Thursday, September 1, 2011

info berkaitan Buku Garis Panduan dan perbincangan

saya akan menyenaraikan segala info terlebih dahulu berkaitan PDK dan yang berkaitan dengannya terlebih dahulu.... kemudian barulah berbincang dan mencari di manakah terletaknya titik tengah bagi dacing tersebut supaya lebih seimbang ....

sekian, terima kasih.

Buku Garis Panduan: Perlantikan dan tanggungjawab jawatankuasa PDK

5: Pelantikan dan tanggungjawab jawatankuasa PDK

5.1 Pelantikan dan Penubuhan

(i) Pelantikan Jawatankuasa PDK adalah melalui jawatankuasa PDK
(a) mesyuarat pemilihan jawatankuasa PDk dikendalikan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)
(b) Pelantikan untuk menganggotai Jawatankuasa PDK mestilah di kalangan ahli yang hadir pada mesyuarat tersebut
(c) cara pelantikan adalah melalui undi majoriti
(d) Pelantikan setiausaha mesyuarat adalah budi bicara PKMD
(e) Mesyuarat pemilihan jawatankuasa PDk hendaklah diadakan setiap 2 kali setahun

(ii) penubuhan jawatankuasa

a) setelah pelantikan jawatankuasa PDK dibuat,jawatankuasa perlu menghantar surat Penubuhan Jawatankuasa PDK kepada PKMD . surat persetujuan pewujudan jawatankuasa PDK hendaklah dimaklumkan oleh PKMD kepada jawatankuasa tersebut.

b) Jawatankuasa boleh mewujudkan jawatankuasa kecil/biro mengikut keperluan seperti jawatankuasa kecil/biro agama,sukan/kesenian,sosio ekonomi,keselamatan,pendidikan,pembangunan komuniti dan lain2 yang bersesuaian.

5.2 keanggotaan

(i) ahli jawatankuaasa hendaklah tidak kurang dpd 11 orang dan tidak melebihi 15 orang dan mesti mempunyai sekurang2nya 2 orang ahli wanita atau sekurang2nya 2 orang ahli lelaki.

(ii) Pengerusi,setiausaha,bendahari dan ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada
(a) 3 orang di kalangan ibubapa / penjaga OKU
(b) seoragn OKU dalam komuniti setempat jika ada
(c) ahli komuniti setempat yang berminat dgn kerja2 kebajikan dan sedia berkhidmat secara sukarela.

(iii) setiap permohonan menjadi ahli jawatankuasa PDk perlu mengisi borang maklumat keahlian.

(iv) segala urusan berkaitan pemilihan jawatankuasa PDk perlu dikendalikan oleh PKMD

(v) Pemilihan pengerusi dan ahli jawatankuasa adalah dibuat secara undian dgn dihadiri ooleh PKMD / wakil.

(vi) keanggotaan bagi 3 jawatan utama iaitu pengerusi , setiausaha dan bendahari hendaklah mematuhi kriteria berikut:

(a) mestilah warganegara Malaysia
(b) TIDAK BOLEH mempunyai HUBUNGAN KEKELUARGAAN
(c) TIDAK diisytiharkan MUFLIS ATAU DISENARAIK HITAMKAN
(d) TIDAK BOLEH memegang jawatan utama di mana2 PDK yang lain.

5.3 Senarai Tugas dan tanggungjawab

(i) Penasihat (PKMD)


(a) menasihati Pengerusi PDk dan memastikan pengurusan adalah mematuhi Garis Panduan Pengurusan PDK yang ditetapkan
(b) menghadiri mesyuarat jawatankuasa PDK
(c) menghantar salinan minit mesyuarat kepada Pengarah Negeri
(d) mengadakan mesyuarat khas jika pembubaran jwtnkuasa diperlukan
(e) mengadakan perjumpaan dgn jawatankuasa PDK bagi menjelaskan penggunaaan peruntukan kewangan yang disalurkan

(ii) Pengerusi

(a) mengurus, mentadbir dan melaksanakan program PDk mengikut Garis Panduan Pengurusan PDK
(b) mempengerusikan semua mesyuarat / perjumpaan yang diadakan oleh jawatankuasa PDK
(c) mrancang program / aktiviti PDK bersama AJK, Penyelia dan Petugas PDK.
(d) memastikan Penyelia dan petugas PDK bekerja dalam suasana yang kondusif serta mematuhi etika kerja.
(e) memastikan elaun khas OKU, sagu hati dan sumbangan kepada Penyelia dan Petugas PDK dan lain2 perbelanjaan dilakukan mengikut garis panduan pdk
(f) menjadi ahli panel temuduga bagi perlantikan Penyelia dan Petugas PDK
(g) menandatangani surat perlantikan penyelia dan petugas PDK
(h) berusaha menambahkan sumber kewangan PDK
(i) memastikan keselamatan pelatih OKU
(j) memastikan premis PDK selamat dan mesra OKU

(iii) Timbalan Pengerusi
(a) membantu Pengerusi melaksanakan tugas dan tanggungjawab
(b) mengganti melaksanakan tugas dan tanggungjawab semasa ketiadaan pengerusi

(iv) setiausaha
(a) membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran PDK
(b) menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK
(c) menyedia, menggedar dan menyimpan minit mesyuarat
(d) menyimpan rekod ahli jawatankuasa dan kakitangan PDK
(e) membantu melaksanakan tugas dan tanggungjawab semasa ketiadaan pengerusi

(v) penolong setiausaha
(a) membantu setiausaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab
(b) mengganti melaksanakan tugas dan tanggungjawab semasa ketiadaan setiausaha

(vi) Bendahari
(a) mentadbir urus,menyimpan dan mengemaskini buku rekod kewangan
(b) merekod semua sumbangan , pendapatan dan perbelanjaan berkaitan pengurusan PDK bagi tujuan semakan dan pemeriksaan
(c) menguruskan pembayaran elaun khas OKU,saguhati dan sumbangan kepada penyelia, petugas serta semua perbelanjaan berkaitan dibayar mengikut tarikh ditetapkan
(d) menyedia dan membentangkan laporan kewangan semasa mesyuarat jawatankuasa PDK
(e) menyimpan buku rekod kewangan di premis PDK bagi memudahkan pegawai JKM membuat semakan dan pemeriksaan naziran dibuat

(vii) Ahli Jawatankuasa

(a) menghadiri semua mesyuarat dan program PDK
(b) membantu penyelia / petugas menjalankan aktiviti bagi meningkatkan keupayaan OKU
(c) membantu merancang aktiviti termasuk aktiviti vokasional dan penempatan pekerjaan utk OKU
(d) melibatkan diri di dalam aktiviti yang diadakan

5.4 Tempoh keanggotaan

(i) keanggotaan jawatan utama seperti Pengerusi,setiausaha dan bendahari hendaklah tidak kurang dari 2 tahun dan tidak melebihi 4 tahun
(ii) keanggotaan jawatan yang lain tidak tertakluk kepada syarat yang di atas

5.5 Perletakan jawatan

(i) pengerusi, setiausaha dan bendahari yang hendak meletak jawatan perlu memaklumkan secara bertulis kepada PKMD dalam tempoh 1 bulan sebelum tarikh perletakan jawatan dgn sesalinan kepada PKMN

(ii) ahli jawatankuasa yang lain hendak meletak jawatan perlu memaklumkan secara bertulis kepada Pengerusi jawatankuasa PDK dlm tempoh 1 bulan sebelum tarikh perletakan jawatan dengan sesalinan kepada PKMD dan PKMN

nanti sambung lagi ye....








Buku Garis Panduan: peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Penyelarasan PDK

4 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PENYELARASAN PDK

4.1 Jawatankuasa Penyelarasan PDK Kebangsaan

(i) mengadakan mesyuarat jawatankuasa Penyelarasan PDK Kebangsaan sekurang2nya 2 kali dalam setahun

(ii) membincangkan keperluan peruntukan

(iii) merancang dan melaksanakan program dan aktiviti tahunan PDK di peringkat kebangsaan.

(iv) memantau perlaksanaan Jawatankuaa Penyelarasan PDK Negeri dan daerah

(v) menilai keberkesanan program PDK

4.2 Jawatankuasa Penyelarasan PDK Negeri

(i) mengadakan mesyuarat jawatankuasa penyelarasan PDK Negeri sekurang2nya 2 kali setahun mesyuarat hendaklah membincangkan perkara berikut:

(a) pengurusan dan pentadbiran PDK

(b) perancangan dan perlaksanaan latihan,program,dan aktiviti

(c) pembentangan laporan kewangan

(d) hal ehwal penyelia dan petugas

(e) isu2 berbangkit

(ii) memantau Jawatankuasa Penyelarasan PDk Daerah

(iii) memantau perlaksanaan peranan Panel Penilai PDK di peringkat Daerah

(iv) merancang dan melaksanakan aktiviti , kursus dan latihan di peringkat Negeri

(v) memantau pengurusan kewangan Jawatankuasa supaya memenuhi peraturan kewangan

(vi) melantik Ex-Officio yang terdiri :

1 Pengarah kesihatan Negeri
2. Pengarah Pelajaran Negeri (unit pendidikan Khas)
3. Pengarah Tenaga Kerja Negeri
4. Mana-mana pihak/agensi berkaitan PDK

4.3 Jawatankuasa penyelarasan PDK daerah

(i) mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan PDK Daerah sekurang-kurangnya 2 kali setahun mesyuarat hendaklah membincangkan perkara berikut:

(a) pengurusan dan pentadbiran PDK
(b) perancagan dan perlaksanaan latihan,program dan aktiviti
(c) pembentangan laporan kewangan
(d) hal ehwal pelatih PDK
(e) hal ehwal penyelia dan petugas
(f) isu2 berbangkit

(ii) merancang dan melaksanakan aktiviti, kursus dan latihan di peringkat daerah

(iii) memantau perlaksanaan semua aktiviti agar mematuhi Garis Panduan Pengurusan PDK

(iv) Membantu Jawatankuasa PDK meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan dan aset

(v) memantau pengurusan kewangan jawatankuasa supaya mematuhi peraturan kewangan.

(vi) mengambilalih sementara pengurusan mana2 PDK apabila jawatankuasa PDK dibubarkan atas arahan daripada Pengarah Negeri

(vii) menyedia dan menghantar Laporan kemajuan PDK Peringkat Daerah setiap 3 bulan sekali kepada Jawatankuasa Penyelarasan PDK Negeri

(viii) melantik Ex Officio yang terdiri daripada:

1. Pegawai kesihatan Daerah
2. Pegawai Pelajaran Daerah Unit Pendidikan Khas
3. Pegawai Tenaga Kerja Daerah
4. mana2 pihak/agensi yang berkaitan PDK






Monday, August 15, 2011

Buku Garis Panduan PDK yang terkini Siri 1

Buku Garis Panduan Pengurusan PDk yang terkini telahpun dikeluarkan untuk tatapan petugas PDK seMalaysia....
Di bawah ini disenaraikan perkara yang berkaitan dalam pengurusan PDK iaitu:

1.0 Pendahuluan
1.1 Latarbelakang Program Pemulihan Dalam Komuniti PDK
Program PDK atau CBR ini telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO .Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahahsuai perlaksanaan program ini. Pada tahun 1984 JKM telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan projek perintis PDK di Mukim Batu Rakit Kuala Terengganu yang melibatkan 55 orang kurang upaya . Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan berkembang dengan pesatnya ke seluruh negara.

1.2 Definisi PDK

Menurut WHO Program PDK didefinisikan sebagai satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi,Penyamaan peluang, dan intergrasi sosial OKU. Program PDK dilaksanakan melalui penglibatan aktif OKU, keluarga, dan masyarakat setempat dengan disokong oleh perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional, dan sosial serta menggunakan sumber tempatan.

Program PDK ditumpukan kepada OKU yang memerlukan pemulihan dan latihan asas dari segi pergerakan, pertuturan, pendidikan khas dan kemahiran dalam aktiviti kehidupan harian. Program dibuka kepada OKU dari semua jenis ketidakupayaan dan semua peringkat umur. Pendekatan yang diamalkan adalah melalui kerjasama bersepadu pelbagai sektor dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan serta kemudahan yang diperlukan.. PDK juga merupakan satu alternatif kepada pemulihan dalam institusi.


2.0 PEWUJUDAN PDK

2.1 Pewujudan Program PDK

(1) Program PDK boleh diwujudkan atas permohonan daripada mana-mana komuniti setempat dengan mendapat sokongan dan kelulusan dari JKM.

(ii) Pewujudan PDK hendaklah mengambil kira perkara berikut:

(a) bilangan OKU

Mepunyai sekurang-kurangnya 10 OKU yang memerlukan pemulihan di sesuatu komuniti. Sekiranya kurang daripada 10 OKu permohonan boleh dipertimbangkan melalui keperluan setempat.

(b) Lokasi PDK

Lokasi PDK mestilah di dalam kawasan komuniti yang strategik serta mudah diakses oleh OKU dan keluarga.

(c) Komuniti Pengerak

Individu atau kumpulan dalam komuniti yang mempunyai minat dan komitmen serta boleh menyumbang kepada perlaksanaan PDK.

(d) Nasihat PKMD

Mendapatkan pandangan dan nasihat daripada PKMD mengenai pewujudan dan perlaksanaan PDK.


3.0 STRUKTUR ORGANISASI PDK

3.1 Jawatankuasa Penyelarasan PDK Kebangsaan.

(i) Penasihat

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

(ii) Pengerusi

Pengarah Jabatan Pembangunan OKU

(iii) Setiausaha

Ketua Bahagian PDK

(iv) Ahli Jawatankuasa

* Semua Pegawai Kebajikan Masyarakat Negeri PKMN
* Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan
* Pengarah Bahagian Pembangunan komuniti
* Pengarah Bahagian Pembangunan Sosio -ekonomi dan Bantuan

3.2 Jawatankuasa Penyelarasan PDK Negeri /WP

(i) Penasihat

Pengarah Jabatan Pembangunan OKU

(ii) Pengerusi

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / WP

(iii) Setiausaha

Penyelaras PDK Negeri / WP

(iv) Bendahari

Dipilih dari kalangan Ahli Jawatankuasa.

(v) Ahli Jawatankuasa

* Pengarah Jabatan Kesihatan negeri
* Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (Unit Pendidikan KHas)
* Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri
* Wakil Jabatan / Agensi / NGO yang berkaitan
* Semua PKMD
* Seorang (1) Pengerusi PDK dipilih bagi mewakili setiap Daerah.

(vi) Juruaudit

Dua (2) orang juruaudit sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PDK Negeri

3.3 Jawatankuasa Penyelarasan PDK Daerah

(i) Penasihat

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / WP

(ii) Pengerusi

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah

(iii) Setiausaha

Penyelaras PDK Daerah

(iv) Bendahari

Pengerusi PDK yang dilantik

(v) Ahli Jawatankuasa

* Pegawai Kesihatan Daerah
* Pegawai Pelajaran Daerah (Unit Pendidikan Khas)
* Pegawai Tenaga Kerja Daerah
* Wakil Jabatan / Agensi / NGO yang berkaitan
* Semua Pengerusi PDK

(vi) Juruaudit Dalaman

Dua (2) orang Juruaudit dalaman sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan PDK daerah.

3.4 Jawatankuasa PDK

(1) Penasihat

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)

(ii) Pengerusi

Ahli komuniti setempat / Ibubapa / Penjaga yang dipilih

(iii) Timbalan Pengerusi

Ahli komuniti setempat / Ibubapa / Penjaga yang dipilih

(iv) Setiausaha

Ahli komuniti setempat / Ibubapa / Penjaga yang dipilih

(v) Penolong Setiausaha

Ahli komuniti setempat / Ibubapa / Penjaga yang dipilih

(vi) Bendahari
Ahli komuniti setempat / Ibubapa / Penjaga yang dipilih

(vii) Ahli-ahli Jawatankuasa

Ahli komuniti setempat / Ibubapa / Penjaga yang dipilih

(viii) Ex-Officio

1) Pegawai Jabatan Pelajaran Daerah (Unit Pendidikan Khas)
2) Pegawai Jabatan Kesihatan Daerah
3) Pegawai Jabatan Tenaga Kerja Daerah
4) Mana-mana pihak / agensi yang berkaitan






Friday, July 1, 2011

masalah pembelajaran ?????

MASALAH PEMBELAJARAN


1.0 PENGENALAN
Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam bab ini, kita membincangkan dengan lebih mendalam mengenai pelajar bermasalah pembelajaran.
Tumpuan ialah kepada definisi dan sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran. Juga dibincangkan ialah ciri-ciri dan kaedah mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran. Akhirnya, tumpuan ialah kepada cara menempatkan pelajar-pelajar ini dan kaedah pengajaran yang sesuai bagi mereka.
2.0 DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN
2.1 Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997
Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.
2.2 The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990
Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.
Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.
3.0 SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN
Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan, ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.
3.1 Kecederaan Otak
Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.
3.2 Keturunan
Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran. Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya.
3.3 Ketidakseimbangan Biokimia
Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.
3.4 Faktor Persekitaran
Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.
Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.
4.0 Ciri-ciri Pelajar Bermasalah Pembelajaran
Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif, akademik, sosial dan emosi dan tingkah laku.
4.1 Ciri Kognitif
Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.
4.2 Ciri Akademik
Ciri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah membaca, lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar masalah pembelajaran menghadapi masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia.
Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Pelajar yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya.
Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.
Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun, kemahira menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.
Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk belajar ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik yang berlaku di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.
4.3 Ciri Sosial dan Emosi
Memahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka. Bagaimana pelajar bermasalah pembelajaran melihat diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara signifikannya dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran. Tambahan pula,kejayaan mereka dalam hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.
4.3.1 Kemahiran Sosial yang Lemah
Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.
Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.
4.3.2 Motivasi
Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka.
4.4 Ciri Tingkah Laku
Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar.
5.0 JENIS-JENIS PENAKSIRAN
Untuk mengenal pasti sama ada seorang pelajar itu bermasalah pembelajaran, penaksiran perlu dilakukan. Antara kaedah penaksiran yang digunakan ialah penaksiran formal, penaksiran dalam bilik darjah dan response to intervention (RTI).
5.1 Penaksiran Formal
5.1.1 Ujian Rujukan Norma
Ujian Rujukan Norma ialah ujian yang mengukur pencapaian seseorang individu untuk dibandingkan dengan pencapaian individu lain dalam sesuatu kumpulan. Ia merupakan suatu ujian yang digunakan untuk menentukan prestasi seseorang individu ke atas sesuatu tugasan supaya pencapaian individu tersebut boleh dibandingkan dengan pencapaian individu lain yang melakukan tugasan yang sama.
5.1.2 Ujian Rujukan Kriteria
Ujian Rujukan Kriteria adalah ujian mengukur pencapaian individu dan dibandingkan dengan kriteria yang telah ditentukan. Contohnya, ujian memandu di mana pelajar perlu menunjukkan kecekapan yg telah ditetapkan sebelum dia diluluskan. Prestasi seseorang itu tidak akan dibandingkan dengan prestasi orang lain. URK ini boleh dibandingkan dengan satu kriteria yang telah ditetapkan terlebih dahulu.
5.2 Penaksiran dalam Bilik Darjah
5.2.1 Pengukuran Berasaskan Kurikulum (CBM)
Istilah Pengukuran Berasaskan Kurikulum ( Curriculum Base Measurement) difahamkan secara umumnya sebagai penaksiran prestasi pelajar berasaskan kurikulum tempatan. Item yang digunakan dalam penaksiran diambil dari kurikulum sekolah.
CBM digunakan untuk membantu guru menentukan apa yang hendak diajar pada masa akan datang, memudahkan penilaian kemajuan pelajar di mana program penilaian berasaskan kurikulum berperanan untuk melihat kaedah dan bahan pengajaran yang digunakan adalah bersesuaian. Ia dikatakan sah dan ada kebolehpercayaan di mana ia dikaitkan dengan isi kandungan serta dikatakan ada kebolehpercayaan apabila kita mengulangi ujian ke atas pelajar yang sama. Namun begitu CBM ini juga berperanan meningkatkan tahap pencapaian pelajar kerana ia diuji berdasarkan kurikulum, berkesan untuk mengetahui apa yang hendak dilihat dan murid mengetahui apa yang hendak dipelajari dan apa yang telah dikuasai. Di samping itu juga berkesan untuk merekod kemajuan pelajar.
5.2.2 Portfolio
Portfolio merupakan satu folder atau fail yang mengandungi bahan-bahan kutipan dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. . Ia merupakan satu koleksi produk iaitu sampel kerja kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam satu fail. Koleksi produk ini menunjukkan apa yang telah dilakukan oleh pelajar. Inferens juga boleh dilakukan ke atas pelajar dari segi kebolehan seseorang pelajar pada masa depan. Contoh-contoh produk yang boleh dikumpulkan ialah tulisan, lukisan, lembaran kerja dan sebagainya.
5.2.3 Pemerhatian
Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah pembelajaran, pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya. Bentuk ini sukar diinterpretasikan kerana ia hanya merekodkan apa yang dilihat sahaja dan orang lain mungkin memberikan interpretasi yang sama atau berbeza.
5.4 Response To Intervention (RTI)
Response To Intervention (RTI) digunakan untuk mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran bagi menentukan intervensi awal. Ini dapat dicapai melalui penilaian respon pelajar mencapai matlamat. Terdapat 3 peringkat model RTI:
1. Penyaringan pelajar berisiko (screening for at-risk students)
2. Memantau tanggapan/ respon kepada pengajaran (monitoring of responsiveness to instruction)
3. Penentuan arah tindakan (determination of the course of action)
6.0 CADANGAN LATIHAN PENDIDIKAN BAGI PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN
Pelajar bermasalah pembelajaran di dapati sukar menyusun maklumat, tidak cekap menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan. Terdapat 2 pendekatan dalam pengajaran pelajar bermasalah iaitu pengajaran secara langsung dan strategi pengajaran.
6.1 Pengajaran secara Langsung
Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun. Guru perlu menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep. Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.
6.2 Strategi Pengajaran
Pelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran yang berkesan. Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus dilakukan, bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana dia berjaya melakukan. Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah membuat nota, menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya.
7.0 Pilihan Penempatan Pendidikan
Penempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa kini merupakan salah satu isu yang paling berkontroversi. Tempat di mana seseorang pelajar bermasalah pendidikan itu menerima pembelajaran sebenarnya akan memberi kesan kepada sikap, pencapaian dan perkembangan sosial mereka. Terdapat beberapa pilihan penempatan yang biasanya ditawarkan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran, antaranya:
7.1 Bilik Darjah Biasa
Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa di tempatkan di dalam bilik darjah yang sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem sokongan yang lengkap. Hanya penempatan pelajar secara fizikal di dalam bilik darjah biasa tidak cukup untuk memastikan peningkatan pencapaian akademik dan penerimaan sosial pelajar bermasalah pembelajaran. Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dalam pengendalian kelas. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk mengajar.
7.2 Guru Pendidikan Khas sebagai Penasihat
Guru pendidikan khas sebagai penasihat membantu guru biasa dengan kaedah mengajar pelajar bermasalah pembelajaran. Dia membantu dalam penyusunan persekitaran fizikal, menyediakan atau mengadaptasi rancangan pengajran dan bahan serta membina prosedur penilaian dan pengredan pelajar bermasalah pembelajaran. Dia juga mengumpul maklumat, membuat pemerhatian dan mempermudahkan perbincangan tentang pengajaran pelajar bermasalah pembelajaran. Pengajaran secara langsung dijalankan oleh guru biasa.
7.3 Bilik Sumber
Pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan di sekolah biasa akan pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Contohnya, perkhidmatan penaksiran dan pengajaran pemulihan disediakan. Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber mestilah seorang yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat bekerjasama dengan guru biasa, membuat penaksiran pembelajaran dan tingkah laku, membina pengajaran individu serta bekerja secara efektif dengan ibu bapa dan keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan harus cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar.
7.4 Bilik Darjah Berasingan
Dalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah kecil (dicadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa). Pelajar dikumpulkan mengikut mereka yang mempunyai masalah pembelajaran sahajaatau dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan. Biasanya, pelajar bermasalah pembelajaran, menghadapi gangguan emosi dan kerencatan mental ditempatkan dalam satu kelas. Kelas berasingan mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah mereka dapat mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan dalam kelas biasa. Ini berlaku mungkin kerana persaingan di kelas biasa memerlukan beberapa kriteria yang tidak dapat dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran. Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding kelas biasa. Kelas berasingan menawarkan keadaan paling berkesan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk dan serius yang memerlukan pengajaran yang lebih bertumpu.
8.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam pembelajaran disebabkan oleh faktor psikologi dan faktor persekitaran. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah dalam kognitif, akademik, sosial dan emosi serta tingkah laku.
Penaksiran pelajar bermasalah pembelajaran boleh lakukan melalui beberapa kaedah seperti RTI yang digunakan untuk mengenalpasti kewujudan masalah pembelajaran. Selain itu, penaksiran formal dan penaksiran tidak formal juga boleh digunakan. Terdapat beberapa penempatan yang ditawarkan serta kaedah pengajaran yang sesuai kepada pelajar bermasalah pembelajaran bagi memastikan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

pdknet



hari ini bertarikh 1 julai 2011,semua penyelia dan petugas kena ketuk oleh pegawai JKM sebab dah lama tak surf pdknet...maklumlah masing2 dengan komitmen dan tanggungjawab di pdk, di rumah dan dengan keluarga...jadi secara tak langsung tumpuan dah beralih...

jadi aku pun sama jugalah ....lebih kepada yang lain daripada berforum di pdknet....
apapun terpaksalah kerana dah diarahkan untuk melayari pdknet.....apa nak buat....dah nasib.....

Friday, June 3, 2011

Bahan pembelajaran ...jom kita kongsi bersama? nak?





TEMA : ALAM HAIWAN
Tajuk 1: katak oh katak
tAJUK 2 : Gambar Haiwan
tajuk 3 : topeng haiwan




Bahan yang diturunkan di bawah ini boleh digunakan untuk :

1. kreativiti dan seni
2. moto halus
3. perkembangan bahasa

Sunday, May 15, 2011

PRESS RELEASE

PRESS RELEASE
.by Shahrizat Abdul Jalil on Tuesday, March 2, 2010 at 5:34pm.PRESS RELEASE

YB SENATOR DATO' SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
MINISTER OF WOMEN, FAMILY AND COMMUNITY DEVELOPMENT
ON
RATIFICATION OF THE UNITED NATIONS CONVENTION ON THE RIGHTS OF PERSONS WITH DISABILITIES


Kuala Lumpur, 2 March 2010 – The Minister of Women, Family and Community Development Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil announced today that Malaysia will be ratifying the United Nations Convention on the Rights of Persons with Disabilities (UNCRPD) in April 2010.

The Ministry of Women, Family and Community Development has already begun taking concrete steps to realize the UNCRPD and the Persons with Disabilities Act 2008. Several priority areas on issues relating to the rights of persons with disabilities have been identified, whereby two areas targeted for 2010 are accessibility and employment.

Beginning with Melaka, Pahang, Sarawak, and Kuala Lumpur, the Ministry will be working closely with local councils and state government agencies to ensure that all existing guidelines and standards such as the Uniform Buildings Bylaws (UBBL) are adhered to and enforced. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil advocated that local councils start looking into establishing special units within their respective agencies to deal specifically with issues relating to accessibility. She also noted that these special units should employ persons with disabilities.

Serious about the implications of ratifying the UNCRPD, Dato’ Sri Shahrizat said the Ministry will continue to monitor the implementation of the Convention and the PWD Act 2008 to ensure Malaysia’s continued progress towards an inclusive and rights-based society.

KENYATAAN MEDIA - MENINGKATKAN PROFESIONALISME DALAM BIDANG KERJA SOSIAL DI MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA - MENINGKATKAN PROFESIONALISME DALAM BIDANG KERJA SOSIAL DI MALAYSIA
.by Shahrizat Abdul Jalil on Thursday, May 6, 2010 at 1:13am.

KENYATAAN MEDIA
YB SENATOR DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
MENGENAI
MENINGKATKAN PROFESIONALISME DALAM BIDANG KERJA SOSIAL DI MALAYSIA

Pekerja sosial pada masa kini menghadapi pelbagai cabaran berikutan peningkatan isu-isu sosial yang semakin kompleks seperti penderaan kanak-kanak, pembuangan bayi, jenayah di kalangan kanak-kanak, pengabaian warga emas, keganasan rumah tangga, pengemis, kanak-kanak jalanan dan sebagainya. Sehubungan itu, tindakan intervensi dan penyelesaian masalah sosial memerlukan tenaga kerja profesional yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kerja sosial.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah pun mengambil inisiatif untuk mendapat kelulusan Kabinet tentang tindakan masa panjang yang substantif untuk menangani masalah-masalah sosial di negara ini dan berusaha untuk membangun dan mewujudkan perkhidmatan kebajikan yang berkualiti.
Kementerian telah memperjuangkan satu era baru di dalam bidang kerja sosial di mana Piawaian Kompetensi Kerja Sosial Kebangsaan diwujudkan. Piawaian ini akan menjadi satu penandaarasan kecekapan untuk amalan kerja sosial dalam memberikan perkhidmatan kebajikan yang profesional dan berkualiti kepada kumpulan sasar.
Pada 23 April 2010, Kabinet telahpun meluluskan cadangan-cadangan daripada Kementerian seperti yang berikut:
i) Mewujudkan Piawaian Kecekapan Kerja Sosial Kebangsaan;
ii) Untuk Kementerian Pengajian Tinggi menyeragamkan kurikulum pendidikan kerja sosial di semua
institusi pengajian tinggi awam yang menawarkan kursus ijazah kerja sosial;
iii) Untuk menggubal Akta Pekerja Sosial;
iv) Untuk menubuhkan Majlis Kerja Sosial untuk mengawal selia pengamal dan pendidik kerja sosial;
v) Untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menetapkan syarat kelayakan lantikan pekerja sosial
dalam sektor awam, manakala Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pula membuat pengambilan
pekerja sosial ke dalam perkhidmatan awam yang menepati syarat kelayakan lantikan tersebut; dan
vi) Untuk menaik taraf Institut Sosial Malaysia dan institusi lain yang diakreditasikan untuk
menawarkan kursus dalam bidang kerja sosial di peringkat sijil dan diploma.

Kementerian akan mengambil tindakan susulan untuk memastikan keputusan Kabinet diimplementasikan dengan segera.

Sehubungan itu, peningkatan tahap profesionalisme dalam bidang kerja sosial mencerminkan komitmen Kementerian ini terhadap penjagaan, keselamatan dan perlindungan semua warga Negara, khususnya golongan yang memerlukan seperti kanak-kanak dan orang kurang upaya serta mereka yang mengalami masalah fizikal dan mental dan golongan lain yang terdedah kepada eksploitasi dan ancaman.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL
4 Mei 2010

Tuesday, May 3, 2011

Sunday, May 01, 2011 Kesatuan sekerja harap berita gembira sempena Hari Pekerja

KUALA LUMPUR: Golongan pekerja di negara ini tidak mengharapkan apa-apa, melainkan perkhabaran dan pengumuman gembira berbentuk insentif kewangan daripada kerajaan buat mereka sempena Hari Pekerja yang disambut esok.
Presiden Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan berkata pengumuman khabar gembira seperti itu sangat dinanti-nantikan oleh para pekerja yang dilihat sebagai pendorong agar mereka menjadi lebih produktif dan berdedikasi.
“Saya harap agar kerajaan dapat menggubal dasar gaji minimum khususnya untuk pekerja swasta. Tuntutan gaji minimum, saya rasa, ketika ini satu perkara yang relevan memandangkan harga barang dah naik dan kos sara hidup yang tinggi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Selain itu, beliau berharap agar kerajaan dapat menimbangkan supaya pemberian bantuan sara hidup (Cola) dan cuti bersalin 90 hari dapat dipanjangkan kepada pekerja swasta.
“Jika kita lihat, peningkatan kos sara hidup melibatkan semua pihak. Bukan hanya pada pekerja awam sahaja. Jadi, dengan adanya pemberian Cola kepada pekerja swasta sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” katanya.
Mohd Khalid juga meminta kerajaan supaya peka dan mengambil berat terhadap kebanjiran pekerja asing di dalam negara.
Beliau berkata kerajaan perlu mewujudkan satu mekanisme dalam mengawal kemasukan pekerja asing seperti mengadakan perangkaan bilangan tenaga pekerja asing yang diperlukan negara.
“Kemasukan pekerja asing yang ramai akan menjejaskan ekonomi negara selain mengurangkan bilangan pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Saya harap kerajaan dapat adakan satu polisi pekerja asing. Kalau boleh 277 ejen pekerja asing yang ada sekarang dapat dikurangkan,” katanya.
Beliau berkata para pekerja juga janganlah hanya mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata malah mereka perlu sedar dan mengubah sikap supaya menjadi pekerja yang lebih baik.
Mohd Khalid berkata tanggungjawab kedua-dua majikan dan pekerja dalam melaksanakan program-program yang diilhamkan kerajaan akan membawa kebaikan dan keuntungan kepada negara, sekali gus kepada seluruh rakyat Malaysia.
Justeru, beliau meminta para majikan dan pekerja dapat memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan baik dan berdedikasi dalam mencapai hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Insentif kewangan
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan yang turut menyuarakan pendapat yang sama, berharap agar berita baik berkenaan gaji dan elaun dapat diumumkan kerajaan sempena sambutan Hari Pekerja.
“Saya harap pengumuman berbentuk kewangan itu ada untuk pekerja awam dan swasta. Tidak kira sama ada dalam bentuk elaun atau gaji. Ini kerana dah lama insentif berbentuk kewangan tidak diberi kepada pekerja. Agihan ekonomi negara harus dinikmati semua pihak,” katanya.
Beliau berkata perkara itu merupakan satu keperluan kepada para pekerja supaya mereka boleh hidup dengan lebih sempurna, sekali gus dapat meningkatkan semangat para pekerja untuk bekerja dengan lebih tekun.
Bertemakan “Pekerja Merealisasi Transformasi Negara”, sambutan Hari Pekerja tahun ini akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 7 Mei, yang dijadual dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.