Sunday, July 22, 2007

TIPS - 40 KESALAHAN IBUBAPA

TIPS - 40 KESALAHAN IBUBAPA


1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama


Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996.


FIKIR-FIKIRKANLAH YE ADAKAH KITA MELAKUKAN KESALAHAN ITU
.... CERMINKAN DIRI ANDA

CONTOH PROJEK

Projek Pisang Nipah Pend.Khas

MATLAMAT

Memastikan penglibatan yang aktif di dalam aktiviti kemahiran kehidupan yang dirancang.


OBJEKTIF

I. Menggalakkan pelajar istimewa merasa yakin dengan masa depan mereka dan bidang kemahiran untuk berdikari.

ii. Memberi pendedahan terhadap penyediaan diri dari segi mental dan fizikal untuk aktiviti kemahiran menanam pisang nipah.

iii. Membiasakan diri dengan peralatan sebenar menanam pisang nipah secara menual dan berteknologi modern.

iv. Menggalakkan penglibatan semua pelajar dalam aktiviti Projek Pisang Nipah.

v. Meningkatkan kemudahan dan peralatan bagi aktiviti Projek Pisang Nipah



: Projek Pisang Nipah

i. Kempen kesedaran dan minat.

ii. Menjalankan latihan awal / lawatan ke kebun pisang nipah.

iii. Penubuhan Jawatankuasa .

iv.Latihan persediaan fizikal dan mental secara teori

v. Merancang dan membuat manual kerja Projek Pisang Nipah.

vi. Kemahiran melakukan aktiviti menanam pisang nipah

vii. Analisis kelemahan dan kekuatan individu.

viii. Memahami dan melakukan Penyata Akaun Kewangan

BAHAN CONTOH DIAMBIL DARIPADA BLOG CIKGU MOHD DAN BIN YUSOF

PEKERJA PDK YANG INGIN MEMBUAT PROJEK PDK BOLEHLAH BERPANDUKAN KEPADA CONTOH DI ATAS

MALAHAN ADA BANYAK LAGI PROJEK BOLEH DIBUAT: .....

BERBINCANGLAH SESAMA SENDIRI...... ATAU CUBA MENDAPAT PERTOLONGAN ALIAS PERTANYAAN DPD PIHAK TERTENTU.....

Wednesday, July 11, 2007

SENYAP..... BERITA JAWATAN KOSONG

SENYAP.... S E N Y A P !!!!!

ALkisah berita kekosongan jawatan kosong ini pun hanya beberapa kerat sahaja yang tahu .... Itu pun hanya orang yang tertentu sahaja yang tahu....dan yang dah tahu pun hanya member kamcing sahaja yang dibagitahu untuk memohon ....maklumlah hanya yang terdekat sahaja boleh tahu.... Tak boleh heboh-hebohkan....

Aku pun tak tahu ada jawatan kosong di JKM dan dah kena tempelak barulah dibagi tahu oleh kawan ttg jawatan kosong ini....

Nasib.. nasib... nasib... maklumlah ada politik dalaman.... politik dalaman....dan tidak terbuka secara adil....

JADI KALAU SESIAPA PANDAI MEMBODEK ...AKAN SINARLAH HIDUPNYA....
DAN TAK PAYAH JADI MACAM AKU NI YANG TAK PANDAI MEMBODEK....
SAMPAI SEKARANG NI KERJA MASIH TERGANTUNG- GANTUNG.... ITUPUN KALAU NAK GELAR SEBAGAI KERJA DAN DAPATPUN BUKANNYA GAJI TAPI ELAUN....

WALAUPUN ADA IJAZAH DENGAN KEPUJIAN LAGI TU .... KERJA PUN TERGANTUNG DAN UPAHNYA MASIH LAGI DI BAWAH PARAS KEMISKINAN DAN SETARAF DENGAN ORANG BERPELAJARAN PMR ATAU TAHUN 6 JE....

APA NAK BUAT KENALAH BUAT ...KALAU TAK TAK ADA DUIT NAK BELI BARANG...TAK ADA DUIT NAK KE TANDAS.... KASIHAN....KASIHAN NASIBKU....

******* TERINGAT AKU ADA GAK MEMOHON JAWATAN SEBAGAI PEGAWAI/PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT DGN SPA TAPI TAK DIPANGGIL LANGSUNG SEJAK SPM TU....

TUP TUP KAWAN AKU YANG GAGAL BAHASA MELAYU DLM SPM DAPAT LAK KERJA SEBAGAI PEMBANTUAUDIT...PELIK BIN AJAIB MACAM MANA LAK BOLEH BERLAKU MACAM TU YE?????

APAPUN INI HANYA LUAHAN UNTUK DIRI SENDIRI BUKANNYA NAK MENGUMPAT ATAU MEMBURUKKAN SESIAPA CUMA TERFIKIR NASIB DIRI SEBURUK INI....

Hendak kutangis tiada berair mata
Hendak kurayu tiada siapa yang peduli
kalau dah nasib sudah tersurat
begini hebat...apa nak buat......

FIKIR-FIKIRKANLAH YE......

JAWATAN KOSONG DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

JKMM(S)/200/12/4Jld.6(1)
8 Jun 2007
SEPERTI EDARAN
Tuan/Puan,
IKLAN JAWATAN KOSONG DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA
Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia:

1. Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN KP11
(a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Keselamatan Dan
Pertahanan Awam
(c) Taraf Jawatan : Tetap
(d) Jadual Gaji Gred KP11 : P1T1 RM548.61 P1T21 RM1269.77
P2T1 RM580.07 P1T21 RM1335.11
P3T1 RM612.74 P1T21 RM1401.66
(e) Elaun : (i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam
RM95.00 sebulan; dan
ii. Imbuhan Tetap Perumahan RM180.00 sebulan.
iii. Cola RM150.00 sebulan.

(f) Kemudahan : (i) Cuti Rehat (20 hari) setahun;
ii. Faedah Rawatan Perubatan (diri, isteri, suami, anak-anak dan ibu, bapa);
iii. Pinjaman Perumahan;
iv. Pinjaman Kenderaan; dan
v. Faedah Persaraan.

(g) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. (a) Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(b) Bekas Konstabel Polis Di Raja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod yang baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan,
iv. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57meter bagi lelaki dan 1.53meter bagi wanita tanpa bersepatu;
b. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
c. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79cm dan semasa menarik nafas 84cm (lelaki sahaja);
d. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
e. pengecaman warna dan dengaran yang tidak cacat.
f. calon-calon yang memiliki kelayakan Penilaian di para g (iii) (a) hendaklah lulus Bahasa Malaysia pada peringkat Penilaian Menegah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(h) Syarat Kenaikan Pangkat : Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah, Ateden Kesihatan dan Atenden Haiwan adalah layak dipertimbangkan oleh pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan pengkat secara lantikan ke jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila disahkan dalam perkhidmatan dan;
(i) (a) mempunyai kelayakan di para g (iii) di atas, atau
(b) lulus peperiksaan khas; dan
(ii) berumur kurang 54 tahun pada tarikh lantikan.
(i) Penetapan Gaji Permulaan : Gaji pemulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred KP11 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
(j) Tempoh Percubaan : Pengawal Keselamatan Gred KP11 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun dan dikehendaki lulus Kursus Induksi Khusus dan Umum dengan jayanya.
(k) Penaklukan dibawah syarat skim: pegawai-pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim Perkhidmatan berkenaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
(l) Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab ke atas Keselamatan semua harta benda jabatan, membuat rondaan bagi stesen-stesen yang ditetapkan untuk tujuan pemeriksaan dan mengawal pelawat yang keluar masuk, menyimpan rekod-rekod pegawai / kakitangan juga kenderaan yang keluar masuk dan membuat laporan jika terdapat kerosakan / kehilangan harta benda jabatan.
____________________________________________________________________________
2. Jawatan : ATENDAN KESIHATAN GRED U3
(a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Perubatan dan Kesihatan
(c) Taraf Jawatan : Tetap

(d) Jadual Gaji Gred U3 : P1T1 RM 525.62 - P1T18 RM 1076.17
P2T1 RM 557.08 - P2T18 RM 1134.25
P3T1 RM 589.75 - P3T18 RM 1193.54
(e) Elaun : (i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam
RM95.00 sebulan;
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan; dan
RM180.00 sebulan.
(iii) Cola RM150.00 sebulan.
(f) Kemudahan : (i) Cuti Rehat (20 hari setahun);
(ii) Faedah Rawatan Perubatan (diri,
suami, isteri, anak-anak dan
ibu bapa);
(iii) Pinjaman Perumahan;
(iv) Pinjaman Komputer;
(v) Pinjaman Kenderaan (motosikal); dan
(vi) Faedah Persaraan.
(g) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
kelayakan seperti berikut:
(i) warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. tamat Tingkatan Tiga sekolah menengah bantuan penuh kerajaan; dan

iv. boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

(h) Penaklukan Di Bawah : Anggota yang memasuki Perkhidmatan
Syarat-syarat Skim Atendan Kesihatan adalah tertakluk kepada Perkhidmatan syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan
yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
(i) Fungsi Bidang Tugas : Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas pembersihan dan membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan berkaitan, mengambil dan merekod data pesakit dan sebagainya di unit-unit tertentu.


3. Jawatan : PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR GRED R3

(a) Kumpulan Perkhidmatan : Perkhidmatan Mahir/ Separuh Mahir/
Tidak Mahir
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Sokongan
(c) Taraf Jawatan : Tetap
(d) Jadual Gaji Gred R3 : P1T1 RM519.57 P1T17 RM1003.57
P2T1 RM551.03 P2T17 RM1054.39
P3T1 RM583.70 P3T17 RM1106.42
(e) Elaun : (i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM95.00 Sebulan; dan
ii. Imbuhan Tetap Perumahan RM180.00 sebulan;

(iii) Cola RM150.00 sebulan.
(f) Kemudahan : (i) Cuti Rehat (20 hari) setahun;
(ii) Faedah Rawatan Perubatan (diri, isteri, suami, anak-anak dan ibu bapa);
iii. Pinjaman Perumahan;
iv. Pinjaman Komputer ;
v. Pinjaman Kenderaan; dan
vi. Faedah Persaraan.

(g) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah
memiliki Kelayakan seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. (a) tamat darjah enam Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan;
b. memiliki lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I mana berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)[ kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P) ] ; dan
c. berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan
d. berkebolehan bertutur dan membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
- Lesen D P1T3
- Lesen E/E1/E2 P1T4
- Lesen F/H P1T5
- Lesen G/I P1T6
(h) Penetapan Gaji Permulaan : Gaji Permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred R3 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
(i) Tempoh Percubaan : Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3 yang dilantik adalah diekhendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
(j) Kursus Induksi/Peperiksaan : Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3 dalam percubaan adalah dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(k) Latihan : Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3 boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(l) Pengesahan Dalam Perkhidmatan : Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
i. memenuhi tempoh percubaan;
ii. hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan; dan
iii. diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan.

(m) Pergerakan Gaji Tahunan : Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.


4. Jawatan : JAGA GRED R1
(a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Mahir/ Separuh Mahir/ Tidak Mahir
(c) Taraf Jawatan : Tetap
(d) Jadual Gaji Gred R1 : P1T1 RM479.64 – P1T14 RM872.89
P2T1 RM511.10 – P2T14 RM920.08
P3T1 RM543.77 - P3T14 RM968.48
(e) Elaun : (i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM95.00 sebulan;
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan RM 180.00 sebulan;
(iii) Cola RM150.00 sebulan.
(f) Kemudahan : (i) Cuti Rehat (20 hari) setahun;
(ii) Faedah Rawatan Perubatan diri, isteri, suami, anak-anak dan ibu bapa);
iii. Pinjaman Perumahan;
iv. Pinjaman Komputer;
v. Pinjaman Kenderaan; dan
vi. Faedah Persaraan.

(g) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memilki kelayakan seperti berikut:
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(iii) Bekas anggota Angkatan Tentera atau Polis yang menamatkan perkhidmatan dengan baik
(vi) Berkebolehan menjalankan bidang kerja seperti yang ditetapkan, dan
(vii) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

(h) Penetapan Gaji Permulaan: Gaji Permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred R1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
(i) Tempoh Percubaan : Jaga Gred R1 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
(j) Kursus Induksi/Peperiksaan: Jaga Gred R1 dalam Percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan oelh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(k) Latihan : Jaga Gred R1 boleh mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(l) Pengesahan Dalam : Jaga Gred R1 yang dilantik adalah layak
Perkhidmatan Perkhidmatan disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
i. Memenuhi Tempoh Percubaan ;
ii. Hadir dengan Jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan; dan
iii. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan.

(m) Pergerakan Gaji Tahunan : Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.
(n) Penilaian Tahap Kecekapan : Jaga Gred R1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jaga Gred R4 yang kosong apabila telah:
(i) disahkan dalam perkhidmatan;
(ii) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(iii) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(iv) diperkukan oleh Ketua Perkhidmatan.



5.
Jawatan : Pembantu Am pejabat Gred N1
(a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
(c) Taraf Jawatan : Tetap
(d) Jadual Gaji Gred N1 :

P1T1 RM480.85 - P1T22 RM1116.10
P2T1 RM512.31 - P2T22 RM1172.97
P3T1 RM544.98 - P3T22 RM1231.05
(e) Elaun-elaun : i. Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 95.00;
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan RM 135.00;
(iii) Cola RM150.00 sebulan.
(f) Kemudahan : ii. Cuti Rehat (20 hari setahun);
iii. Faedah Rawatan Perubatan di Hospital dan Klinik Kerajaan diri / isteri / suami / anak / dan ibubapa);
iv. Pinjaman Perumahan;
v. Pinjaman Komputer;
vi. Pinjaman Kenderaan; dan
vii. Faedah Persaraan.
(g) Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
viii. Warganegara Malaysia;
ix. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. (a) Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
b. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2 – RM511.10)
(h) Penetapan Gaji Permulaan : Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred N1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
(i) Tempoh Percubaan : Pembantu Am Rendah Gred N1 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
(j) Latihan : Pembantu Am Rendah boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(k) Kursus Induksi/ Peperiksaan :



Pembantu Am Rendah Gred N1 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.

(l) Pengesahan Dalam Perkhidmatan: Pembantu Am Rendah Gred N1 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-
x. Memenuhi tempoh percubaan;
xi. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan; dan
xii. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan.

(m) Pergerakan Gaji Tahunan : dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:- Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

__________________________________________________________________________

6. Jawatan : PEKERJA RENDAH AWAM GRED R1

(a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Mahir/ Separuh Mahir/ Tidak Mahir
(c) Taraf Jawatan : Tetap
(d) Jadual Gaji Gred R1 : P1T1 RM479.64 – P1T14 RM872.89
P2T1 RM511.10 – P2T14 RM920.08
P3T1 RM543.77 - P3T14 RM968.48
(e) Elaun : (i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM95.00 sebulan; dan
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan RM 180.00 sebulan.
(iii) Cola RM150.00 sebulan.
(f) Kemudahan : (i) Cuti Rehat (20 hari) setahun ;
(ii) Faedah Rawatan Perubatan diri, isteri, suami, anak-anak dan ibu bapa);
iii. Pinjaman Perumahan;
iv. Pinjaman Komputer;
v. Pinjaman Kenderaan; dan
vi. Faedah Persaraan.
(g) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memilki kelayakan seperti berikut:-
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(iii) (a) Tamat Darjah 6 Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan;
(b) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitanyang dilitupi oleh skim perkhidmatan ini dan,
(c) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(Gaji Permulaan ialah pada Gred R1 P1T3).
(h) Penetapan Gaji Permulaan : Gaji Permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred R1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
(i) Tempoh Percubaan : Pekerja Rendah Awam Gred R1 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
(j) Kursus Induksi/Peperiksaan : Pekerja Rendah Awam Gred R1 dalam Percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(k) Latihan : Pekerja Rendah Awam Gred R1 boleh mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(l) Pengesahan Dalam Perkhidmatan: Pekerja Rendah Awam Gred R1 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
i. Memenuhi Tempoh Percubaan;
ii. Hadir dengan Jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan; dan
iii. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan.

(m) Pergerakan Gaji Tahunan : Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oelh Ketua Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.
(n) Penilaian Tahap Kecekapan : Pekerja Rendah Awan Gred R1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pekerja Rendah Awam Gred R4 yang kosong apabila telah :
(i) disahkan dalam perkhidmatan;
(ii) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(iii) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
iv. diperkukan oleh Ketua Perkhidmatan.


7. Jawatan : TUKANG MASAK GRED N1

(a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
(c) Taraf Jawatan : Tetap
(d) Jadual Gaji Gred N1 : P1T1 RM480.85 - P1T22 RM1116.10
P2T1 RM512.31 - P2T22 RM1172.97
P3T1 RM544.98 - P3T22 RM1231.05
(e) Elaun : (i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM95.00 sebulan dan ;
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan RM 180.00 sebulan.
(iii) Cola RM150.00 sebulan.
(f) Kemudahan : (i) Cuti Rehat (20 hari) setahun;
(ii) Faedah Rawatan Perubatan diri, isteri, suami, anak-anak dan ibu bapa);
iii. Pinjaman Perumahan;
iv. Pinjaman Komputer;
v. Pinjaman Kenderaan; dan
vi. Faedah Persaraan.

(g) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memilki kelayakan seperti berikut :-
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(iii) Tamat Darjah 6 Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan; dan
(vi) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(h) Penetapan Gaji Permulaan : Gaji Permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred N1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
(i) Tempoh Percubaan : Tukang Masak Gred N1 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
(j) Kursus Induksi/Peperiksaa : Tukang Masak Gred N1 dalam Percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(k) Latihan : Tukang Masak Gred N1 boleh mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
(l) Pengesahan Dalam Perkhidmatan: Tukang Masak Gred N1 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
i. Memenuhi Tempoh Percubaan;
ii. Hadir dengan Jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan; dan
iii. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan.

(m) Pergerakan Gaji Tahunan : Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.
(n) Penilaian Tahap Kecekapan : Tukang Masak Gred N1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Tukang Masak Gred R4 yang kosong apabila telah:
(i) disahkan dalam perkhidmatan .
(ii) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(iii) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(iv) diperkukan oleh Ketua Perkhidmatan.
CARA MEMOHON :
1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang JKMM.PSM 1/2007 yang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau di Cawangan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri yang berhampiran. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
KETUA PENGARAH
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA
TINGKAT 21-24, MENARA TUN ISMAIL MOHAMED ALI
JALAN RAJA LAUT,50562 KUALA LUMPUR
( u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia )

sebelum atau pada 15 Julai 2007. Permohonan yang lewat dan tidak mengikut peraturan tidak akan dilayan.
2. Permohonan dari kakitangan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing sesuai dengan P.U. (A) 176/2005.

3. Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32 cm x 22 cm. Di sudut sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN.

4. Semua permohonan hendaklah di sertakan dengan SALINAN SIJIL-SIJIL yang berkaitan.

5. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan lebih daripada 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah di anggap tidak berjaya.

6. Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temuduga jawatan ini.

7. Satu borang boleh digunakan bagi 3 jawatan sahaja mengikut keutamaan.



Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,



( CHEONG BENG SENG A.M.K. )
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
b.p. Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
Malaysia.

SK:
- Semua Ketua Setiausaha Kementerian
- Semua Pengarah Negeri
- Semua Ketua Institusi

Monday, July 2, 2007

PERMOHONAN PEKERJA PDK PERTIMBANGKAN BIJAKSANA

Permohonan pekerja PDK:
a) potongan sosco
b) slip gaji agar mudah membuat pinjaman atau jika ingin jadi penjamin kepada anak yang ingin ke IPTa/IPTS boleh dikemukakan
c) jawatan diserapkan
d) menghargai Pekerja PDK dengan memberi gaji setimpal dengan
i) pengalaman
ii) kelulusan
iii) usaha/ inisitif mereka
iv) kesetiaan mereka
e) kursus diiktiraf misalannya berkursus di maktab bahagian pemulihan khas
f) pekerja yang mempunyai ijazah dan diploma diberi peluang menjawat jawatan bersesuaian
g) gaji dan bukannya elaun
h) gaji dimasukkan ke dalam bank
i)insuran berkelompok bukan hanya pelatih PDK sahaja
j) elaun tambahan (COLA)
k) nama jawatan satu sahaja
l) cuti akhir tahun
m) mc (cuti sakit) diperakui
n) cuti bersalin dibayar gaji

o) elaun millege(perjalanan)
p) ilmu dalam pemulihan sentiasa dikemaskini (up to date)


Bukannya terlalu demand tetapi ini hanyalah saranan....
yang baik boleh digunakan untuk kebaikan dua pihak ...

Jadi fikir-fikirkanlah ye....

2.30 pagi ...sudah kekeringan idea dan terasa dah pening-pening ni....

jumpa lagi di arena seterusnya.....

PENYELIA DI KALANGAN PEKERJA PDK

TAHNIAH KEPADA JKM ATAS INISIATIF UNTUK MEMBAWA PERUBAHAN DAN MEMARTABATKAN SEDIKIT TARAF PEKERJA PDK INI.Ada banyak faedah sekiranya wujud Penyelia di setiap PDk ...

Kelebihannya:
1. Pihak pengurusan mudah untuk berurusan dengan pekerja PDK kerana ada wakilnya.
2. Pekerja PDK itu sendiri tahu masalah yang dihadapi oleh OKu dan PDk itu sendiri.
3. Pegawai JKM yang sememangnya ada banyak tugasan dapat dikurangkan bebanan dan tension dan mereka akan boleh memberi lebih perhatian kepada bidang tugas profesional mereka.
4. pekerja lain sememangnya telah mengenali pekerja itu sendiri dan mudah untuk mereka berurusan.

Cadangan Kriteria Pemilihan:
a. Pekerja yang berwibawa.
b. Pekerja yang berpengalaman.
c. Pekerja yang berilmu.
d. Pekerja yang mudah berurusan dengan pihak pengurusan PDk di peringkat JKM dan di peringkat OKU.
e. pekerja yang berinovasi
f. pekerja berwibawa
dan lain-lain


cuma jangan pula tersilap memilih kerana dalam banyak-banyak itu ada juga padi dan ada juga serkam....

kekurangannya:
a. melebihkan kawan sendiri alias puak sendiri
b. tersilap memilih yang malas bekerja
c. tersilap memilih yang tidak amanah
d. perasaan iri hati sekiranya di PDk itu sendiri ada lebih daripada dua orang yang tahun bekerja sama.


orang yang rajin diketepikan dan yang pandai membodek pula dipilih ...hai malang sekali.... itu betul satu kerugian kepada pekerja PDK, komuniti PDK, pengurusan PDK, JKM dan lebih malang lagi apabila pekerja itu tahap kerajinan menurun dan nilai kendiri merundum.....

Malang malang sekali....

Fikir-fikirkanlah

ISTILAH TUNGGANG LANGGANG

TUNGGANG LANGGANG... Begitulah istilah yang digunakan untuk jawatan ini:

a. Pekerja Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
b. Pekerja Sukarela PDK
c. Guru PDK
d. Pengasuh PDK
e. Jururawat
f. elaun
g. gaji
h. Personel PDK
i. IBu
j, mengajar
k. memulihkan
l. sekolah



Bertanyalah kepada Pengarah JKM tentang kenapa wujud kekeliruan dalam penggunaan istilah tawaran jawatan pekerja PDK. Istilah yang mana hendak digunakan???

Katanya terpulanglah kepada kita mana satu nak gunakan????
Hai... Hai begitu berjuta istilah kita dari bahasa klasik hingga ke pinjaman bahasa asing masih kurang istilah????

ITULAH PUNCANYA JUGA JAWATAN INI SUKAR DISERAPKAN KERANA ISTILAH PEKERJA SEHARUSNYA DIBAYAR GAJI TETAPI DIBERI ELAUN.... HAI...HAI KASIHAN BANGSAKU!!!!!!
BILA DITANYA KATANYA KAMU SUKARELA..... SUKARELA TIDAK PERLU DIBERI IMBUHAN ATAU UPAH! TETAPI GAJI PERLU DIBERI IMBUHAN/ UPAH...

JIKA TIDAK TAHU BERTANYALAH KEPADA TAHU SPT:
A) JBTN TENAGA KERJA
B) DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (BAH. ISTILAH)
C) MUNSYI DEWAN

MALAHAN ISTILAH OKU SENDRI TUNGGANG-LANGGANG....

MANA KETETAPAN PENDIRIAN ANDA????

PENING - PENING

FIKIR-FIKIRKANLAH .....

JANJI KENAIKAN ELAUN HARUS DITEPATI ?????

Alkisah pekerja seniour berkata, " Aku dah banyak kali ditabur janji kosong oleh JKM kata ada kenaikan elaun ...kata jawatan hendak diserapkan..... dan tunggu dari setahun ke setahun. elaun masih lagi tetap Rm 445... jadi janji tu hanyalah janji kosong sahaja........ sekarang terdengar lagi benda yang sama.... YANG PASTI...."

Diharapkanlah kali ini janganlah JKM hanya pandai berjanji tetapi tidak pandai menepati janji....Orang yang berjanji tetapi tidak menepati janji itu namanya ciri-ciri ORANG +=+=+=+...Harap jangan sebegitulah....

Dan kenaikan 2 tidak pula dinyatakan tarikh yang tepat.....jadi janganlah dibiarkan tertunggu dan ingat jangan pandai berjanji tetapi tidak pandai mengotakan janji pula ye....... Tidak baik hanya mendengar khabar angin nanti naik angin pula jadinya....

PANDANGAN SUAMI TERHADAP ISTERINYA YANG BERKATA ADA KENAIKAN ELAUN TETAPI TIAK JUGA....PANDANGAN ORANG RAMAI JG PERLU DIPERTIMBANGKAN....PANDANGAN PEKERJA PDK PERLU DIPERTIMBANGKAN ...JANGAN PULA HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN PANDANGAN ORANG LAIN LANTAKLAH...APA NAK JADI BIARKAN MEREKA DIPERBODOHKANKAN.......YANG PENTING AKU DAPAT GAJI TINGGI MEREKA PEDULI APA??? SIAPA SURUH MOHON KERJA NI....PADAN MUKA!!!! JANGAN ...JANGAN....JANGAN BEGITU..... JANGAN BERSIKAP MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI...!!!!!!!!!

ORANG LAIN PUN PERLU WANG UNTUK MAKAN...UNTUK HIDUP.....??????????

Fikir-fikirkanlah ye......

peluang jawatan kosong di JKM

Dalam perjumpaan bersama Ketua Pengarah JKM pada hari Khamis 28.6.2007 mengatakan ada lebih kurang 2,000 jawatan kosong di JKM dalam pelbagai bidang....

Alkisahlah saranannya supaya pekerja PDK memohon jawatan tersebut dan jika ada yang telah mendapat peluang temuduga maklumkan kepada beliau...

Persoalannya:
1. Tahukah JKM dalam banyak-banyak pekerja PDK itu ada yang berkelulusan tinggi dan mereka tidak diberi peluang untuk memohon jawatan dalam jentera pentadbiran JKM... ada yang berkelulusan ijazah dan ada juga berkelulusn diploma... walaupun mereka ada memohon jawatan pembantu pembangunan masyarakat pun , mereka tidak diberi peluang diserapkan.
Akhirnya jadilah mereka penganggur terhormat.... penganggur terhormat walaupun bekerja mereka yang bekerja bukan ikut taraf kelulusan sijil jg dikenali sebagai penganggur....

Jadi jangan hanya tahu bercakap tanpa berfikir....

Fikir-fikirkanlah.....

pekerja pdk paling lama di PDk 18 tahun solute to you.....

dalam banyak2 pekerja ada jg pekerja dapat bertahan selama 18 tahun di pdk....
menurut cerita daripada rakan yang tahu mengatakan pekerja ni mula bekerja dgn hanya elaun sebanyak rm 35 aje...kemudian naik ke rm 150 bbrp thn kemudian naik ke rm 445... bayangkanlah dia bertahan dgn elaun rm 35 aje..dia makan apa ye????

dan dah 18 tahun tetapi JKM tak buka mata, tak buka minda untuk ubah status jawatan dia.... JK tak buka mata lihatlah betapa setianya dia..... tapi JKM tetap mcm 2 ....

Hai...fikir-fikirkanlah.....