR MENYEBABKAN MEREKA BERKELAKUAN SEPERTI INI DAN AKHIRNYA MULALAH MENGHASUT IBU BAPA AGAR MENENTANG DAN MENGINGKARI ARAHAN DAN MEMPORAK PERANDAKAN PDK DAN MENJATUHKAN PENYELIA....


HAI NASIB NASIB BANGSAKU .....

JIKA PHD KERANA ILMU BUKANKAH BAGUS .... INI TIDAK PHD KERANA DENGKI, MENGHASUT, IRI HATI DAN PELBAGAI LAGI SIFAT BURUK YANG DIAMALKAN...

Thursday, July 9, 2009

KESUKARELAAN VS DIBAYAR UPAH / BEKERJA

KESUKARELAAN AJK VERSES UPAH ATAS KHIDMAT YANG DIHULURKAN....


Ini ada satu cerita .....

AJK yang baru dilantik amat berkira kerana setiap tugasan yang dibuat perlu diberi upah....

Namun dalam banyak-banyak AJK ada juga yang tidak berkira tetapi ini hanyalah 10 peratus sahaja....yang lain semua berasa perlu dibayar upah atas kerja yang mereka buat...hai nampaknya mereka tidak memahami konsep PDK itu sendiri....

Sekarang mari kita nilaikan kenapa boleh berlaku sebegini:sebabnya

1. tiada yang mempunyai nilai tulen kesukarelaan ....itu yang minta upah

2. Tanggjawab berkaitan kewangan seharusnya dipegang oleh pihak yang memberi sumber kewangan itu sendiri...dalam hal ini ialah JKM . kenapa perlu diserahkan tanggungjawab kepada pihak lain???

3. konsep PDK ialah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dahulu sememangnya diuruskan dan hal kewangan dicari oleh komuniti setempat...tetapi itu dahulu.....sekarang zaman 2010 masih adakah lagi orang seperti mereka...jika ada pun hanyalah 10 peratus sahaja

JADI SUDAH SEWAJARNYALAH DALAM HAL KEWANGAN DITERAJUI OLEH JKM ITU SENDIRI ... DAN FIKIRLAH DISEBABKAN HAL KEWANGAN SUAMI BERGADUH DAN BERCERAI BERSAMA ISTERI...KELUARGA PORAK PERANDA...SANAK SAUDARA BERMUSUHAN DSB....

MALAHAN ADA DI ANTARA AJK IBU BAPA JUGA TIDAK BOLEH BERTOLAK ANSUR UNTUK KEBAIKAN ANAK MEREKA... TERLALU BERKIRA ....

ADAKAH IBU BAPA,AJK IBU BAPA NAK PDK ITU DISWASTAKAN SAHAJA ATAU DIKORPORATKAN...JIKA NAK HANYA IBU BAPA YANG BERKEMAMPUAN SAHAJA BOLEH MENERIMA PEMULIHAN DAN YANG MISKIN TERBIAR.... DAN IBU BAPA YANG NAK ANAK MEREKA MENDAPAT PEMULIHAN PERLULAH MEMBAYAR YURAN YANG BERLIPAT KALI GANDA.... ADAKAH INI YANG DIKEHENDAKI OLEH IBU BAPA SEKELIAN????


AH FIKIR FIKIRKANLAH FIKIRKANLAH FIKIRKANLAH


4. SEKARANG INI PUN PENGURUSAN PDK DIURUSKAN OLEH PARA PENYELIA DAN PETUGAS SAHAJA DAN APABILA MEMINTA BANTUAN DARIPADA AJK KOMUNITI ATAU AJK IBU BAPA MACAM MACAM ALASAN DIBERIKAN ...TUGAS UTAMA SAYA IALAH BEKERJA DI TEMPAT LAIN DAN JIKA DISURUH HAH INI KATANYA SAYA BEKERJA DI ...... SEKARANG NAMPAK MACAM SAYA DAH BEKERJA DI JKM PULA....



HAH JKM FIKIR FIKIRKANLAH FIKIRKANLAH FIKIRKANLAH FIKIRKANLLAH


5. Bangunan PDK selama ini dah lebih 10 tahun disewa jadi sampai bila perlu disewa ...adakah sampai dunia ini hancur atau kiamat .....

Ah fikir fikirkanlah fikirkanlah fikirkanlah

PERASMIAN KOMPLEKS PENYAYANG

MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS PENYAYANG

TARIKH : 9 JULAI 2009

TEMPAT : LESUNG BATU ALOR GAJAH

DIRASMIKAN OLEH DATUK SRI SYAHRIZAT





TAHNIAH BUAT JKM KERANA ADA PEMBAHARUAN DENGAN MEWUJUDKAN KOMPLEKS YANG TERCANTUMNYA RUMAH ORANG TUA, PDK, DAN PEJABAT JKM.

Saturday, June 13, 2009

Potensi Perkembangan Kanak-kanak Cacat

Potensi Perkembangan Kanak-kanak Cacat
Pentingnya mengenal pasti kecacatan dari peringkat awal


Kecacatan-kecacatan fizikal seperti rabit bibir, rabit lelangit, capik kaki, katarak mata, berkepala besar (hydrocephalus) dan tanda-tanda di bahadian kulit mudah dikenal pasti tetapi kecacatan-kecacatan seperti pekak dan rencat akal tidak ketara dan memerlukan cara pemeriksaan dan penilaian yang khusus. Justeru itu, jika kemungkinan-kemungkinan ini tidak difikirkan, banyak kes bayi pekak dan rencat akal tidak dikenal pasti dari peringkat awal lagi menyebabkan program intervensi sering lambat dimulakan.................


MEMAKSIMUMKAN POTENSI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK CACAT

Dalam mana-mana masyarakat, pasti akan terdapat golongan cacat, sama ada cacat fizikal ataupun mental. Antara jenis-jenis kecacatan yang biasa adalah rencat akal, pekak, buta dan cerebal palsy (biasa dikenali sebagai spastik ) yang menyebabkan ketidakupayaan menggunakan tangandan kaki . Selain kecacatan -kecacatan ini , banyak lagi kategori cacat seperti epilepsi ( sawan ) , bisu (tidak boleh bercakap walaupun pendengaran baik ) , juling , rabun , hiperaktif dan lain -lain lagi .

Terdapat ramai kanak -kanak dilahirkan dengan berbagai -bagai jenis kecacatan . Antaranya adalah rabit lelangit , rabit bibir , kerosakan jantung , kerosakan usus , kecacatan pada urat saraf dan sistem -sistem lain dan sebagainya . Kecacatan boleh dibahagikan kepada tiga kategori :

1. Kecacatan semula jadi , sama ada yang berkaitan dengan baka atau penyakit yang berlaku pada peringkat bayi lagi .

2. Perintal , iaitu dari 28 minggu sehingga satu minggu selepas bayi dilahirkan . Umpamanya , bayi yang dilahirkan lemas ( perinatal Asphyxia ) akan mengalami kerosakan otak , jangkitan , penyakit kuning yang serius dan sebagainya .

3. Bayi dilahirkan normal tetapi kecacatan berlaku akibat penyakit , kecederaan atau kemalangan .

Dianggarkan hampir 3 % daripada jumlah kanak -kanak di negara ini mengalami kecacatan yang teruk . Hasil kajian yang dijalankan disentul pada tahun 1982 ke atas sekumpulan kanak -kanak berusia dari tiga hingga sembilan tahun mendapati tidak kurang daripada 30 orang kanak -kanak dikatakan mengalami kecacatan disenaraikan dibawah ini. Angka dalam kurungan ialah bilangan kanak -kanak yang terlibat bagi setiap kecacatan :-

1. Kecacatan akal ( 15 )

2. Spastik ( 3)

3. Sawan ( 3)

4. Pekak ( 1 )

5. Rabun ( 1 )

6. Masalah pertuturan ( 2)

7. Masalah penbelajaran ( 4 )

8. Masalah tingkah laku ( 1 )

Jumlah - 30

Kebanyakan kajian yang dijalankan di negara -negara lain mendapati bahawa bilanagan kanak -kanak cacat teruk dan sederhanan dianggarkan diantara 10 hingga 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kanak -kanak . Ini suatu angka yang sangat besar dan sudah tentu akan memerlukan sumber kewangan dan tenaga mahir yang besarbagi menyediakan perkhidmatan -perkhidmatan untuk membantu kanak -kanak itu.

Setiap kanak -kanak memerlukan perkara -perkara asas dalam kehidupan seperti makan minum , pakaian , tempat perlindungan dan kasih sayang ibu bapa . Keperluan -keperluan ini perlulah dipenuhi supaya dia dapat berkembang dan membesar dengan sempurna . Setiap kanak -kanak ingin menikmati keindahan hidup dan merasakan dirinya dihargai serta mempunyai sesuatu kebolehan yang dapat dibanggakan . Begitu juga dengan kanak -kanak cacat , malahan ada diantara mereka yang memerlikan perkara -perkara lain yang lebih khusus Umpamanya , kanak -kanak pekak mungkin memerlukan alat pendengaran dan latihan pertuturan . Kanak -kanak rabun mungkin memerlukan cermin mata . Kanak -kanak spastik pula memerlukan latihan berbentuk fisioterapi ., terapi cara kerja serta alat -alat untuk membantunya duduk , berdiri dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain . Kanak -kanak rencat akal sejak lahir memerlukan pendidikan khas yang disesuaikan dengan tahap inteleknya . Disamping itu , terdapat juga kanak -kanak yang mengalami berbagai -bagai jenis kecacatan seperti cacat penglihatan dan pendengaran . Contohnya , bayi yang menghidap congenital rubella bukan sahaja dilahirkan bertubuh kecil tetapi mungkin juga pekak , buta atau mengalami kerosakan jantung dan sebagainya . Keperluan -keperluan kanak -kanak ini lebih kompleks dan ibu bapa amat memerlukan nasihat dari golongan profesional yang arif tentang rawatan dan program pemulihan bagi kanak -kanak cacat .

Ibu bapa yang mempunyai anak cacat sering mengemukakan beberapa persoalan asa . Mengapa keadaan ini boleh berlaku kepada mereka ? Bolehkah anak mereka dipulihkan atau dirawat ? Apakah masalah -masalah yang mungkin mereka hadapi dalam mengasuh dan mendidik anak dari semasa ke semasa dan bagaimanakah cara pengendaliannya ? Bagaimanakah masa depan anak mereka ? Bolehkah anak -anak ini dimasukan ke sekolah atau mungkinkah mereka akan terus terbiar di bawah jagaan ibu bapa tanpa bantuan pihak kerajaan atau badan -badan tertentu untuk meningkatkan perkembangan anak mereka ? Bolehkah keadaan ini berulang ? Siapakah yang akan menjaga anak cacat mereka selepas mereka meninggal dunia ? Setiap persoalan di atas menjadi ' pre - occupation ' kepada ibu bapa dan mereka amat memerlukan bimbingan profesional yang arif dalam menilai , merawat dan memulihkan kanak -kanak cacat .

Pada masa ini , sudah ada banyak teknologi untuk mencegah dan merawat penyakit yang boleh menyebabkan kecacatan dikalangan kanak -kanak . Teknik -teknik untuk memaksimumkan potensi perkembangan kanak -kanak cacat juga telah berkembang dengan pesatnya . Kemajuan sains amat pesat dan hari demi hari , maklumat -maklumat berkaitan dengan aspek -aspek ini sering dikemukakan oleh para penyelidik sama ada melalui majalah -majalah sains , persidangan -persidangan sains , media massa dan sebagainya . Dalam soal pengendalian kanak -kanak cacat , dua prinsip perlu dihayati :

1. Mengenal pasti kecacatan dari peringkat awal .

2. Memulakan intervensi atau langkah -langkah pemulihan dari peringkat awal .

Kedua -dua prinsip ini amatpenting memandangkan bahawa kadar tumbesaran dan perkembangan kanak -kanak cacat amat pesat sekali pada peringkat usia di bawah lima tahun . Para penyelidik telah lama menyedari tentang peringkat -peringkat yang dinamakan critical periods of growth and development. Umpamanya, seorang kanak-kanak yang dilahirkan dengan katarak mata akan rabun jika pembedahan tidak dilakukan pada peringkat awal lagi. Begitu juga dengan kanak-kanak yang dilahirkan pekak: tanpa alat pendengaran dan latihan berkomunikasi dari peringkat bayi lagi, peluangnya untuk mencapai kebolehan bertutur dengan baik amat tipis sekali. Perkembangan bahasa amat penting sekali pada peringkat usia di bawah tiga tahun dan keadaan-keadaan seperti kurang daya pendengaran dan rangsangan akan menjejaskan perkembangan bahasa kanak-kanak tersebut .

Pentingnya mengenal pasti kecacatan dari peringkat awal


Kecacatan-kecacatan fizikal seperti rabit bibir, rabit lelangit, capik kaki, katarak mata, berkepala besar (hydrocephalus) dan tanda-tanda di bahadian kulit mudah dikenal pasti tetapi kecacatan-kecacatan seperti pekak dan rencat akal tidak ketara dan memerlukan cara pemeriksaan dan penilaian yang khusus. Justeru itu, jika kemungkinan-kemungkinan ini tidak difikirkan, banyak kes bayi pekak dan rencat akal tidak dikenal pasti dari peringkat awal lagi menyebabkan program intervensi sering lambat dimulakan.

Contohnya, kanak-kanak yang dilahirkan pekak mungkin tidak dapat dikenal pasti kecacatannya sehingga beberapa tahun lamanya . Seelok-eloknya, pemeriksaan dibuat sewaktu dia masih dihospital lagi untuk menentukan sama ada dia pekak atau tidak. Jika dia disahkan pekek, usaha untuk membekalkannya dengan alat pendengaran boleh diatur. Program untuk melatih ibu bapa kanak-kanak itu tentang teknik-teknik berkomunikasi dan mengajar anak mereka memahami dan menggunakan bahasaperlu diaturkan.

Satu contoh lagi melibatkan kanak-kanak yang mengalami kerosakkan otak sewaktu kelahiran sehingga menyebabkan dia spastik. Dia mungkin tidak boleh menggerakkan kaki dan tangannya seperti kanak-kanak biasa. Apa yang sering berlaku ialah ibu bapa kanak-kanak spastik kerap membiarkan anak mereka bersendirian kerana tidak tahu cara untuk mendapatkan perhatian dan merangsang si anak itu. Akibatnya, anak mereka kurang mendapat perhatian. Mereka hanya memenuhi keperluan-keperluan asas anak mereka sahaja seperti menyediakan makan minum. Membersihkan diri dan memakaikan seluar dan baju.

Kanak-kanak cacat sering tidak diberi rangsangan yang cukup untuk membolehkan mereka berkembang dan menguasai kemahiran-kemahiran asas. Ini jelas dapat dilihat dalam kajian keatas kanak-kanak cacat di Sentul. Berbagai-bagai faktor boleh menyebabkan keadan ini berlaku. Ibu bapa sedar bahawa anak mereka rencat akal tetapi tidak mengetahui ciri-ciri kekuatan yang dimilikinya. Teknik-teknik rangsangan yang boleh mereka gunakan untuk membantu kanak-kanak mereka menguasai kemahiran-kemahiran tertentu tidak pernah diajarkan. Mereka juga terlalu sibuk dengan perkejaan masing-masing sehingga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap anak mereka. Apa yang diperlukan oleh setiap ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak cacat ialah maklumat tentang setiap aspek yang berkaitan dengan kecacatan, kaedah-kaedah pemulihan yang sesuai untuk anak itu dan sama ada sianak itu perlu rawatan perubatan yang tertentu atau tidak.

Kanak-kanak berbeza antara satu dengan yang lain. Tidak semua kanak-kanak cacat boleh mendapat manfaat daripada sesuatu program. Umpamanya, dalam satu kelas pemulihan, kanak-kanak yang kurang tumpuan perhatian (attention span deficit disorder) kerap tidak mengikut arahan guru, tidak boleh duduk diam dan asyik merayau-rayau sesuka hatinya. Oleh itu, prestasi akademiknya pasti tidak memuaskan. Seelok-eloknya, guru perlu memberikan lebih perhatian kepadanya dengan memanggil-manggil namanya, menepuk-nepuk tangan dan memetik jari selalu untuk mendapatkan perhatiannya. Kanak-kanak ini sering memerlukan isyarat-isyarat dan tunjuk ajar yang menggunakan pendekatan satu dengan satu. Tetapi, situasi didalam bilik darjah biasa tidak sesuai kerana seorang guru perlu mengawasi tidak kurang daripada 40 orang murid. Suatu program khas perlulah diaturkan untuk kanak-kanak tersebut jika prestasi inteleknya ingin dipertingkatkan.

Taraf sosioekonomi dan tahap pendidikan sesuatu keluarga itu banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak yang cacat. Umpamanya, seorang bayi yang dilahirkan pekak mungkin cepat dikenal pasti kecacatannya jika ibu bapanya sendiri cepat mengesyaki keadaan ini dan bersungguh-sungguh mencari pakar kanak-kanak untuk mendapatkan pengesahan. Setelah penilaian dibuat, besar kemungkinan sianak itu diberi alat pendengaran dan latihan pertuturan. Ibu bapanya mungkin berminat untuk belajar sendiri supaya mereka dapat memberi latihan kepada anak mereka di rumah.

Si anak itu juga mungkin mendapat pengayaan daripada alat-alat permainan dan sumber-sumber pembelajaran yang mudah diperoleh oleh keluarga itu kerana mereka serba berkemampuan. Keadaan yang optimum seperti ini mungkin tidak dinikmati oleh sesetengah keluarga lain yang mungkin menghadapi kesukaran dari segi mendapatkan bantuan perkhidmatan seperti alat pendengaran dan latihan pertuturan ditempat tinggal mereka. Mereka mungkinsibuk dengan tugas-tugas mereka sendiri dan meletakkan anak mereka dibawah jagaan pembantu rumah atau penjaga. Mereka juga mungkin tidak dapat memberikan rangsangan-rangsangan yang diperlukan untuk mempertingkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran berkomunikasi anak itu. Sesetengah keluarga dapat mengatasi masalah kesibukan mereka dan mendapatkan tempat untuk anak mereka dipusat didikan prasekolah bagi kanak-kanak pekak tetapi kemudahan ini amat terhad dan hanya terdapat dibandar-bandar besar sahaja.

Adakalanya, keluarga itu sendiri tidak mampu membeli alat pendengaran untuk anak mereka yang disahkan cacat pendengaran. Para profesional bpleh membantu keluarga ini dengan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau badan-badan tertentu yang dapat membantu keluarga tersebut memperolehi alat pendengaran yang diperlukan.

Ubahkan sikap negatif terhadap kanak-kanak cacat


Dalam mendidik anak-anak yang cacat, ibu bapa sering berasa hampa kerana tidak mendapat bantuan khidmat dan nasihat yang bernas yang boleh membantu mereka meningkatkan potensi anak-anak mereka. Anggapan bahawa kanak-kanak yang rencat akal, pekak, buta dan spastik tidak boleh dibantu lagi tidak harus diterima kerana pada masa ini, banyak teknik untuk membantu kanak-kanak cacat menguasai kemahiran-kemahiran hidup dan kemahiran-kemahiran praktikal.

Kanak -kanak rencat akal berbeza antara satu sama lain dari segi keupayaan pemikiran . Kanak -kanak yang rencat akal sederhana ( mild range of mental handicap ) mungkin boleh dilatih menulis nama dan membuat kira -kira yang mudah . Kebanyakkan mereka boleh menguasai bahasa yang mudah dan ini akan membolehkan mereka berinteraksi dengan orang lain . Ini berbeza pula dengan kanak -kanak yang mengalami rncat akal teruk ( severe mental handicap ) yang mungkin tidak boleh bercakap atau memahami bahasa , tidak boleh menulis atau mengira dan sukar dilatihuntuk membuat sesuatu kerja yang memerlukan banyak pemikiran . Walau bagaimanapun , objektif latihan perlulah disesuaikan dengan tahap pemikirannya serta kekuatan dan kelemahannya . Objektif latihan mestilah realistik supaya ibu bapa tidak merasa hampa jika anak mereka gagal mengikuti latihan tersebut . Tidak ada sebab mengapa kanak -kanak yang mengalami rencat akal yang teruk tidak boleh dilatih untuk melakukan aktiviti - aktiviti harian seperti makan , minum , bersalin pakaian dan memakai kasut dengan sendiri .

Seringkali saya dapati kanak -kanak terencat akal dibiarkan begitu sahaja dirumah . Mereka tidak digalakkan untuk mencuba melekukan sendiri aktiviti -akativiti harian : segala -galanya dibuatkan oleh orang lain . Pengalaman di serata dunia menunjukkan bahawa program intervensi awal (early intervention programme ) dapat mempercepat dan meningkat tahap kemahiran asas kanak -kanak cact sehingga mereka boleh berdikari . Umpamanya , seorang kanak -kanak berusia empat tahun yang tidak dilatih akan bergantung sepenuhnya kepada ibu atau pengasuh dalam hal -hal yang berkaitan dengan aktiviti -aktiviti harian seperti makan minum dan bersalin pakaian .

Kanak -kanak ini sepatutnya dilatih dan digalak untuk membiasakan diri melakukan aktiviti -aktiviti harian pada peringkat awal lagi supaya dia dapat menguasai kemahiran melakukan aktiviti -aktiviti ini pada usia muda lagi . Kanak -kanak spastik ( celebral palsy ) pula berbeza dari beberapa segi . Ada yang hanya lemah sebelah anggota badan sahaja dan ada pula yang tidak dapat mengerakkan seluruh anggota kaki dan tangan . Sehingga mencapai usia enam tahun , dia hanya mampu bergolek -golek sahaja dantidak boleh duduk dengan sendiri tanpa bantuan kerusi khas . Potensi kanak -kanak yang sedemikian boleh dipertingkatkan dengan bantuan program pemulihan yang sesuai .

Kanak -kanak spastik yang daya intelek mereka berfungsi secara normal memerlukan latihan yang berbeza sama sekali dengan latihan yang diperlukan oleh kanak -kanak spastik yang rencat akal . Bagi kanak -kanak ini , tidak ada sebab mengapa mereka tidak dapat terus belajar di sekolah biasa jika mereka dapat bergerak dengan bantuan kerusi roda atau tongkat . Ibu bapa yang mempunyai anak spastik digalakkan melawat pusat -pusat latihan kanak -kanak spastik untuk mempelajari cara -cara kanak -kanak ini dilatih makan , minum , bermain , menaip , duduk dan berdiri menggunakan alat -alat tertentu dan lain -lain lagi .

Kanak -kanak buta tidak semestinya terencat akal . Ramai orang yang cacat penglihatan telah mencapai kejayaan dalam bidang pengkhususan mereka . Walaupun seseorang itu buta , tetapi jika daya pendengarannya baik , dia masih boleh terus berkembang dari segi inteleknya seperti kanak -kanak lain . Golongan kanak -kanak cacat yang paling sukar untuk ditingkatkan daya pemikirannya ialah mereka yang tidak boleh melihat dan mendengar . Contohnya , kes congenital rubella yang melibatkan kanak -kanak yang dilahirkan dengan katarak mata dan pekak .

Kanak -kanak ini dapat menggunakan tangannya seperti kanak -kanak yang boleh melihat dan juga tidak boleh mendengar percakapan orang lain . Oleh itu, dia tidak boleh bercakap atau memahami bahasa . Walau bagaimanapun , kanak -kanak ini amat bergantung pada belaian kasih ibu bapanya kerana dia boleh merasai pegangan mesra mereka . Penbedahan katarak serata penggunaan cermin mata atau kanta lekap ( contact lens ) dari awal -awal lagi amat penting supaya dia sekurang -kuramgnya dapat melihat sedikit . Tetapi , penggunaan kanta lekap masih menimbulkan beberapa masalah teknikal di samping kos pengendaliannya yang tinggi .

Pastikan kanak -kanak mempunyai taraf pemakanan yang baik .

Tidak dapat dinafikan bahawa pemakanan yang seimbang dan berzat diperlukan oleh setiap kanak -kanak . Saya sering bertemu kanak -kanak spastik yang sukar menelan makanan . Kadang kala , kerosakkan urat saraf yang dialaminya juga boleh menyebabkan kepalanya sentiasa ditengadahkan kebelakang . Ini menyulitkannya sewaktu makan . Adakalanya , keadaan ini berlanjutan bertahun -tahun lamanya kerana ibu bapanya tidak mendapatkan nasihat dari para profesional tentang pentingnya posisi si anak itu diperbetulkan agar dia mudah menghisap dan menelan makanan . Masalah ini menyebabkan kanak -kanak itu menjadi kurus dan sistem daya tahan penyakitnya menjadi lemah . Akibatnya , dia sering diserang penyakit .

Kanak -kanak spastik yang mempunyai masalah pemakanan perlu mendapatkan nasihat kaunseling untuk memastikan agar dia mendapat makanan yang cukup dan berzat . Kanak -kanak yang kurang subur mudah mendapat penyakit . Tahap kesihatan yang rendah akan menjejaskan perkambangannya . Saya pernah bertemu seorang kanak -kanak spastik yang sukar menghisap susu . Setiap kali tiba waktu makan , dia dibaringkan dan makanan atau susu dititiskan ke dalam mulutnya . Amalan sebegini tidak akan melatih kanak -kanak itu menghisap , menguyah dan menelan makanan .

Bayi yang sudah berusia enam bulan perlukan makanan peralihan kerana susu tidak lagi mencukupi untuk tumbesarannya . Untuk menelan makanan pejal dan lebih keras , dia perlu menghisap , menguyah , menelan dan menghadam dan jika ini tidak dibiasakan , pertumbuhannya mungkin merosot . Doktor anda boleh membantu anda menentukan makanan -makanan tambahan untuk anak yang mempunyai masalah pemakanan .

Seperti kanak -kanak lain , kanak cacat juga memerlukan rawatan perubatan dari semasa -ke semasa . Sesetengah kanak -kanak cacat mempunyai masalah -masalah yang lain seperti sawan dan ini perlu dihindarkan seberapa yang boleh dengan ubat tahan sawan . Sawan yang berterusan lebih daripada 30 minit boleh merosakkan otak kanak -kanak tersebut . Kanak -kanak yang mempunyai kerosakan otak lebih mudah mendapat demam sawan . Sawan yang berterusan terlalu lama akan memburukkan keadaan dan membantutkan lagi perkembangan kanak -kanak itu .

Maklumat -maklumat dan kaedah -kaedah untuk mempertingkatkan potensi kanak -kanak cacat berkembangan dengan pesatnya dan ibu bapa perlulah mendapatkan nasihat dari para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan anak mereka .Matlamat latihan adalah untuk memboleh kanak -kanak ini menguasai kemahiran -kemahiran hidup dan berdikasi tanpa memerlukan penjagaan dan perhatian daripada orang lain . Dengan mengenal pastikan kekuatan -kekuatan dan kelemahan - kelemahan mereka , program intervensi boleh dimulakan seberapa segera yang boleh . Pendiagnosan dan intervensi awal perlu dilakukan segera kerana bayi dan kanak -kanak berkembang dan membesar dengan cepat . Program pemulihan yang dimulakan lebih awal adalah lebih berkesan .


Perkhidmatan untuk membantu kanak -kanak cacat di negara ini sedang berkembangan pesat dan ibu bapa perlulah mendapatkan maklumat tentang latihan yang diperlukan untuk anak -anak mereka serta bagaimana mendapatkan perkihdmatan tersebut . Peranan ibu bapa dan keluarga sebagai pengasas perkembangan kanak -kanak cacat amat penting sekali . Masa depan kanak -kanak cacat dipengaruhi oleh faktor -faktor seperti kesihatan , tahap pemakanan , pengalaman -pengalaman dan latihan -latihan .

sumber:www.hamidarshat.com

autisme2

Autisma 2

Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku . Sesetengah kanak -kanak pekak , kanak -kanak yang menghidap penyakit seperti congenital rubella , penyakit baka phenylketonuria , sindrom Fragile - X , tuberous sclerosis , kanak -kanak yang mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan ( perinatal ashyxia ) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri -ciri autisma. Tetapi lazimnya , pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkan apa -apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan.



KANAK -KANAK AUTISTIK


KES


Amin yang berusia 31/2 tahun dibawa ke klinik saya kerana dikatakan tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain dan tidak tahu mengunakan bahasa. Menurut ibunya, Amin dilahirkan dalam keadaan baik, berat badannya 3.1 kg dan perkembangan dari peringkat bayi seperti kanak-kanak biasa yang lain. Tetapi, menjelang usianya 12/2 tahun, dia didapati suka bersendirian dan tidak mahu menengok kearah orang. Dia berkelakuan seolah-olah seperti kanak-kanak pekak: tidak menghiraukan atau seolah-olah tidak mendengar percakapan orang lain. Hampir setiap waktu dia bersendirian sambil bermain-main denga benda-benda seperti tali, tudung-tudung botol dan ketul-ketul batu. Dia leka dengan permainannya sehingga berjam-jam lamanya.Ibu Amin menyatakan bahawa sejak kecil lagi, anaknya itu tidak suka dipegang, dibelai atau dicium. Dia tidak seperti kanak-kanak lain yang mudah mesra dan bergelak ketawa dengan ibu bapa dan orang disekelilingnya. Ibunya mengeluh kerana tidak dapat menjalinkan hubungan mesra dengan anaknya. Apabila lapar, dia sendiri akan mengambil makanan didapur atau menarik tangan ibunya kearah makanan yang diingini. Seringkali, bunya terpaksa menyuapkan makanan dan memberinya minuman.Tetapi, dia tidak suka dibantu melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti makan, minum dan bersalin pakaian. Dia pergi sendiri ketandas untukmembuang air kecil dan tidak lagi kencing malam. Ibu Amin berasa hairan mengapa anaknya yang mampu menunjukkan kebolehan seperti menyusun puzzles dan merekabentuk denganmenggunakan alat permainan lego tidak pula mampu menggunakan bahasa seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Dia dan suaminya jarang membawa Amin menziarahi kawan-kawan atau majlis-majlis sosialkerana malu dengan tingkah lakunya yang luar biasa yang mungkin akan menarik perhatian orang lain. Amin pernah dimasukkan ketadika untuk memberinya peluang bergauldengan kanak-kanak lain tetapi selepas sebulan, guru tadika menyatakanbahawa pihaknya tidak sanggup menerima Amin lagi kerana sikapnya yang ganjil.Dia suka bersendirian, tidak boleh berinteraki dengan kanak-kanak lain, Asyik bermain seorang diri, tidak bercakap dan tidak menerima atau menumpukan perhatian pada arahan guru-guru atau orang lain.Dia akan keluar dari kelas dan merayau-rayau disekitar kawasanTadika pada bila-bila masa sahaja yang disukainya dan guru kelaskerap terpaksa mencarinya kerana khuatir akan keselematannya.

Kes ini mengetengahkan riwayat sesorang kanak -kanak yang menunjukkan ciri -ciri austisma. Kes -kes autisma yang dikesan dan dikenal pasti masing -masing mempunyai perbezaan dari segi perkembangan dan tingkah laku penghidap autisma. Ini ada kaitannya dengan faktor baka ,pengalaman dan keadaan alam sekitar yang mempergaruhi perkembangan seorang anak yang autistik dan cara dia membentuk personalitinya. Tetapi , hampir semua kanak -kanak autisma menunjukkan ciri -ciri seperti di bawah ini :


1. Masalah komunikasi. Dia tidak menunjukkan perkembangan bahasa seperti kanak -kanak lain. Tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut. Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanya , jika seseorang bertanya " sudah makan ? " , dia menjawab " sudah makan ". Jika ditanya " sudah minum ? " , dia jawab " sudah minum ". Dalam istilah Inggeris , ini dinamakan echolalia. Dia tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif seperti " sudah kenyang " , " tak dahaga " , "tak mahu minum "dan sebagainya.


2. Suka bersendirian. Kanak -kanak autisma tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan dengan orang lain. Dia seolah -olah hidup dalam dunianya sendiri. Ibunya mendapati sukar untuk menjalin kemesraan dengannya kerana dia tidak suka dibelai , dicium atau dipeluk. Kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak mendapat gerakbalas. Dia berkelakuan seperti kanak -kanak pekak , buta dan bisu.


3. Tingkah laku yang aneh dan berlainan daripada kanak -kanak biasa. Kanak -kanak autisma biasanya akan leka bermain sehingga berjam -jam lamanya dengan sesuatu barang yang diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itu diambil , dialihkan atau hilang.


4. Mempamerkan tingkah laku yang pelik. Kebanyakkan kanak -kanak autistik akan menunjukkan tingkah laku yang bermacam -macam ragam dan pelik seperti menepuk -nepuk tangan , menjegkit -jengkitkan kakinya apabila berjalan , memutar -mutar benda seperti tudung botol dan alat -alat permainan seperti mangkuk -mangkuk plastik serta mengumpul batu -batu , bermain suis lampu dan sebagainya .


Kebanyakan kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembangan bahasa dan sosial yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian , didapati hampir 30 peratus kanak -kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu bapa kanak -kanak yang terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi , anak mereka tidak suka didukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayi yang berusia tiga bulan biasanya sudah mula mesra dengan ibunya tetapi ini jarang -jarang dirasai atau dinikmati oleh ibu -ibu yang mempunyai anak -anak autistik. Bayi -bayi dari usia sembilan bulan keatas sudah gemar mengikut -ikut perkataan yang dilafazkan oleh ibu mereka tetapi kanak -kanak autistik jarang berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak -kanak autistik yang didapati normal perkembangan mereka tetapi mula menunjukkan ciri -ciri autistik menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh bercakapseperti kanak -kanak lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali.


Adakah autisma sering berlaku ?


KES

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisma teklah dibawa kelinik saya. Tetapi, saya dapati dia boleh menumpukan perhatian dan mengikut arahan saya. Perkembangan bahasanya terbantut dan dia hanya boleh bercakap sepatah dua sahaja. Tetapi, dia faham jika disuruh menunjukkan gambar burung , ayam, kapal terbang, kereta dan sebagainya. Tingkah lakunya dirumah, ditadika dan diklinik berbeza.Adalakanya, dia suka bermain seorang diri sehingga berjam-jam lamanya. Dia tidak tahu bergaul dengan kanak-kanak lain.

Bilangan sebenar kanak -kanak yang menghidap autisma dinegara ini sukar didapati kerana kadangkala , ciri -ciri yang digunakan untuk mengenali kanak -kanak autisma berbeza di kalangan para penyelidik. Walau bagaimanpun , adalah dianggarkan terdapat empat orang kanak -kanak autistik bagi setiap sepuluh ribu kanak -kanak. Mereka mempamerkan ciri -ciri kanak -kanak autistik yang sebenar : suka bersendirian , tidak boleh bergaul langsung dengan kanak -kanak lain , menunjukkan tingkah laku aneh dan tidak boleh menggunakan atau memahami bahasa.Tetapi , ada ramai juga kanak -kanak yang tidak menunjukkan kesemua ciri -ciri yang disebutkan ini.

Kes berikut menyokong pendapat ini.Dari pengalaman saya , ramai lagi kanak -kanak yang menunjukan ciri -ciri autisma tetapi tidak sepenuhnya. Kanak -kanak dalam golongan ini juga perlu dikenal pasti supaya program pemulihan dapat diaturkan segera. Dengan latihan khas , mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap -harapkan. Yang anehnya , penyakit autisma ini sering terdapat di kalangan kanak -kanak lelaki. Dari seramai 40 kanak -kanak autistik yang pernah saya temui , hanya empat orang sahaja kanak -kanak perempuan. Autisma boleh berlaku di kalangan kanak -kanak dari semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak -kanak autisma sering terdapat di kalangan keluarga -keluarga profesional.

Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia sahaja mempunyai hampir 80 kanak -kanak autistik yang berdaftar. Saya percaya masih ramai lagi kanak -kanak autistik yang tidak diketengahkan untuk dikenal pasti. Besar kemungkinan juga , para profesional sendiri kebanyakannya kurang berpengalaman tentang autisma atau tidak dapat meluangkan masa untuk menilai kanak -kanak autistik ini. Kanak -kanak ini mungkin dikatakan rencat akal , bisu , pekak dan sebagainaya.


Apakah puncanya ?


Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku . Sesetengah kanak -kanak pekak , kanak -kanak yang menghidap penyakit seperti congenital rubella , penyakit baka phenylketonuria , sindrom Fragile - X , tuberous sclerosis , kanak -kanak yang mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan ( perinatal ashyxia ) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri -ciri autisma. Tetapi lazimnya , pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkan apa -apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan.

Kanak -kanak autisma dan keluarganya.


Cara mengendalikan anak yang autistik berbeza antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak -kanak autistik yang berusia 1 1/2 tahun boleh dipaksa dan diasingkan tempat lain jika didapati tingkah lakunya mengganggu keadaan. Tetapi , jika dia sudah berusia lebih daripada tiga tahun dan mempunyai tabiat yang degil , ibu bapanya akan lebih sukar menjaganya. Ahli keluarga perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak -kanak autistik ini dan mempelajari cara -cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah -kaedah seperti ini memerlukan banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga anak sepenuh masa di rumah.
Peluang untuk melawat sahabat - handai atau berekreasi sukar diperoleh kerana tumpuan perlu diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti -aktiviti seperti membeli belah , nersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatir kalau -kalau anak mereka bertindak di luar kawalan.


Kanak -kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan agar keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain serta terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering menyebabkan ibu bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya , mereka sukar mendapat bantuan orang lain untuk menjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yang memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika anak sering berkelakuan ganas terhadap adik -beradiknya dan menyulitkan keluarga . Kelatihan mental boleh menggugat kesihatan mereka.

Adik -beradik kepada kanak -kanak autistik mungkin juga tidak terlepas daripada masalah emosi. Ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan datang kerumah. Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian lebih sering tertumpu kepada adik autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan ini mungkin akan menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Ada pula yang mungkin memberi komen -komen yang tidak membina dan menyinggungperasaan keluarga ini.


Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami -isteri dalam usaha mereka mencari jaln untuk mengatasi masalah -masalah yang timbul sehingga boleh mengugat kestabilan rumah tangga mereka. Tetapi , apa yang menarik sekali pada saya ialah kebanyakan pasangan yamg mempunyai anak -anak yang autistik , terencat akal , spastik, pekak dan sebagainya tetap mempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Pada pandangan saya , rasa tangungjawab serta perasaan kasih terhadap anak mereka mengatasi segala -galanya dan masalah -masalah yang dihadapi tidak dibarkan menggugat kestabilan rumah tangga mereka.


Cara mendidik dan mengatasi masalah -masalah yang timbul akibat daripada penjagaan kanak -kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak -kanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu. Saya pernah bertemu kanak -kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik , bijak menyusun jigsaw -puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh itu , penilaian terhadap kanak -kanak autistik perlu merangkumi aspek -aspek riwayatnya yang terperinci , pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan - kelemahan dan kekuatan -kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.
Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan dan kebolehan yang dimiliki oleh anak -anak autistik mereka kerana ini akan memberi mereka harapan untuk meneruskan usaha mendidik dan mengasuh anak itu.


Bolehkah kanak -kanak autistik pulih ?


Kebanyakan kanak -kanak autistik masih menunjukkan tingkah laku yang luar biasa walaupun setelah meningkat dewasa. Mereka sukar berinteraksi dengan orang lain dan tidak sesuai memegang jawatan yang memerlukan mereka berbuat demikian. Tetapi , mereka boleh dilatih untuk pekerjaan -pekerjaan yang memerlukan kemahiran -kemahiran tertentu seperti mekanik kereta, pembetul anda piano,jurukomputer, jurukira dan sebagainya memandangkan kebolehan yang mereka miliki. Ramai juga kanak-kanak autistik yang didapati terencat akal dan mereka akan memerlukan latihan-latihan khas yang sesuai dengan keupayaan intelek mereka.


Untuk membolehkan mereka mendapat kemahiran , kanak-kanak autistik ini perlu dikenal pasti dari kecil lagi supaya latihan-latihan khas dapat diaturkan. Matlamat latihan adalah untuk memperbaiki tingkah laku yang agak aneh, membolehkan mereka mencapai kemahiran berkomunikasi serta berinteraksi dengan orang lain seberapa baik yang boleh. Teknik-teknik pendidikan yang boleh digunakan merangkumi teknik pengubahsuain tingkah laku (behaviour midification techique).


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut keadaan-keadaan ini, ibu bapa perlukan mendapatkan nasihat daripada para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan kanak-kanak austisma supaya mereka sendiri dapat menggunakan teknik-teknik ini setiap hari dirumah. Ibu bapalah yang menjadi guru terutama yang perlu memahami objetif-objktif latihan dan rawatan untuk anak mereka. Kadangkala, doktor menggunakan ubat-ubat tertentu untuk merawat kanak-kanak ini tetapi sehingga kini, masih belum ada ubat yang benar-benar mujarab bagi merawat sebahagian besar kanak-kanak autistik.
Persatuan kebangsaan Autisma Malaysia telah membuka dua buah kelas yang menawarkan pendidikan khas kepada kanak-kanak autistik untuk membantu mereka mengatasi masalah-masalah komunikasi dan sosialisasi serta mengubah tingkah laku yang dianggap tidak sesuai. Mereka dididik supaya berkelakuan bersesuian dengan sesuatu keadaan. Matlamat kelas-kelas ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran kendiri kanak-kanak autistik serta melatih mereka agar berjaya dalam bidang akademik dan dapat menguasai kemahiran hidup yang mungkin berguna apabila dewasa.
Dalam usaha melatih kanak-kanak ini, berbagai-bagai cara pemulihan disediakan termasuk terapi muzik, terapi perhubungan dan psikoterapi. Ibu bapa yang mempunyai anak autistik perlu mendapatkan peluang untuk berbincang sesama sendiri tentang masalah-masalah yang dihadapi.


Di negara-negara lain, pihak ibu bapa telah menubuhkan persatuan-persatun untuk membolehkan mereka berjumpa selalu, berbincang dan bertukar-tukar pengalaman sesama mereka sambil saling memberi sokongan bagi mengatasi ketegangan jiwa yang dialami. Sekali-sekala, ibu bapa kanak-kanak autistik juga memerlukan masa untuk berehat bersama jauh daripada anak autistik mereka. Ini penting untuk menyegarkan semula fikiran mereka supaya mereka dapat merasai nikmat kehidupan berumahtangga.Perkhidmatan seperti pusat-pusat harian yang boleh memberi latihan kepada kanak-kanak autistik secara sambilan amatlah perlu dan kemudahan seperti ini telah dimulakan di negara-negara maju untuk membantu keluarga yang terlibat.

sumber:www.hamidarshat.com